Saturday, November 10, 2012

Cara Memanaskan Susuibu

Saya berkongsi pengalaman bagaimana saya memanaskan susu perahan (EBM) ketika saya menyusukan bayi secara ekslusif dan melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun (lebih dari 2 tahun sebenarnya) suatu masa dulu.

Terlebih dulu EBM yang beku harus diletakkan diruang bawah peti sejuk supaya cair. Ataupun merendamkan dulu EBM yang beku itu dalam air paip sehingga ia cair baru melalui proses seterusnya iaitu memanasan EBM.
 
Cara saya mudah sahaja dengan menggunakan mug aluminum dan air panas yang disimpan dalam tarmos. Asalkan jangan memanaskan EBM dengan air panas yang baru mendidih.

Image from google




Selain itu penggunaan warmer boleh digunakan. Kaedah yang memang popular dikalangan ibu dewasa ini. Memang mudah. Yang ini saya tak pernah cuba lain. Maybe coming soon. He! He! He!


Image from Google

Semalam saya baru belajar satu lagi kaedah baru. Iaitu 'ala-ala teknik double boiler'. Iaitu dengan menggunakan periuk yang berisi air. Kemudian hidupkan api dan EBM di letakkan dalam periuk tersebut. Walaubagaimanapun pastikan air tidak mendidih dan tidak terlalu lama supaya EBM itu tidak rosak.

Image from google
Jadi siapa kata penyusuan susuibu menyusahkan ? Asal kreatif dalam mencipta ruang kemahuan.


Jika anda mahu dapatkan vitamin, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...