Friday, March 29, 2013

Punca Kaki Kram/Kejang Ketika Sedang berjalan


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pada suatu hari ketika anda sedang berjalan, tiba-tiba kaki anda kejang, kat bahagian betis terasa otot mengeras, malah jejari kaki anda statik tak boleh bergerak. Lalu anda duduk dan mengurut betis dan cuba menggerakkan jejari kaki anda dengan tangan. Setelah beberapa minit, ia hilang, tapi masih terasa sakit pada bahagian itu. Kerapkali anda alami ? Apa anda nak buat ? Terlebih dahulu kena tahu puncanya dahulu baru mencari jalan penyelesaiannya. Saya nak kongsi hasil dapatan dari sebuah majalah tentang puncanya.


  • Kasut atau selipar yang kita pilih tak sesuai dengan kita. Mungkin sesuai untuk orang lain, tetapi tidak untuk kita.
  • Bahan yang digunakan untuk menghasilkan selipar atau kasut itu.Mungkin terlalu keras atau terlalu lembut.
  • Ketika akibat gerakan jalan kita yang tak betul.Terutama tak selari dengan kasut yang dipakai, contohnya berlari sambil memakai kasut tumit tinggi.
  • Tubuh kekurangan kalsium, magnesium atau vitamin B

Kesannya otot-otot di bahagian kaki dipaksa bekerja tanpa rehat untuk menyesuaikan dengan situasi anda. Kasihan kaki kita, walau duduknya di bawah ia amat penting untuk membawa kita kemana-amana dengan arahan sang minda.

Jadi, pakailah kasut yang sesuai destinasi kita, material yang baik dan pilihlah kasut yang sesuai dengan diri kita. Dapatkan juga suplemen untuk menyokong pemakanan seharian kita demi kaki anda. Contohnya Set Eu For Pack yang mengandungi : Kalsium/Osteomatrix, Vitamin B, Vitamin C dan Multivitamin/Vitalea.
Berminat untuk membeli dan menjadi ahli ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau noorazrinnapalil@yayoo.com.my

Wednesday, March 27, 2013

Sejak dari baby lahir memang susu saya sikit!

Itulah ayat yang kerap diluah oleh ibu. Bila di tanya umur bayi berapa bulan? Baru 2 hari.Ish! Ish! ada beberapa perkara yang ibu perlu tahu bila susu sikit pada awal kelahiran ini.

SEBAB PERTAMA
Susu pada awal kelahiran adalah kolostrum atau cecair emas. Sesuai dengan nama 'emas'nya ia memang sedikit hanya 20 -30 ml sahaja dan berwarna jernih hingga kekuningan selain khasiatnya yang tiada tandingan. Antara khasiat kolostrum susuibu adalah :-
  • Tinggi protein, vitamin larut lemak (ADEK), zink dan sodium
  • Rendah laktosa (4%), lemak dan vitamin larut air (vitamin B complex dan vitamin C)
  • Tinggi vitamin K, penting bagi mengelakkan HDN (Haermorhagic Disease of Newborn)
  • Imunoglobulin (SigA) yang tinggi
  • Imunisasi pasif yang pertama bagi bayi
  • Kolostrum adalah pelawas 'laxative'. Ia menggalakkan pembuangan mekonium dan mengelakkan bayi daripada dijangkiti Jaundis Beonate (Neonatal Jaundice)
  • Mempunyai faktor 'bifidus' bagi menggalakkan pembiakan koloni 'Laktobacillus Bifidus'. Koloni bakteria ini menyebabkan keadaan usus berasid dan ini mengelakkan pembiakan koloni patogen E-Coli
  • Mempunyai enzim lipase, laktose, lisozim dalam keadaan aktif
  • Mempunyai anti oksida dan beta karotena yang penting untuk pembiakan sel-sel tubuh
  • Bagi bayi pra matang susuibu yang terhasil aalah berbeza secara automatik sebab ia mengandungi protein yang tinggi, Imunoglobin igA, laktoferin dan rendah laktosa khas
SEBAB KEDUA 
Perut bayi ketika lahir hanya mampu menerima 7ml susu sahaja. Cuba anda bayangkan, anda kata susu anda sedikit dan memberikan susu dalam botol sebanyak 4 oz ? apa jadi dengan perut bayi tu ? Jadi susuibu itu keluar mengikut permintaan baby.

APA IBU PERLU BUAT ?
Teruskan penyusuan, jika bayi tidur terlalu lama kejut dan susukan. Bayi menangis bukan bererti susu tak cukup. Mungkin si kecil sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran. Mungkin bayi sedang mencari rentak penyusuan. Ingat perut bayi cuma mampu menampung 7ml susu sahaja. Bagi yang beragama Islam amalan berzikir ketika berpantang adalah sangat baik dan perlu untuk bayi dan ibu. Fahamkan ?

Penting juga pada masa berpantang ibu menjaga pemakanan dan mengambil makanan seimbang. Bila sebut makanan berpantang ni setiap orang dan bangsa punya cara tersendiri. Tapi saya tetap suka akan cara berpantang Melayu namun perlu kena dengan cara pemakanan seimbang. Pengambilan suplemen Shaklee ketika berpantang dan menyusukan bayi tidak bermakna anda boleh mengabaikan pemakanan seimbang yang bersesuaian dengan tempoh berpantang, namun ia bertindak untuk membantu menyokong pemakanan kita. 

Bagi ibu yang mahu mengumpul stok susuibu, boleh memulakan sesi pengepaman sekurang-kurangnya selepas 2 minggu melahirkan. Perah susuibu selepas bayi menyusu dapat menggalakkan pengeluaran susu. pengambilan suplemen tanpa mengepam tidak akan membantu memenuhkan stok susuibu anda. Pengambilan suplemen umpama tangki air yang besar dan memerah susu berjadual umpama tindakan ibu memulas kepala paip.

Kadang-kadang sesetengah ibu tak kuasa nak bangun malam untuk menyusukan bayi, lalu memberikan susu perahan kepada bayi. Namun ia bukan tindakan yang bijak, sebab pada waktu malamlah hormon penyusuan paling aktif, maka bila ibu bangun menyusukan bayi ia membantu otak memberi signal kepada hormon susu untuk mengeluarkan lagi banyak susu. Pengambilan suplemen Osteomatrix dan vitamin B contohnya membantu untuk ibu lebih cergas dan dapat meladeni bayi pada waktu malam.

Pencarian ilmu tentang dunia susuibu sekarang di hujung jari sahaja yang penting mahu. Jika anda ibu hamil, selain survey barang keperluan bayi, apa kata selami dunia penyusuan bayi sekali supaya ketika ia diperlukan ibu tidak teraba-raba mencari maklumat.

Jika anda berminat nak dapatkan suplemen dan menjadi ahli Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Tuesday, March 26, 2013

Jika Anda Sakit Belakang Atau Tumit

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda sakit tumit ? 
Untuk sakit tumit cuba amalkan Osteomatrix 4 biji sehari bersama Vitamin E diikuti melakukan urutan seminggu sekali. (ni pengalaman sendiri)

Jika anda sakit belakang ?
Jika anda sakit belakang amalkan juga Osteomatrix dan jika anda kuat minum ais, tambah dengan Omega. 

Cuba amal untuk tempoh 3 bulan tanpa tinggal sehari pun atau mengurangkan sukatan suplemen. Osteomatrix adalah sokongan kepada sumber kalsium anda. Sempena offer Osteomatrix untuk bulan Mac ini apa kata ambil peluang simpan stok Osteomatrix untuk 3 bulan terus demi memulihkan sakit anda ini dengan izin Allah. Tiada yang lebih bernilai dalam hidup ini selain menikmati kesihatan yang baik.

Hubungi saya untuk pembelian atau mahu menyertai keluarga bisness saya hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, March 22, 2013

Cerita Jumaat

Salam Jumaat, hari segala penghulu hari. Sekadar berkongsi tentang anugerah Istighfar.
  • Beroleh perasaan yang nyaman, dada lapang, hati tenang dan mendapat kenikmatan yang baik
  • Beroleh badan yang kuat dan tubuh sihat
  • Selamat dari musibah, bencana dan aman dari fitnah
  • Mendapat hujan yang lebat, keturunan yang baik, anak soleh, mendapat harta yang halal dan rezeki yang melimpah
  • Dihapuskan dosa, diberi kebaikan-kebaikan dan diangkat darjat 
                                                                                                              Sumber : Majalah Anis Mac 2012


Sekadar berkongsi juga sedikit pengalaman menghadiri Shaklee Wellness Workshop pada 2 minggu yang sudah di Hotel Sri Malaysia Melaka. 
Handout : Mula2 ingatkan kuiz. Rupa2nya cara mudah nak mencatat nota dan mudah nak ingat

Satu workshop tanpa mengorbankan masa bersama keluarga, maklum rata-rata penjadikan Shaklee sebagai pendapatan tambahan yang akan dapat bonus pada pertengahan bulan. Ramai yang bawa suami dan anak-anak kecil. Sesekali terdengar suara anak kecil menangis dan si bapalah yang akan bawa keluar sebentar berjalan-jalan keliling hotel. Saya pun bawa anak, mula-mula ok lama-lama ..... Kena bawa keluar dewan sekejap juga. Jadi tak semestinya mau pendapatan tambahan mengorbankan waktu hujung minggu bersama keluarga. Lagipun kebanyakannya menjadikan medium alam maya sebagai penggerak bisnes. sayang tak ada gambar yang menarik mahu berkongsi. Sebab tak ada mood nak ambil gambar. He3!

Celine Lim : Nutrition Shaklee sedang menerangkan tentang produk
Gula2 penahan mengantuk, air Performace Drink disediakan sebagai penghilang dahaga tak kira ketika cuaca panas atau berada kat tempat berpenghawa dingin

Workshop ini disampaikan oleh Nutrition Shaklee, walau telah baca nota tapi bengkel2 macam ni menambah lagi banyak ilmu dan kefahaman tentang produk yang telah lebih 50 tahun dalam pasaran. kalau produk tak berkualiti mana mungkin boleh bertahan dalam pasaran sampai 50 tahun kan ? Shaklee memastikan  Malah ada produk Shaklee yang mengambil masa 40 tahun (bukan 4 hari) untuk dihasilkan dengan semakan semula beruibu-ribu kali terhadap jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba berkainan oleh Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo sebelum dipasarkan iaitu Nutriferon.

Rasa-rasa Shaklee tiada dalam medium pengiklanan kecuali diiklankan oleh ahli-ahlinya dari blog ke blog dari mulut ke mulut, jadik sesuailah Shaklee membayar bonus yang lumayan kepada ahli-ahli sebagai ganjaran. Tak perlukan selebriti sebagai duta, kerana pengguna adalah duta terbaik. Jadi harga Shaklee relevan dengan manfaatnya tanpa membayar kos duta dan pengiklanan. (Tapi sebenarnya teringin juga menonton iklan Shaklee di kaca tv)

Ok. Selamat berhujung minggu ! Jika anda mahu sertai keluarga besar kami atau membeli produk Shaklee hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, March 21, 2013

Set Berpantang yang Popular

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Selamat berpantang Azrina Tajol Rosli ! Banyak betul ucapan untuk teman sebisness saya pagi ni ! Apa pengalaman pantang anda ? Setiap orang ada pengalaman berpantang yang berbeza, waima anak ke 5 sekalipun! Pengalaman berpantang saya hampir sama dengan semua orang, berurut,berpilis, berstokin dan berparam. Tapi dalam pantang saya tak boleh makan makanan ber'yis' macam roti atau biskut. Jika tidak angin satu badan dan akan memuntahkan kembali. Masa tu saya tak kenal vitamin, maka vitamin tidak, jamu pun tidak. Hanya jaga makan sahaja.

Tapi bila baca testimoni pengamal vitamin sejak hamil hingga berpantang dan jadikan amalan harian memang seronok, kerana mereka melalui pelbagai fasa kehidupan seorang wanita. Cuba baca testimoni ni !

APA YANG ADA DALAM SET BERPANTANG INI :-


a) Vita-Lea Iron Formula/ Multivitamin
  • Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 galian penting termasuk iron yang diperlukan untuk membina darah.
  • Membantu proses metabolisme yang dilakukan oleh vitamin B yang membuatkan tubuh sentiasa berada dalam keadaan hangat. 
  • Sesetengah doktor menggalkan pengambilan zat besi bagi ibu yang menyusukan bayi bagi menggelak dari mudah pitam.
b) B Complex
  • Fungsi utama b complex adalah 'memetabolismekan' atau dalam erti kata lain menukarkan karbohidrat, lemak dan protein kepada tenaga - kesannya badan akan sentiasa rasa hangat kerana proses tersebut. Bukankah ibu-ibu dalam pantang memerlukan keadaan yang sentiasa hangat?
  • Selain itu kesan dari metabolisme ini akan menyebabkan ibu merasa lebih bertenaga bagi menghindari kemurungan yang kerap berlaku kepada ibu yang baru lepas bersalin.
  • Rasa bertenaga ini mampu memudahkan proses penyusuan ibu kerana ada sesetengah bayi yang ketika baru lahir tidak pandai menyusu dan ia menuntut kesungguhan ibu untuk mengajar bayi menyusu.
  • Vitamin b compleks juga akan membuatkan wajah ibu nampak cantik berseri dan tidak kusam.
  • Selain itu sesetengah ibu baru lepas bersalin menghadapi masalah rambut gugur, vitamin B ini mampu menjadi penawar sebagai sebahagian usaha untuk mengelak dan mengatasi rambut gugur kerana 5 daripada 8 kandungan vitamin B ini adalah untuk rambut.
c) Vitamin C
  • Penting sebagai antioksidan dan meningkatkan kandungan antibodi dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu.
  • Selain itu ia juga membantu untuk menyelesaikan masalah puting melecet, luka berdarah teruma bayi yang baru lahir kerana ketidakbolehan bayi untu menyusu dengan betul.
  • Vitamin C juga dapat membantu pembentukan kolagen yang lebih baik seperti yang kita tahu ia berfungsi untuk memastikan kulit tidak mengelabir.
  • Selain memberi kesan kulit semakin berih, cerah dan cantik.
d) Zink
  • Ia berfungsi untuk mempercepatkan baiknya luka bersalin.
  • Tahukah anda, 'gabungan padu' di antara zink dan B compleks membantu menggelakkan dari keguguran rambut selepas bersalin?

SUPLEMEN TAMBAHAN :-

ESP
  • Membantu memulihkan luka dan memulihkan ibu dari dalam kerana fungsi ESP adalah memperbaiki sel yang rosak dan mengganti sel yang telah mati akibat proses hamil dan melahirkan.
  • Mencantikkan dan menegangkan kembali kulit
  • Mempercepatkan proses pengeluaran susuibu. 
Osteomatrix
  • Mengatasi sakit belakang
  • Salah satu suplemen yang membantu membanyakkan susuibu
  • Mengatasi sembelit ketika dalam pantang 

Hanya yang pernah mengamalkan sahaja tahu kehebatan vitamin ini ! 
Anda nak cuba ? Jika baget anda tidak mengizinkan, anda masih boleh mendapatkan dari pek ekslusif kami. Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, March 20, 2013

Shaklee Vitamin E dan Parut Berlubang

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bagi mereka yang membeli Vitamin E Shaklee pada akhir tahun lepas mesti rasa terkejut dengan warna kehitam-hitaman vitamin E tersebut. Jangan bimbang, ia telah di tambah dengan Grape Seed Extract.


Vitamin E memang tak asing sebagai vitamin untuk awet muda sebab ia adalah agen antioksida. Tapi bukan bererti tak tua-tua tau! Sebab manusia memang akan mengalami penuaan akibat proses radikal bebas semulajadi dalam badan, tetapi faktor2 di sekeliling kita yang tercemar menyebabkan proses itu menjadi lebih cepat. Jadi antioksida bersifat memperlahankan proses itu.

Ia adalah antara vitamin yang di syorkan untuk mereka yang menghadapi masalah jerawat selain vitamin B dan C. Saya juga adalah pengamal vitamin E ini, sesuatu yang saya rasa kelainan di antara Vitamin E Shaklee yang lama dengan yang telah di tambah grape seed extract adalah kulit menjadi lebih lembut, lembab dan tidak berminyak walau cuaca sekarang ini adalah sangat panas tak kira malam atau siang. Lagi satu yang saya perasan ia menjadi lebih cepat menyerap dalam kulit jika dicampur dengan krim malam. Vitamin E yang diperbaharui ini sebenarnya saya baru makan sebab nak habiskan vitamin E yang lama dulu, jadi setelah amal seminggu baru boleh tulis mengenainya.

Lagi satu vitamin E ini umpama krim 'sun block', cuma ia melindungi dalam lapisan kulit diseluruh badan dari pancaran matahari. Manakala krim sunblock adalah di luar. Pengamalan secara konsisten bersama sapuan krim sunblock adalah amat digalakkan untuk kesan lebih baik.

Sesuatu yang buat saya rasa teruja adalah testimoni di bawah ini. Wanita ini menghadapi masalah parut jerawat berlubang-lubang, dan setelah mencuba Vitamin E Shaklee selama hampir sebulan parut itu semakin pudar. Dan saya percaya parut itu akan semakin pulih jika beliau turut mengambil Vitamin C, B dan ESP. Jika ada pembaca yang menghadapi masalah yang sama, boleh cuma amalkan secara istiqamah untuk lihat hasilnya.


Anda nak dapatkan vitamin E, atau nak jadi ahli terus ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, March 19, 2013

Masalah Kerap Lupa Ketika Hamil

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pelupa ketika hamil dan berlarutan selepas kelahiran untuk beberapa bulan. Siapa pernah alami ? Saya angkat tangan dulu. Serius dokumen yang hari-hari saya belek boleh tak ingat apa2 flow dia. Tak ke hairan bin ajaib !. Saya masih ingat lagi ia berlarutan sampai bayi umur dekat 4 bulan baru hilang.

Masalah kerap lupa dikalangan wanita hamil ini turut mengundang kajian demi kajian demi mencari realiti kebenarannya. Sebahagian kajian saya catit kat bawah ni .

Pada tahun 1993 kajian di kalangan wanita hamil di England mendapati, 81 peratus daya ingatan mereka terjejas. Wanita di ketiga2 trimeter mempuyai perkaitan yang rapat untuk mengingat berbanding wanita yang tidak hamil

Pada tahun 2008 penyelidik Australia menganalisis 14 kajian yang dijalankan oleh penyelidik antarabangsa yang melibatkan lebih 1000 wanita dan mendapati memori wanita hamil terjejas sewaktu hamil terjejas sewaktu kehamilannya dan ia berlanjutan sehingga setahun selepas kelahiran bayinya.

Mengapa wanita hamil mudah terlupa ? Menurut kajian itu terdapat beberapa sebab.
  • Perubahan hormon wanita hamil itu sendiri
  • Rutin harian yang berubah, contohnya sukar untuk tidur, badan sering letih dan loya
  • Seluruh tumpuan ingatan selalu lebih fokus kepada kehamilan dan bersalin, jadik benda2 lain selalu dianggap remeh.
  • Supaya otak dan minda ibu-ibu boleh berehat dan tak perlu fikir yang berat-berat.- fikir positif
Walaubagaimanapun, kerap lupa yang serius memerlukan anda berjumpa dengan doktor kerana mungkin anda mengidap menyakit kemurungan. Tanda2 anda menghadapi kemurungan adalah anda sukar mengingat atau memberi tumpuan, rasa kecewa atau hilang minat terhadap sesuatu dan ia berlaku HAMPIR SETIAP HARI.

Namun, setiap penyakit dan masalah mesti ada cara untuk menyelesaikannya, sebab itu janji Allah !
Mungkin tip kat bawah ini ada yang sesuai dan boleh dijadikan panduan kepada saya atau ibu hamil yang menghadapi masalah ini hasil pembacaan saya.
  • Mencatat setiap perkara, jadual harian dalam buku nota, supaya kita boleh rujuk balik jika terlupa.
  • Selalu 'happy' kan diri sendiri, lupakan sejenak tentang pengalaman hamil dan bersalin dengan makan malam istimewa, berjalan2, membaca sesuatu yang tidak berkaitan dengan kehamilan dan bersalin. Bab pengalaman bersalin ni walau anak ke 5 pun ada debaranya sebab setiap bayi yang lahir tak sama pengalamannya.
  • Mengambil suplemen yang dapat membantu mengurangkan terlupa ini. Contohnya Omega Guard yang boleh di ambil dari trimister ke 2 kehamilan. Selain ia bagus untuk otak, sistem saraf dan retina bayi yang dikandung ia juga membantu meningkatkan keupayaan ingatan si ibu. Malah ia adalah salah satu suplemen yang dikatakan dapat mengurangkan risiko meroyan selepas bersalin kerana kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi termasuk kemurungan dan tekanan.
  • Dekatkan diri dengan Allah melalui solat, berzikir dan berdoa. Malahan sebagai Muslim anda semua tahu bahawa amalan membaca Al-Quraan dengan menghayati makna disetiap bait ayatnya mampu menguatkan daya ingatan.

Jika anda nak membeli vitamin atau nak jana pendapatan sampingan melalui Shaklee, hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, March 18, 2013

Cabaran Kurus Dan Langsing Dengan Lecithin


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Betul ke Lecithin Shaklee boleh membantu mengurangkan berat badan ? Berapa lama boleh kurus ? Kita tengok dulu antara keistimewaan Lecithin :-
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress sebab ia mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer.
  • Menghalang kejadian batu karang kerana 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, Lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan

Jadi, part mana mengatakan Lecithin adalah untuk mengurangkan berat badan ? DI SINI :-
  • Pengambilan lecithin dengan konsisten mempercepatkan pembakaran lemak 
  • Memecahkan lemak dan kolestrol kiranya lecithin bertindak sebagai "pembersih".

Oleh sebab itu, ia memerlukan fiber untuk menyerap apa yang telah dicairkan, jadi pengambilan Alfalfa mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap apa yang telah dicairkan. Manakala Herbalax bertindak seperti julap, tapi bukan sebarang julap kerana ia bertindak secara lembut menyingkirkan najis yang tersekat dan membersihkan tugas2 Alfalfa..Jadik lengkap sudah "tugas" ASAS suplemen ini sebab tugas-tugas suplemen ini bertindak sebagai PENYOKONG usaha untuk kurus. Selebihnya bergantung kepada perkara asas lain seperti bersenam dan mengawal sedikit pengambilan makanan.

Saya nak kongsi testimoni seorang rakan pengedar yang saya panggil Hasmah dan anak saya panggil beliau Makcik Cantik. He3! Blog beliau http://www.ibuhakimhaikal.com/2011/11/lecithin-shaklee-membantu-saya-kembali.html?m=0
Saya petik sedikit apa yang dia buat selain mengambil Suplemen Asas Untuk Kurus.

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah.
  1. Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
  2. Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
  3. Saya kurangkan fastfood. (No KFC, No Pizza)
  4. Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
  5. Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..
  6. Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..
  7. Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
  8. Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..
  9. Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
  10. Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)
Keyword motivasi Hasmah yang boleh dijadikan panduan bagi mereka yang nak kurus dengan lecithin :
  • Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je.
  • SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat.
  • Tengok 10 perkara yang saya buat 2 je bantuan dari Supplement.
Ni gambar terbaru Hasmah ketika sama-sama 'dating' kat Workshop Shaklee bulan lepas.


 
Anda betul-betul nak kurus ? Sanggup bersabar ? Hubungi saya untuk Set Asas Menguruskan Berat Badan di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, March 17, 2013

Omelan Pagi Minggu

Hari minggu ini tetap perlu bangun awal pagi macam hari-hari biasa. Cuma bezanya tak perlu ke pejabat dan tak perlu hantar anak ke sekolah. Masih tetap bangun awal untuk melunaskan tanggungjawab sebagai muslim, bikin sarapan dan seperti biasa buka email, up dates status di FB, menulis email dan packing vitamin yang di order oleh pelanggan.

Memang terasa penat bila perjalanan agak jauh dari rumah ke pejabat, nasib sekolah anak depan pejabat sahaja. Tapi kasihan si kecil kena bangun awal pagi ketika teman lain mungkin masih tergolek atas tilam. Tapi bagusnya perjalanan yang jauh boleh buka banyak ruang interaksi dengan anak. Bukankah dalam ilmu keibubapaan jika mahu anak jadikan kita kawan sejak dari kecil antaranya bila memandu kita matikan radio dan dengar apa yang dia nak cakap. Kebetulan perjalanan ke sekolah melalui kawasan pembinaan universiti baru maka banyaklah spesis jentera berat, jadi hari2 cerita tentang bajak, strempol dan sebagainya. Alhamdulillah !Pengalaman bekerja di syarikat kontraktor kelas A dulu membolehkan saya mengenal sebahagian besar jentera berat untuk pembinaan, jadi bolehlah bercerita. Tapi bila bab dia bertanya "Mama! bajak ni tak mandi pagi ke ? comot aje muka dia!" (mana pulak muka bajak ni!).

Setiap pagi saya beri Aiman Milo+susu+ Meal Shakes supaya dia tak letih sangat. Sudahlah perjalanan jauh, belajar sampai petang pulak ! Saya percaya ramai ibu-ibu akan sependapat dengan saya tentang perlunya pemakanan tambahan ini. Jika kita mampu membeli pakaian yang berjenama dan gajet yang canggih-canggih untuk anak, mengapa tidak kita sediakan sedikit duit untuk pemakanan tambahan anak. Walau ia bukan mewakili makanan seimbang namun ia adalah sebagai penyokong kepada makanan seharian.

Bila berehat-rehat dihujung minggu macam ni, terfikir alangkah bagusnya jika saya benar-benar bekerja dari rumah sepenuhnya. Taklah berserabut pagi-pagi. Dan Aiman selalu bertanya, "Kan bagus kalau sekolah dekat aje dengan rumah !" Dia dah penat agaknya dengan perjalanan jauh ini. Lalu saya kaakan padanya "Doakan mama dapat duit banyak jual Shaklee ye, nanti boleh sebiji lagi rumah betul-betul depan sekolah !". Doa budak yang tiada dosa akan mudah sampai kepada Tuhan yang SATU.

Hari minggu anda bagaimana ? Adakah anda juga rasa seronok kalau hari-hari macam ni ? Kalau macam tu, apa kata bersama saya sertai Shaklee. Anda tak perlu simpan stok bawah katil. Tak perlu juga menghadiri meeting MLM setiap malam yang buat suami menjeling. Semuanya dihujung jari, kita gunakan sepenuhnya kemudahan internet yang mampu menerobos dunia tanpa sempadan ini.

Jika anda berminat untuk membeli atau menyertai keluarga besar Shaklee saya yang hanya untuk WANITA sahaja hubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Saturday, March 16, 2013

Jerawat Bukan Sebarang Jerawat



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


JERAWAT. Ada sesuatu yang saya belajar ketika di Workshop Shaklee dulu mengenainya. Jerawat yang tumbuh pada anggota tubuh kita membawa pelbagai makna pada kesihatan kita sebenarnya.

Saya kongsi di sini :-
  • Jerawat yang tumbuh di dagu menunjukkan badan kita banyak toksin
  • Jerawat yang tumbuh dibelakang badan bermakna anda menghadapi masalah hormon yang tidak seimbang
  • Jerawat yang tumbuh di dahi bermakna anda tension selalu, terlalu banyak berfikir
  • Jerawat yang tumbuh di bawah dagu, boleh jadi di leher juga bermakna anda ada masalah dengan sistem penghadaman anda.
  • Jerawat yang tumbuh di pipi biasanya anda turut mempunyai jerawat di dahi dan ia hasil jangkitan melalui sentuhan.

Tip mengatasi jerawat adalah :-
  • Jaga kebersihan dengan kerap mandi, memakai pakaian yang bersih, keadaan cuaca yang panas di negara kita adalah lebih baik memakai pakaian dari fabrik kapas bagi memudahkan peluh menyerap. Kerap juga cuci cadar, sarung bantal, selimut dan tuala.
  • Kurangkan makanan rapu, manis dan berminyak. Sebaliknya banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan, 
  • Minum banyak air masak
  • Kerap bersenam kerana senaman yang dilakukan secara konsisten, ia dapat melancarkan pengaliran darah, membentuk otot dan menaikkan paras oksigen dalam tubuh dan kesannya kulit kekal sihat dan cantik
  • Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai, begitu juga pelembab muka pilih yang tidak berminyak. Sertakan toner dan sun block. Sebab pancaran matahari yang terik akan memburukkan keadaan jerawat.

Bagi anda yang mahu mencuba suplemen. Sekiranya jerawat anda teruk, ada baiknya sertakan sekali pengambilan Set D yang terdiri daripada Vitamin B, Vitamin C dan Vitamin E dengan Herbalax bagi membantu membantu sistem pelawasan kerana di situ berkumpulnya sisa-sisa toksik. Kerapkali mereka yang menghadapi masalah jerawat yang serius juga menghadapi masalah sukar ke toilet. Selain itu, sertai juga ESP kerana fungsi ESP membantu penghasilan sel yang sihat, jika sel-sel sihat maka dapat membantu penyerapan vitamin pada tahap paling optima.

Jika anda tak mampu untuk menjalani rawatan di pusat rawatan muka yang popular, apa kata gunakan tip dan amalkan vitamin sebagai usaha untuk mengatasi jerawat anda.

Hubungi saya untuk pembelian dan juga konsaltansi, saya cuba membantu anda ! Jika anda berminat untuk menjadi ahli dan mahu jadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan, anda juga boleh hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, March 13, 2013

Susu Merudum : Ketahui Punca Dulu !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kat bawah ini adalah antara yang selalu menjadi punca mengapa susuibu merudum berdasarkan pengalaman sendiri dan pengamatan.

  • Ibu tak menepam secara konsisten
  • Ibu stress dan keletihan
  • Ibu kerap rasa tak sihat /demam/ migraine/selsema
  • Kurang minum air
  • Makan tak seimbang
  • Period
  • Ibu kembali hamil - yang ini kena dapatkan nasihat doktor jika berhajat untuk meneruskan penyusuan.

Anda tentukan puncanya dahulu. Sebab ramai yang tak tahu puncanya. 

  • Set penyusuan Shaklee membantu untuk mengurangkan stress akibat keletihan. 
  • Begitu juga ibu yang kerap selsema, migraine dan demam, Set Penyusuan Shaklee ini membantu menjadikan anda rasa lebih sihat dan mengurangkan kekerapan di serang migrain. 
  • Set ini juga membantu menambahbaikkan nutrisi makanan harian si ibu. 
  • Malah ia turut membantu melegakan rasa tak selesa si ibu ketika period seperti PMS dan sakit di bahagian aerola ketika menyusukan bayi atau mengepam. 
  • Malah set penyusuan ini juga sangat sesuai di jadikan suplemen sekiranya puan-puan kembali hamil, malah ia turut membantu mengurangkan alahan ketika hamil. 

Selepas itu pastikan penuhi 3 konsep asas penyusuan iaitu :-
  • Mengepam dengan konsisten untuk membantu memulihkan susu yang merudum tu.
  • Minum air masak secara berkala mengikut berat formular 1 liter air masak untuk setiap 25kg berat badan.
  • Sebagai seorang Muslim, sertai segala usaha dengan berdoa dan berzikir agar dipermudahkan. 


Set yang saya maksutkan adalah Set Eu For U.

Monday, March 11, 2013

Siapa Yang Perlukan Suplemen Kalsium

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Ketika berjalan melintasi sebuah farmasi berhampiran dengan kediaman saya terpandang info di luar pintu farmasi itu mengenai siapa paling utama yang memerlukan kalsium tambahan.
  • Berumur 24 tahun ke atas
  • Tak suka minum susu atau jarang minum susu
  • Bertubuh kecil
  • Jarang bersenam
  • Suka minuman berkafein
  • Tak suka dengan cahaya matahari pagi
  • Merokok
Dalam Shaklee selain di atas, saya belajar lagi beberapa golongan yang memerlukan suplemen kalsium.
  • Mereka yang sering keletihan
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Mereka yang tekanan darah tak seimbang
Anda yang mana satu antara di atas ? Anda tentukan !

Mengambil suplemen kalsium bukan bererti tak payah minum susu, atau mengambil makanan yang kaya kalsium seperti sayuran yang bedaun hijau gelap seperti brokoli, kailan dan sawi. Biji-bijian seperti badam, produk makanan dari soya, hasil tenusu selain susu adalah keju, butter, dadih. Sumber laut seperti tengiri dan ikan bilis dan sebagainya, kerana tujuan pengambilan suplemen kalsium adalah untuk mencukupkan dan menambahbaikkan nilai nutrisi yang diambil ke tahap paling optimum.

Walaubagaimanapun, sebelum membeli suplemen kalsium, perlu pastikan ciri-ciri di bawah ada, saya petik dari buku Dr. Bruce yang bertajuk Osteoporosis.
  • Kalsium -Tujuan untuk memastikan kehilangan kalsium tidak melebihi keperluannya dalam diet kita. 
  • Vitamin D - Ia berfungsi untuk memudahkan penyerapan kalsium disamping mengelakkan lebihan kalsium yang tidak diperlukan disimpan dalam badan melalui urine
  • Magnesium -Mencegah pembentukan tulang yang tidak normal, agen yang memudahkan proses penyerapan oleh Vitamin D
  • Zink -Meningkatkan penyerapan vitamin D dan ia diperlukan untuk membantu protein berfungsi dengan optima dalam pembentukan tulang
  • Mangan -Diperlukan untuk membantu menguatkan, membentukan tulang dan sel-sel kologen dapat bertindak secara optima untuk membentuk, memperbaiki tulang
  • Kuprum -Ia membantu tulang yang sihat dan penganjalkan kulit.
  • Boron -Membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan kalsium secara optima 
Osteomatrix adalah suplemen kalsium Shaklee yang memeliki ciri-ciri di atas. Pengalaman sendiri ia membantu saya mengatasi sakit tumit dan belakang seusai bersalin dulu. Maklumlah ketika hamil tak ambil peduli tentang perlunya kalsium, malah harus diakui vitamin yang dibekalkan oleh doktor pun selalu tak makan sebab selalu menganggap apa yang saya makan dah mencukupi dan seimbang. Malah selalu dimomokkan dengan cerita kalau banyak makan vitamin nanti bayi besarlah dan sebagainya.

Syukur menemui Shaklee dan keluarga besar Shaklee ketika anak dah mencecah umur setahun dua bulan ketika itu ! 

Jika anda berminat nak cuba atau menyertai keluarga besar Shaklee saya hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, March 6, 2013

Apa Ada Dengan Osteomatrix ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tiada rasa sakit belakang terutama ketika bagun tidur, tiada rasa ngilu bila bf atau mengepam susu ketika period, rindu sangat dengan Osteo bila habis - Itu antara testimoni customer saya yang suka akan Osteomatrix.

Sebenarnya banyak lagi manfaat Osteomatrix ini, antaranya :


  • Bagi mereka yang menghadapi masalah gastrik boleh amalkan Osteomatrix bersama vitamin B. Kan lebih baik dari telan ubat kapur !
  • Membantu mereka yang sering mengalami kekejangan, kebas-kebas atau orang kata 'semut-semut' bila dah lama duduk bila mahu bangun sikit punya seksa
  • Mengimbangi tekanan darah
  • Bagi anda yang sering menghadapi masalah sembelit boleh cuba Osteomatrix kerana kandungan Magnesium di dalamnya membantu masalah tersebut
  • Jika anda ada masalah migrain, Osteo adalah salah satu suplemen yang tak harus ditinggalkan kerana ia membantu menguncupan urat saraf ketika migrain menyerang
  •  Bagi anda yang sering bermasalah dengan PMS, selain GLA Complex, sertakan sekali Osteomatrix untuk melegakan pada masa itu.
  • Osteomatrix juga membantu otot jantung anda untuk melakukan pengembangan dan penguncupan dengan betul
  • Membantu menangani tumbesaran kanak-kanak dan remaja dari terbantut


Saya jatuh cinta dengan Osteo sejak mengalami sakit tumit dan belakang ketika selepas bersalin dulu. Malah sehingga kini saya amalkan terutama ketika mahu berjalan jauh dan ketika migrain menyerang sekali sekala.

Istimewanya Osteomatrix Shaklee ia umpama dinding simen yang kukuh kerana ia turut mengandungi magnesium yang berfungsi untuk menghantar kalsium untuk diserap oleh Vitamin D, manakala Boron berperanan untuk membuat tulang, Mangan, tembaga dan zink untuk kuatkan tulang. Selain itu gabungan vitamin dan mineral ini membantu penyerapan yang hampir 100% selepas diambil selama 12 jam. Jadi tak timbul kesan sampingan seperti batu karang dan sebagainya.


Nak cuba ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Tuesday, March 5, 2013

Mahu Jadi Ahli Shaklee ?

Anda mahu jadi ahli Shaklee ? Mudah sahaja, hanya melalui 2 cara iaitu CARA PERTAMA membayar RM75 untuk keahlian seumur hidup atau CARA KEDUA membeli produk Shaklee dengan nilai lebih kurang RM720 dan akan mendapat keahlian percuma. Mana satu yang bersesuaian dengan anda ? 

Jika kawan-kawan di sebelah kiri, kanan atau depan anda mahu juga mencuba Shaklee, apa kata guna sahaja cara kedua untuk menjadi ahli. Sebab anda akan jadi lebih bersemangat kerana baru jadi ahli, sudah dapat bonus dari Shaklee. 

Jika selama ini anda tercari-cari sumber pendapatan sampingan yang menyeronokkan dan lain dari dunia kerjaya anda. Apa kata anda memasuki dunia Shaklee khususnya kumpulan saya. Ketika mula-mula 'join' dulu saya dapat rasakan berbeza, kerana tidak diajar tentang bagaimana mahu berjual sahaja, tetapi paling penting tentang produk itu sendiri.

Anda jangan bimbang jika "tak tahu apa-apa tentang Shaklee" sebab sebaik sahaja anda menjadi ahli, anda akan di berikan jalan bagaimana untuk mengenali Shaklee dan produk-produknya. Contohnya jika anda seorang yang sibuk bekerja atau seorang surirumah yang perlu menjaga kebajikan keluarga anda boleh mendapat maklumat pada waktu senggang anda melalui forum tertutup. Sesekali jika anda punya masa anda boleh menghadirkan diri dalam workshop yang akan dijalankan secara berkala. Istimewanya setiap workshop yang dianjurkan tidak akan meminggirkan keluarga anda, sebab anda boleh bawa suami dan anak-anak sekali. Memang meriah ! 


Anda berminat ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, March 4, 2013

Mahu Merubah Genetik Rendah Anda ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ketika saya mengikut Workshop Shaklee pada hari minggu yang lepas, sesuatu yang menarik ingin saya kongsi. Jika anda dan suami bukan dari kategori tinggi, tetapi mahukan anak tidak mewarisi genetik itu ada cara yang boleh anda buat. Walaupun ketinggian bukanlah sesuatu yang menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat, tetapi ia dapat membantu anak-anak tidak merasa rendah diri apatah lagi jika kita turut sama bakal mewarisi genetik berbadan besar kepada anak.

Pengalaman Nutrition Shaklee itu adalah sesuatu yang menarik untuk saya kongsi. Caranya jika anak perempuan telah kedatangan haid pertama, ibu boleh memberikan anak perempuan Osteomatrix sebagai salah satu suplemen harian beserta senaman bagi memastikan tulang padat dan sihat. Menurutnya sehingga 3 tahun selepas kedatangan haid tubuh badan anak perempuan akan membesar secara aktif, jadi gunakan peluang itu untuk turut memastikan ketinggiannya sama-sama pesat. Dan berdasarkan pengalamannya, kajian beliau berhasil, apabila beliau dan abangnya tidak berada dalam golongan yang tinggi (saya kira ketinggian mereka sekitar 154cm) berbanding adik bongsu setelah mereka sekeluarga mengenali Shaklee memang tinggi lampai.




Bagi anak lelaki pula, berikan Osteomatrix sebaik sahaja mereka meningkat remaja, walaupun pertumbuhan tubuh badan remaja lelaki punya jangkamasa lebih panjang iaitu sehingga mereka mencapai umur 21 tahun, tetapi bagi yang punya genetik rendah ia dapat membantu pertumbuhan ketinggian yang lebih pesat.

Ostoematrix sesuai di ambil biar untuk jangkamasa panjang walau seumur hidup sebab ia selamat, kerana kajian menunjukkan kalsium Osteomatrix diserap sepenuhnya oleh tubuh badan selepas 12 jam diambil jadi tiada yang tertinggal di buah pinggang. Selain ini dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati dan isinya seimbang bagi memastikan kadar penyerapannya dalam tubuh 100%.

Mahu dapatkan Osteomatrix, hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, March 1, 2013

Kalsium Juga Penting Untuk Awet Muda

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika ibu-ibu yang menyusukan anak, kami tidak galakkan mengambil kologen kerana dibimbangi ia akan mendatangkan kesan dalam jangmasa panjang pada anak yang disusukan. Kecuali kologen dari kaki ayam ! Tetapi Shaklee mempunyai banyak vitamin lain yang ibu-ibu menyusu boleh amalkan secara konsisten dan istiqamah bukan sahaja baik untuk bayi, tetapi ibu akan nampak sihat dan lebih cantik.

Antaranya adalah kalsium, atau dalam Shaklee diberi nama Osteomatrix. Anda sebagai ibu menyusu harus tahu bahawa kalsium amat diperlukan kerana sebahagian besar kandungan susuibu adalah protein dan kalsium untuk tumbesaran bayi.

Bagi ibu yang menyusu, kadang-kadang anda menghadapi masalah gigi bergoyang akibat kekurangan kalsium. Atau mungkin sakit belakang akibat kekurangan kalsium.

Tahukah anda kalsium juga membantu ibu-ibu kelihatan awet muda. Sebab kita tak mahukan menyusukan bayi hingga buat kita jadi kelihatan jauh lebih berumur dari usia ?!

Saya kongsi apa kaitan kalsium dengan awet muda.

Wajah kita mempunyai beberapa otot, antaranya :-
  •   Kumpulan otot pipi digelar meseter fungsi untuk mengunyah
  •   Otot bersiul dan meniup pula dinamakan buccinators
  •   Otot dibahagian dagu dinamakan mentalis
Bagi membolehkan otot muka tersebut bekerja dengan baik beberapa perkara penting seperti kalsium kena cukup. Sebab kesan kekurangan kalsium ini dapat dilihat pada usia meningkat melebihi 40-an, apabila wajah kita tidak simetri iaitu senget sebelah.

http://ensiklopedia-kecilku.blogspot.com/2012/01/otot.html

Jika anda nak tahu, kalsium juga membantu mengembalikan kulit yang kusam, letih dan bernoda kerana ia berfungsi untuk menggantikan sel yang dirangsang oleh enzim protein kinase C sehingga kulit menjadi lebih lembut dan segar. Kadar kalsium yang tinggi dalam jaringan epidermis berfungsi sebagai lapisan antioksida dari radikal bebas, seperti yang kita tahu antioksida sangat penting untuk awet muda serta mencegah kerosakan DNA yang dapat mempengaruhi tekstur kulit.

Kalsium juga berperanan untuk meminimakan kerosakan kologen, jadi disarankan anda yang memiliki kulit kering mencuba suplemen kalsium kerana ia sangat efektif untuk mengurangkan kekeringan kulit dan menjaganya agar tetap terhidrasi.

Selain itu pengambilan kalsium juga dapat menghalang obesiti di hari tua kerana kalsium adalah mineral alkalin yang memastikan imbangan PH tubuh yang akan menghalang obesiti diwaktu tua.

Kalsium juga membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi yang berfungsi untuk menyingkirkan himpunan toksid yang terkumpul di dalam tubuh badan kita terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik akibat dari sisa-sisa makanan yang tertinggal, apalagi dalam perut kita banyak lipatan yang berlainan ukuran pada dinding usus.

Jadi, wanita mana yang tak mahu kelihatan cantik. Walau dimulut sering berkata, tak apa aku tak cantik, tapi dalam hati ? Menurut Jurnal Personal Relationships "Kebahagiaan wanita bergantung kepada penampilannya". 

Mahu dapatkan Osteomatrix ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...