Tuesday, February 26, 2013

Perlu Tak Suplemen Untuk Anak-Anak ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Menurut Hafidah Ibrahim dalam artikelnya bertajuk Makanan berkhasiat tingkatkan pertumbuhan Fizikal yang dipetik dari buku Membina Imaginasi Cermelang oleh Dr Tuah Iskandar, mengatakan "Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa amalan pemakanan berkhasiat kepada anak-anak sejak kecil lagi mampu meningkatkan pertumbuhan fizikal serta memperbaiki keupayaan mental mereka. Malah amalan memberikan pemakanan seimbang yang mencakupi iaitu yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral kepada anak-anak secara konsisten dapat mencegah serangan penyakit kronik seperti lemah jantung dan kencing manis apabila mereka dewasa kelak".

Satu lagi menurut kajian perubatan, pada usia kanak-kanak antara zat makanan yang amat diperlukan untuk perkembangan otak dan keboleh terimaan pembelajaran adalah zat besi, omega 3, protein dan iodin.

Besarkan peranan makanan dalam membentuk kesihatan fikiran anak pada masa hadapan ? Belum lagi besarnya peranan ibu bapa bagi memastikan anak-anak sentiasa mendapat pemakanan berkhasiat, bersih lagi halal sumbernya. Bagi memastikan seimbang antara rohani dan jasmani seperti petikan dari penulis kitab Tibb An-Nabawi (Pengubatan Cara Rasullah) iaitu Ibn Qayyim Al-Jawzy yang menyifatkan bahawa penjagaan kesihatan meliputi tubuh dan jiwa.

Bagaimana pula dengan pemakanan tambahan untuk anak ? Perlukah ? Kajian 30 tahun lalu terhadap lobak mendapati ia telah kehilangan zat sebanyak 45% berbanding 10 tahun sebelumnya. Itu 30 lalu, sekarang ? Itu baru kajian terhadap lobak, belum yang lain-lain.

Adakah betul memberi suplemen kepada anak-anak yang sukar makan dan terlalu memilih makanan (yang kebanyakkan sukakan makanan rapu) ? BETUL dan TIDAK. BETUL sebab sesetengah kes anak tak mahu makan sebab kekurangan nutrien tertentu. Contohnya anak kita mungkin kekurangan zink. Apabila kekurangan zink, paras hormon leptin menjadi rendah yang membuatkan otak tak dapat signal lapar menjadikan anak kita tak rasa lapar dan tak berselera makan. Fungsi hormon leptin adalah untuk memberitahu badan, yang kita sedang lapar. 
 
TIDAK tepat jika hanya bergantung kepada suplemen, Pemakanan seimbang sesekali tak boleh di ganti dengan pengambilan suplemen. Nama pun suplement food iaitu makanan tambahan untuk mengisi ruang-ruang nutrisi yang tak tertampung oleh makanan seimbang (bukan makanan rapu). Contohnya cerita sebab kekurangan zat lobak di atas.

Jadi jika anda mahu berikan suplemen pada anak-anak, pastikan juga makanan seharian juga adalah seimbang. Jika zaman kita budak-budak dulu tak kisah tentang apa yang maksud mulut, sebab kesukaran hidup, perlu kita ingat, zaman-zaman dulu walau hanya bersayurkan pucuk paku dan telur goreng, kedua-duanya adalah sumber makanan dari kebun dan reban ayam sendiri, berbanding hari ini. 

Selain itu faktor kehidupan anak-anak kita yang cukup kompleks yang menuntut mereka bergerak pantas seiring dengan pembanguanan. Jika mereka lambat mereka yang rugi. Sesuailah dengan Sabda Rasullah S.A.W "Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya kerana zamannya adalah berbeza sama sekali dengan zamanmu"

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...