Tuesday, December 4, 2012

Berapa Banyak Susuibu Nak Dibekalkan Kepada Pengasuh?

Berapa Banyak Susuibu Nak Dibekalkan Kepada Pengasuh ?

Soalan yang kerap kali di tanya oleh ibu-ibu, terutama ibu baru atau yang pertama kali mahu mahu melakukan penyusuan secara ekslusif . 

Pengalaman saya dulu, saya sediakan setiap 1 botol susu saya isi 4 oz sebanyak 3 botol manakala 3 botol lagi 3.5 oz. Botol yang berisi 4 oz tu biasa untuk bayi ketika bangun dari tidur yang panjang manakala mana botol yang 3.5 adalah untuk bayi ketika mahu tidur, ketika terjaga, atau ketika dia kehausan.

Jadi bagi menjawab soalan ibu di atas itu, ada baiknya saya buat sedikit pembacaan kerana pengalaman saya takkan sama dengan ibu-ibu.Saya kongsi hasil pembacaan saya sebagai panduan ibu-ibu di luar sana.

1) Mengikut purata oz susu
Bayi menyusu dalam sehari adalah antara 19 oz hingga 30 oz (570 hingga 900 ml). Purata menyusuan adalah 25 oz atau 750ml. Kita anggar kekerapan bayi menyusu selama kita tak bersamanya. Katakan bayi menyusu 8 kali sehari dalam tempoh bekerja, formularnya : 25 dibahagikan dengan 8 = 3.1. Maka ibu boleh sediakan setiap botol berisi 3 oz susu.

2) Berdasarkan berat bayi
Caranya berat bayi dalam kilogram di darapkan dengan 2.5 (iaitu ounces dalam tempoh 24 jam). Contoh berat 10kg. 10 x 2.5=25 ounces bagi per 24 jam. Jadi jika bayi menyusu sebanyak 8 kali sepanjang tempoh bekerja, 25 dibahagi dengan 8 = 3 (Jadi bayi memerlukan 3 ounces bagi setiap penyusuan)

Walaubagaimanapun, kedua-dua cara ini memerlukan 'skill' ibu untuk mengetahui berapa kekerapan bayi menyusu. Jadi caranya memang ibu kena cuba meninggalkan bayi kepada seseorang untuk mengetahui kekerapannya menyusu. Tapi pastikan ibu betul-betul 'keluar dari rumah'. Sebab bayi ni boleh 'bau' si ibu jika ibu sengaja tak mahu menyusukannya. Teknik ini juga boleh digunapakai untuk melatih bayi menyusu menggunakan botol.

Paling penting, ibu kena yakin dengan kemampuan ibu untuk menyusukan bayi, sertai kumpulan penyusuan susuibu supaya boleh menambah ilmu serta dapat menyokong antara satu sama lain.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...