Saturday, November 24, 2012

Info Tambahan Tentang Teknik Power Pumping


Susu merudum ? Mahu menyusukan anak angkat ? Mahu menambah susu kerana menyusukan anak kembar ? Ibu mahu menyusukan semula anak setelah beberapa ketika berhenti menyusu (relaksi) ? Kurang susu akibat perubahan hormon ? Kurang susu sebab sering tak sempat mengepam ? Anak telah ambil solid food jadi kurang menyusu ? Mahu bikin stok ketika dalam pantang ?

1000 sebab Teknik Power Pumping dilakukan. Teknik yang namapk mudah tapi berbaloi. Teknik asas Power Pumping adalah :-

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri pula 10 minit, tukar pula ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Saya ada menulis mengenainya teknik mahu mengurangkan kebosanan ketika melakukan teknik ini.Penulisan kali ini saya nak tambah beberapa maklumat yang saya rasakan penting dan selalu menimbulkan pertanyaan kepada ibu.


Jenama pam
Ada banyak jenis di pasaran. Terpulang kepada ibu. Pilih yang sesuai dengan ibu dan baget. Tidak bermakna pam yang mahal ibu akan berjaya dalam penyusuan dan pam murah akan melemahkan semangat nak pam. 


Dimana mahu mengepam
Mengepam di tempat yang ibu rasakan paling selesa dalam rumah. Tempatkan alat untuk mengepam ditempat yang boleh dicapai supaya ibu tak tergesa-gesa selain dapat mengepam dalam keadaan tenang tanpa sebarang gangguan.

Perlu tak susu di sejukkan dan peralatan mengepam di basuh di antara waktu mengepam ?
Tak perlu. Sebab susu yang dipam dapat bertahan dalam susu bilik selama lebih kurang 4 jam sedangkan semasa teknik ini berlangsung cuma 1 jam. Tidak perlu membasuh peralatan supaya ibu tidak rasa ia membebankan.

Boleh tak susu yang diperolehi di simpan dalam satu botol ?
Boleh, tapi pastikan susu itu berada dalam suhu yang sama. Contohnya ibu mengepam selepas bayi menyusu pada pukul 10 malam dan telah menyimpan dalam peti sejuk. Lalu memulakan teknik power pumping pada pukul 4 pagi, ibu mahu campurkan susu yang dipam pada pukul 10 malam dan 4 pagi. Caranya pastikan susu yang dipam pada pukul 4 pagi di sejukkan sehingga sama suhu dengan susu pukul 10 malam, sebelum dicampur dan dibekukan. Walaubagaimanapun pastikan susu yang dicampur tidak melebihi 24 jam.

Dapat susu sedikit walau telah melakukan teknik Power pumping ?
Ia mengambil masa di antara 1 hingga 2 minggu untuk mendapat kesan. jadi ibu buat-buat tidak nampak hasil susu jika hasil yang diperolehi sedikit atau cuma beberapa titik supaya tak rasa kecewa. Anggap ia hanya 'latih tubi'. He3! 


Berapa banyak nak buat ?
Terpulang kepada kesungguhan ibu mencari waktu. Bagi ibu yang menghadapi masalah dengan pengeluaran susu digalakkan melakukan lebih dari sekali dalam tempoh 24 jam. Jika ibu sekadar mahu menambah stok yang sememangnya cukup boleh lakukan pada hujung minggu. Ibu boleh juga melakukan berselang hari.


Waktu paling sesuai ?
Paling sesuai pada tengah malam kerana hormon prolaktin atau hormon penyusuan banyak pada waktu tersebut. Namun, paling penting pilih waktu yang selesa tak kira siang atau malam.

Perlukan pada suplemen ?
Jika ibu merasakan makanan sehariannya mencukupi dari segi nutrisi yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan bayi, maka tidak perlu sebarang suplemen. Namun jika ibu merasakan tidak cukup keperluan nutrisi, kerap merasa letih bila anak terjaga malam apatah lagi mahu melakukan teknik power pumping, kulit bermasalah dengan jerawat dan jeragat, kerapkali gigi terasa seperti bergoyang-goyang, kelihatan seperti lebih tua dari umur - jangan katakan "Demi anak, ibu sanggup kehilangan kesihatan dan kecantikan !"

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.c om.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...