Friday, February 1, 2013

Rambut Beruban Sebelum Waktunya

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pada suatu pagi ketika sedang menyikat rambut tiba-tiba anda terperasan ada beberapa helai rambut anda yang berlainan warna. Bila anda amat-amati rambut anda dah beruban sedangkan anda baru berumur sekitar 30-an.

Terdapat beberapa faktor yang mengaitkan beruban awal ini. Antaranya adalah :-
a) Genetik
b) Kekurangan nutriri tertentu dalam diet harian
c) Gaya hidup yang tak aktif
d) Tekanan kehidupan

Kesemua faktor di atas boleh menyebabkan melanocyte (kurangnya penghasilan melanin) iaitu sejenis pigmen hitam dalam kortex rambut yang buat rambut hitam. Kesannya terhasillah uban.

Melalui pembacaan saya, tiada perawatan yang spesifik untuk mengatasi rambut beruban ini. Namun saya percaya setiap yang berlaku akan ada jalan penyelesaianya. Mencabut uban bukanlah caranya kerana ia akan merosakkan pori-pori disekitar folikel rambut dan mengganggu saraf rambut yang akan buat kita jadi botak.

Melalui pembacaan saya juga dikatakan jika kita mengambil makanan yang berwarna gelap seperti bijan hitam, kacang soya hitam, beri biru, anggur, beras perang, kacang soya hitam dan cendawan hitam dapat membantu mengatasi masalah ini. Makanan tersebut dikatakan mempunyai nutrien untuk menghasilkan lebih banyak melaini iaitu sejenis pigmen hitam dalam kortex rambut.

Bagaimana Shaklee ada tak suplemen yang dapat membantu menyelesaikan masalh rambut beruban ini ? Saya teringat cerita teman yang kehilangan rambut berubannya selepas mencuba Vivix untuk beberapa minggu. Vivix berperanan untuk menentang penuaan. "Penuaan" pada hari ini bukan pada usia. Tapi pada penuaan sel disebabkan cara hidup yang tidak sihat dengan cara pengambilan makanan, merokok, tertekan  dan persekitaran kita yang kian tercemar. Oleh kerana itu sekarang ni ramai orang muda yang dah macam orang tua dari aspek kesihatan dan rupa termasuk beruban sebelum waktunya sedangkan orang tua kekal sihat pada usia emasnya. Jadi tiada kaitan tua dengan usia untuk kenyataan ini ! 


Penuaan sel ini disebabkan oleh radikal bebas yang menyerang DNA kita dan ia adalah suatu tindakan semulajadi. Tubuh badan kita pula mempunyai antioksidanya sendiri untuk melambatkan proses berkenaan tetapi akibat faktor cara hidup kita yang tak berapa sihat dan persekitaran yang tercemar itu membuatkan tubuh badan kita tak punya sumber antioksida yang mencukupi untuk melambatkan proses itu. Jadi Vivix berperanan untuk memastikan badan dapat antioksida yang kukuh dan mencukupi untuk melambatkan proses yang dilakukan oleh radikal bebas ini.

Paling menarik Vivix juga mengandungi makanan yang berwarna gelap seperti sumber bacaan saya tu. Makanan yang dimaksudkan itu adalah :-

Muscadine Grape

 
Elderberry

Purple Carrot
Selain daripada melalui pemakanan dan suplemen, pengambilan air masak dan tidur yang mencukupi juga perlu kerana dengan cara ini badan akan jadi lebih sihat dan pertumbuhan sel melanocyte pun jadi lebih cepat. Jangan tak tahu bersenam secara konsisten juga dapat membantu untuk mendapat oksigen yang mencukupi untuk sel melanocyte ini. Pendek kata, kita kena ubah cara hidup ini dengan cara yang sihat !

Hubungi saya untuk mendapatkannya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...