Wednesday, April 24, 2013

Menanti Zuriat

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bagi yang mencari maklumat tentang Suplemen Shaklee untuk memudahkan mendapatkan zuriat terlebih dahulu saya tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh Dr Haji Juanda bin Haji Jaya bertajuk Fitnah Menunggu Zuriat. Namun sebenarnya apa yang tulis itu juga adalah kena dengan semua orang bukan sahaja bagi mereka yang menanti zuriat sekian lama. Sesuai untuk saya yang nak berjaya dalam Shaklee, sesuai untuk anda yang mahu berjaya dalam pelajaran dan sesiapa sahaja.



Pertama mengenai persediaan iman - Hakikatnya jika kita memaksa Allah mengabulkan setiap permintaan boleh jadi kita yang jahil ini terkorban kerana kebodohan akal yang mahu menyelongkar di sebalik ilmu Allah. Dia sahaja yang tahu bila masa kita benar-benar layak menerimanya dan bersedia menerima zuriat. Seperti  firmannya dalam Surah Al-Ra'd :59, "Dan pada sisi Allah jua kunci-kunci semua yang ghaib"

Berdoa -Jika di teliti maksud Surah Al-Baqarah: ayat 186 "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran"

Bermakna syarat doa dimakbulkan adalah hendaklah mereka memenuhi perintah Allah dan beriman kepadaNya dan berada dalam kebenaran. Jika dimakbulkan ia bukti kasih Allah, doa yang ditangguh tanda Allah suka mendengar rintihannya dan doa tak termakbul hanya Allah yang tahu perancangan seterusnya.

Ikhtiar - Kadang-kadang disebabkan rasa putus asa mereka terus melupakan hasrat dan tak sanggup berubat. jika berhenti bermakna mereka telah memutuskan rantai ikhtiar yang menjadi syarat termakbulnya doa.

Istighfar membuka pintu rezeki - Berkisah tentang Imam Hasan Al Bashri RA ketika sedang duduk di masjid bersama sahabat-sahabatnya, lalu didatangi seorang demi seorang mengadu tentang kehidupannya lalu di minta setiap dari mereka beristighfar. Sahabat-sahabatnya kehairanan lalu bertanya mengapa setiap yang datang kamu minta mereka beristighfar, lalu di jawab oleh Imam Hasan al Bashri RA, adakah kamu tidak membaca firman Allah : "Maka Aku katakan kepada mereka mhonlah ampun kepada Rabbmu. Sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun. nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu sungai-sungai" (Nuh:10-12)

Oh! ye lagi satu tentang buku tulisan Saudara Fathuri Salehuddin yang bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki kerana zuriat juga adalah sebahagian rezeki Allah kepada pasangan suami isteri. Sebab maksud rezeki bukan sesuatu yang berbentuk material sahaja. Saya share amalan menjemput rezeki dari buku itu.

Kembali ke tajuk asal, ada ke suplemen untuk mendapatkan zuriat ? Ingin saya ingatkan bahawa ia sebahagian usaha dan jangan putus asa dengan usaha.

Suplemen untuk isteri 

ESP
Vitalea
B com
Vitamin C
Alfalfa
GLA

Suplemen untuk suami
ESP
Vitalea
B com
Vitamin C
Vitamin E
Zinc

Mudah-mudahan usaha dan doa anda untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah akan diperkenankan Allah. 

Jika anda ada pertanyaan mengenai suplemen hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...