Wednesday, January 16, 2013

Mengapa Saya Pilih Shaklee ?

Saya mula mengenali Shaklee ketika tingkatan 5 lagi. Ada seorang rakan sebilik yang menjadi pengedar. Oleh kerana kami masih sekolah dan memang selalu tak ada dalam senarai baget 'untuk suplemen', maka jika rasa mahu makan vitamin pada hari itu belilah sebiji dengan kawan tu ! Manalah tahu istilah untuk mendapat hasil yang baik perlukan konsisten dalam mengamalkan vitamin.

Kali kedua saya mengenali Shaklee ketika menyusukan anak dulu. Bermula dengan rasa teruja melihat mereka yang ambil vitamin Shaklee punya banyak stok susuibu ! Walaupun saya tidak punya stok yang mencurah-curah Alhamdulillah dapat menyusukan anak hingga berumur 3 tahun. Malah jika dulu mudah kena selsema dan migrain sehingga takut nak minum ais, sekarang kebarangkalian untuk kena adalah amat tipis. Mustahil pula bila kata TAK PERNAH kena langsung. Jika kita rasa sihat, mahu menunaikan pelbagai tanggungjawab juga menjadi amat mudah. Alhamdulillah !

Lagi satu, dengan Shaklee juga membantu saya mengurangkan berat badan selepas bersalin. Selain pengambilan suplemen dan penyusuan bayi serta sedikit senaman amat membantu. Ni gambar ketika berat 65kg. Tengok gambar ni segan sendiri ! Ni lah satu-satunya gambar kenangan dengan berat 65kg yang saya simpan.
Sampai kawan-kawan lama kata,
"Ini engkau ke yang dulu kurus kering ?"
Padahal gambar ini selepas berpantang dan bergambar ketika majlis pernikahan adik ipar.


Bermula dengan mengambil Set Penyusuan dan bila ada kawan-kawan yang bertanya "Makan apa ?" terus jadi ahli dan berkongsi harga dengan kawan-kawan sebelum mula menulis di blog dan mukabuku. Mula-mula rasa malu, nak tulis amenda ni ? O sekarang tidak lagi. Berkongsi cerita tentang produk Shaklee yang saya amalkan di blog dan mukabuku. Asal tidak 'memaksa orang' untuk membaca sudah !

Memang diakui Shaklee bukan MLM pertama yang saya masuk. Tapi saya suka Shaklee sebab kami diajar untuk mencuba menyintai setiap suplemen sebelum berkongsi cerita dengan orang lain melalui penulisan. Orang kata tak kenal tak cinta bukan ? Selain tiada istilah beli barang banyak-banyak padahal nak makan macamana pun tak tahu, lalu simpan bawah katil sampai expired. Tak ada. Jadi tiada paksaan modal di situ.

Selain saya suka produk yang tiada jurucakap dikalangan selebriti untuk mewakili syarikat, kerana saya percaya produk yang bagus, pengguna sendiri akan menjadi jurucakap. Sebab itu Shaklee memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk melakukan ujian klinikal berterusan bagi memastikan produk bermutu. Jika anda pembeli, adakah anda mahu membeli produk yang 'kaya' dengan iklan dan 'jurucakap' produk yang popular atau produk yang berkualiti dengan melalui ujian klinikal untuk memastikan keberkesanannya dan selamat ?

Mengapa saya pilih Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan ? Paling utama untuk bantu pendapatan keluarga. Walaupun bekerjaya tapi bertambahnya tanggungjawab kepada kewangan yang diterima memerlukan sumber lain untuk menyusup dan menampal kepada kebocoran poket. Selain mudah-mudahan dengan bertambahnya pendapatan maka bertambah luas rezeki untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Jika anda berminat untuk mengintai peluang pendapatan tambahan, boleh hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



 













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...