Friday, December 28, 2012

Bedak Bercapuk-Capuk

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ingat tak masa kita sekolah-sekolah dulu bawa bedak dalam kertas dan lipat elok-elok. Bila dah nak balik masing-masing sibuk mencantikkan diri dengan bedak yang dibawa dalam lipatan kertas tu. Hasil campuran peluh dan bedak maka terhasillah teori muka bercapuk-capuk.

Bila dah dewasa persoalan bedak bercapuk-capuk ni juga tak lekang dek zaman dengan masalah kulit yang pelbagai, mekap tak sekata. Kadang-kadang muka berpeluh pada sebahagian tempat diwajah. Saya pernah ditegur oleh seseorang kerana kerap berpeluh disekitar hidung, katanya seorang yang mudah pemarah, hairanya jika tidak menyapu pelembab tak ada pula peluh di hidung. Adakah bila pakai pelembab jadi pemarah dan tak pakai pelembab jadi tak mudah marah. APAKAH? he! he! he!

Sebenarnya ia ada berkaitan dengan kulit wajah yang tak sekata dek faktor usia dan persekitaran. Selain penjagaan luaran wajah dengan produk yang bersesuaian, perlu juga penjagaan dalaman. Satu yang saya suka bila ambil Shaklee Collogen ni walau tidak setiap hari, ia membantu mengurangkan peluh di kawasan hidung yang bila berbedak jadi bercapuk-capuk. Malah melalui ujian klinikal yang Shaklee jalankan iaitu penggunaan selama 8 minggu secara konsisten, antara kesan pengambilan Shaklee Cologgen Powder ini ialah menunjukkan peningkatkan keserian, tona dan warna kulit sehingga 50 peratus. Malah masalah muka bercapuk-capuk akibat bedak atau mekap ini dapat di atasi dengan pengambilan kologen kerana ia membantu pengekalan mekap sebanyak 60 peratus.

Bagi wanita yang hamil dan sedang menyusukan bayi, kologen juga boleh diambil tetapi hanya sebagai masker. Melalui cubaan saya sendiri tak ada kesan berpeluh di sebahagian kawasan, contohnya sekitar hidung walau anda hanya menyapu pelembab serta kulit jadi lebih halus. Malah jika selepas memakai pelembab anda mahu berbedak nipis, sapuan menjadi lebih mudah sehingga ia meninggalkan efek natural pada wajah. BERMEKAP ? Saya jarang bermekap. Tapi jika sapuan bedak sudah cukup mudah tak mustahil jika anda kaki mekap ia menjadikan mekap lebih cantik.

Namun jika anda masih kategori remaja adalah tidak sesuai mengambil kologen, cukuplah anda mengambil vitamin asas untuk kulit seperti vitamin B, C dan E selain penjagaan luaran kulit seperti mencuci, penyegar dan pelembab yang bersesuaian dengan kulit.

Cara saya makan kologen adalah dengan bancuh dengan jus oren.


Anda nak mencuba ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Wednesday, December 26, 2012

    Mengapa Urin Menjadi Kekuningan

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Bagi yang pertama kali mengambil vitamin B complex mesti merasa pelik dengan bau vitamin B Complex selain urin bewarna kekuningan. B complex adalah vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Warna kekuningan pada urin selalunya ia terjadi pada peringkat awal pengambilan B Complex sebab tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, tetapi jangan bimbang kerana tahap kekuningan akan berkurang dari masa ke semasa. Paling penting minumlah air masak secukupnya untuk memudahkan proses 'suai kenal' berkenaan.


    Bau vitamin B yang kuat disebabkan ia dihasilkan dari sumber asli tanpa perisa dan pewarna. Bau semacam itu juga adalah juga disebabkan Thiamin iaitu salah satu komponen dalam vitamin B, oleh kerana vitamin ini larut air maka kadangkala urin anda turut berbau Vitamin B. 

    Anda juga boleh menyimpan vitamin B Complex dalam peti sejuk untuk mengurangkan baunya itu.

    Keistimewaan B Complex ini jauh lebih hebat berbanding baunya. Sebab saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Ia dilakukan kerana asid folikyang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh.

    Mahu dapatkannya ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


    Wednesday, December 19, 2012

    Asal Usul Perkataan Vitamin

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


    Pada hari ini terdapat macam-macam pilihan vitamin di pasaran. Tahukah anda perkataan vitamin asalnya dari perkataan "Vitalize-Mineral" sebelum di singkatkan kepada Vita-min di cipta dan diasaskan oleh Dr Forest Shaklee 90 tahun dahulu. Vita-min ini merujuk kepada Vita-Lea iaitu multivitamin dan mineral pertama dicipta didunia. Pada awal ciptaannya ia dalam bentuk cecair sebelum ditukarkan kepada bentuk tablet dan dikenali sebagai Vita-Lea.

    Pada bahagian luarnya berwarna hijau bukan pewarna tiruan tetapi ia adalah spirulina. Tak percaya cuba anda gengam Vita-Lea pada suhu bilik, tiada pewarna yang akan tertinggal pada tapak tangan anda.

    Begitu juga jika kita rendam dalam air ia tidak akan mengubah air dari warna putih kepada hijau. Malah dalam masa lebih kurang 7 minit dalam air ia akan hancur sepenuhnya tanpa mengubah warna dan rasa air tersebut. Vita-Lea adalah multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Jadi jika anda tak suka makan vitamin yang besar-besar, boleh saja bancuh dalam jus kecuali susu, teh dan kopi.


    Vita-Lea adalah elemen paling penting pada sel tubuh kerana ia ibarat 'makanan sel' yang menyediakan asas nutrisi kepada sel dan memastikan sel hidup. Sel yang hidup dengan baik membantu tubuh badan memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori untuk fokus kepada aktiviti harian seperti bekerja dan belajar.

    Ujian klinikal juga membuktikan pengambilan Vita-Lea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65% *. Vitalea juga telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multivitamin dalam Public Interest pada tahun 2000.
    Menjaga kesihatan adalah lebih murah belanjanya daripada merawat, jadi jika anda punya baget untuk membeli pakaian baru dan cantik apa salahnya mengeluarkan sedikit belanja untuk kesihatan seperti makanan yang berkhasiat dan supemen yang hebat.

    Mahu dapatkan Vita-Lea ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

     

    Tuesday, December 18, 2012

    Mengapa Makan Suplemen Susuibu Menjadi Pekat ?

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Selalu membaca testimoni :-

    "Saya ambil suplemen buatkan susuibu menjadi pekat dan bayi tidur dengan lebih nyenyak"

    Seperti kebanyakan orang mengambil suplemen adalah untuk menambahbaikkan kesihatan tanpa meninggalkan makanan yang berkhasiat, rutin kehidupan yang aktif di samping kekhusyukkan beribadat dalam kehidupan yang sedia mencabar dari segi pencemaran dan pelbagai tekanan. Kesannya tubuh menjadi lebih sihat dan bertenaga menghadapi hari-hari mendatang.

    Bagi ibu yang menyusukan bayi, pengambilan suplemen bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk membantu mempercepatkan pengeluaran susuibu, kerana  komposisi utama dalam susuibu adalah protein, kalsium dan nutrisi lain, jika ibu mengambil semua suplemen yang diperlukan ia akan membuatkan penghasilan susu lebih cepat dari biasa. Apatah lagi disokong dengan usaha ibu mengepam mengikut jadual ketika bekerja dan kekerapan menyusukan bayi ketika bayi ada disisi.

    Rasa sihat dan bertenaga, pengeluaran susu yang lebih cepat berbanding tidak mengambil suplemen pasti akan mengundang rasa gembira kepada si ibu. Saya tertarik dengan satu artikel dalam Majalah PA&MA keluaran Januari 2013 yang mengatakan bahawa hormon gembira akan menyebabkan susuibu menjadi lebih pekat.

    Apa itu hormon gembira ? Hormon gembira adalah serotonin, iaitu sejenis hormon yang terdapat di dalam tubuh manusia yang mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia. Lebih tinggi serotonin, lebih gembiralah seseorang itu tetapi jika kekurangan serotonin, maka berlaku sebaliknya.  

    Malah, menurut marksdailyapple.com pengambilan makanan tertentu samaada dalam bentuk makanan harian atau suplemen membantu membentuk hormon ini. Contohnya makanan yang berasaskan protein yang mengandungi tryptophan iaitu sejenis asid amino dalam besar yang bertukar kepada serotonin dalam otak yang di tambah dengan pengambilan sedikit karbohidrat akan membantu otak memproses triptophan dengan lebih baik. Begitu juga dengan makanan yang mengandungi omega, walaupun tidak akan menghasilkan serotonin, asid lemak memainkan peranan penting dalam kesihatan otak dan mempengaruhi mood.

    Senang cakap hormon gembira ini akan hadir jika kita rasa sihat, bahagia, tenang, sentiasa aktif, dapat menyerap tekanan dengan baik dan paling penting ia pakej yang hadir dari kemanisan beribadat.

    Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Monday, December 17, 2012

    Family Wellness Programme

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Selalu kita ambil suplemen untuk diri sendiri. Apa kata kita jaga kesihatan untuk seluruh ahli keluarga kita termasuk anak-anak kita yang bermula dari 6 tahun tu ?




     Mahu dapatkan ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


    Thursday, December 13, 2012

    Mahu Jadi Ahli Shaklee ?

    Jika anda selama ini pembeli dan pengguna tegar suplement Shaklee, waima hanya meminati protein ESP, mahu tak anda menjadi ahli  untuk berkongsi kebaikan produk dengan rakan-rakan anda ? Jika ye, anda boleh hubungi saya untuk mendaftar melalui 2 cara, pertama membayar RM75 dan cara kedua melalui pembelian sebanyak RM700++.

    Ada satu lagi yang menarik, bagi anda yang tinggal sekitar Muar, pada penghujung Disember ini akan di adakan Kelas Asas untuk mereka yang baru mengenal produk Shaklee julung-julung kalinya.

    Jika anda berminat hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Tuesday, December 11, 2012

    Shaklee OmegaGuard

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Saya telah memberi anak saya yang berusia 4 tahun OmegaGuard ni. Hanya 3 biji seminggu selain Mealshake yang saya sembunyikan dalam bacuhan ESP. He!he!he! 

    Apa fungsi utama Omega ni, sebab biasa sangat ia hanya dikaitkan dengan suplemen membantu mengawal berat badan, ia juga mempunyai 'misi' utamanya antaranya :-
    • Menyokong kesihatan jantung. Melalui satu kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA di dalam asid lemak Omega 3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk mengekalkan kolestrol baik dan tahap tekanan darah normal. *
    • Menggalakkan fungsi otak yang sihat sebab Asid Lemak Omega 3 merupakan struktur bagi komponen sel-sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas asid lemak Omega 3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata, terutamanya kepada bayi. Bagi orang dewasa pula, terdapat kajiam yang menyatakan minyak ikan mempunyai kaitan dalam meningkatkan daya ingatan, mengingat kisah lampau dan daya tumpuan.*
    • Menyokong Fungsi sendi dan pergerakan tubuh. Apabila sendi bergeser, lemak Omega 3 boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu mereka bergerak bebas.*

    Shaklee OmegaGuard mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA. Istimewanya ia ultra tulen dan berkualiti tinggi sebab ikan laut dalam kaya dengan Omega 3 tetapi ia sarat dengan merkuri dan PCB ekoran dari pencemaran laut. Namun, OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari molekul pelbagai peringkat bagi memekatkan asid lemak Omega 3 tulen yang berkhasiat sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan ikan.



    Sumber : Shaklee Malaysia



    Nak cuba ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Sunday, December 9, 2012

    Tip Atasi Si Jerawat


    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

    Jerawat dan remaja kerap menjadi tema perbualan. Maka jika ada kalangan kawan-kawan punya kulit yang bebas dari jerawat, kita pun risik merisik pencuci muka apa dia pakai. Walhal belum tentu sesuai.
    Paling penting KENA JAGA KEBERSIHAN yang semua orang tahu. Cuci muka sebelum tidur, kerap basuh sarung bantal, selimut dan cadar. Bagi penuntut bab basuh cadar bagai ni ramai yang berat mahu lakukan. Lalu kerapkali keputusan di ambil dengan hanya membasuh cadar hanya pada cuti semester. Ini sayalah masa zaman study dulu, Bayangkan balik kelas terus rebahkan badan kat tilam, balik jogging atau training Taekwondo rebahkan badan kat tilam, basuhnya satu semester sekali. Hasilnya muka berjerawat bak cendawan tumbuh lepas hujan. 
    Selain benda penting kat atas tu, juga ada tip lain yang saya ambil dari upline saya, Norita.
     1. Amalkan minum air masak 2-3 liter sehari [ Sila guna kan botol air bersukat untuk mengetahui ketepatan
         pengambilan air masak]
     2. Pastikan proses pembuangan lancar setiap hari.
     3. Dapatkan tidur yang mencukupi.

    4. Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.

    5. Cuba amalkan mengambi vitamin B, C dan E malah jika berkemampuan boleh tambah beta carotene
        [ vitamin A].

    6. Pengambilan protien yang seimbang paling perlu untuk hilangkan kesan parut hitam akibat jerawat.
    Nak cuba ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Friday, December 7, 2012

    Bagaimana Kologen berfungsi ?

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

    KOLOGEN dari bahasa Yunani yang bermakna bersifat lekat atau menghasilkan pelekat. Sebab kologen adalah salah satu protein yang menyusun tubuh manusia. Jumlahnya lebih kurang 33 peratus dari seluruh protein yang terdapat dalam tubuh. Ia ada di kulit, tulang rawan, tulang, kuku dan rambut. Kologen merupakan serat protein yang memiliki daya tahan kuat terhadap tekanan. Jadi di mana ada protein di situ ada kologen. Bahkan seluruh tubuh manusia hampir semuanya berasaskan protein.

    Daripada jumlah 33 peratus jumlah kologen dalam protein, lebih kurang 80 peratus kologen terdapat pada sel-sel kulit kulit yang berfungsi untuk *meningkatkan penghasilan sel baru, *membantu memelihara keremajaan kulit, *melembutkan dan *buat kulit lebih bercahaya, *berkesan untuk menghilangkan kedutan dan proses penuaan serta *tona kulit lebih sekata.

    Walaubagaimanapun, menurut kajian sains telah menunjukkan bahawa bermula usia 25 tahun, kulit akan kehilangan kologen secara berperingkat pada kadar 1.5 peratus setiap tahun. dan kita akan kehilangan 50 peratus kologen dari usia 25 tahun hingga 60 tahun. Bermakna separuh dari kologen kita telah hilang ! Jadi tidak hairanlah semakin bertambah usia kita kulit semakin kurang anjal, garis-garis penuaan kian memenuhi ruang kulit. Jadi sambutan hari lahir bermakna menyambut ketuaan kita.

    Selain dari faktor usia, faktor alam sekitar yang tercemar, terdedah pada cahaya matahari terlalu lama, penggunaan kostetik yang mengandungi bahan kimia yang tinggi, tekanan kehidupan dan sering melahirkananak juga menyebabkan pengurangan penghasilan kologen.

    Kat bawah ini ada gambar ilustrasi struktur kologen. Gambar kiri adalah ilustrasi kulit yang sihat . Manakala sebelah kanan pula yang telah rosak akibat tanda-tanda penuaan.
    Jadi untuk memulihkan keadaan kologen pada ilustrasi sebelah kanan, kita perlu ambil kologen. Samada dalam bentuk makanan harian seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan atau pengambilan suplemen tambahan.
    Sumber Rujukan : Majalah Rapi 15 Januari 2012
                                   Metro 4 Januari 2012

    **********************************************************************************
    Shaklee juga mempunyai kologen yang diberi nama Shaklee Collogen Powder(SCP).

    Antara bahan utama SCP ini adalah sisik ikan merah yang diekstrak. Mengapa ia dari sumber haiwan bukan tumbuhan ?  Kerana sumber kologen terbaik adalah dari sumber haiwan kerana ia lebih mudah diserap oleh tubuh.
    Walaupun harganya agak mahal dari yang ada dipasaran tetapi untuk hasil yang terbaik apa salahnya berbelanja mahal demi kesihatan jangkamasa panjang.
     
    Mahu dapatkan kologen ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Thursday, December 6, 2012

    Anak Tak Mahu Makan !

    Bila disua makanan anak menggeleng, lalu jari anak lurus menunjuk ke arah botol susu. Kembali bermain setelah kita tunjuk makanan kepadanya.

    Kalau bawah 2 tahun tak tu perkara biasa. Jika sudah 3 hingga 4 tahun masih tak mahu makan dan hanya sukakan susu, hati ibu mana yang tak susah bila anak tak mahu makan. Itulah sebahagian cabaran seorang ibu. Lalu bagaimana mahu menangani isu anak tak mahu makan ni ?



    Saya juga mengalami benda yang serupa. Bila saya tanya, nak makan tak ? Dia jawab "tak nak" (adakah dia ingat ini kempen katakan tak nak pada rokok? LOL). Lalu saya ambil makanan dan duduk disebelahnya, sambil borak-borak saya suap makanan itu. walau dia sedang 'sibuk' bermain atau menonton VCD kartun kegemarannya. Tahu-tahu minta tambah lagi. See dia minta di suap ! Memang 'acara' suap-suap ni ambil masa, tapi rasa puas hati sebab makan bertambah-tambah. Lagi satu jika kita suap boleh masukkan sekali dalam mulutnya sayur-sayuran, kalau dia makan sendiri haruslah sayur diketepikan.

    Jika anak dah pandai cakap, kita tanya dia nak makan apa hari ni ? Kalau belum pandai menyatakan kemahuannya kita boleh ubah-ubah menu, tidaklah hari-hari lauk telur sahaja. tukar-tukar dengan ayam dan ikan. Cerita tentang "nak makan apa hari ni " teringat anak saya, pernah satu ketika dia kata nak makan nasi ayam. Hari-hari mahu nasi ayam selama seminggu. Jadi yang dewasa ni makanlah nasi ayam berlaukkan bukan seperti menu nasi ayam.

    Selain itu, jauhi memberi cekedis (istilah mak saya) pada anak-anak sejak dari bayi lagi. Sebab itu bukan makanan. Kita lihat hari ini sebahagian ibu tak kisah jika anak-anak makan cekedis ni. Apa lagi memberikan makanan ringan itu di antara waktu makan. Sudahnya pada waktu makan dia tak mahu makan kerana kekenyangan. Sebab itu bukan makanan ! Cuba anda genggam di tangan dan lihat kesan pewarna yang ditinggalkan di tangan anda. Belum lagi rasa masinnya bukan ?

    Bagaimana dengan pemberian suplemen pada anak ? Walaupun menurut kajian kekurangan vitamin tertentu dalam badan anak contohnya zink akan menyebabkan selera makan anak berbantut, tapi sudah namanya suplemen yang bermakna makanan tambahan. Ia bukan makanan utama yang menyebabkan ibu perlu bergantung padanya.  Jika anda beri suplemen supaya selera anak anda terbuka pada makanan, pastikan dia ambil air masak yang mencukupi iaitu setiap 25kg beratnya perlukan 1 liter air, pastikan juga sukatan tidak berlebihan.

    Kata mak saya paling utama untuk menangani anak tak mahu makan ini adalah ibu kena rajin !

    Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Wednesday, December 5, 2012

    Gabungan Oat + ESP

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

    Akhir-akhir ini saya sangat sukakan bersarapan pagi dengan membancuh ESP bersama oat. Mula-mula rendam 1 sudu makan oat dengan air panas, selepas oat mengembang barulah saya tuang air masak. Ingat ! ESP tidak boleh dibancuh dengan air panas kerana ia akan menghakis nilai proteinnya dan besar kemungkinan ia akan mengubah molekulnya menjadikan ia seperti air soya biasa yang kita beli dipasar malam. Adalah tak berbaloi dengan wang yang dilaburkan untuk membeli ESP.

    Gabungan ESP dan oat sesuai dengan tekak saya. Jika anda rasa tak suka akan rasa oat boleh cuba gabungan ini. Ia sesuai dijadikan minum pagi terutama jika kita jenis yang tak sempat nak sediakan sarapan dan sentiasa tergesa-gesa. Boleh juga dijadikan minum malam sebelum tidur. Kadang-kadang kita makan sekitar pukul 6 petang, menjelang 10 malam terasa lapar. Mahu makan yang berat-berat bimbang merosakkan diet. Jadi, solusinya gabungkan ESP + oat. 

    Oat : siapa yang tak tahu ia adalah salah satu sumber bijirin penuh yang baik untuk tubuh kita, ESP pula selain fungsi asalnya untuk menghasilkan sel-sel baru yang elok tumbuhnya, ia juga telah terbukti melalui kajian klinikal untuk ketahanan tenaga berjam-jam kerana punya glimiks index yang rendah.

     

    Anda nak cuba rasa gabungan oat + ESP yang hebat ini ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my






    Tuesday, December 4, 2012

    Berapa Banyak Susuibu Nak Dibekalkan Kepada Pengasuh?

    Berapa Banyak Susuibu Nak Dibekalkan Kepada Pengasuh ?

    Soalan yang kerap kali di tanya oleh ibu-ibu, terutama ibu baru atau yang pertama kali mahu mahu melakukan penyusuan secara ekslusif . 

    Pengalaman saya dulu, saya sediakan setiap 1 botol susu saya isi 4 oz sebanyak 3 botol manakala 3 botol lagi 3.5 oz. Botol yang berisi 4 oz tu biasa untuk bayi ketika bangun dari tidur yang panjang manakala mana botol yang 3.5 adalah untuk bayi ketika mahu tidur, ketika terjaga, atau ketika dia kehausan.

    Jadi bagi menjawab soalan ibu di atas itu, ada baiknya saya buat sedikit pembacaan kerana pengalaman saya takkan sama dengan ibu-ibu.Saya kongsi hasil pembacaan saya sebagai panduan ibu-ibu di luar sana.

    1) Mengikut purata oz susu
    Bayi menyusu dalam sehari adalah antara 19 oz hingga 30 oz (570 hingga 900 ml). Purata menyusuan adalah 25 oz atau 750ml. Kita anggar kekerapan bayi menyusu selama kita tak bersamanya. Katakan bayi menyusu 8 kali sehari dalam tempoh bekerja, formularnya : 25 dibahagikan dengan 8 = 3.1. Maka ibu boleh sediakan setiap botol berisi 3 oz susu.

    2) Berdasarkan berat bayi
    Caranya berat bayi dalam kilogram di darapkan dengan 2.5 (iaitu ounces dalam tempoh 24 jam). Contoh berat 10kg. 10 x 2.5=25 ounces bagi per 24 jam. Jadi jika bayi menyusu sebanyak 8 kali sepanjang tempoh bekerja, 25 dibahagi dengan 8 = 3 (Jadi bayi memerlukan 3 ounces bagi setiap penyusuan)

    Walaubagaimanapun, kedua-dua cara ini memerlukan 'skill' ibu untuk mengetahui berapa kekerapan bayi menyusu. Jadi caranya memang ibu kena cuba meninggalkan bayi kepada seseorang untuk mengetahui kekerapannya menyusu. Tapi pastikan ibu betul-betul 'keluar dari rumah'. Sebab bayi ni boleh 'bau' si ibu jika ibu sengaja tak mahu menyusukannya. Teknik ini juga boleh digunapakai untuk melatih bayi menyusu menggunakan botol.

    Paling penting, ibu kena yakin dengan kemampuan ibu untuk menyusukan bayi, sertai kumpulan penyusuan susuibu supaya boleh menambah ilmu serta dapat menyokong antara satu sama lain.

    Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Monday, December 3, 2012

    Shaklee Collegen

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

    Disember 2012 adalah PESTA KOLOGEN SHAKLEE. Itulah kata teman-teman yang sama-sama berniaga Shaklee. Setelah sekian lama menanti promosi hebat ini tiba jua akhirnya.

    Kologen ini di packing begini, jadi memudahkan untuk di bawa ke mana-mana, terjamin kebersihannya, mudah untuk dibancuh.

    Sedikit catatan mengenai kologen yang saya ambil dari Shaklee Malaysia
    "Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

    Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran."

    Paling penting, Kologen Shaklee ini melalui ujian klinikal penggunaan secara konsisten selama 8 minggu terbukti berkesan untuk :-
    (Jika anda memang mengamalkan kologen setiap hari, pastikan akan kesahihan ujian klinikalnya ye!)
    • Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
    • Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
    • Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
    • Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
    • Meningkatkan pengekalan mekap (jika bermekap) sehingga 60%
    • Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti sehingga 55%
    • Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
    • Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit sehingga 50%
    • Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%
    Sesuai untuk siapa ? Untuk semua kecuali jika anda hamil, menyusukan, mereka yang meningkat remaja kerana mereka masih membesar dengan kologen semulajadi. Bagi wanita yang hamil atau menyusukan cukup jadikan Kologen Shaklee ini sebagai masker.

    Jadi sempena promosi ini sepanjang Disember saya akan kongsi sebanyak mungkin tentang info Shaklee Collogen ini beserta pengalaman sendiri.

    Anda berminat nak tukar ke Shaklee Collogen ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...