Friday, March 22, 2013

Cerita Jumaat

Salam Jumaat, hari segala penghulu hari. Sekadar berkongsi tentang anugerah Istighfar.
  • Beroleh perasaan yang nyaman, dada lapang, hati tenang dan mendapat kenikmatan yang baik
  • Beroleh badan yang kuat dan tubuh sihat
  • Selamat dari musibah, bencana dan aman dari fitnah
  • Mendapat hujan yang lebat, keturunan yang baik, anak soleh, mendapat harta yang halal dan rezeki yang melimpah
  • Dihapuskan dosa, diberi kebaikan-kebaikan dan diangkat darjat 
                                                                                                              Sumber : Majalah Anis Mac 2012


Sekadar berkongsi juga sedikit pengalaman menghadiri Shaklee Wellness Workshop pada 2 minggu yang sudah di Hotel Sri Malaysia Melaka. 
Handout : Mula2 ingatkan kuiz. Rupa2nya cara mudah nak mencatat nota dan mudah nak ingat

Satu workshop tanpa mengorbankan masa bersama keluarga, maklum rata-rata penjadikan Shaklee sebagai pendapatan tambahan yang akan dapat bonus pada pertengahan bulan. Ramai yang bawa suami dan anak-anak kecil. Sesekali terdengar suara anak kecil menangis dan si bapalah yang akan bawa keluar sebentar berjalan-jalan keliling hotel. Saya pun bawa anak, mula-mula ok lama-lama ..... Kena bawa keluar dewan sekejap juga. Jadi tak semestinya mau pendapatan tambahan mengorbankan waktu hujung minggu bersama keluarga. Lagipun kebanyakannya menjadikan medium alam maya sebagai penggerak bisnes. sayang tak ada gambar yang menarik mahu berkongsi. Sebab tak ada mood nak ambil gambar. He3!

Celine Lim : Nutrition Shaklee sedang menerangkan tentang produk
Gula2 penahan mengantuk, air Performace Drink disediakan sebagai penghilang dahaga tak kira ketika cuaca panas atau berada kat tempat berpenghawa dingin

Workshop ini disampaikan oleh Nutrition Shaklee, walau telah baca nota tapi bengkel2 macam ni menambah lagi banyak ilmu dan kefahaman tentang produk yang telah lebih 50 tahun dalam pasaran. kalau produk tak berkualiti mana mungkin boleh bertahan dalam pasaran sampai 50 tahun kan ? Shaklee memastikan  Malah ada produk Shaklee yang mengambil masa 40 tahun (bukan 4 hari) untuk dihasilkan dengan semakan semula beruibu-ribu kali terhadap jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba berkainan oleh Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo sebelum dipasarkan iaitu Nutriferon.

Rasa-rasa Shaklee tiada dalam medium pengiklanan kecuali diiklankan oleh ahli-ahlinya dari blog ke blog dari mulut ke mulut, jadik sesuailah Shaklee membayar bonus yang lumayan kepada ahli-ahli sebagai ganjaran. Tak perlukan selebriti sebagai duta, kerana pengguna adalah duta terbaik. Jadi harga Shaklee relevan dengan manfaatnya tanpa membayar kos duta dan pengiklanan. (Tapi sebenarnya teringin juga menonton iklan Shaklee di kaca tv)

Ok. Selamat berhujung minggu ! Jika anda mahu sertai keluarga besar kami atau membeli produk Shaklee hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...