Wednesday, March 27, 2013

Sejak dari baby lahir memang susu saya sikit!

Itulah ayat yang kerap diluah oleh ibu. Bila di tanya umur bayi berapa bulan? Baru 2 hari.Ish! Ish! ada beberapa perkara yang ibu perlu tahu bila susu sikit pada awal kelahiran ini.

SEBAB PERTAMA
Susu pada awal kelahiran adalah kolostrum atau cecair emas. Sesuai dengan nama 'emas'nya ia memang sedikit hanya 20 -30 ml sahaja dan berwarna jernih hingga kekuningan selain khasiatnya yang tiada tandingan. Antara khasiat kolostrum susuibu adalah :-
  • Tinggi protein, vitamin larut lemak (ADEK), zink dan sodium
  • Rendah laktosa (4%), lemak dan vitamin larut air (vitamin B complex dan vitamin C)
  • Tinggi vitamin K, penting bagi mengelakkan HDN (Haermorhagic Disease of Newborn)
  • Imunoglobulin (SigA) yang tinggi
  • Imunisasi pasif yang pertama bagi bayi
  • Kolostrum adalah pelawas 'laxative'. Ia menggalakkan pembuangan mekonium dan mengelakkan bayi daripada dijangkiti Jaundis Beonate (Neonatal Jaundice)
  • Mempunyai faktor 'bifidus' bagi menggalakkan pembiakan koloni 'Laktobacillus Bifidus'. Koloni bakteria ini menyebabkan keadaan usus berasid dan ini mengelakkan pembiakan koloni patogen E-Coli
  • Mempunyai enzim lipase, laktose, lisozim dalam keadaan aktif
  • Mempunyai anti oksida dan beta karotena yang penting untuk pembiakan sel-sel tubuh
  • Bagi bayi pra matang susuibu yang terhasil aalah berbeza secara automatik sebab ia mengandungi protein yang tinggi, Imunoglobin igA, laktoferin dan rendah laktosa khas
SEBAB KEDUA 
Perut bayi ketika lahir hanya mampu menerima 7ml susu sahaja. Cuba anda bayangkan, anda kata susu anda sedikit dan memberikan susu dalam botol sebanyak 4 oz ? apa jadi dengan perut bayi tu ? Jadi susuibu itu keluar mengikut permintaan baby.

APA IBU PERLU BUAT ?
Teruskan penyusuan, jika bayi tidur terlalu lama kejut dan susukan. Bayi menangis bukan bererti susu tak cukup. Mungkin si kecil sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran. Mungkin bayi sedang mencari rentak penyusuan. Ingat perut bayi cuma mampu menampung 7ml susu sahaja. Bagi yang beragama Islam amalan berzikir ketika berpantang adalah sangat baik dan perlu untuk bayi dan ibu. Fahamkan ?

Penting juga pada masa berpantang ibu menjaga pemakanan dan mengambil makanan seimbang. Bila sebut makanan berpantang ni setiap orang dan bangsa punya cara tersendiri. Tapi saya tetap suka akan cara berpantang Melayu namun perlu kena dengan cara pemakanan seimbang. Pengambilan suplemen Shaklee ketika berpantang dan menyusukan bayi tidak bermakna anda boleh mengabaikan pemakanan seimbang yang bersesuaian dengan tempoh berpantang, namun ia bertindak untuk membantu menyokong pemakanan kita. 

Bagi ibu yang mahu mengumpul stok susuibu, boleh memulakan sesi pengepaman sekurang-kurangnya selepas 2 minggu melahirkan. Perah susuibu selepas bayi menyusu dapat menggalakkan pengeluaran susu. pengambilan suplemen tanpa mengepam tidak akan membantu memenuhkan stok susuibu anda. Pengambilan suplemen umpama tangki air yang besar dan memerah susu berjadual umpama tindakan ibu memulas kepala paip.

Kadang-kadang sesetengah ibu tak kuasa nak bangun malam untuk menyusukan bayi, lalu memberikan susu perahan kepada bayi. Namun ia bukan tindakan yang bijak, sebab pada waktu malamlah hormon penyusuan paling aktif, maka bila ibu bangun menyusukan bayi ia membantu otak memberi signal kepada hormon susu untuk mengeluarkan lagi banyak susu. Pengambilan suplemen Osteomatrix dan vitamin B contohnya membantu untuk ibu lebih cergas dan dapat meladeni bayi pada waktu malam.

Pencarian ilmu tentang dunia susuibu sekarang di hujung jari sahaja yang penting mahu. Jika anda ibu hamil, selain survey barang keperluan bayi, apa kata selami dunia penyusuan bayi sekali supaya ketika ia diperlukan ibu tidak teraba-raba mencari maklumat.

Jika anda berminat nak dapatkan suplemen dan menjadi ahli Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...