Tuesday, December 18, 2012

Mengapa Makan Suplemen Susuibu Menjadi Pekat ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Selalu membaca testimoni :-

"Saya ambil suplemen buatkan susuibu menjadi pekat dan bayi tidur dengan lebih nyenyak"

Seperti kebanyakan orang mengambil suplemen adalah untuk menambahbaikkan kesihatan tanpa meninggalkan makanan yang berkhasiat, rutin kehidupan yang aktif di samping kekhusyukkan beribadat dalam kehidupan yang sedia mencabar dari segi pencemaran dan pelbagai tekanan. Kesannya tubuh menjadi lebih sihat dan bertenaga menghadapi hari-hari mendatang.

Bagi ibu yang menyusukan bayi, pengambilan suplemen bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk membantu mempercepatkan pengeluaran susuibu, kerana  komposisi utama dalam susuibu adalah protein, kalsium dan nutrisi lain, jika ibu mengambil semua suplemen yang diperlukan ia akan membuatkan penghasilan susu lebih cepat dari biasa. Apatah lagi disokong dengan usaha ibu mengepam mengikut jadual ketika bekerja dan kekerapan menyusukan bayi ketika bayi ada disisi.

Rasa sihat dan bertenaga, pengeluaran susu yang lebih cepat berbanding tidak mengambil suplemen pasti akan mengundang rasa gembira kepada si ibu. Saya tertarik dengan satu artikel dalam Majalah PA&MA keluaran Januari 2013 yang mengatakan bahawa hormon gembira akan menyebabkan susuibu menjadi lebih pekat.

Apa itu hormon gembira ? Hormon gembira adalah serotonin, iaitu sejenis hormon yang terdapat di dalam tubuh manusia yang mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia. Lebih tinggi serotonin, lebih gembiralah seseorang itu tetapi jika kekurangan serotonin, maka berlaku sebaliknya.  

Malah, menurut marksdailyapple.com pengambilan makanan tertentu samaada dalam bentuk makanan harian atau suplemen membantu membentuk hormon ini. Contohnya makanan yang berasaskan protein yang mengandungi tryptophan iaitu sejenis asid amino dalam besar yang bertukar kepada serotonin dalam otak yang di tambah dengan pengambilan sedikit karbohidrat akan membantu otak memproses triptophan dengan lebih baik. Begitu juga dengan makanan yang mengandungi omega, walaupun tidak akan menghasilkan serotonin, asid lemak memainkan peranan penting dalam kesihatan otak dan mempengaruhi mood.

Senang cakap hormon gembira ini akan hadir jika kita rasa sihat, bahagia, tenang, sentiasa aktif, dapat menyerap tekanan dengan baik dan paling penting ia pakej yang hadir dari kemanisan beribadat.

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...