Saturday, November 3, 2012

Tip Rambut Sihat


Rambut yang sihat bukan bererti hanya rambut yang lurus seperti yang diimaginasikan dalam iklan shampoo dalam televisyen. Tak kira apa jenis rambut, samada lurus, kerinting, rambut yang sihat sebenarnya jauh dari masalah rambut yang gugur, berbiji, berkelengmumur atau beruban sebelum waktunya.

Sedikit info melalui pembacaan saya masalah rambut beruban sebelum waktunya salah satunya, berpunca dari tekanan kehidupan selain faktor genetik dan belum ada penawarnya selain mewarnakannya. Jadi adalah lebih baik mencegah dari merawat.

Begitu juga rambut berkelengmumur, tekanan juga adalah antara puncanya. Ingat lagi tak ketika mahu menghadapi peperiksaan dulu, penuh kepala dengan kelengmumur ? Lepas habis peperiksaan entah mana hilangnya kelengmumur.

Tentang rambut gugur pula adalah normal. Menurut Wendy Roberts, seorang pakar dermatology di Rango Mirage, California, biasanya kita akan kehilangan rambut 50 hingga 100 helai sehari dan jika disikat, ia akan kehilangan 250 helai. Tapi bagaimana jika anda bangun dari tidur kelihatan kat bantal penuh dengan rambut gugur atau ketika mandi bersepah rambut gugur ? Adakah rambut gugur itu hanya berjumlah maksima 250 helai sahaja.

Jadi penting untuk kita menjauhi tekanan melalui cara kita berfikir, bersenam selalu dan bagi yang beragama Islam solat, berzikir dan berdoa dapat meredakan tekanan. Selain itu menjagaan luaran rambut seperti memilih shampoo dan perapi yang berkualiti dan bersesuaian. 

Bagi yang berkemampuan boleh mendapatkan khidmat rawatan rambut di saloon. Bagi yang kurang berkemampuan boleh cuba tip-tip orang lama dalam menjaga rambut. Saya suka dengan tip mudah untuk menjaga rambut ni, dulu-dulu selalu buat, iaitu dengan menggunakan daun bunga raya yang diramas dengan sedikit air. Sekarang ni tak sempat saja.

Selain itu apa yang kita makan juga mempengaruhi rambut. Makanan ringan, segera, makanan yang kaya dengan bahan perasa yang berlebihan bukan sahaja tidak bagus untuk sistem dalam badan kita tetapi rambut juga. Sebab sekarang ni makan kat luar menjadi trend terutama ibu bekerjaya. Oooooh bertuahnya saya balik dari kerja mak dah siap masak. Tapi hujung minggu memang turn saya masak.

Saya kongsi hasil pembacaan saya dalam Majalah Rapi keluaran 1 november 2012, jika anda rasa apa yang kita makan kurang nutrisinya di sana sini dan memikirkan mahu mengambil suplemen penting untuk rambut. Paling penting pengambilan air harus dititikberatkan, kerana 1/4 berat setiap helaian rambut mengandungi air. Minum air yang secukupnya untuk menjaga kelembapan rambut anda. Selain untuk mengelakkan hidrasi pada rambut dan tentunya pada tubuh kita, minum air yang secukupnya membantu membuatkan rambut anda menjadi lembut dan berkilau.

Selepas itu baru fikirkan pengambilan vitamin dan mineral yang mengandungi : A, B, C dan zat besi. Sebab vitamin A akan menjaga rambut, Vitamin B dan C berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan pertumbuhan rambut. Zat besi pula akan membawa oksigen yang secukupnya untuk rambut.

Selain itu, protein diperlukan untuk membuat rambut tumbuh dengan lebih cepat dan lebat. Selain itu, ia akan menjadikan rambut lebih kuat. Protein yang terbaik adalah dari kacang soya organik. Pengambilan protein yang cukup juga dapat mengelakkan hujung rambut dari bercabang.

Tahu tak anda bahawa penyebab rambut mudah gugur adalah kekurangan protein dalam diet seharian ?

****************************

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Bagaimana jika anda yang baru berjinak-jinak dengan suplemen mencuba Family Wellness Programme ? Ia mengandungi :-
a) Protein
b)Vitamin B
c) Vitamin C
d) Vitalea / multivitamin
 Ia bukan sahaja baik untuk rambut tapi kesihatan keseluruhan. Ia juga boleh dikongsi oleh seisi keluarga.

Jika anda berminat, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...