Thursday, December 6, 2012

Anak Tak Mahu Makan !

Bila disua makanan anak menggeleng, lalu jari anak lurus menunjuk ke arah botol susu. Kembali bermain setelah kita tunjuk makanan kepadanya.

Kalau bawah 2 tahun tak tu perkara biasa. Jika sudah 3 hingga 4 tahun masih tak mahu makan dan hanya sukakan susu, hati ibu mana yang tak susah bila anak tak mahu makan. Itulah sebahagian cabaran seorang ibu. Lalu bagaimana mahu menangani isu anak tak mahu makan ni ?



Saya juga mengalami benda yang serupa. Bila saya tanya, nak makan tak ? Dia jawab "tak nak" (adakah dia ingat ini kempen katakan tak nak pada rokok? LOL). Lalu saya ambil makanan dan duduk disebelahnya, sambil borak-borak saya suap makanan itu. walau dia sedang 'sibuk' bermain atau menonton VCD kartun kegemarannya. Tahu-tahu minta tambah lagi. See dia minta di suap ! Memang 'acara' suap-suap ni ambil masa, tapi rasa puas hati sebab makan bertambah-tambah. Lagi satu jika kita suap boleh masukkan sekali dalam mulutnya sayur-sayuran, kalau dia makan sendiri haruslah sayur diketepikan.

Jika anak dah pandai cakap, kita tanya dia nak makan apa hari ni ? Kalau belum pandai menyatakan kemahuannya kita boleh ubah-ubah menu, tidaklah hari-hari lauk telur sahaja. tukar-tukar dengan ayam dan ikan. Cerita tentang "nak makan apa hari ni " teringat anak saya, pernah satu ketika dia kata nak makan nasi ayam. Hari-hari mahu nasi ayam selama seminggu. Jadi yang dewasa ni makanlah nasi ayam berlaukkan bukan seperti menu nasi ayam.

Selain itu, jauhi memberi cekedis (istilah mak saya) pada anak-anak sejak dari bayi lagi. Sebab itu bukan makanan. Kita lihat hari ini sebahagian ibu tak kisah jika anak-anak makan cekedis ni. Apa lagi memberikan makanan ringan itu di antara waktu makan. Sudahnya pada waktu makan dia tak mahu makan kerana kekenyangan. Sebab itu bukan makanan ! Cuba anda genggam di tangan dan lihat kesan pewarna yang ditinggalkan di tangan anda. Belum lagi rasa masinnya bukan ?

Bagaimana dengan pemberian suplemen pada anak ? Walaupun menurut kajian kekurangan vitamin tertentu dalam badan anak contohnya zink akan menyebabkan selera makan anak berbantut, tapi sudah namanya suplemen yang bermakna makanan tambahan. Ia bukan makanan utama yang menyebabkan ibu perlu bergantung padanya.  Jika anda beri suplemen supaya selera anak anda terbuka pada makanan, pastikan dia ambil air masak yang mencukupi iaitu setiap 25kg beratnya perlukan 1 liter air, pastikan juga sukatan tidak berlebihan.

Kata mak saya paling utama untuk menangani anak tak mahu makan ini adalah ibu kena rajin !

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...