Sunday, March 17, 2013

Omelan Pagi Minggu

Hari minggu ini tetap perlu bangun awal pagi macam hari-hari biasa. Cuma bezanya tak perlu ke pejabat dan tak perlu hantar anak ke sekolah. Masih tetap bangun awal untuk melunaskan tanggungjawab sebagai muslim, bikin sarapan dan seperti biasa buka email, up dates status di FB, menulis email dan packing vitamin yang di order oleh pelanggan.

Memang terasa penat bila perjalanan agak jauh dari rumah ke pejabat, nasib sekolah anak depan pejabat sahaja. Tapi kasihan si kecil kena bangun awal pagi ketika teman lain mungkin masih tergolek atas tilam. Tapi bagusnya perjalanan yang jauh boleh buka banyak ruang interaksi dengan anak. Bukankah dalam ilmu keibubapaan jika mahu anak jadikan kita kawan sejak dari kecil antaranya bila memandu kita matikan radio dan dengar apa yang dia nak cakap. Kebetulan perjalanan ke sekolah melalui kawasan pembinaan universiti baru maka banyaklah spesis jentera berat, jadi hari2 cerita tentang bajak, strempol dan sebagainya. Alhamdulillah !Pengalaman bekerja di syarikat kontraktor kelas A dulu membolehkan saya mengenal sebahagian besar jentera berat untuk pembinaan, jadi bolehlah bercerita. Tapi bila bab dia bertanya "Mama! bajak ni tak mandi pagi ke ? comot aje muka dia!" (mana pulak muka bajak ni!).

Setiap pagi saya beri Aiman Milo+susu+ Meal Shakes supaya dia tak letih sangat. Sudahlah perjalanan jauh, belajar sampai petang pulak ! Saya percaya ramai ibu-ibu akan sependapat dengan saya tentang perlunya pemakanan tambahan ini. Jika kita mampu membeli pakaian yang berjenama dan gajet yang canggih-canggih untuk anak, mengapa tidak kita sediakan sedikit duit untuk pemakanan tambahan anak. Walau ia bukan mewakili makanan seimbang namun ia adalah sebagai penyokong kepada makanan seharian.

Bila berehat-rehat dihujung minggu macam ni, terfikir alangkah bagusnya jika saya benar-benar bekerja dari rumah sepenuhnya. Taklah berserabut pagi-pagi. Dan Aiman selalu bertanya, "Kan bagus kalau sekolah dekat aje dengan rumah !" Dia dah penat agaknya dengan perjalanan jauh ini. Lalu saya kaakan padanya "Doakan mama dapat duit banyak jual Shaklee ye, nanti boleh sebiji lagi rumah betul-betul depan sekolah !". Doa budak yang tiada dosa akan mudah sampai kepada Tuhan yang SATU.

Hari minggu anda bagaimana ? Adakah anda juga rasa seronok kalau hari-hari macam ni ? Kalau macam tu, apa kata bersama saya sertai Shaklee. Anda tak perlu simpan stok bawah katil. Tak perlu juga menghadiri meeting MLM setiap malam yang buat suami menjeling. Semuanya dihujung jari, kita gunakan sepenuhnya kemudahan internet yang mampu menerobos dunia tanpa sempadan ini.

Jika anda berminat untuk membeli atau menyertai keluarga besar Shaklee saya yang hanya untuk WANITA sahaja hubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...