Friday, March 1, 2013

Kalsium Juga Penting Untuk Awet Muda

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika ibu-ibu yang menyusukan anak, kami tidak galakkan mengambil kologen kerana dibimbangi ia akan mendatangkan kesan dalam jangmasa panjang pada anak yang disusukan. Kecuali kologen dari kaki ayam ! Tetapi Shaklee mempunyai banyak vitamin lain yang ibu-ibu menyusu boleh amalkan secara konsisten dan istiqamah bukan sahaja baik untuk bayi, tetapi ibu akan nampak sihat dan lebih cantik.

Antaranya adalah kalsium, atau dalam Shaklee diberi nama Osteomatrix. Anda sebagai ibu menyusu harus tahu bahawa kalsium amat diperlukan kerana sebahagian besar kandungan susuibu adalah protein dan kalsium untuk tumbesaran bayi.

Bagi ibu yang menyusu, kadang-kadang anda menghadapi masalah gigi bergoyang akibat kekurangan kalsium. Atau mungkin sakit belakang akibat kekurangan kalsium.

Tahukah anda kalsium juga membantu ibu-ibu kelihatan awet muda. Sebab kita tak mahukan menyusukan bayi hingga buat kita jadi kelihatan jauh lebih berumur dari usia ?!

Saya kongsi apa kaitan kalsium dengan awet muda.

Wajah kita mempunyai beberapa otot, antaranya :-
  •   Kumpulan otot pipi digelar meseter fungsi untuk mengunyah
  •   Otot bersiul dan meniup pula dinamakan buccinators
  •   Otot dibahagian dagu dinamakan mentalis
Bagi membolehkan otot muka tersebut bekerja dengan baik beberapa perkara penting seperti kalsium kena cukup. Sebab kesan kekurangan kalsium ini dapat dilihat pada usia meningkat melebihi 40-an, apabila wajah kita tidak simetri iaitu senget sebelah.

http://ensiklopedia-kecilku.blogspot.com/2012/01/otot.html

Jika anda nak tahu, kalsium juga membantu mengembalikan kulit yang kusam, letih dan bernoda kerana ia berfungsi untuk menggantikan sel yang dirangsang oleh enzim protein kinase C sehingga kulit menjadi lebih lembut dan segar. Kadar kalsium yang tinggi dalam jaringan epidermis berfungsi sebagai lapisan antioksida dari radikal bebas, seperti yang kita tahu antioksida sangat penting untuk awet muda serta mencegah kerosakan DNA yang dapat mempengaruhi tekstur kulit.

Kalsium juga berperanan untuk meminimakan kerosakan kologen, jadi disarankan anda yang memiliki kulit kering mencuba suplemen kalsium kerana ia sangat efektif untuk mengurangkan kekeringan kulit dan menjaganya agar tetap terhidrasi.

Selain itu pengambilan kalsium juga dapat menghalang obesiti di hari tua kerana kalsium adalah mineral alkalin yang memastikan imbangan PH tubuh yang akan menghalang obesiti diwaktu tua.

Kalsium juga membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi yang berfungsi untuk menyingkirkan himpunan toksid yang terkumpul di dalam tubuh badan kita terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik akibat dari sisa-sisa makanan yang tertinggal, apalagi dalam perut kita banyak lipatan yang berlainan ukuran pada dinding usus.

Jadi, wanita mana yang tak mahu kelihatan cantik. Walau dimulut sering berkata, tak apa aku tak cantik, tapi dalam hati ? Menurut Jurnal Personal Relationships "Kebahagiaan wanita bergantung kepada penampilannya". 

Mahu dapatkan Osteomatrix ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...