Tuesday, March 19, 2013

Masalah Kerap Lupa Ketika Hamil

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pelupa ketika hamil dan berlarutan selepas kelahiran untuk beberapa bulan. Siapa pernah alami ? Saya angkat tangan dulu. Serius dokumen yang hari-hari saya belek boleh tak ingat apa2 flow dia. Tak ke hairan bin ajaib !. Saya masih ingat lagi ia berlarutan sampai bayi umur dekat 4 bulan baru hilang.

Masalah kerap lupa dikalangan wanita hamil ini turut mengundang kajian demi kajian demi mencari realiti kebenarannya. Sebahagian kajian saya catit kat bawah ni .

Pada tahun 1993 kajian di kalangan wanita hamil di England mendapati, 81 peratus daya ingatan mereka terjejas. Wanita di ketiga2 trimeter mempuyai perkaitan yang rapat untuk mengingat berbanding wanita yang tidak hamil

Pada tahun 2008 penyelidik Australia menganalisis 14 kajian yang dijalankan oleh penyelidik antarabangsa yang melibatkan lebih 1000 wanita dan mendapati memori wanita hamil terjejas sewaktu hamil terjejas sewaktu kehamilannya dan ia berlanjutan sehingga setahun selepas kelahiran bayinya.

Mengapa wanita hamil mudah terlupa ? Menurut kajian itu terdapat beberapa sebab.
  • Perubahan hormon wanita hamil itu sendiri
  • Rutin harian yang berubah, contohnya sukar untuk tidur, badan sering letih dan loya
  • Seluruh tumpuan ingatan selalu lebih fokus kepada kehamilan dan bersalin, jadik benda2 lain selalu dianggap remeh.
  • Supaya otak dan minda ibu-ibu boleh berehat dan tak perlu fikir yang berat-berat.- fikir positif
Walaubagaimanapun, kerap lupa yang serius memerlukan anda berjumpa dengan doktor kerana mungkin anda mengidap menyakit kemurungan. Tanda2 anda menghadapi kemurungan adalah anda sukar mengingat atau memberi tumpuan, rasa kecewa atau hilang minat terhadap sesuatu dan ia berlaku HAMPIR SETIAP HARI.

Namun, setiap penyakit dan masalah mesti ada cara untuk menyelesaikannya, sebab itu janji Allah !
Mungkin tip kat bawah ini ada yang sesuai dan boleh dijadikan panduan kepada saya atau ibu hamil yang menghadapi masalah ini hasil pembacaan saya.
  • Mencatat setiap perkara, jadual harian dalam buku nota, supaya kita boleh rujuk balik jika terlupa.
  • Selalu 'happy' kan diri sendiri, lupakan sejenak tentang pengalaman hamil dan bersalin dengan makan malam istimewa, berjalan2, membaca sesuatu yang tidak berkaitan dengan kehamilan dan bersalin. Bab pengalaman bersalin ni walau anak ke 5 pun ada debaranya sebab setiap bayi yang lahir tak sama pengalamannya.
  • Mengambil suplemen yang dapat membantu mengurangkan terlupa ini. Contohnya Omega Guard yang boleh di ambil dari trimister ke 2 kehamilan. Selain ia bagus untuk otak, sistem saraf dan retina bayi yang dikandung ia juga membantu meningkatkan keupayaan ingatan si ibu. Malah ia adalah salah satu suplemen yang dikatakan dapat mengurangkan risiko meroyan selepas bersalin kerana kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi termasuk kemurungan dan tekanan.
  • Dekatkan diri dengan Allah melalui solat, berzikir dan berdoa. Malahan sebagai Muslim anda semua tahu bahawa amalan membaca Al-Quraan dengan menghayati makna disetiap bait ayatnya mampu menguatkan daya ingatan.

Jika anda nak membeli vitamin atau nak jana pendapatan sampingan melalui Shaklee, hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...