Monday, April 29, 2013

Bayi Dalam Kandungan Memerlukan 10gm protein



Salam Isnin yang ceria, 

Pagi ni rasa nak cerita tentang penting protein kepada ibu hamil. Sebab biasa jika ke klinik kita hanya dibekalkan Vitamin B, Iron dan Vitamin C (ketiga-tiga ini memang amat penting kepada ibu hamil dan memerlukan antara satu sama lain untuk membantu penyerapan secara optima).

Melalui pembacaan saya, ibu hamil memerlukan lebih kurang 60gm protein sehari, dari jumlah itu:
  • 10gm diperlukan oleh bayi dikeseluruhan trismeter pertama
  • 10gm diperlukan pada setiap minggu pada trismeter kedua kehamilan
  • 10gm setiap hari pada penghujung trimester kehamilan.
Khasiat protein kepada ibu hamil adalah :-
  • Selain membantu dalam menghasilkan sel-sel baru kepada bayi, protein amat penting kepada ibu hamil kerana, ia membantu perkembangan otak bayi yang mula berkembang seawal persenyawaan lagi. Jika anda nak tahu, otak juga berasal dari sel-sel, dan sel-sel itu terbina dari protein.
  • Selain dari itu, protein amat diperlukan untuk pembentukan otot bayi dan ibu. Bagi ibu pembentukan otot ini penting  sebagai persediaan menghadapi kelahiran dan bagi membantu proses pengurangan berat badan selepas bersalin nanti.
  • Protein juga membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu dan bayi, selain vitamin C ramai tak tahu protein juga sanagt bagus untuk menguatkan sistem imun, malah ia lebih mudah untuk dihadam oleh ibu dan kemudia disalurkan kepada bayi. Jadi, jika Vitamin C masih belum ada dipasaran, boleh saje ambil protein sebagai teman pengganti.
  • Bagi ibu hamil yang kerap merasa letih, pengambilan protein yang kemudian dihadam menjadi salah satu asid amino iaitu tyrosine (asid amino tak perlu) yang fungsinya membantu meningkatkan tenaga dan kesegaran mental.

Sumber protein ada banyak, antaranya ikan, ayam, daging, makanan yang berasaskan soya seperti tauhu, tempe dan sebagainya. Semua itu adalah sumber protein yang amat baik, namun proses memasak makanan itu telah mengubah KUALITI protein berkenaan yang menyebabkan ia kehilangan atau telah terkurang 9 asid amino penting dalam sumber protein berkenaan yang amat kita perlukan tetapi ia tidak boleh dibuat oleh badan. Sebab protein sangat sensitif dengan suhu yang tinggi, apatah lagi budaya masayarakat kita yang memasak sesuatu makanan sehingga mendidih. Contohnya jadual kat bawah adalah cara memasak ikan yang sepatutnya:-

Shaklee di muar by azrinna-kiosk

Namun, sesetenagh kita lagi garing goreng ikan lagi sedap! (Termasuk yang menulis ni). Lalu, walau tak hamil saya tetap mengambil 14gm suplemen protein yang bernama ESP setiap hari sebagai sokongan kepada kualiti yang terkerang itu!

Bagi anda yang hamil, mesti lebih peka kan untuk mendapatkan sumber protein sokongan ini ! Jenama apa pilihan anda seharusnya anda tahu akan kandungan protein yang anda ambil. Saya memilih ESP Shaklee bukan setakat saya pengedar sahaja, (tetapi sebagai pengedar buat saya tahu dengan lebih mendalam tentang ESP ini, melalui nota dan kelas realiti atau kelas online, jadi jika anda mahu jadi pengedar pasti anda dibekalkan dengan sumber maklumat asas !).  

Sambung balik apa istimewanya Shaklee ESP ni ?
  • Proses penghasilannya tidak melalui suhu yang tinggi apatah lagi proses mendidih demi mengekalkan 9 asid amino yang kita perlukan. Sebab itu jika nak bancuh ESP hanya perlu dengan air sejuk atau suam. Asid amino perlu ini amat kita perlukan kerana ia akan membina 13 asid amino tak perlu termasuk tyrosine yang saya ceritakan kat atas tu.
Shaklee di muar by azrinna-kiosk
  • Tiada pengawet, tambahan gula,pewarna atau rasa tiruan. Sebab tu suka ambil ESP plain sahaja sebab rasa macam betul-betul menikmati soya.
  • Menariknya sejak dari proses penanaman kacang soya ia telah dikawal dengan ketat bagi memastikan ia benar-benar bebas GMO atau pengubahsuaian genetik soya yang biasa dilakukan supaya rintang penyakit atau mahkluk perosak yang akan menjejaskan tanaman. Kesan negatifnya kitalah yang dapat !
Selain ESP, manakah lagi suplemen yang boleh diambil oleh ibu hamil ? Boleh tengok kat sini.

1st termister pregnancy 

suplemen untuk ibu hamil 

Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, April 26, 2013

Apa yang istimewanya bisness Shaklee

Alhamdulillah, bertemu kali lagi dengan Jumaat. Rezeki dengan Shaklee yang juga indah pada pagi Jumaat (hari-hari lain pun indah juga).

Setiap ruang perniagaan dan pendapatan mesti ada keistimewaannya yang tersendiri. Begitu juga Shaklee.Apa kelebihan menjadi ahli Shaklee ?

Shaklee menawarkan 3 C untuk pengedarnya yang benar-benar usaha.

1.  CASH
Anda boleh membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan mengumpul point.Jika anda rajin berkongsi dengan kawan-kawan dan saudara mara sehingga point yang tertentu akan melayakkan kita untuk menerima bonus dalam bentuk cash walaupun anda tak ada downline lagi. Semakin banyak anda berkongsi semakin banyak bonus yang kita dapat. Seronoknya bonus akan diberi pada tengah-tengah bulan.

2. CAR
Ia untuk pemimpin pengedar yang layak. Namun bukan bermakna syarikat akan beri kereta, tetapi ia adalah dalam bentuk bonus kereta yang kita boleh gunakan untuk membeli rumah, sebagai simpanan atau melunaskan hutang-hutang kita. Jika kereta kita memang sedia elok tak perlu kita beli yang baru bukan ? Cuma mungkin kereta kita belum habis bayar, jadi gunakan bonus itu untuk membayarnya. Kan kereta yang paling best adalah kereta yang dah habis bayar ?

3. CONVENTION
Domestik atau luar negara dan Umrah bagi mereka yang layak dan menepati syarat-syaratnya.

Pengedar Shaklee Di Muar
Pengedar Shaklee Di Muar
Anda nak mendapat 3C ini juga ? Anda perlu menjadi ahli melalui dua cara, pertama dengan membayar RM75 atau membuat belian sekitar RM700 untuk menjadi sebahagian ahli keluarga bisness saya.

Jika anda berminat, hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, April 24, 2013

Menanti Zuriat

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bagi yang mencari maklumat tentang Suplemen Shaklee untuk memudahkan mendapatkan zuriat terlebih dahulu saya tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh Dr Haji Juanda bin Haji Jaya bertajuk Fitnah Menunggu Zuriat. Namun sebenarnya apa yang tulis itu juga adalah kena dengan semua orang bukan sahaja bagi mereka yang menanti zuriat sekian lama. Sesuai untuk saya yang nak berjaya dalam Shaklee, sesuai untuk anda yang mahu berjaya dalam pelajaran dan sesiapa sahaja.



Pertama mengenai persediaan iman - Hakikatnya jika kita memaksa Allah mengabulkan setiap permintaan boleh jadi kita yang jahil ini terkorban kerana kebodohan akal yang mahu menyelongkar di sebalik ilmu Allah. Dia sahaja yang tahu bila masa kita benar-benar layak menerimanya dan bersedia menerima zuriat. Seperti  firmannya dalam Surah Al-Ra'd :59, "Dan pada sisi Allah jua kunci-kunci semua yang ghaib"

Berdoa -Jika di teliti maksud Surah Al-Baqarah: ayat 186 "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran"

Bermakna syarat doa dimakbulkan adalah hendaklah mereka memenuhi perintah Allah dan beriman kepadaNya dan berada dalam kebenaran. Jika dimakbulkan ia bukti kasih Allah, doa yang ditangguh tanda Allah suka mendengar rintihannya dan doa tak termakbul hanya Allah yang tahu perancangan seterusnya.

Ikhtiar - Kadang-kadang disebabkan rasa putus asa mereka terus melupakan hasrat dan tak sanggup berubat. jika berhenti bermakna mereka telah memutuskan rantai ikhtiar yang menjadi syarat termakbulnya doa.

Istighfar membuka pintu rezeki - Berkisah tentang Imam Hasan Al Bashri RA ketika sedang duduk di masjid bersama sahabat-sahabatnya, lalu didatangi seorang demi seorang mengadu tentang kehidupannya lalu di minta setiap dari mereka beristighfar. Sahabat-sahabatnya kehairanan lalu bertanya mengapa setiap yang datang kamu minta mereka beristighfar, lalu di jawab oleh Imam Hasan al Bashri RA, adakah kamu tidak membaca firman Allah : "Maka Aku katakan kepada mereka mhonlah ampun kepada Rabbmu. Sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun. nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu sungai-sungai" (Nuh:10-12)

Oh! ye lagi satu tentang buku tulisan Saudara Fathuri Salehuddin yang bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki kerana zuriat juga adalah sebahagian rezeki Allah kepada pasangan suami isteri. Sebab maksud rezeki bukan sesuatu yang berbentuk material sahaja. Saya share amalan menjemput rezeki dari buku itu.

Kembali ke tajuk asal, ada ke suplemen untuk mendapatkan zuriat ? Ingin saya ingatkan bahawa ia sebahagian usaha dan jangan putus asa dengan usaha.

Suplemen untuk isteri 

ESP
Vitalea
B com
Vitamin C
Alfalfa
GLA

Suplemen untuk suami
ESP
Vitalea
B com
Vitamin C
Vitamin E
Zinc

Mudah-mudahan usaha dan doa anda untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah akan diperkenankan Allah. 

Jika anda ada pertanyaan mengenai suplemen hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, April 23, 2013

Cerita Dari Laut Dalam

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jenis-jenis ikan seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies adalah ikan yang mampu berenang di laut sedalam 5000 meter sudah pasti ia adalah ikan yang besar dan kuat  melawan cabaran geografi lautan untuk mendapatkan makanannya seperti alga dan plankton. 

Apatah lagi jika ia adalah ikan laut dalam yang berasal dari perairan Negara Jepun atau Negara Maritim ini  sudah pasti memiliki anti frizz yang cukup tinggi, lantaran itu tak mustahil ia memiliki kandungan Omega 3 yang lebih tinggi kerana ikan-ikan ini berupaya mempertahankan suhu tubuh dengan kandungan lemak/minyak yang tetap cair pada suhu laut dalam yang sangat rendah seperti sumber dari http://en.wikipedia.org/wiki/Omega-3_fatty_acid dibawah
 

Malah kandungan Omega bagi setiap jenis ikan adalah seperti berikut :-
Anda bayangkan ikan-ikan ini digunakan untuk menghasilkan Shaklee Omega Guard. Tak cukup dengan itu lagi ia proses untuk menghasilkan asid lemak omega 3 yang paling pekat, tulen dan semulajadi sambil menyingkairkan bahan-bahan bahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium dan PCB untuk memastikan ia benar-benar memberi manfaat pada kesihatan dan selamat waima untuk ibu hamil (trismeter 2 dan 3 baru boleh ambil).

Sebahagian manfaat Omega ini, boleh baca di link ini :-

Dari mata turun ke hati

Perlu tak suplemen untuk anak-anak 

Gula dan keupayaan otak

Perlu tak ibu menyusu Omega

Shaklee Omega Guard

Nak Tip Kempiskan perut

Mahu kurus omega atau lecithin


Jika kita mampu sediakan membeli pakaian berjenama dan gajet canggih, mengapa tidak peruntukkan sedikit perbelanjaan untuk kesihatan. Sebab perbelanjaan untuk mengubati penyakit adalah lebih mahal dari perbelanjaan untuk kesihatan.

Jika anda mendapatkan suplemen hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my




Monday, April 22, 2013

Persediaan Untuk Hamil

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tajuk di atas dipetik dari sebuah artikel yang saya baca semalam dalam ruangan kesihatan. Kita biasa mendengar tentang Persediaan 3 Bulan Sebelum Menjelang Perkahwinan, Persediaan Untuk Menyambut Cahaya Mata,namun jarang orang menitikberatkan Persediaan Untuk Hamil, bukan ?

Persediaan utama adalah dengan pengambilan makanan yang seimbang.  Bila difikir, mengapa perlu mengambil diet seimbang, bukankah sewaktu hamil aje kena diet seimbang, sebab perlu untuk bayi dan ibu, jika tak hamil ? Antara keperluan adalah asid folik, seperti dalam artikel ini.


Salah satu sebabnya adalah pengambilan diet seimbang adalah sebagai persediaan menghadapi segala kemungkinan ketika hamil. Contohnya ketika hamil, kita menghadapi 'hiperemesis gravidarum' atau muntah berlebihan semasa hamil, terutama pada minggu ke 10 hingga ke 12 kehamilan. Lalu biasa kita di sarankan ambil makanan yang buat kita boleh makan tanpa muntah, dan elak dari makan apa yang buat kita muntah. Lalu bagaimana jika makanan yang berkhasiat yang sepatutnya ibu hamil perlu makan tapi kita termuntah ? Sebaliknya menjadi kegilaan kita untuk makan makanan yang rapu lagi merepek ? Sebab sementara kita berkeadaan begitu, bayi kita akan memperolehi zat-zat yang dari simpanan zat-zat dalam badan anda. Seperti petikan artikel ini.


Jika tiada simpanan zat-zat bagaimana ? Kasihankan bayi kita.

Lalu jika selama ini bakal pengantin amat menitikberatkan keperluan luaran untuk majlis yang akan berlangsung hanya beberapa jam, mengapa tidak memperuntukan sedikit masa untuk menyediakan makanan yang seimbang dan disokong dengan sedikit perbelanjaan untuk mendapatkan suplemen. Bukan sahaja dapat membantu menghilangkan kelesuan akibat sibuk bekerja dan membuat persiapan, kulit juga lebih cantik ketika majlis, tapi sebagai persiapan menjadi seorang ibu.

Jika anda rasa banyak sangat suplemen yang ada, mana satu nak cuba, cukup dengan mengambil set paling asas iaitu :-
ESP - Menyediakan sumber protein yang mengandungi 9 asid amino yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh serta mengandungi 5 jenis vitamin dan 4 sumber mineral berfungsi untuk menghasilkan sel-sel yang sihat. Selain itu ia juga membantu meninggalkan kulit yang sihat dan parut yang pudar.

B Complex - Mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk biotin dan asid folik.

Vitalea - Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting termasuk iron.

Osteomatrix - Adalah kalsium sebagai sumber sokongan kepada sumber kalsium harian anda.

Keempat-empat suplemen ini juga boleh anda teruskan pengambilan walaupun hamil sehingga proses berpantang.

Mahu dapatkannya ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, April 21, 2013

Pentingnya Air Masak Untuk Kurus

Air masak, air jarang, air kok, air putih adalah SAMA iaitu air yang tiada campuran dengan rasa atau warna. Minum air putih sangat penting untuk semua, formular biasa untuk memastikan kita cukup minum air masak adalah setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air. Bagi anda yang sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan, minum air masak juga penting, namun jangan minum air masak sahaja sebab tubuh badan masih memerlukan zat-zat makanan seperti karbohidrat, protein, vitamin, serat dan keperluan tubuh yang hanya terdapat dalam makanan. 

Bagaimana air putih dapat membantu dalam program menguruskan berat badan anda ?
  • Membantu meninkatkan metabolisme kerana air putih membantu membentuk cairan kimia tubuh yang digunakan dalam proses metabolisme makanan yang masuk.
  • Minimum 2 gelas air putih sebelum makan membantu mengurangkan nafsu makan yang tinggi seterusnya dapat mengawal pengambilan makanan

Jadi, jangan abaikan pengambilan air masak.

Hubungi saya untuk pembelian suplemen di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Saturday, April 20, 2013

Suplemen Bekalan Untuk Mengerjakan Umrah/Haji

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Umrah dan mengerjakan haji adalah sesuatu yang amat sinonim dengan umat Islam walau di mana pun kita berada. Sesuatu yang amat diidamkan oleh setiap umat Islam untuk menjejaki kaki ke sana. Sekali mahu ke sana, pasti kerinduan untuk mengulangi kemanisan beribadah di sana sentiasa bertamu di hati.

Selain persediaan kemahuan, kewangan dan ilmu yang mencukupi, jangan lupa bekalan kesihatan yang baik perlu juga menjadi keutamaan. Bagi yang menghidap penyakit pastikan tidak melupai nasihat pakar perubatan terutamanya yang membabitkan soal ubat dan diet sebelum bertolak di Bumi Anbiya'. Bagi yang sihat pun tak boleh lari dari menjaga diet seharian. Bagi yang tercari-cari suplemen apa yang patut di amalkan sekarang bagi memastikan tubuh fit dan boleh dibawa ke sana, sedikit cadangan suplemen yang sangat sesuai, iaitu Vitamin B, Vitalea/Multivitamin, Osteomatrix/Kalsium, Performance Drink dan Nutriferon.


  
Fungsi utama Vitamin B adalah menukarkan apa yang kita makan yang terdiri daripada lemak, karbohidrat dan protein menjadi tenaga yang akan membantu mengurangkan keletihan dan kelesuan.

Vitalea/Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral untuk melengkapkan keperluan nutrisi yang terkurang seharian selain ia membantu memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus ia membantu sistem memori untuk fokus kepada ibadah.

Osteomatrix sedia maklum jika berada di sana kita amat memerlukan 'kaki' untuk berjalan bagi beribadah, jadi pengambilan Osteomatrix membantu memperkasakan tulang, membantu tekanan darah yang baik, membantu penguncupan otot dengan baik untuk memudahkan pergerakan.

Faktor cuaca yang panas di Mekah ada baiknya kita sediakan Performance Drink (PD) untuk mengimbangi keperluan air dalam tubuh bagi mencegah penyahhidratan, mengurangkan rasa kehausan dan mengelakkan kulit menjadi kering. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan daya ketahanan otot dengan memberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat terutama dalam keadaan kita yang sentiasa aktif berjalan.

Walaupun masih tiada Vitamin C dalam pasaran, ambillah Nutriferon yang  berfungsi untuk meningkatkan sistem imun kita melalui sumber semulajadi.

Selebihnya kita berdoa agar perjalanan bagi menunaikan ibadah ini berjalan dengan lancar. Amin.

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, April 17, 2013

Suplemen Untuk Suami

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ramai isteri yang amat mementingkan kesihatan diri, jaga makan, bersenam, ambil suplemen tetapi selalu lupa pada kesihatan suami. Iyelah kadang-kadang kita menjadi seorang yang amat prihatin tentang sesuatu perkara tetapi kita di pasangkan dengan sebaliknya. Jadi, kitalah kena prihatin tentang makanan seimbangnya, bersenamnya, mengawal stressnya dan apa kata tambah suplemen asas untuknya sebagai menyokong kesihatan.

Suplemen yang saya maksudkan adalah Vitamin E, Zink dan Performance Drink. Vitamin E berfungsi sebagai agen anti-oksida sebab gaya hidup lelaki yang kadang-kadang lebih mudah terdedah kepada sumber radikal bebas, ditambah lagi sesetengah lelaki yang menghisap rokok. Ia juga baik untuk kulit, sebab menjadi lumrah lelaki untuk tidak mengambil berat penjagaan kulit. vitamin E juga baik untuk jantung, sendi dan memperbaiki kitaran darah dalam tubuh.




Suplemen kedua adalah zink atau dikenali juga sebagai khazanah lelaki kerana fungsinya kepada persona lelaki. Ia juga berperanan mempertingkatkan sistem imun, membantu mengekalkan deria bau dan rasa.


Satu lagi suplemen adalah Performance Drink (PD), kerana sesetengah lelaki sukar untuk meminum banyak air masak, sedangkan kita tahu setiap 25kg berat badan, kita memerlukan 1liter air masak/putih. Malah ramai lelaki yang menjadikan minuman isotonik sebagai teman ketika bekerja atau bersukan. Apa kata kita sediakan PD sebagai bekalan untuk pasangan. Istimewanya PD mengandungi rumusan ekslusif OptiCarb yang berfungsi untuk meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh yang amat sesuai untuk lelaki yang bekerja berat ditambah di tengah panas dan suka bersukan !
Jadi, kitakan isteri yang prihatin tentang seisi rumah, jadi apa lagi hubungi saya untuk pembelian di talian 012-6816979 atau noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, April 16, 2013

Pengganti Vitamin C

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Bagi yang ternanti-nanti bila vitamin C akan kembali dalam pasaran Malaysia, apa kata ganti dengan Nutriferon untuk mengekalkan sistem imun ke tahap optimum.

Bagi yang selalu dilanda selsema, demam, dan batuk sehingga nak mengambil MC pun malu dengan bos, apa kata cuba Nutriferon bagi menggantikan antibiotik yang kerap anda ambil apabila sakit demi buah pinggang anda untuk jangkamasa panjang.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi dan bayi kerap selsema 3 hari tak baik-baik, ibu ambillah Nutriferon, Insyallah akan ada kesan positif. Namun ia tidak sesuai diambil oleh ibu hamil ye!

Jika anda berminat, hubungilah saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, April 15, 2013

Halalkah Shaklee ?

Pertama kali saya mendengar nama Shaklee ketika belajar di sebuah sekolah menengah agama pada tahun 1995 dulu. Masa tu ada seorang ustazah yang jadi leader dan beberapa orang kawan yang berumur berada di tingkatan 6 bawah dan atas menjadi pengedar. Memang sangat unik mereka menjual. Tak payahlah cerita macamana mereka jual, siapa nak tahu boleh PM atau email saya. Masa tu saya pun jadi sebahagian pembeli. Walau saya tengok tak ada logo halal tapi sebab ustazah yang jual saya percaya ia halal.

Orang sekarang ni nak bukti, "Apa bukti halal, tunjukkan padaku !" - Berdrama  sudah !

Sebab akhir-akhir ini saya kerap menerima sms bertanyakan tentang HALAL dan SELAMAT kah Shaklee, saya share sijil halal yang dikeluarkan oleh ISA.
Mengapa ISA, tidak JAKIM ? JAKIM hanya mengiktiraf produk yang dihasilkan di Malaysia sahaja, sedangkan Shaklee produk Amerika. Walaubagaimanapun, ISA adalah antara badan halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh semak di laman web JAKIM.

Satu lagi nak share, jika anda mahu membeli Shaklee belilah di negara Islam sebab sebahagian produknya adalah memang di khaskan untuk pengguna Negara Islam. Sebab Shaklee amat menjaga sensitiviti agama ini, termasuk menyenaraikan kandungan produk supaya mereka yang mengamalkan vegetarian tahu produk mana yang mereka boleh ambil.

Selain Halal, Shaklee juga adalah selamat di ambil untuk jangkamasa panjang, sebab Shaklee pun dah lebih 50 tahun berada dalam pasaran. Sesuai dengan tagline Shaklee ini :-


Jadi, anda yang baru nak berkenalan dengan Shaklee jangan ragu-ragu. Hubungi saya untuk konsaltansi di 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, April 14, 2013

Bekerja Dari Rumah

  • Meninggalkan anak di taska sedari berusia 3 bulan lagi. 
  • Tinggalkan anak di rumah pengasuh.
  • Berita di akhbar, televisyen tentang bayi didera selalu buat kita risau dan tak senang hati.
  • Saya tak mahu bayi saya diberi makan sebelum berusia 6 bulan, tetapi kenapa kakak dah bagi bayi saya 4 bulan makan ?
  • Kenapa biarkan sampai kering najis anak saya  ?

Arghhh! Benda-benda di atas selalu buat kita sebagai ibu yang bekerjaya binggung. Alangkah bagusnya jika ada pekerjaan dari rumah. Tak payah menempuh kesesakan jalan raya, boleh jaga anak-anak sendiri, boleh kita tentukan apa yang kita nak beri pada anak sendiri, boleh jaga keperluan suami.

Jika anda antara ibu-ibu yang sentiasa berfikiran di atas, apa kata anda bersama saya join Shaklee. Tak perlu meeting setiap minggu. Tak perlu datang ke rumah-rumah orang untuk berjual. Tak perlu memaksa orang membeli. Hanya wujudkan perkongsian tentang produk di alam maya tanpa sempadan. melalui penulisan blog dan di wall FB anda. Jika ada yang berminat, boleh hubungi anda. Jika anda rasa tak punya modal untuk membeli sedikit stok, serahkan kepada syarikat, kerana mereka membuat penghantaran di seluruh Malaysia.

Saya masih lagi bekerja, dan menjadi impian saya untuk bekerja dari rumah 2, 3 tahun lagi. Atau lebih cepat dari itu. Saya sudah membuat persediaan dari hari ini dengan menyediakan ruang sebagai pendapatan dari rumah.

Anda nak join saya ? Hubungi saya di 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, April 12, 2013

Petua Mudah Membanyakkan Susuibu

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Formular mudah untuk membanyakkan susuibu adalah :-

Supply vs demand
Bermaksud susuibu yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan keperluan anak. Lagi banyak bayi minum lagi banyak susuibu !

Tentu ibu biasa melihat stok susuibu yang banyak dalam peti bekukan ? Konsepnya masih sama di atas. Cuma ibu kena BANYAKAN PERMINTAAN susuibu ini melalui
1) Hisapan bayi
2) Mengepam - tak kisah samada penggunakan pam atau tangan iaitu teknik Marmet yang penting setiap 3 jam sekali perlu mengepam ketika di tempat kerja.

Bagaimana dengan pil booster, suplemen atau lain-lain ?
Walaupun mengambil milk booster formular di atas perlu didahulukan, jika tidak ia tidak akan mendatangkan kesan yang diharapkan.

Namun suplemen penyusuan yang terbaik bukan sekadar untuk meningkatkan pengeluaran susuibu (bersama formular di atas) tetapi, ia juga turut sama memberi keperluan nutrisi pada ibu ini, yang akan buat ibu rasa happy, tenang, bertenaga untuk menjaga anak, nak-nak jika punya bayi yang suka berjaga malam.

Keadaan yang tenang, happy, bertenaga ini juga akan membuatkan hormon prolaktin atau hormon susu mengeluarkan dengan lebih baik susuibu. Anda pernah tak alami kekurangan susuibu bila mengepam di kala stress. Jadik ?

Oleh itu, untuk ibu menyusu, selain mengamalkan formular mudah di atas, mengambil suplemen yang baik untuk tubuh, mengamalkan makanan yang seimbang lagi sedap dan halal, minum juga air masak yang mencukupi juga sentiasalah berada pada arus alfa melalui doa kepadaNya.

Hubungi saya untuk membeli suplemen penyusuan di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, April 11, 2013

Hari Sarapan Kita !

Pada Bulan pertengahan Mac 2013 telah diadakan sambutan Hari Sarapan Sedunia oleh sebuah restoren makanan segera. Pada 5 Mei 2013 (kebetulan PRU ke-13) akan ada pula Hari Sarapan Malaysia oleh sebuah syarikat pengeluar makanan popular.

Menurut satu kajian bagi korelasi di antara sarapan pagi dan pencapaian di sekolah menunjukkan kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap lebih sopan.

Melalui kajian itu juga menunjukkan SARAPAN penting sebab....
  • memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan
  • menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai
  • membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih tepat.
  • meningkatkan pencapaian berfikir
  • menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah
  • membantu mereka untuk tidak berkhayl semasa dalam kelas
  • membuat mereka lebih tenang dan kurang menggelabah

Betapa pentingnya sarapan sehingga begitu dititikberatkan, tak kira untuk orang dewasa atau kanak-kanak. Jika kita yang dewasa ini mudah untuk memahami betapa pentingnya sarapan. Namun bagi anak-anak kecil bagaimana ? Anak saya sendiri kadang-kadang ada angin tak mahu sarapan, katanya mahu sarapan dengan kawan-kawan kat sekolah. Tapi dari bagun tidur sampai pukul 10.30 pagi itu satu jangkamasa yang panjang. Boleh tahan ke si dia. Hati mak mana yang senang bila anak ke sekolah tanpa sarapan.

Biasanya setiap pagi saya akan bancuh susu, Milo dan Meal Shakes dan beri dia minum. Alhamdulillah setakat ini dia belum pernah menolak minuman gabuangan 3 rasa itu, walau selalu menolak untuk bersarapan pagi. Jika sarapan yang ada pagi itu sesuai di makan dalam kereta, bawa sedikit dalam kereta, mana tahu perjalanan hampir 40 minit itu buat dia mahu makan. Selain itu dalam kereta juga ada roti yang 70 sen tu, biskut yang mini-mini tu, badam atau gajus dalam kereta. (abaikan kesan bersepah sana sini). Kalau dia kata tak mahu makan ketika di rumah, biasanya dalam kereta pasti nak makan walau mungkin cuma kunyah gajus 4-5 biji. Jadilah !

Oh! Ye! Meal Shakes ini adalah makanan pelengkap yang menggabungkan elemen-elemen ini.
  1. Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat
  2. Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa)
  3. Membantu tumbesaran sebab mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium
  4. Mengandungi anti-oksida iaitu vitamin A, C, E, zink dan selenium
  5. Mengandungi vitamin B yang lengkap, termasuk zat besi dan copper untuk membina sel darah merah
  6. Kaya dengan serat larut untuk membantu sistem penghadaman supaya lawas dan supaya tak mudah rasa lapar- terutama jika kanak-kanak obesiti yang tak mahu bersarapan tetapi suka terus makan tengahari dalam kuantiti yang banyak
  7. Rasanya yang lazat tanpa mengandungi pewarna dan gula tiruan



Jika anda juga punya masalah dengan anak yang tak suka sarapan pagi, atau anda sendiri tak ada masa nak bersarapan, boleh jadikan Meal Shakes sebagai sarapan anda. Pelbagaikan hidangan kecuali tidak menyediakan ia dengan air panas, di campur dengan teh dan kopi.

Jadikan Meal Shakes sebagai Hari Sarapan Kita !

Jika anda berminat nak beli, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, April 10, 2013

Bila Demam Menyerang

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Isnin lepas terasa sangat letih bila hingus meleleh-leleh. Lalu saya makan Nutriferon 3 peket hari tu. Satu peket pagi, sepeket petang dan sepeket malam tapi bukan sebelum tidur sebab takut tak cukup minum air masak. Semalam masih lagi sama keadaan selsema saya, cuma tanda-tanda batuk telah menghilang jadi ambil 2 peket. Hari ini, selsema dah tiada, cuma tekak masih terasa berkahak, jadi ambil 1 peket sahaja.Alhamdulillah !

Apa itu Nutriferon ? Ia adalah suplemen unik Shaklee yang tidak ada di lain-lain syarikat dan  tiada di hypermarket sekalipun, hanya boleh dibeli dari Shaklee,. Nuriferon adalah makanan khas untuk interferon iaitu sel antibodi badan kita untuk membantu menambah baik sistem imun badan kita dan perisai supaya badan kita lebih kuat.

Nutriferon juga sesuai diambil untuk mereka yang bergantung kepada antibiotik, seperti yang ramai antara kita tahu kesan sampingan dalam jangkamasa panjang jika kekal dengan pengambilan antibiotik.


 
Begitu juga jika ada kalangan rakan-rakan yang menghidap Diabetis dan luka, selain mengambil ubat yang di syorkan oleh doktor mengikut dos dan masa, luka yang dicuci dan dijaga dengan baik, amalkan juga Nutriferon supaya luka cepat sembuh.

Jika satu rumah demam tak kebah-kebah dari anda suami isteri sampai bayi yang baru berumur bawah setahun. Bagaimana mahu menanganinya ? Sesuaikah Nuriferon untuk kanak-kanak bawah 12 tahun ? Sebenarnya Nutriferon tidak diuji ke atas kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Namun, guru saya pesan, untuk kanak-kanak tuangkan sedikit Nuriferon dan bancuh dengan Performance Drink. Bagi bayi yang demam 3 hari tak sembuh-sembuh, dan masih menyusu badan, ibulah yang patut ambil Nuriferon. Namun Nutriferon tidak sesuai diambil oleh ibu yang sedang hamil ye!

Jika anda ternanti-nanti kemunculan semula Vitamin C 500mg, apa kata ganti dengan Nutriferon, anda pasti sukakannya.


Hubungi saya untuk pembelian di nombor telefon 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

 


Monday, April 8, 2013

Cara Selebriti Maintain/Kuruskan Berat Badan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Detox. Usahakanlah untuk berry (nama manja bagi buang ayaq besaq) sekali sehari. Ini kena consistent sebab tak bagus untuk badan simpan toksik lama2.
Itu ANTARA salah satu tip diari Hanis Zalikha seorang model, blogger, pengacara dan pelakon untuk maintain/kuruskan berat badan. Boleh cari di blog beliau ye !

Saya percaya anda pun tahu betapa pentingnya membuang air besar setiap hari memandangkan kita makan setiap hari. Teringat cerita seorang teman yang hanya ke toilet 2 minggu sekali untuk membuang air besar. Itupun 'terpaksa' menyediakan surat khabar, majalah, novel dalam toilet untuk menghilangkan boring !

Panjang usus manusia dianggarkan antara 3 hingga 4 meter. Dalam jangkamasa panjang, usus mengandungi sisa makanan yang tidak terbuang dengan berat 3 hingga 11 kilogram dan mengeluarkan zat beracun di dalamnya.  Apabila toksin ini diserap oleh usus, kita bukan sahaja sukar untuk menguruskan berat badan, menghadapi masalah jerawat, badan dan nafas berbau tetapi ia juga boleh menjadi sumber segala penyakit bahaya.

Mengikut kajian, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi masih terdapat 6 hingga 10 paun najis terlonggok dalam usus. Ini menyebabkan keseluruhan usus besar terlonggok najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ini disebabkan usus hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil melalui saluran yang sempit.

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, paling utama yang perlu diberi perhatian adalah minum air masak secukupnya mengikut formular 1 litter air untuk setiap 25kg berat badan kita.
Kedua, mengambil buah-buahan yang mencukupi, bagi memudahkan ambil pelbagai jenis buah mengikut saiz yang macam buah potong yang dijual tu! Buah yang baik untuk mengatasi masalah susah nak buang air besar ini mengikut pengalaman saya adalah pisang, jambu batu dan betik.

Diikuti suplemen yang membantu melancarkan proses itu iaitu LECITHIN, ALFALFA dan HERBALAX



Bagaimana 'mereka' bertiga ni bertindak ?

Lecithin
Bertindak sebagai pelembut najis yang berkesan, ia melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.Selain itu Lecithin juga berperanan sebagai agen untuk memecah lemak dan kolestrol.

Alfalfa 
Mengandungi saponin iaitu seperti span yang bertindak sebagai penyerap apa sahaja yang telah dicairkan dan dilembutkan oleh Lecithin. 

Herbalax
Apabila telah 'dicairkan', 'diserap' mestilah perlu diangkut keluar. Jadi fungsi Herbalax adalah untuk merangsang usus bagi mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh. Tindakannya membersihkan usus secara lembut dapat mengembalikan proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit. Jika tiada lagi masalah sembelit, maka perut pun akan lebih kempis.

Serius, gabungan amalan minum banyak air masak, makan buah-buahan dan pengambilan suplemen ini berkesan buat saya walau tak de penghadapi masalah ke toilet !

Jika anda ada masalah melalui proses pembuangan air besar yang tidak sempurna, mengapa tak berbuat sesuatu !? Hubungi saya untuk membeli di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my.

Penghantaran Shaklee di Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan

Thursday, April 4, 2013

Batuk Saya Tak Henti-Henti ? Ada petua tak ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sudah ramai doktor ditemui !
Semua doktor kata batuk anda tidak menandakan apa-apa masalah kesihatan.

Perubatan moden sudah ! Lalu anda beralih ke ilmu perubatan tradisional. Tercari-cari petua untuk hilangkan batuk. Antara petua untuk hilangkan batuk yang saya temui dan biasa diberikan oleh orang-orang tua seperti berukit  :-
  • Menyapu kapur makan yang bercampur limau nipis di leher
  • Memakan bawang putih yang dibakar bersama kulitnya sekali hingga masak samada dalam ketuhar atau di atas bara api, lepas tu makan
  • Rendam 4-5 kuntum bunga lawang yang telah direndam dalam air panas sehingga suam-suam, kemudian minum
  • Mengambil satu sudu makan madu ke dalam segelas air suam bersama sedikit perahan limau nipis ke dalamnya lalu diminum.

Mana satu yang paling berkesan ? Ikut mana yang anda rasa paling sesuai dengan anda.

Kadang-kadang batuk yang tak sembuh-sembuh ini disebabkan anda kerap mandi malam, tidur bertemankan pendingin hawa atau kipas, ditambah lagi dengan kesukaan minum air ais - memang melegakan, tapi tidak untuk paru-paru anda.

Bagi anda yang nak cuba suplemen untuk melegakan batuk, bagi anak-anak kecil yang berusia setahun ke atas boleh beri Omega tetapi bukan setiap hari. Bukan sahaja baik untuk otak, tetapi baik untuk melegakan batuk dan selsema.

Sila abaikan 'model' itu. Ia tidak dijual. he3!

Bagi anda yang dah berusia 12 tahun ke atas, selain Omega boleh mengambil Nutriferon untuk melegakan batuk. Biasanya selepas 3 paket akan nampak kesan positifnya, Insyaallah.

Apa itu Nutriferon ?

Adalah produk Shaklee yang dihasilkan sebagai "booster" kepada sistem imun badan kita atau interferon yang berfungsi untuk melawan virus dan mengelak dari virus membiak dan beranak pinak dalam badan kita. Interferon ini memang dihasilkan semulajadi oleh tubuh badan kita dan Nutriferon membantu tubuh kita untuk menghasilkan lebih banyak interferon.

Oh ye! Nutriferon bukan ubat yang akan ada kesan sampingan macam sesetengah ubat yang akan mematikan semua bakteria termasuk yang kita perlukan. Nutriferon dihasilkan dari bahan semulajadi setelah 40 tahun (bukan 4 hari) penyelidikan dilakukan dan hanya boleh dibeli dari Shaklee tiada di mini market atau hipermarket.

Jika, anda mahu mencuba untuk melegakan batuk, hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Wednesday, April 3, 2013

Tumit Pecah-Pecah


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



  • Rasa sakit dan ngilu bila tergesel dengan kain, tak kira kain kasar atau lembut, malah stokin pun. 
  • Kaki tak cantiklah !
  • Nampak pengotor ! -Terutama bila kat celah tumit yang pecah2 kehitaman
Mungkin itu komen yang biasa kita dengar dikalangan wanita yang menghadapi masalah tapak kaki kasar  diikuti tumit pecah-pecah. Namun bagi lelaki benda-benda bersifat kosmetik ini tak jadi kudis bagi mereka kecuali bagi anda yang menghidap Diabetis kena alert juga benda-benda macam ni.

Punca yang biasa kita dengari adalah seperti berikut :-
  • Kulit kaki kehilangan kelembapan akibat kekurangan air atau faktor usia yang semakin meningkat
  • Kerap memakai kasut yang terbuka dibelakang atau suka pakai sandal
  • Berdiri terlalu lama
  • Menghidapi penyakit kulit

Sesuatu yang saya belajar dari Guru Shaklee adalah, salah satu yang juga menjadi punca tapak kaki kasar dan tumit pecah-pecah adalah sebab badan kekurangan kalsium. Jadi pastikan kita mengambil sumber kalsium yang mencukupi setiap hari dan diikuti pengambilan Osteomatrix bagi menyokong sumber kalsium harian kita.

Lagi satu ketika mandi apakata sental tapak kaki dan tumit dengan penyental untuk mengurangkan kulit-kulit yang terkopek. Selepas itu sapu dengan Herbal Blend Multi-Purpose Cream diseluruh kaki. Ia tidak melekit dan mudah di cuci sekiranya anda mahu berwudhuk. Setiap kali lepas sapuan terasa tumit lebih lembut dan mana yang kasar-kasar terasa lebih lembut. Memanglah ia tidak akan hilang dengan sekali dua sapuan, ambil masa sedikit, macam makan vitamin juga sebab ia bukan ubat yang bisa menyembuhkan kesakitan dalam sekelip mata.






Pengambil Set Eu For Pack yang mengandungi Vitalea, Osteomtarix, Vitamin C dan B Complex bukan sahaja untuk menghilangkan kulit-kulit kasar dan pecah-pecah ditumit, tetapi ia membantu tubuh badan untuk lebih cergas bermula dari bangun tidur untuk memulakan hari yang baru. Ia juga sama penting bagi mereka yang amat perihatin dengan penampilan kosmetik.





Jika anda berminat untuk membeli atau menjadi ahli, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my.






Tuesday, April 2, 2013

Shaklee Nutriferon Tingkatkan Antibodi Kita

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Beberapa bulan lepas, saya diserang batuk yang tak baik-baik. Lalu rakan bisnes Shaklee mencadangkan nelan Nutriferon. Cara saya makan buka saja peket kecil, dan ttuang dalam mulut sebelum minum air masak. Saya makan Nutriferon 2 peket sehari. Pagi dan malam. Alhamdulillah, selepas 3 hari dah makin jarang batuk. Sejak tu Nutriferon memang sentiasa ada 2, 3 peket dalam handbag sebagai first aid. 




Seronoknya, bulan April 2013 adalah bulan Nutriferon. Bermakna jika anda membeli 6 kotak akan dapat percuma satu. Nampak banyak nak beli ? Boleh kongsi dengan kawan-kawan, setiap seorang beli sekotak. Anda bukan sahaja dapat keahlian percuma, malah layak mendapat bonus dari syarikat.

Adakah nampak mahal ? Tidak. Jika anda sihat, cukuplah makan seminggu sekali sahaja. Namun jika anda batuk, demam, selsema, ambillah setiap hari sehingga sembuh. Jimat bukan?

Nak cuba Nutriferon ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Shaklee Di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Jika anda tinggal disekitar Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar atau bekerja di situ dan ingin membeli suplemen Shaklee boleh dapatkan dari :-

Shareena Saad 
No telefon 012-6082426

Anda mahu menjadi ahli Shaklee ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...