Monday, March 11, 2013

Siapa Yang Perlukan Suplemen Kalsium

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Ketika berjalan melintasi sebuah farmasi berhampiran dengan kediaman saya terpandang info di luar pintu farmasi itu mengenai siapa paling utama yang memerlukan kalsium tambahan.
  • Berumur 24 tahun ke atas
  • Tak suka minum susu atau jarang minum susu
  • Bertubuh kecil
  • Jarang bersenam
  • Suka minuman berkafein
  • Tak suka dengan cahaya matahari pagi
  • Merokok
Dalam Shaklee selain di atas, saya belajar lagi beberapa golongan yang memerlukan suplemen kalsium.
  • Mereka yang sering keletihan
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Mereka yang tekanan darah tak seimbang
Anda yang mana satu antara di atas ? Anda tentukan !

Mengambil suplemen kalsium bukan bererti tak payah minum susu, atau mengambil makanan yang kaya kalsium seperti sayuran yang bedaun hijau gelap seperti brokoli, kailan dan sawi. Biji-bijian seperti badam, produk makanan dari soya, hasil tenusu selain susu adalah keju, butter, dadih. Sumber laut seperti tengiri dan ikan bilis dan sebagainya, kerana tujuan pengambilan suplemen kalsium adalah untuk mencukupkan dan menambahbaikkan nilai nutrisi yang diambil ke tahap paling optimum.

Walaubagaimanapun, sebelum membeli suplemen kalsium, perlu pastikan ciri-ciri di bawah ada, saya petik dari buku Dr. Bruce yang bertajuk Osteoporosis.
  • Kalsium -Tujuan untuk memastikan kehilangan kalsium tidak melebihi keperluannya dalam diet kita. 
  • Vitamin D - Ia berfungsi untuk memudahkan penyerapan kalsium disamping mengelakkan lebihan kalsium yang tidak diperlukan disimpan dalam badan melalui urine
  • Magnesium -Mencegah pembentukan tulang yang tidak normal, agen yang memudahkan proses penyerapan oleh Vitamin D
  • Zink -Meningkatkan penyerapan vitamin D dan ia diperlukan untuk membantu protein berfungsi dengan optima dalam pembentukan tulang
  • Mangan -Diperlukan untuk membantu menguatkan, membentukan tulang dan sel-sel kologen dapat bertindak secara optima untuk membentuk, memperbaiki tulang
  • Kuprum -Ia membantu tulang yang sihat dan penganjalkan kulit.
  • Boron -Membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan kalsium secara optima 
Osteomatrix adalah suplemen kalsium Shaklee yang memeliki ciri-ciri di atas. Pengalaman sendiri ia membantu saya mengatasi sakit tumit dan belakang seusai bersalin dulu. Maklumlah ketika hamil tak ambil peduli tentang perlunya kalsium, malah harus diakui vitamin yang dibekalkan oleh doktor pun selalu tak makan sebab selalu menganggap apa yang saya makan dah mencukupi dan seimbang. Malah selalu dimomokkan dengan cerita kalau banyak makan vitamin nanti bayi besarlah dan sebagainya.

Syukur menemui Shaklee dan keluarga besar Shaklee ketika anak dah mencecah umur setahun dua bulan ketika itu ! 

Jika anda berminat nak cuba atau menyertai keluarga besar Shaklee saya hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...