Tuesday, November 6, 2012

Cara Mempertingkatkan Pengeluaran Susuibu Ketika Dalam Pantang

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Secara teori saya percaya ramai ibu tahu cara mempertingkatkan pengeluaran susuibu iaitu dengan memahami konsep asas penyusuan iaitu pemberian susuibu mengikut kemahuan bayi atau supply and demand. Jadi payu dara perlu lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu.

Biasa bayi yang baru lahir lebih banyak tidur bukan ? Jadi, kita pastikan akan kejutkan bayi untuk menyusu setiap 3 jam sekali pada waktu siang dan 4 jam sekali pada waktu malam. Jika bayi sedang tidur pada waktu itu kejutkan bayi untuk menyusu. 

image from google
Melalui pembacaan saya, kita kena kejutkan bayi dalam tempoh waktu seperti yang tersebut di atas kerana, penyusuan 10 hingga 12 kali sehari dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin atau hormon susu menghasilkan lebih banyak susu. Ketika bayi menyusu, rangsangan sensori itu akan dikirim ke otak. Otak kemudian memberi reaksi mengeluarkan hormon prolaktin atau hormon susu yang amsuk ke dalam aliran darah menuju kembali ke payu dara. Hormon prolaktin merangsang sel-sel pembuat susu untuk bekerja dengan lebih kuat bagi mengeluarkan susu.

Hormon prolaktin akan lebih banyak dihasilkan pada waktu awal pagi, jadi ibu yang mahu buat stok digalakan untuk mengepam pada waktu ini. Jika bayi bangun atau telah sampai waktu bayi perlu disusukan, berhenti seketika untuk menyusukan bayi, setelah keperluan bayi mencukupi ibu boleh sambung mengepam. ia bertujuan untuk meningkatkan hormon prolaktin supaya ia merangsang sel-sel pembuat susu untuk bekerja lebih kuat menghasilkan banyak susu. Jangan pula rasa give up bila lihat hasil penyusuan sedikit bila mengepam selepas menyusu, setkan dalam minda pada next sesi susu akan dapat lebih banyak.

Mengepam ketika dalam pantang boleh dilakukan seawal 2 minggu selepas kelahiran. Namun ia bukan soal berapa banyak kena pam atau berapa ratus botol susuibu kena kumpul, tetapi paling penting yang perlu diberi tumpuan adalah penyembuhan ibu itu sendiri dan lebih kepada kekerapan bayi menyusu. Mengikut pengalaman saya sendiri, oleh kerana bayi kerap bangun untuk menyusu, saya hanya berjaya mengumpul satu botol susuibu yang berkuantiti 4 oz setiap hari ketika tempoh berpantang. Itu pun saya lakukan hanya dua minggu sebelum kembali bekarja kerana ketika itu agak sukar mendapatkan maklumat tentang penyusuan susuibu ini. Apa lagi selalu disogokkan dengan soalan "bila mahu ajar anak minum susu tepung?". Namun Alhamdulillah kedegilan itu mengatasi soalan tersebut.

image from google
Ibu yang menyusukan bayi ini mudah rasa lapar bukan ? Terasa mahu makan sahaja. Ladenilah rasa itu kerana ia adalah normal dan pendapat saya susu akan lebih banyak dihasilkan jika saya kenyang. Lagi satu, kadang-kadang kurang minum air buat kita turut rasa lapar, jadi minumlah banyak air masak mengikut berat badan kita. Setiap 25 kg berat badan, kita perlukan 1 litter air masak. Minumlah berdikit-dikit tetapi kerap supaya air itu serap dalam badan dan tidak sia-sia keluar menjadi urin selain selalu kita dengar pantang orang-orang lama bahawa ibu berpantang tidak boleh minum air banyak-banyak bukan ? Jadi rahsianya minum sedikit-sedikit.

Selain itu, ibu menyusu amat perlu mengambil makanan yang seimbang walaupun ketika pantang. Jika rasa tak kenyang setelah makan sepinggan nasi, tambah lauk dan sayur bukan tambah nasi. Makan juga secara kerap tetapi sedikit demi sedikit. Ia bukan sahaja membantu pengeluaran susuibu tetapi ia membantu ibu dalam usaha mengurangkan berat badan. Makanan setiap orang ketika dalam pantang selepas bersalin tak sama mengikut adat dan budaya. Dan bagi saya antara makanan yang saya tak boleh makan ketika dalam pantang adalah roti dan biskut. Aik ? Kan setiap orang tak sama. He! He! He!

Dan jika ditanya apa peranan suplemen kepada ibu dalam pantang dan menyusukan ? Ia membantu ibu lebih bertenaga dan mempercepatkan penyembuhan. Rasa lebih bertenaga itu membolehkan ibu berdaya untuk bangun tengah malam atau awal pagi untuk mengejutkan bayi supaya menyusu atau mengepam. Walaubagaimanapun harus diingat akan konsep supply and demand bahawa pengambilan suplemen tanpa usaha menyusukan secara kerap dan mengepam tidak akan membantu meningkatkan pengeluaran susuibu.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...