Tuesday, January 29, 2013

Serasikah Suplemen Ini Dengan Saya ?

Bila kita sakit, selain menemui doktor, pelbagai suplemen juga dicari demi memulihkan kesakitan itu. Namun ramai yang bertanya, adakah suplemen ini sesuai dan akan memulihkan sakit saya, sebab dah berbagai-bagai doktor saya temui, macam-macam suplemen yang saya cuba, namun semua menemui jalan buntu. Malah lebih teruk.

Sakit itu datangnya dari Allah. Sakit itu adakalanya sebagai tanda ingatan kepada kita supaya kita kembali menghampiri diri kepadaNya. Kadang-kadang kehidupan kita buat kita lupa untuk berzikir mengingatinya apatah lagi untuk berdoa meminta kesihatan yang baik kepadaNya semasa kita sihat. Malah kadangkala perkara yang wajib seperti solat kita lakukan hanya dengan separuh hati, malah ada yang meninggalkan salah satu dari lima solat itu. 

Maka sebagai hamba Allah, mintalah kesembuhan itu terus melaluinya. Merayulah kesembuhan itu kepadaNya dengan sepenuh hati. Lakulah solat-solat sunat supaya kita lebih dekat DenganNya. Hanya DIA bukan dengan yang lain. Apalagi mempercayai perkara-perkara yang khufarat yang boleh mengoncang iman.

Selain berdoa perlu diseimbangkan dengan usaha yang berterusan. Mudah-mudahan usaha yang diseiringkan dengan doa akan berhasil membawa kesembuhan yang dicari.

Usah berhenti berharap, kerana dunia ini penuh keajaiban yang tiada ditangan manusia.


Saturday, January 26, 2013

Suara Impian

Dapat tak anda rasakan, jika kita tiada apa-apa, suara kita tidak akan didengari oleh sesiapa walau kita punya sijil akademik yang berjela-jela panjangnya. lantaran dunia pada hari ini bukan menilai berapa banyak sijil yang kita ada, tetapi apa yang kita ada. Sebab itu saya merasakan suara saya tidak didengari. Pendapat saya tiada pertimbangan kerana saya tiada apa-apa. Tiada jawatan ber'gred', tiada gaji yang setimpal dengan ijazah sarjana muda saya apa lagi harta yang terkumpul membukit.

Tiba-tiba saya membayangkan bagaimana pula jika saya tiada pekerjaan terus ? Bagaimana pula orang membuat penilaian tentang suara saya. Adakah kedengaran seperti berbisik dalam selimut ? Kehilangan pekerjaan biar buat seketika pada awal 2012 buat saya takut keluar rumah kerana memikirkan orang akan bertanya, tak kerjakah hari ini ? Dan saat itu umpama ada khabar berita rezeki baru akan bermula bila pada waktu itu tiba-tiba ramai orang yang yang bukan dari kenalan saya mula order suplemen Shaklee. Tiba-tiba terlintas dalam hati saya alangkah bagusnya jika saya seorang surirumah tapi punya pendapatan begini ?! Pedulikan apa orang cakap kerana kita tak mati hanya dengan bicara berbisik dari orang.   

Lalu sejak itu saya mula bersungguh untuk menjana pendapatan melalui Shaklee. Kehilangan pekerjaan tetapi punya pendapatan dari Shaklee buat saya rasa seronok berada dirumah. Tak perlu terkocoh-kocoh mahu ke pejabat, tapi tetap kocoh-kocoh mahu kejut anak ke sekolah. Lalu saya membayangkan bangun pagi buka telefon penuh order, buka email penuh pertanyaan, buka mukabuku penuh private message. Ah! Tak mengapa jika tak bekerja begini! saya berimpian betul-betul mahu menjana pendapatan yang lumayan.

Saat itu suara saya akan didengari, pendapat saya sentiasa ditagih walau mungkin kita hanya berdehem sebenarnya. Argh! Alangkah bahagianya melalui detik itu.

Satu lagi yang saya impikan membuka satu kafe yang berkonsepkan makanan untuk kesihatan dengan pendapatan Shaklee. Sejak suami disahkan punya Diabetis selalu saya impikan konsep kafe begitu. Maknanya kafe saya akan ada senarai nilai nutrisi untuk setiap makanan, jadi pelanggan saya jika mahu memesan makanan akan membaca nilai nutrisi sesuatu makanan sebelum memesannya.

Ah! Banyak betul impian saya dalam ber'Shaklee' ini. Dan saya percaya anda jua punya impian yang mungkin sama dengan saya. Azam saya untuk 2013 ini untuk melangkah jauh dalam Shaklee ini. Walau laluan itu tidak mudah tapi saya percaya pada suatu kata-kata, rezeki itu bukan diterjemah melalui pekerjaan anda, tapi kesungguhan anda'.

 

Wednesday, January 23, 2013

Kologen Kaki Ayam

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Seorang rakan mukabuku yang juga sama-sama rakan berniaga Shaklee memberitahu bahawa kaki ayam mengandungi kologen semulajadi. Jadi bagi ibu hamil dan menyusukan bayi yang 'mengidam' ingin menelan Shaklee Collogen Powder ada baiknya mempertimbangkan cadangan untuk makan kaki ayam. Selain punya kandungan kologen yang tinggi ia juga baik untuk tulang.
http://amirahmdesa.blogspot.com/2012/08/resepi-sup-kaki-ayam.html

Bercerita tentang kologen, selain untuk 'bercantik-cantik' bagi wanita, salah satu kepentingan kologen adalah untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Selalu kita dengar penghidap Diabetis menghadapi masalah bila luka lambat sembuh yang menyebabkan luka dijangkiti kuman. Luka lambat sembuh terjadi apabila tiada atau hampir tiada kologen dalam badan penghidap Diabetis kerana badan kita dapat membuat kologen melalui Vitamin C. Apabila gula dalam darah tidak dapat dikawal dengan baik, gula akan 'makan' Vitamin C yang mengakibatkan TIADA kologen yang dihasilkan. Maka bagi menghidap Diabetis perlu memastikan gula dapat dikawal dengan baik bagi memastikan luka dapat sembuh dengan cepat, mengelakkan dari kerosakan buah pinggang, mata dan pemotongan anggota badan.

Bagi membantu mengawal gula dalam darah antara suplemen Shaklee yang saya suka adalah Vivix yang setiap hari saya beri suami saya. Ketika berpuasa gula sekitar 4 mmol/L dan sekitar 5-6 mmol/L selepas makan. Sedikit info mengenai Vivix ini, melalui kajian klinikal oleh Shaklee menunjukkan resveratrol adalah polifenol tumbuhan yang mempunyai antioksidan yang tinggi. Melalui penyelidikan itu juga menunjukkan bahwa resveratrol membantu dalam mengurangkan rintangan insulin kepada pesakit Diabetis. Walaubagaimanapun jika anda sudah disahkan menghidap Diabetis pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor juga adalah perlu.


Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, January 22, 2013

Saya Menghidap Diabetis

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Anda rasa anda sihat. Aktif. Tiba-tiba anda didiagnosis menghidap Diabetis. Anda sudah bayangkan Diabetis dengan potong kaki, mata buta dan pelbagai komplikasi penyakit lain Anda rasa dunia gelap gelita. Mengapa mesti aku ? Mengapa tidak orang lain ? Tak ada keturunan aku ada Diabetis ! Lalu wujudlah rasa tak redha yang akan menghakis keimanan seseorang. Malah mula terfikirkan perkara khurafat dalam fikiran anda.

Anda ! Anda ! Belajarlah bertenang. Bertenang ini apabila denyutan janyung anda adalah normal sebagaimana anda rasa damai lagi harmoni bukan seperti orang penat berlari. Minumlah air masak dengan cara yang sewajarnya sebagaimana Islam ajar, minumlah denagn duduk supaya air dapat disalurkan ditempat yang betul dan kita mendapat arus ketenangan.
Lalu sebagai seorang yang beragama Islam, kuatkan pergantungan pada Allah. Tunaikanlah suruhanNya yang wajib seperti solat. Alangkah bagusnya jika disusuli dengan ibadah sunat yang lain seperti Tahajjud, Taubah dan Hajat. Basahilah lidah dengan sentiasa berzikir. Bacalah dan hayati Al-Quraan kerana setiap huruf didalamnya terkandung penawar dan kesembuhan untuk penyakit rohani dan fizikal dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya. 

Sebab Firman Allah dalam Surah Al-Ra'ad : 28 yang bermaksud "Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia".

Tahukah kita bahawa dalam tubuh badan kita ada sel darah putih yang tugasnya berjuang dalam tubuh badan kita untuk memastikan kita sihat. Jika unsur spiritual kita lemah, tak ada semangat, maka sel darah putih akan turut jadi lemah lalu akan muncullah lagi pelbagai penyakit sebagai penenang.

Spiritual yang kuat akan buat kita rasa tenang, redha, sabar dan tidak mudah panas baran jika ada makanan tertentu yang dulu menjadi kesukaan anda dan sekarang anda tak boleh menyentuhnya lagi. Lalu anda berusaha untuk bangun menjalani kehidupan yang sihat. Melawan kesakitan itu dengan sewajarnya. Dan tidak membiarkan hati melayan kesakitan itu. Pendek kata kehidupan yang berubah 360 darjah bukan sekadar untuk mengawal gula anda tanpa redha, tapi ANDA NAK SIHAT DAN GEMBIRA MACAM DULU-DULU. Malah anda juga sedia mengambil ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor tanpa mengingkari atau cuba menjadi doktor bagi diri sendiri.

Sebagai usaha lain, boleh juga mengambil Vivix, Alfalfa, Vitalea, Zink dan B Complex sebagai suplemen harian bagi mengimbangi kekurangan nutrien yang perlu dalam badan anda. Walaubagimanapun, diingatkan sekali lagi jangan lupa medicine prescribed yang diberikan oleh doktor anda.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my






Monday, January 21, 2013

Mengapa Anuar Zain Ambil Suplemen Kalsium ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda perasan dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) bertarikh 9 Januari 2013 ada membincangkan topik bertajuk Pemakanan Tambahan Dan Vitamin dan di antara tetamu jemputan adalah penyanyi Anuar Zain yang mendedahkan pengambilan beberapa jenis suplemen bagi mengekalkan pesonanya pada usia 43 tahun itu. Suplemen yang di ambil adalah :-

1) Vitamin C
2) B Complex
3) Kalsium
4) Fish Oil

Dalam banyak-banyak vitamin yang Anuar ambil, mengapa agak-agaknya beliau memilih Kalsium ? Ada kaitankah kalsium dengan tujuan mengekalkan kesihatan dan pesona ?


Secara umumnya hampir semua orang tahu bahawa fungsi utama kalsium adalah untuk menguatkan tulang. Selain itu ia juga membantu memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas, melegakan migrain, mengatasi gastrik jika diambil bersama vitamin B

Bagaimana pula peranannya dalam membantu mengekalkan pesona seseorang, senang cakap awet muda ? Saya kongsi:-

Wajah kita mempunyai beberapa otot, antaranya :-
  •   Kumpulan otot pipi digelar meseter fungsi untuk mengunyah
  •   Otot bersiul dan meniup pula dinamakan buccinators
  •   Otot dibahagian dagu dinamakan mentalis
Bagi membolehkan otot muka tersebut bekerja dengan baik beberapa perkara penting seperti kalsium kena cukup. Sebab kesan kekurangan kalsium ini dapat dilihat pada usia meningkat melebihi 40-an, apabila wajah kita tidak simetri iaitu senget sebelah.

http://ensiklopedia-kecilku.blogspot.com/2012/01/otot.html

Jika anda nak tahu, kalsium juga membantu mengembalikan kulit yang kusam, letih dan bernoda kerana ia berfungsi untuk menggantikan sel yang dirangsang oleh enzim protein kinase C sehingga kulit menjadi lebih lembut dan segar. Kadar kalsium yang tinggi dalam jaringan epidermis berfungsi sebagai lapisan antioksida dari radikal bebas, seperti yang kita tahu antioksida sangat penting untuk awet muda serta mencegah kerosakan DNA yang dapat mempengaruhi tekstur kulit.

Kalsium juga berperanan untuk meminimakan kerosakan kologen, jadi disarankan anda yang memiliki kulit kering mencuba suplemen kalsium kerana ia sangat efektif untuk mengurangkan kekeringan kulit dan menjaganya agar tetap terhidrasi.

Selain itu pengambilan kalsium juga dapat menghalang obesiti di hari tua kerana kalsium adalah mineral alkalin yang memastikan imbangan PH tubuh yang akan menghalang obesiti diwaktu tua.

Kalsium juga membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi yang berfungsi untuk menyingkirkan himpunan toksid yang terkumpul di dalam tubuh badan kita terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik akibat dari sisa-sisa makanan yang tertinggal, apalagi dalam perut kita banyak lipatan yang berlainan ukuran pada dinding usus.

Jadi faham kan kita mengapa Anuar Zain ambil suplemen kalsium untuk mengekalkan personalitinya ?!

--------------------------------------------------------------------------------------------
Shaklee juga mempunyai suplemen kalsium yang diberi nama Osteomatrix. Istimewanya Osteomatrix ini isinya paling seimbang bagi memastikan kadar serapannya adalah 99 peratus.

Formularnya yang unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut Mati mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron.

Nutrien-nutrien yang tersenarai di atas perlu diambil bersama bagi memudahkan penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral yang akan mengundang masalah kesihatan pada hari yang mendatang.

Jika anda mahu juga kekalkan kesihatan dan pesona, boleh jadikan Osteomatrix sebagai amalan harian. Kerana kesihatan yang baik akan memancarkan pesona selain doa yang khusyuk.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, January 18, 2013

Uniknya ESP

  * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Bila sebut soya maka akan terbentang dalam fikiran kita tentang macam-macam suplemen kesihatan dan minuman yang berasaskan soya. Namun, bila saya mula mengenali Shaklee, ESP jua yang menawan di hati. Bagi yang baru pertama kali mengenali ESP, saya kongsi uniknya ESP di bawah ni.
 
ESP dihasilkan dari kacang soya yang bebas dari GMO (Genetically Modified Oganism). Kebiasaanya kacang soya akan dihasilkan melalui GMO bagi memastikan ia rintang terhadap penyakit dan serangan makluk perosak yang akan menjejaskan kuantiti pengeluaran soya . Tetapi dalam masa yang sama GMO menurut Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian Government Scientist berdasarkan kajiannya menunjukkan "toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan" Malah bagi memastikan kacang soya ini benar-benar bebas dari GMO, ia telah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak dari proses menanan, menuai hingga diproses oleh IPP (Identity Preservation Program).
ESP ini mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh badan kita untuk menghasilkan hormon, penghadaman, antibodi dan enzim. Jika kekurangan salah satu dari 9 asid amino yang tertera di bawah maka ia sedikit sebanyak akan mengganggu fungsi tubuh badan kita.
 
Bagi memastikan 9 asid amino ini terus kekal dalam ESP, ia tidak diproses melalui suhu yang panas kerana asid amino sensitif dengan suhu yang panas yang akan menghilangkan 50 peratus manfaat asid aminonya.
Selain itu, ia tidak dicuci menggunakan alkohol yanga kan menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, sebaliknya ia dicuci dengan air bagi mengekalkan isoflavon genistein dan daidzein. Fungsi isoflavon adalah sebagai antioksidan bagi mengurangkan risiko kanser dalam jangkamasa panjang dengan mencegah kerosakan DNA. Isoflavon genistein adalah antioksidan terkuat dalam keluarga isoflavon dan diikuti oleh daidzein. Jika tidak masakan Dr Nasr dari  Medical Care & Diagnostic Center, Lake Villa, Il Berkata : " You can feel so very good about Shaklee’s soy protein, and how we can help so many people who are looking for ways to improve their health".
Fungsi utama ESP adalah untuk memastikan sel-sel dalam badan dapat diperbaharui mengikut kitarannya. Ia juga membantu sel-sel baru yang tumbuh dalam keadaan yang 'cantik' bagi menjalankan fungsinya untuk menyerap dengan baik nutrien yang kita perolehi melalui makanan atau dalam bentuk suplemen.
Penyerapan nutrien dengan baik akan membuatkan kita rasa lebih bertenaga dan sihat. Secara tak langsung ia akan menyerlah pada luaran kita, contohnya kita akan kelihatan awet, mengurangkan kedutan, mengembalikan kepejalan otot, mempercepatkan sembuhan luka dan menghilangkan parut-parut lama perlahan-lahan.
Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, saya pasti mulakan hari saya dengan secawan ESP. Kadang-kadang hanya minum ESP kosong, kadang-kadang campur dengan oat dan malt. Asal bukan kopi dan teh sudahlah!  Saya rasa lebih bertenaga, terutama selepas minum ESP dan ambil vitamin B, walau kadang-kadang tak sempat makan sarapan.

Keunikan ESP tidak akan anda nikmati jika tidak mencuba. Hubungi saya untuk mencuba ESP di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnaplail@yahoo.com.my
 
 

Thursday, January 17, 2013

Minumlah Dengan Duduk

Minum air masak sangat bagus, tetapi kena tengok bagaimana cara kita minum. Sudah semestinya minum air sambil duduk adalah lebih baik. Islam juga telah mengajar adab ini, Sabda Rasullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Anas “Rasulullah SAW telah melarang minum sambil berdiri”. (HR Muslim) 

Menurut kajian kesihatan akupuntur air putih yang diminum ketika duduk akan disaringkan oleh sfringer iaitu struktur berotot yang boleh membuka dan menutup untuk disalurkan pada penyaringan di ginjang. Sebaliknya jika ia diminum secara berdiri, air akan masuk tanpa saringan dan boleh menyebabkan penyakit ginjal.

Perasan tak jika kita minum air sambil duduk terasa kepuasannya berbanding minum sambil berdiri ? 

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, January 16, 2013

Mengapa Saya Pilih Shaklee ?

Saya mula mengenali Shaklee ketika tingkatan 5 lagi. Ada seorang rakan sebilik yang menjadi pengedar. Oleh kerana kami masih sekolah dan memang selalu tak ada dalam senarai baget 'untuk suplemen', maka jika rasa mahu makan vitamin pada hari itu belilah sebiji dengan kawan tu ! Manalah tahu istilah untuk mendapat hasil yang baik perlukan konsisten dalam mengamalkan vitamin.

Kali kedua saya mengenali Shaklee ketika menyusukan anak dulu. Bermula dengan rasa teruja melihat mereka yang ambil vitamin Shaklee punya banyak stok susuibu ! Walaupun saya tidak punya stok yang mencurah-curah Alhamdulillah dapat menyusukan anak hingga berumur 3 tahun. Malah jika dulu mudah kena selsema dan migrain sehingga takut nak minum ais, sekarang kebarangkalian untuk kena adalah amat tipis. Mustahil pula bila kata TAK PERNAH kena langsung. Jika kita rasa sihat, mahu menunaikan pelbagai tanggungjawab juga menjadi amat mudah. Alhamdulillah !

Lagi satu, dengan Shaklee juga membantu saya mengurangkan berat badan selepas bersalin. Selain pengambilan suplemen dan penyusuan bayi serta sedikit senaman amat membantu. Ni gambar ketika berat 65kg. Tengok gambar ni segan sendiri ! Ni lah satu-satunya gambar kenangan dengan berat 65kg yang saya simpan.
Sampai kawan-kawan lama kata,
"Ini engkau ke yang dulu kurus kering ?"
Padahal gambar ini selepas berpantang dan bergambar ketika majlis pernikahan adik ipar.


Bermula dengan mengambil Set Penyusuan dan bila ada kawan-kawan yang bertanya "Makan apa ?" terus jadi ahli dan berkongsi harga dengan kawan-kawan sebelum mula menulis di blog dan mukabuku. Mula-mula rasa malu, nak tulis amenda ni ? O sekarang tidak lagi. Berkongsi cerita tentang produk Shaklee yang saya amalkan di blog dan mukabuku. Asal tidak 'memaksa orang' untuk membaca sudah !

Memang diakui Shaklee bukan MLM pertama yang saya masuk. Tapi saya suka Shaklee sebab kami diajar untuk mencuba menyintai setiap suplemen sebelum berkongsi cerita dengan orang lain melalui penulisan. Orang kata tak kenal tak cinta bukan ? Selain tiada istilah beli barang banyak-banyak padahal nak makan macamana pun tak tahu, lalu simpan bawah katil sampai expired. Tak ada. Jadi tiada paksaan modal di situ.

Selain saya suka produk yang tiada jurucakap dikalangan selebriti untuk mewakili syarikat, kerana saya percaya produk yang bagus, pengguna sendiri akan menjadi jurucakap. Sebab itu Shaklee memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk melakukan ujian klinikal berterusan bagi memastikan produk bermutu. Jika anda pembeli, adakah anda mahu membeli produk yang 'kaya' dengan iklan dan 'jurucakap' produk yang popular atau produk yang berkualiti dengan melalui ujian klinikal untuk memastikan keberkesanannya dan selamat ?

Mengapa saya pilih Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan ? Paling utama untuk bantu pendapatan keluarga. Walaupun bekerjaya tapi bertambahnya tanggungjawab kepada kewangan yang diterima memerlukan sumber lain untuk menyusup dan menampal kepada kebocoran poket. Selain mudah-mudahan dengan bertambahnya pendapatan maka bertambah luas rezeki untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Jika anda berminat untuk mengintai peluang pendapatan tambahan, boleh hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



 













Friday, January 11, 2013

Bertiga Lebih Baik

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kebiasaannya bagi mereka yang ada masalah dengan penghadaman cukup gemar dengan salah satu antara mereka sahaja. Tetapi adalah lebih baik jika satukan mereka bertiga untuk hasil yang terbaik. Saya maksudkan 'mereka' bertiga ini adalah :-


Mengapa 'mereka' perlu bersatu ? Saya share fungsi satu persatu 'mereka' bertiga ni.

Lecithin
Bertindak sebagai pelembut najis yang berkesan, ia melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.Selain itu Lecithin juga berperanan sebagai agen untuk memecah lemak dan kolestrol.

Alfalfa 
Mengandungi saponin iaitu seperti span yang bertindak sebagai penyerap apa sahaja yang telah dicairkan dan dilembutkan oleh Lecithin. Oleh kerana sifatnya yang 'menyerap' pengamalannya dalam jangkamasa panjang mengikut Ujian Klinikal menunjukkan pengambilan ALFALFA dalam jangkamasa panjang baik dapat *menghapuskan lemak, *mengurangkan kolestrol, *mencegah penyakit jantung, *strok dan *darah tinggi. Bukankah mencegah adalah lebih baik dari merawat ?

Herbalax
Apabila telah 'dicairkan', 'diserap' mestilah perlu diangkut keluar. Jadi fungsi Herbalax adalah untuk merangsang usus bagi mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh. Tindakannya membersihkan usus secara lembut dapat mengembalikan proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit. Jika tiada lagi masalah sembelit, maka perut pun akan lebih kempis.

Nak cuba ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Saturday, January 5, 2013

Selalu Makan Lewat Malam

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Dua minggu ini kerap saya ambil makanan berat pada sebelah malam kerana usai melawat suami akibat kompikasi Diabetis di hospital senja dan kadang-kadang waktu berita perdana baru sampai rumah kerana lebih mudah tunaikan waktu Magrib di hospital. Walau makan tak banyak tapi kadang-kadang rasa tak selesa, mungkin sebab tak pernah makan berat lewat-lewat.

Jadi saya pasti ambil Alfalfa, Herbalax dan Lecithin selepas makan malam. Walaubagaimanapun selepas ambil ketiga-tiga tu saya kena pastikan minum air secukupnya serta ambil sedikit buah-buahan walaupun sibiji pisang berangan. Ia bertujuan supaya memudahkan penghadaman.

Ada juga pertanyaan, mengapa mereka makan Alfalfa, Herbalax dan Lecithin tidak juga dapat membuang pada keesokkan harinya. Malah sembelit pula ! Mudah sahaja. Jika keesokan harinya anda masih tidak dapat membuang, pastikan anda minum air masak secukupnya dan makan lebih banyak buah-buahan. Ambillah buah-buahan seperti jambu batu, pisang dan buah betik. Insyallah mudah untuk anda membuang.

Alfalfa, Herbalax dan Lecithin ni bukan sahaja untuk membantu pelawasan, tetapi juga membantu mengurangkan berat badan. Tetapi mesti diikuti dengan senaman dan kurangkanlah pengambilan makanan, terutama yang tidak perlu untuk tubuh badan kita. Ia juga selamat diambil untuk wanita yang menyusukan bayi, cuma cara pemakanannya sahaja sedikit berbeza. 

Saya sentiasa menyimpan stok ini kerana ia sentiasa diminati oleh pelanggan terutama para ibu yang menyusui bayi. 

Oh ya! Jika anda telah didiagnosis menghidap Diabetis paling penting mengikut nasihat perubatan. Jika anda mahu mengambil suplemen sila bagi tahu pengedar komplikasi Diabetis yang anda hadapi.

Jika anda berminat, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, January 4, 2013

Suplemen Untuk Anak-Anak Yang Bersekolah

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Minggu ini ramai teman-teman mukabuku saya yang upload gambar anak-anak mereka yang mula bersekolah, terutama yang mula bersekolah tadika. Oleh kerana ramai ibu-ibu yang teruja, saya pun tumpang sekaki. Sebenarnya anak saya sudah mula memasuki play school sebelum bersekolah tadika.


Pada sebelah pagi bersekolah dan pada hari-hari tertentu akan kembali semula ke sekolah untuk kelas Iqra'. Bimbang juga dia kepenatan. Tapi nampak ok aje! Cuma saya perasan dia macam kurang minum air masak sebab bibir kelihatan kering apatah lagi dengan cuaca yang tak menentu yang mudah budak-budak mendapat ulser mulut. Sedangkan kita rasa sakit, apalagi kanak-kanak.

Lalu mulai pagi tadi saya bekalkan dia ke sekolah dengan Performance Drink. Pada sebelah pagi saya bancuh Perfonmance Drink, sedikit Meal Shakes dan ESP. Mengapa hanya sedikit Meal Shakes ? Kerana anak saya lebih meminati rasa ESP berbanding Meal Shakes. Padahal ia sama-sama penting untuk tumbesarannya kerana ia multivitamin lengkap bersama protein.

Dan selang hari saya beri Omega. Siapa pun tahu Omega bagus untuk otak. Bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi untuk kita-kita ni yang selalu ingat-ingat lupa !




Jika kita sudah sediakan persiapan yang terbaik untuk anak-anak di awal persekolahan, apa kata tambah suplemen supaya mereka kekal bertenaga sehingga petang di samping membantu tumbesarannya.


Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, January 3, 2013

Bermata Lebam

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Hari ini saya belajar sesuatu yang baru tentang Shaklee Collogen Powder dan Vivix. Bagi anda yang punya masalah mata lebam dan berada dalam lingkungan mereka yang tidak digalakan mengambil kedua-duanya kerana hamil atau menyusukan bayi ia boleh dijadikan masker di mata. Jadi, saya nak cuba 'bermasker mata' bermula malam ni.

Apa ramuan dalam Shaklee Collogen Powder. tengok kat bawah ni !

Mengapa begitu banyak bahan-bahan dalam Shaklee Collogen Powder ni ? Aha ! Menurut sumber dari web Shaklee Malaysia, ia bergabung meningkatkan keberkesanan kolagen RSS (Red Snapper Scale) untuk menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. Ia adalah kolagen yang berkualiti tinggi danbermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Nak mencuba ? Boleh hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, January 1, 2013

Pengedar Sah Shaklee Di Muar

Saya bekerja di sebuah syarikat di Pagoh.  Boleh dikatakan macam freelance admin dan accounting lah !. Jadi saya memang tidak tertakluk kepada waktu bekerja 8 pagi hingga 5 petang. Tapi selalu buat kerja dari rumah. Buat masa ini saya tinggal di Air Hitam Muar sementara menanti rumah siap di Bandar Muar. 

Mula mengenali Shaklee ketika anak berumur setahun dua bulan apabila hasil pengeluaran susu sudah mula turun selain menghadapi sakit tumit, selalu selsema dan sering migrain. (Macam-macam penyakit). Masuk hari kedua makan Shaklee, perubahan paling cepat adalah rasa masih bertenaga walau jam sudah menunjukkan angka 12 tengah malam. Masih boleh membaca dan melayari internet.

Bermula hanya sebagai pembeli, bila ada kawan tanya "Makan vitamin apa ?" Lalu terlintas mahu jadi ahli dan kongsi harga dengan kawan-kawan. Jadi pembeli pertama saya adalah kawan sekerja dan kawan sekampus dulu sebelum 'buka' blog dan melakukan 'pengiklanan' dalam FB.

Vitamin apa paling popular ? Tentulah vitamin yang asas seperti Vitalea/multivitamin, ESP, Vitamin B dan Vitamin C. Kerana semakin ramai orang yang mula menghargai pentingnya menjaga kesihatan ketika masih berada dalam keadaan sihat. Iyelah ketika tubuh berada dalam keadaan yang masih tip-top sel-sel dalam tubuh lebih mudah menyerap vitamin yang diperlukan. Bukan bererti kita tidak akan jatuh sakit, tetapi jika kita jatuh sakit tubuh lebih bersedia untuk menentangnya.

Jadi, jika anda mahu membeli vitamin dan tinggal disekitar kawasan di atas boleh hubungi saya. Bagi anda yang jauh di mata tapi dekat dihati, jangan bimbang penghantaran akan dibuat melalui Pos Laju.

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...