Thursday, April 11, 2013

Hari Sarapan Kita !

Pada Bulan pertengahan Mac 2013 telah diadakan sambutan Hari Sarapan Sedunia oleh sebuah restoren makanan segera. Pada 5 Mei 2013 (kebetulan PRU ke-13) akan ada pula Hari Sarapan Malaysia oleh sebuah syarikat pengeluar makanan popular.

Menurut satu kajian bagi korelasi di antara sarapan pagi dan pencapaian di sekolah menunjukkan kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap lebih sopan.

Melalui kajian itu juga menunjukkan SARAPAN penting sebab....
  • memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan
  • menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai
  • membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih tepat.
  • meningkatkan pencapaian berfikir
  • menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah
  • membantu mereka untuk tidak berkhayl semasa dalam kelas
  • membuat mereka lebih tenang dan kurang menggelabah

Betapa pentingnya sarapan sehingga begitu dititikberatkan, tak kira untuk orang dewasa atau kanak-kanak. Jika kita yang dewasa ini mudah untuk memahami betapa pentingnya sarapan. Namun bagi anak-anak kecil bagaimana ? Anak saya sendiri kadang-kadang ada angin tak mahu sarapan, katanya mahu sarapan dengan kawan-kawan kat sekolah. Tapi dari bagun tidur sampai pukul 10.30 pagi itu satu jangkamasa yang panjang. Boleh tahan ke si dia. Hati mak mana yang senang bila anak ke sekolah tanpa sarapan.

Biasanya setiap pagi saya akan bancuh susu, Milo dan Meal Shakes dan beri dia minum. Alhamdulillah setakat ini dia belum pernah menolak minuman gabuangan 3 rasa itu, walau selalu menolak untuk bersarapan pagi. Jika sarapan yang ada pagi itu sesuai di makan dalam kereta, bawa sedikit dalam kereta, mana tahu perjalanan hampir 40 minit itu buat dia mahu makan. Selain itu dalam kereta juga ada roti yang 70 sen tu, biskut yang mini-mini tu, badam atau gajus dalam kereta. (abaikan kesan bersepah sana sini). Kalau dia kata tak mahu makan ketika di rumah, biasanya dalam kereta pasti nak makan walau mungkin cuma kunyah gajus 4-5 biji. Jadilah !

Oh! Ye! Meal Shakes ini adalah makanan pelengkap yang menggabungkan elemen-elemen ini.
  1. Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat
  2. Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa)
  3. Membantu tumbesaran sebab mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium
  4. Mengandungi anti-oksida iaitu vitamin A, C, E, zink dan selenium
  5. Mengandungi vitamin B yang lengkap, termasuk zat besi dan copper untuk membina sel darah merah
  6. Kaya dengan serat larut untuk membantu sistem penghadaman supaya lawas dan supaya tak mudah rasa lapar- terutama jika kanak-kanak obesiti yang tak mahu bersarapan tetapi suka terus makan tengahari dalam kuantiti yang banyak
  7. Rasanya yang lazat tanpa mengandungi pewarna dan gula tiruan



Jika anda juga punya masalah dengan anak yang tak suka sarapan pagi, atau anda sendiri tak ada masa nak bersarapan, boleh jadikan Meal Shakes sebagai sarapan anda. Pelbagaikan hidangan kecuali tidak menyediakan ia dengan air panas, di campur dengan teh dan kopi.

Jadikan Meal Shakes sebagai Hari Sarapan Kita !

Jika anda berminat nak beli, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...