Tuesday, January 22, 2013

Saya Menghidap Diabetis

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Anda rasa anda sihat. Aktif. Tiba-tiba anda didiagnosis menghidap Diabetis. Anda sudah bayangkan Diabetis dengan potong kaki, mata buta dan pelbagai komplikasi penyakit lain Anda rasa dunia gelap gelita. Mengapa mesti aku ? Mengapa tidak orang lain ? Tak ada keturunan aku ada Diabetis ! Lalu wujudlah rasa tak redha yang akan menghakis keimanan seseorang. Malah mula terfikirkan perkara khurafat dalam fikiran anda.

Anda ! Anda ! Belajarlah bertenang. Bertenang ini apabila denyutan janyung anda adalah normal sebagaimana anda rasa damai lagi harmoni bukan seperti orang penat berlari. Minumlah air masak dengan cara yang sewajarnya sebagaimana Islam ajar, minumlah denagn duduk supaya air dapat disalurkan ditempat yang betul dan kita mendapat arus ketenangan.
Lalu sebagai seorang yang beragama Islam, kuatkan pergantungan pada Allah. Tunaikanlah suruhanNya yang wajib seperti solat. Alangkah bagusnya jika disusuli dengan ibadah sunat yang lain seperti Tahajjud, Taubah dan Hajat. Basahilah lidah dengan sentiasa berzikir. Bacalah dan hayati Al-Quraan kerana setiap huruf didalamnya terkandung penawar dan kesembuhan untuk penyakit rohani dan fizikal dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya. 

Sebab Firman Allah dalam Surah Al-Ra'ad : 28 yang bermaksud "Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia".

Tahukah kita bahawa dalam tubuh badan kita ada sel darah putih yang tugasnya berjuang dalam tubuh badan kita untuk memastikan kita sihat. Jika unsur spiritual kita lemah, tak ada semangat, maka sel darah putih akan turut jadi lemah lalu akan muncullah lagi pelbagai penyakit sebagai penenang.

Spiritual yang kuat akan buat kita rasa tenang, redha, sabar dan tidak mudah panas baran jika ada makanan tertentu yang dulu menjadi kesukaan anda dan sekarang anda tak boleh menyentuhnya lagi. Lalu anda berusaha untuk bangun menjalani kehidupan yang sihat. Melawan kesakitan itu dengan sewajarnya. Dan tidak membiarkan hati melayan kesakitan itu. Pendek kata kehidupan yang berubah 360 darjah bukan sekadar untuk mengawal gula anda tanpa redha, tapi ANDA NAK SIHAT DAN GEMBIRA MACAM DULU-DULU. Malah anda juga sedia mengambil ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor tanpa mengingkari atau cuba menjadi doktor bagi diri sendiri.

Sebagai usaha lain, boleh juga mengambil Vivix, Alfalfa, Vitalea, Zink dan B Complex sebagai suplemen harian bagi mengimbangi kekurangan nutrien yang perlu dalam badan anda. Walaubagimanapun, diingatkan sekali lagi jangan lupa medicine prescribed yang diberikan oleh doktor anda.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...