Monday, April 15, 2013

Halalkah Shaklee ?

Pertama kali saya mendengar nama Shaklee ketika belajar di sebuah sekolah menengah agama pada tahun 1995 dulu. Masa tu ada seorang ustazah yang jadi leader dan beberapa orang kawan yang berumur berada di tingkatan 6 bawah dan atas menjadi pengedar. Memang sangat unik mereka menjual. Tak payahlah cerita macamana mereka jual, siapa nak tahu boleh PM atau email saya. Masa tu saya pun jadi sebahagian pembeli. Walau saya tengok tak ada logo halal tapi sebab ustazah yang jual saya percaya ia halal.

Orang sekarang ni nak bukti, "Apa bukti halal, tunjukkan padaku !" - Berdrama  sudah !

Sebab akhir-akhir ini saya kerap menerima sms bertanyakan tentang HALAL dan SELAMAT kah Shaklee, saya share sijil halal yang dikeluarkan oleh ISA.
Mengapa ISA, tidak JAKIM ? JAKIM hanya mengiktiraf produk yang dihasilkan di Malaysia sahaja, sedangkan Shaklee produk Amerika. Walaubagaimanapun, ISA adalah antara badan halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh semak di laman web JAKIM.

Satu lagi nak share, jika anda mahu membeli Shaklee belilah di negara Islam sebab sebahagian produknya adalah memang di khaskan untuk pengguna Negara Islam. Sebab Shaklee amat menjaga sensitiviti agama ini, termasuk menyenaraikan kandungan produk supaya mereka yang mengamalkan vegetarian tahu produk mana yang mereka boleh ambil.

Selain Halal, Shaklee juga adalah selamat di ambil untuk jangkamasa panjang, sebab Shaklee pun dah lebih 50 tahun berada dalam pasaran. Sesuai dengan tagline Shaklee ini :-


Jadi, anda yang baru nak berkenalan dengan Shaklee jangan ragu-ragu. Hubungi saya untuk konsaltansi di 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...