Saturday, January 26, 2013

Suara Impian

Dapat tak anda rasakan, jika kita tiada apa-apa, suara kita tidak akan didengari oleh sesiapa walau kita punya sijil akademik yang berjela-jela panjangnya. lantaran dunia pada hari ini bukan menilai berapa banyak sijil yang kita ada, tetapi apa yang kita ada. Sebab itu saya merasakan suara saya tidak didengari. Pendapat saya tiada pertimbangan kerana saya tiada apa-apa. Tiada jawatan ber'gred', tiada gaji yang setimpal dengan ijazah sarjana muda saya apa lagi harta yang terkumpul membukit.

Tiba-tiba saya membayangkan bagaimana pula jika saya tiada pekerjaan terus ? Bagaimana pula orang membuat penilaian tentang suara saya. Adakah kedengaran seperti berbisik dalam selimut ? Kehilangan pekerjaan biar buat seketika pada awal 2012 buat saya takut keluar rumah kerana memikirkan orang akan bertanya, tak kerjakah hari ini ? Dan saat itu umpama ada khabar berita rezeki baru akan bermula bila pada waktu itu tiba-tiba ramai orang yang yang bukan dari kenalan saya mula order suplemen Shaklee. Tiba-tiba terlintas dalam hati saya alangkah bagusnya jika saya seorang surirumah tapi punya pendapatan begini ?! Pedulikan apa orang cakap kerana kita tak mati hanya dengan bicara berbisik dari orang.   

Lalu sejak itu saya mula bersungguh untuk menjana pendapatan melalui Shaklee. Kehilangan pekerjaan tetapi punya pendapatan dari Shaklee buat saya rasa seronok berada dirumah. Tak perlu terkocoh-kocoh mahu ke pejabat, tapi tetap kocoh-kocoh mahu kejut anak ke sekolah. Lalu saya membayangkan bangun pagi buka telefon penuh order, buka email penuh pertanyaan, buka mukabuku penuh private message. Ah! Tak mengapa jika tak bekerja begini! saya berimpian betul-betul mahu menjana pendapatan yang lumayan.

Saat itu suara saya akan didengari, pendapat saya sentiasa ditagih walau mungkin kita hanya berdehem sebenarnya. Argh! Alangkah bahagianya melalui detik itu.

Satu lagi yang saya impikan membuka satu kafe yang berkonsepkan makanan untuk kesihatan dengan pendapatan Shaklee. Sejak suami disahkan punya Diabetis selalu saya impikan konsep kafe begitu. Maknanya kafe saya akan ada senarai nilai nutrisi untuk setiap makanan, jadi pelanggan saya jika mahu memesan makanan akan membaca nilai nutrisi sesuatu makanan sebelum memesannya.

Ah! Banyak betul impian saya dalam ber'Shaklee' ini. Dan saya percaya anda jua punya impian yang mungkin sama dengan saya. Azam saya untuk 2013 ini untuk melangkah jauh dalam Shaklee ini. Walau laluan itu tidak mudah tapi saya percaya pada suatu kata-kata, rezeki itu bukan diterjemah melalui pekerjaan anda, tapi kesungguhan anda'.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...