Thursday, February 28, 2013

Ikan Dan Omega 3

Sila besarkan untuk membaca

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat ?





Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, February 27, 2013

Bila Cirit-Birit

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kadang-kadang perut kita meragam akibat salah makan, sudahnya berulang aliklah kita ke bilik air. Bagi meredakan 'edisi' berulang alik ke bilik air, biasanya saya akan makan 5 hingga 10 biji Alfalfa sekali gus dan dikuti Performace Drink. Tujuan ambil Alfalfa kerana ia adalah sejenis fiber yang akan menyerap kotoran dalm perut selain ia beralkali supaya ia akan di bawa keluar dalam bentuk bukan cecair.

Manakala Performance Drink bila kita diserang cirit birit kita akan rasa letih kerana ia membantu mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Selain ia membantu mencegah penyahhidratan kerana kebiasaan bila kita cirit birit kita jadi 'kering'.

Sepanjang pengamalan dua produk Shaklee ni, biasanya cirit-birit berhenti serta merta. Namun jika simptom berlarutan ditambah lagi dengan muntah sila berjumpa dengan doktor.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, February 26, 2013

Dari Mata Turun ke Hati

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Itulah perumpamaan yang cukup dekat kat hati kita. Kita dari kecil-kecil selalu di ingatkan supaya banyak makan sayur-sayuran terutama lobak supaya mata sihat. Namun perlu anda tahu, dengan mengambil ikan yang punya kandungan yang tinggi Omega 3 juga adalah sangat baik untuk mata. Jika disekeliling mata anda punya bintil-bintil putih itu memberi petanda tidak baik tentang kolestrol dalam badan anda selain krim mata yang tidak sesuai dengan kulit mata anda.

Selain itu, jika mata anda rasa kering, pengambilan minyak ikan Omega 3 dapat membantu mengurangkan masalah itu. Selain jika anda pennguna tegar kanta tekap sila berjumpa doktor mata anda. Kerana mungkin mata kering ini ada kaitan dengan kanta tekap yang ramai antara kita membeli bukan di tempat sepatutnya.

Melalui kajian para penyelidik di University Of Alberta, Kanada, mendapati ikan salmon boleh membantu memelihara ketajaman penglihatan seseorang. kandungan omega 3 di dalam ikan ini amat effektif untuk mencegah pengumpulan toksin di retina yang boleh menyebabkab rabun seiring dengan pertambahan usia. Makanlah ikan salmon minima 2 kali seminggu.

Mengikut American Public Health Association mencadangkan makan ikan laut dalam sekurang-kurannya saiz kad permainan sebanyak 2 kali seminggu. Jika anda berkemampuan untuk menghidangkan ikan salmon untuk seisi keluarga memanglah amat bagus. Selain Omega 3 anda juga dapat memberikan protein dalam sajian keluarga anda.

Namun jika kurang berkemampuan untuk menghidangkan ikan laut dalam kepada keluarga anda, bolehlah anda dapatkan suplemen tanpa mengenepikan hidangan ikan tempatan dalam menu keluarga anda.

Shaklee Omega Guard yang menjalani kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini, iaitu satu penyulingan proprietatari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen sambil menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri dan PCB.

Sesuai di ambil dari kanak-kanak yang berumur dari setahun setengah tetapi tidak setiap hari. Anak saya pada mulanya tidak menggemari, lama-lama dia suka. Tetapi saya gunting sedikit letak dalam sudu dan suap dan beri minum Performance Drink untuk hilangkan rasa hanyir. 

Jika anda berminat untuk melabur pada kesihatan keluarga anda, boleh hubungi saya untuk membeli di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Perlu Tak Suplemen Untuk Anak-Anak ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Menurut Hafidah Ibrahim dalam artikelnya bertajuk Makanan berkhasiat tingkatkan pertumbuhan Fizikal yang dipetik dari buku Membina Imaginasi Cermelang oleh Dr Tuah Iskandar, mengatakan "Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa amalan pemakanan berkhasiat kepada anak-anak sejak kecil lagi mampu meningkatkan pertumbuhan fizikal serta memperbaiki keupayaan mental mereka. Malah amalan memberikan pemakanan seimbang yang mencakupi iaitu yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral kepada anak-anak secara konsisten dapat mencegah serangan penyakit kronik seperti lemah jantung dan kencing manis apabila mereka dewasa kelak".

Satu lagi menurut kajian perubatan, pada usia kanak-kanak antara zat makanan yang amat diperlukan untuk perkembangan otak dan keboleh terimaan pembelajaran adalah zat besi, omega 3, protein dan iodin.

Besarkan peranan makanan dalam membentuk kesihatan fikiran anak pada masa hadapan ? Belum lagi besarnya peranan ibu bapa bagi memastikan anak-anak sentiasa mendapat pemakanan berkhasiat, bersih lagi halal sumbernya. Bagi memastikan seimbang antara rohani dan jasmani seperti petikan dari penulis kitab Tibb An-Nabawi (Pengubatan Cara Rasullah) iaitu Ibn Qayyim Al-Jawzy yang menyifatkan bahawa penjagaan kesihatan meliputi tubuh dan jiwa.

Bagaimana pula dengan pemakanan tambahan untuk anak ? Perlukah ? Kajian 30 tahun lalu terhadap lobak mendapati ia telah kehilangan zat sebanyak 45% berbanding 10 tahun sebelumnya. Itu 30 lalu, sekarang ? Itu baru kajian terhadap lobak, belum yang lain-lain.

Adakah betul memberi suplemen kepada anak-anak yang sukar makan dan terlalu memilih makanan (yang kebanyakkan sukakan makanan rapu) ? BETUL dan TIDAK. BETUL sebab sesetengah kes anak tak mahu makan sebab kekurangan nutrien tertentu. Contohnya anak kita mungkin kekurangan zink. Apabila kekurangan zink, paras hormon leptin menjadi rendah yang membuatkan otak tak dapat signal lapar menjadikan anak kita tak rasa lapar dan tak berselera makan. Fungsi hormon leptin adalah untuk memberitahu badan, yang kita sedang lapar. 
 
TIDAK tepat jika hanya bergantung kepada suplemen, Pemakanan seimbang sesekali tak boleh di ganti dengan pengambilan suplemen. Nama pun suplement food iaitu makanan tambahan untuk mengisi ruang-ruang nutrisi yang tak tertampung oleh makanan seimbang (bukan makanan rapu). Contohnya cerita sebab kekurangan zat lobak di atas.

Jadi jika anda mahu berikan suplemen pada anak-anak, pastikan juga makanan seharian juga adalah seimbang. Jika zaman kita budak-budak dulu tak kisah tentang apa yang maksud mulut, sebab kesukaran hidup, perlu kita ingat, zaman-zaman dulu walau hanya bersayurkan pucuk paku dan telur goreng, kedua-duanya adalah sumber makanan dari kebun dan reban ayam sendiri, berbanding hari ini. 

Selain itu faktor kehidupan anak-anak kita yang cukup kompleks yang menuntut mereka bergerak pantas seiring dengan pembanguanan. Jika mereka lambat mereka yang rugi. Sesuailah dengan Sabda Rasullah S.A.W "Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya kerana zamannya adalah berbeza sama sekali dengan zamanmu"

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, February 21, 2013

Perlu Tak Ibu Menyusu Omega

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sebenarnya seseorang ibu patut mendaptkan Omega sejak trimester ke2 kehamilan kerana. Selain dari pengambilan suplemen yang asas, menurut American Pregnancy Association 2011 omega-3 juga adalah untuk kesihatan minda dan mood(angin) ibu bagi mengurangkan risiko tekanan selepas melahirkan atau dalam budaya kita di sebut meroyan.

Menurut seorang rakan saya berbangsa Cina dalam masyarakatnya pengambilan Omega amat digalakan ketika wanita hamil, tetapi pengambilan perlu diberhentikan sebulan sebelum melahirkan sehingga sebulan selepas melahirkan bagi menggelakkan pendarahan yang terlalu banyak yang akan buat ibu menjadi terlalu letih.

Pengambilan asid lemak dalam tempoh penyusuan susu ibu sebenarnya amat baik bukan sahaja untuk si anak tetapi si ibu juga. Ramai ibu yang menghadapi masalah 'lupa-lupa' selepas bersalin. Walaupun ia cuma dalam tempoh yang pendek, tetapi kena ingat amat meresahkan. Selain itu ia juga bagus untuk kulit dan rambut ibu, kerana sifatnya yang melembabkan kulit dan mencegah daripada kekeringan dan berkuping.

Untuk si bayi pula ia dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia juga dibuktikan secara saintifik bahawa neoron lebih mudah berhubung apabila apabila kandungan Omega 3 lebih banyak dalam otak. menurut kajian lagi tidak ramai kanak-kanak yang diberi susuibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme. 

Jadi, apakata tambah Omega Guard dalam set suplemen penyusuan bayi anda. Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
  

Wednesday, February 20, 2013

Cara-Cara Masak Ikan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Para penyelidik di seluruh dunia mendapati, makan ikan dengan kerap sekurang-kurangnya sekali dengan kerap sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit daripada lelah di kalangan kanak-kanak hinggalah kanser prostat. Namun bagi memastikan kita mendapat khasiat dari ikan sepenuhnya kita perlu tahu cara memasaknya. (Adakah saya nak jadi chef pula ni ?). Sekadar berkongsi melalui pembacaan. Cara masak ikan yang betul adalah :-


Tempoh masa bagi memasak ikan pula bagi memastikan semua vitamin yang kita perlu tak musnah adalah :-


Masalahnya saya suka ikan yang digoreng kering dan ranggup macam keropok tu, baru sedap. Dan semestinya tak banyak lagi vitamin yang tinggal dalam ikan tu. Saya memang lebih suka makan ikan sebab ia ada pelbagai rasa berbanding ayam atau daging.

Suka makan ikan bermakna kita juga 'suka' akan kandungan lainnya seperti merkuri. Mengikut pembacaan saya, ada sesetengah ikan yang amat tinggi kandungan merkurinya, antaranya ikan yu, pari, tuna, todak, tenggiri, kerapu dan makerel. Selain daripada itu, ikan yang tidak bersisik dikatakan mempunyai kandungan merkuri yang lebih tinggi dari yang bersisik. 

Lalu oleh kerana cara saya masak ikan pun dah awal-awal 'berjaya' menghilangkan sebahagian dari nutrisi ikan, (belum lagi apa yang saya dapat, he3!) sebab tu saya ambil Omega Guard. Bukan saya sahaja, tetapi anak juga saya dah ajar makan. Walau dia masih tak pandai membaca label "OMEGA GUARD", tapi warna kelabu tutupnya buat dia tahu, "Ini vitamin kite".Omega Guard ini telah melalui suatu proses penyulingan prorietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan semulajadi dan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) jadi ia terjamin keselamatannya seperti falsafah Shaklee "ALWAYS SAFE" 


Selain itu, bagi mengurangkan risiko dari berdepan dengan 'kandungan lain' dari makanan yang sepatutnya sihat kami juga amal beberapa suplemen lain. Sebagai manusia kita kena ikhtiar untuk mengelak selagi boleh. Sekurang-kurangnya andai suatu hari nanti kami menghadapi masalah kesihatan, badan kami dapat recover balik dengan lebih cepat. Insyallah ! 


Bak kata guru saya dalam Shaklee, suplemen umpama tali pinggang kelendar, bukan bermakna kita tidak akan mendapat kemalangan tapi kita berusaha mengurangkan risiko dari kemalangan itu.



Walau nampak harga suplemen itu macam mahal, tapi jika kita telah jatuh sakit, kos rawatan malah kos kehidupan akibat jatuh sakit itu adalah lebih mahal.

Anda nak dapatkan suplemen ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email noorazrinnapalil@yahoo.com.my




Monday, February 18, 2013

Perlu Ada Dalam 'First Aid' Anda

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Saya percaya dalam setiap rumah mesti menyediakan sesuatu berbentuk First Aid. Walau tidak lengkap dalam sesebuah rumah mesti menyediakan paling kurang minyak angin dan minyak gamat. Apa kata tambah dalam First Aid anda Performance Drink dan Nutriferon (tapi tak perlulah masukkan dalam kotak First Aid tu sebab Performance Drink yang telah dibuka perlu disimpan dalam peti sejuk).
Pada saya amat penting memastikan kedua-dua stok ni perlu ada dalam rumah. Walaupun setiap hari saya saya akan minum PD ini tapi kadang-kadang ia menjadi 'sangat penting' terutama bila cuaca panas dan Aiman kadang-kadang tak rajin nak minum air masak jadi beri PD ini. salah satu kepentingannya adalah untuk mengelakkan badan jadi terhidrat dan mengurangkan risiko kena ulser mulut yang memang sakit bukan ? Bila kita demam mesti tak ada selera nak makan, jadi minumlah PD bagi memastikan kita lebih bertenaga. Nak-nak bila dah jadi mak orang ni bila kita tak sihat pun tetap perlu memastikan urusan rumahtangga berjalan lancar. Sesuai juga diambil bila cirit birit melanda ahli keluarga kita bagi mengelakkan badan terhidrat.


Nutriferon pula kita ambil seminggu sekali, tetapi bila demam ambillah setiap hari. Sepanjang saya mengamalkan Nutruferon ni, ia menjadi sangat serasi bila selsema tiada lagi hidung tersumbat atau bila batuk berpanjangan saya juga akan ambil nutriferon. Ia sesuai diambil dari umur 12 tahun. Jika anda ibu menyusu dan bayi kena demam atau selsema tak baik-baik, ibu amalkan nuriferon, Insyaallah bayi tak lama jika demam atau selsema.

Anda nak simpan 2 'First Aid' ni ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Saturday, February 9, 2013

Tip menghilangkan Bintik-Bintik Putih Di Sekitar Mata

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Suatu ketika dulu saya kerap didatangi bintik-bintik putih disekitar mata. Punca kehadirannya ada 2. Pertama disebabkan krim mata yang kita guna tidak sesuai dengan kulit kita biasanya terlalu berminyak. Kadang-kadang bukan setakat bintik-bintik putih yang keluar, malah mata jadi gatal. Tu pengalaman sendiri. Sebab yang kedua perlu buat kita jadi lebih takut kerana ia melibatkan tanda-tanda tubuh badan kita punya kandungan kolestrol yang terlebih sudah.

Jika sebelum ini krim mata yang anda guna tak menyebabkan bintik-bintik putih dikeliling mata, maka anda patut mencuba Omega bagi membantu mengurangkan kadar kolestrol yang anda alami. Jika terlalu banyak bintik-bintik itu, gabungkan sekali dengan Alfalfa an Herbalax.

Tetapi jika bintik-bintik itu tumbuh selepas anda memakai krim mata, sila tukar krim mata anda. Cari yang bersesuaian dengan kulit anda. Namun tak salah untuk ambil Omega juga sebab sebab ia membantu pengaliran darah yang baik bukan disekitar mata anda tapi seluruh tubuh badan anda. Malah jika anda kerap menghadapi masalah mata kering, Omega adalah salah satu suplemen yang dapat membantu.

Berapa lama masa vyang diperlukan untuk masalah bintik-bintik ini ? Saya ambil masa 2 minggu untuk menghilangkannya. Walaubagaimanapun bergantung pada individu, jika badan kita telah terbiasa dengan pengambilan suplemen tindakan akan lebih cepat berbanding jika tidak pernah ambil. Paling penting istiqamah dan konsisten dalam pengambilan.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, February 6, 2013

Testimoni Tanpa Bias

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Testimoni adalah pernyataan individu untuk membuktikan kebenaran sesuatu benda yang biasanya telah digunakan. Namun kadang-kadang ramai yang beranggapan ia adalah sesuatu yang bias kerana mungkin individu yang menjual itu sendiri yang memberi testimoni demi melariskan produk.Namun jika yang memberi testimoni adalah seorang doktor adalah menarik bukan ?



Namun sebagai penjual, kita seharusnya perlu 'jatuh cinta' dengan produk tersebut baru boleh berkongsi dengan orang lain dengan menjadikan diri sendiri sebagai testimoni terhebat.

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, February 5, 2013

Gula Dan Keupayaan Otak

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


"Penemuan kami menggambarkan apa yang dimakan memberikan kesan kepada pemikiran dan ingatan" - Profesor Fernando Gomez-Pinilla

Jadi apa yang kita makan setiap hari selain bersih, berkhasiat dan semestinya halal akan terlahir pada buah fikiran dan terluah dari kata-kata kita. Kenyataan Profesor Fernando Gomez-Pinilla dari University California Los Angeles (UCLA) juga sebenarnya merujuk hasil kajian ke  mengenai GULA sebenarnya boleh mengurangkan daya ingatan kita. Pengambilan gula yang berlebihan dalam jangkamasa panjang boleh mengubah keupayaan otak untuk belajar dan mengingati maklumat.

Walaupun kajian ini dilakukan ke atas tikus dan tidak mengatakan kemungkinan berlaku kepada manusia, tetapi kita boleh jadikan ia sebagai ingatan supaya mengurangkan gula dalam hidangan seharian. Menurut satu kajian lain pengambilan gula sehingga lapan senduk makan per hari akan mengurangkan kemampuan sel darah putih dalam membunuh kuman.

Lalu Profesor Fernando Gomez-Pinilla telah mencadangkan untuk mengambil ikan yang tinggi kandungan omeganya bagi membantu mengurangkan kemusnahan yang diakibatkan oleh pengambilan gula yang berlebihan ini.

Namun dengan pengambilan ikan yang kaya dengan Omega atau suplemen Omega ini bukan bererti boleh sepuas hati kita ambil makanan manis-manis. Orang kata sediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik supaya tak basah kuyup ditengah hujan. Jadi sebelum terjadi sesuatu penyakit akibat gula, seperti konsep penjagaan kesihatan yang semua sedia maklum, jaga pemakanan, selalu bersenam, sentiasa berfikiran positif dan tokok sedikit dengan pemakanan tambahan.

Mungkinkah anda nak tambah Omega Guard by Shaklee dalam list suplemen seharian ? Sedikit info mengenainya. Ia diekstrak dari ikan air sejuk di perairan Jepun yang terdiri dari ikan sardin, mackerel, herring dan anchovies. Paling istimewa ia bukan dari minyak hati ikan tetapi dari ikan itu sendiri yang ketumpatannya lebih pekat berbanding hati ikan.

Hubungi saya untuk pembelian di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, February 1, 2013

Rambut Beruban Sebelum Waktunya

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Pada suatu pagi ketika sedang menyikat rambut tiba-tiba anda terperasan ada beberapa helai rambut anda yang berlainan warna. Bila anda amat-amati rambut anda dah beruban sedangkan anda baru berumur sekitar 30-an.

Terdapat beberapa faktor yang mengaitkan beruban awal ini. Antaranya adalah :-
a) Genetik
b) Kekurangan nutriri tertentu dalam diet harian
c) Gaya hidup yang tak aktif
d) Tekanan kehidupan

Kesemua faktor di atas boleh menyebabkan melanocyte (kurangnya penghasilan melanin) iaitu sejenis pigmen hitam dalam kortex rambut yang buat rambut hitam. Kesannya terhasillah uban.

Melalui pembacaan saya, tiada perawatan yang spesifik untuk mengatasi rambut beruban ini. Namun saya percaya setiap yang berlaku akan ada jalan penyelesaianya. Mencabut uban bukanlah caranya kerana ia akan merosakkan pori-pori disekitar folikel rambut dan mengganggu saraf rambut yang akan buat kita jadi botak.

Melalui pembacaan saya juga dikatakan jika kita mengambil makanan yang berwarna gelap seperti bijan hitam, kacang soya hitam, beri biru, anggur, beras perang, kacang soya hitam dan cendawan hitam dapat membantu mengatasi masalah ini. Makanan tersebut dikatakan mempunyai nutrien untuk menghasilkan lebih banyak melaini iaitu sejenis pigmen hitam dalam kortex rambut.

Bagaimana Shaklee ada tak suplemen yang dapat membantu menyelesaikan masalh rambut beruban ini ? Saya teringat cerita teman yang kehilangan rambut berubannya selepas mencuba Vivix untuk beberapa minggu. Vivix berperanan untuk menentang penuaan. "Penuaan" pada hari ini bukan pada usia. Tapi pada penuaan sel disebabkan cara hidup yang tidak sihat dengan cara pengambilan makanan, merokok, tertekan  dan persekitaran kita yang kian tercemar. Oleh kerana itu sekarang ni ramai orang muda yang dah macam orang tua dari aspek kesihatan dan rupa termasuk beruban sebelum waktunya sedangkan orang tua kekal sihat pada usia emasnya. Jadi tiada kaitan tua dengan usia untuk kenyataan ini ! 


Penuaan sel ini disebabkan oleh radikal bebas yang menyerang DNA kita dan ia adalah suatu tindakan semulajadi. Tubuh badan kita pula mempunyai antioksidanya sendiri untuk melambatkan proses berkenaan tetapi akibat faktor cara hidup kita yang tak berapa sihat dan persekitaran yang tercemar itu membuatkan tubuh badan kita tak punya sumber antioksida yang mencukupi untuk melambatkan proses itu. Jadi Vivix berperanan untuk memastikan badan dapat antioksida yang kukuh dan mencukupi untuk melambatkan proses yang dilakukan oleh radikal bebas ini.

Paling menarik Vivix juga mengandungi makanan yang berwarna gelap seperti sumber bacaan saya tu. Makanan yang dimaksudkan itu adalah :-

Muscadine Grape

 
Elderberry

Purple Carrot
Selain daripada melalui pemakanan dan suplemen, pengambilan air masak dan tidur yang mencukupi juga perlu kerana dengan cara ini badan akan jadi lebih sihat dan pertumbuhan sel melanocyte pun jadi lebih cepat. Jangan tak tahu bersenam secara konsisten juga dapat membantu untuk mendapat oksigen yang mencukupi untuk sel melanocyte ini. Pendek kata, kita kena ubah cara hidup ini dengan cara yang sihat !

Hubungi saya untuk mendapatkannya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...