Tuesday, January 29, 2013

Serasikah Suplemen Ini Dengan Saya ?

Bila kita sakit, selain menemui doktor, pelbagai suplemen juga dicari demi memulihkan kesakitan itu. Namun ramai yang bertanya, adakah suplemen ini sesuai dan akan memulihkan sakit saya, sebab dah berbagai-bagai doktor saya temui, macam-macam suplemen yang saya cuba, namun semua menemui jalan buntu. Malah lebih teruk.

Sakit itu datangnya dari Allah. Sakit itu adakalanya sebagai tanda ingatan kepada kita supaya kita kembali menghampiri diri kepadaNya. Kadang-kadang kehidupan kita buat kita lupa untuk berzikir mengingatinya apatah lagi untuk berdoa meminta kesihatan yang baik kepadaNya semasa kita sihat. Malah kadangkala perkara yang wajib seperti solat kita lakukan hanya dengan separuh hati, malah ada yang meninggalkan salah satu dari lima solat itu. 

Maka sebagai hamba Allah, mintalah kesembuhan itu terus melaluinya. Merayulah kesembuhan itu kepadaNya dengan sepenuh hati. Lakulah solat-solat sunat supaya kita lebih dekat DenganNya. Hanya DIA bukan dengan yang lain. Apalagi mempercayai perkara-perkara yang khufarat yang boleh mengoncang iman.

Selain berdoa perlu diseimbangkan dengan usaha yang berterusan. Mudah-mudahan usaha yang diseiringkan dengan doa akan berhasil membawa kesembuhan yang dicari.

Usah berhenti berharap, kerana dunia ini penuh keajaiban yang tiada ditangan manusia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...