Friday, November 30, 2012

Nak Tahu Rahsia Dapat Bersedekah Setiap Hari ?

Sekadar berkongsi hasil pembacaan saya. Uqbah bin Amir meriwayatkan bahawa Rasullah S.A.W bersabda.

"Seseorang yang membaca Al-Quran dengan bersuara adalah seumpama seorang yang memberi sedekah secara terang-terangan dan seorang yang membaca Al-Quran secara senyap adalah seumpama bersedekah secara sembunyi" (Riwayat Tirmizi, Abu Dawud, Nasa'i dan Hakim)

Jika kita rasa rezeki kita sempit, bersedekahlah ! Pasti Allah balas. 

"Sesiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembirakannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia" - (Al-Hadid 57:11)

Rezeki itu bukan sahaja bermakna harta benda, tetapi kesihatan yang baik, kegembiraan, mendapat ilmu yang baru juga adalah rezeki.

Waallahualam.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, November 28, 2012

Kelebihan berzikir

Sekadar berkongsi tentang kelebihan berzikir. Menurut Ibnu Qaiyum dalam kitabnya yang berjudul al-Waabilussoyyib antara kelebihan berzikir adalah :-

* Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya
* Zikir menyebabkan Allah redha
* Zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan di hati
* Zikir menguatkan hati dan badan
* Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya
* Zikir menarik rezeki

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, November 26, 2012

Tak perlu berbedak tebal

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya pernah cerita kat blog ini sekarang saya tidak berbedak bagai. Cuma sesekali nak melaram bukan setakat bedak, segala mekap saya sapu kat muka. He!He!He! Bila baca testimoni dari customer group kami ni, saya senyum sorang-sorang. Betulkan bagi yang konsisten dengan vitamin, tak perlu berbedak tebal.

Vitamin yang di ambil adalah Set D iaitu Vitamin B, Vitamin C dan Vitamin E.

Begitu juga dengan testimoni di bawah.

Penulis testimoni ini amalkan ESP + Set D iaitu Vitamin B, Vitamin C dan Vitamin E

Anda teruja  ? Mahu cuba ? Selain mengambil suplemen, amalkan juga makanan yang sihat dan seimbang seperti lebihkan buah-buahan dan sayuran, minum air masak secukupnya iaitu 1 liter untuk setiap 25kg berat badan kita kerana bukan bererti ambil suplemen anda abaikan pemakanan sihat dengan harapan vitamin akan tolong 'cover'

Anda yakin untuk cuba ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 

Saturday, November 24, 2012

Info Tambahan Tentang Teknik Power Pumping


Susu merudum ? Mahu menyusukan anak angkat ? Mahu menambah susu kerana menyusukan anak kembar ? Ibu mahu menyusukan semula anak setelah beberapa ketika berhenti menyusu (relaksi) ? Kurang susu akibat perubahan hormon ? Kurang susu sebab sering tak sempat mengepam ? Anak telah ambil solid food jadi kurang menyusu ? Mahu bikin stok ketika dalam pantang ?

1000 sebab Teknik Power Pumping dilakukan. Teknik yang namapk mudah tapi berbaloi. Teknik asas Power Pumping adalah :-

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri pula 10 minit, tukar pula ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Saya ada menulis mengenainya teknik mahu mengurangkan kebosanan ketika melakukan teknik ini.Penulisan kali ini saya nak tambah beberapa maklumat yang saya rasakan penting dan selalu menimbulkan pertanyaan kepada ibu.


Jenama pam
Ada banyak jenis di pasaran. Terpulang kepada ibu. Pilih yang sesuai dengan ibu dan baget. Tidak bermakna pam yang mahal ibu akan berjaya dalam penyusuan dan pam murah akan melemahkan semangat nak pam. 


Dimana mahu mengepam
Mengepam di tempat yang ibu rasakan paling selesa dalam rumah. Tempatkan alat untuk mengepam ditempat yang boleh dicapai supaya ibu tak tergesa-gesa selain dapat mengepam dalam keadaan tenang tanpa sebarang gangguan.

Perlu tak susu di sejukkan dan peralatan mengepam di basuh di antara waktu mengepam ?
Tak perlu. Sebab susu yang dipam dapat bertahan dalam susu bilik selama lebih kurang 4 jam sedangkan semasa teknik ini berlangsung cuma 1 jam. Tidak perlu membasuh peralatan supaya ibu tidak rasa ia membebankan.

Boleh tak susu yang diperolehi di simpan dalam satu botol ?
Boleh, tapi pastikan susu itu berada dalam suhu yang sama. Contohnya ibu mengepam selepas bayi menyusu pada pukul 10 malam dan telah menyimpan dalam peti sejuk. Lalu memulakan teknik power pumping pada pukul 4 pagi, ibu mahu campurkan susu yang dipam pada pukul 10 malam dan 4 pagi. Caranya pastikan susu yang dipam pada pukul 4 pagi di sejukkan sehingga sama suhu dengan susu pukul 10 malam, sebelum dicampur dan dibekukan. Walaubagaimanapun pastikan susu yang dicampur tidak melebihi 24 jam.

Dapat susu sedikit walau telah melakukan teknik Power pumping ?
Ia mengambil masa di antara 1 hingga 2 minggu untuk mendapat kesan. jadi ibu buat-buat tidak nampak hasil susu jika hasil yang diperolehi sedikit atau cuma beberapa titik supaya tak rasa kecewa. Anggap ia hanya 'latih tubi'. He3! 


Berapa banyak nak buat ?
Terpulang kepada kesungguhan ibu mencari waktu. Bagi ibu yang menghadapi masalah dengan pengeluaran susu digalakkan melakukan lebih dari sekali dalam tempoh 24 jam. Jika ibu sekadar mahu menambah stok yang sememangnya cukup boleh lakukan pada hujung minggu. Ibu boleh juga melakukan berselang hari.


Waktu paling sesuai ?
Paling sesuai pada tengah malam kerana hormon prolaktin atau hormon penyusuan banyak pada waktu tersebut. Namun, paling penting pilih waktu yang selesa tak kira siang atau malam.

Perlukan pada suplemen ?
Jika ibu merasakan makanan sehariannya mencukupi dari segi nutrisi yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan bayi, maka tidak perlu sebarang suplemen. Namun jika ibu merasakan tidak cukup keperluan nutrisi, kerap merasa letih bila anak terjaga malam apatah lagi mahu melakukan teknik power pumping, kulit bermasalah dengan jerawat dan jeragat, kerapkali gigi terasa seperti bergoyang-goyang, kelihatan seperti lebih tua dari umur - jangan katakan "Demi anak, ibu sanggup kehilangan kesihatan dan kecantikan !"

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.c om.my

Thursday, November 22, 2012

Apa Perlu Di Tambah Dalam Set Berpantang Anda ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Dari komen yang pendek begini ....



Komen yang panjang begini.......................


 


Kedua-duanya tentang BERPANTANG DENGAN SHAKLEE. Set basic pantang bersalin / pembedahan adalah :-
a) Vitalea / multivitamin
b) Vitamin B
c) Vitamin C
d) Zink

Tetapi penambahan suplemen lain adalah protein ESP dapat * membantu memulihkan luka kerana fungsi ESP adalah memperbaiki rosak dan mengganti sel yang telah mati akibat proses hamil dan melahirkan, mencantikkan dan menegangkan kembali kulit, mempercepatkan proses pengeluaran susuibu dan kurangkan risiko rambut gugur.

Dicadangkan juga Ostematrix / kalsium untuk * menjaga otot, mengelakkan dari sembelit dan termasuk juga dalam 'booster' kepada susuibu.

Bagaimana pula dengan Lecithin ? Adakah perlu ketika dalam pantang ?  Selain *membantu mengurangkan dari risiko sembelit, membantu mengurangkan berat badan, ia juga membantu menangani clogged dugt atau mastitis. Bagaimana cara Lecithin clogged dugt atau mastitis ? Saya petik dari artikel ini http://kellymom.com/bf/concerns/mother/recurrent-mastitis/#lecithin
Pengambilan set berpantang ini bukan beerti menafikan keperluan dalam pantang secara tradisional seperti berurut, bertanggas, berbengkung dan sebagainya, tetapi membantu menambahbaikkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh ibu kerana ketika berpantang tidak semua makanan dan minuman dapat ibu nikmati.

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, November 21, 2012

Jika Makan Vitamin Tak Ada Kesan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Pernah tak anda makan vitamin untuk penjagaan kesihatan dan kulit tapi tidak membawa kesan apa-apa ?  Oleh itu, ada baiknya anda mengamalkan Herbalax dengan tujuan untuk membersihkan usus, membantu mengelakkan gangguan kepada sistem pencernaan, sistem peredaran darah dan sistem pertahanan badan yang akan menghalang penyerapan vitamin.

Herbalax umpama 'ubat julap' tapi bertindak lembut dan tidak buat anda cirit birit jika betul pengambilannya. Ia juga boleh diambil jika anda ibu yang menyusukan bayi, tetapi perlu di ambil mengikut panduan yang diberi.


Selain Herbalax, perlu ada dalam pertimbangan anda adalah ESP. Sebab salah satu fungsi ESP adalah membekalkan protein yang berkualiti yang insoflavon tidak terjejas akibat proses pencuciannya hingga proses penyediaannya dalam bentuk serbuk tidak melalui suhu tinggi. Kerana soya yang dimasak pada suhu yang tinggi akan merosakkan rangkaian molekul-molekulnya.

Fungsi protein ini adalah untuk menggantikan sel-sel yang rosak kepada sel-sel baru yang elok dan cantik tumbuhnya mengikut kitarannya iaitu 28 hari untuk sel-sel di kulit muka, dan 90-120 untuk sel-sel pada anggota badan. Fungsi sel-sel yang elok tumbuhnya ini pula adalah untuk membantu penyerapan zat-zat dengan lebih baik dari vitamin-vitamin yang anda makan tu!
 
 Anda nak cuba ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, November 19, 2012

3M Untuk Ibu Yang Tak Sempat Mengepam ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bayi kerapkali mahu menyusu sehingga ibu tak dapat nak buat apa-apa, apalagi mahu mengepam nak kumpul stok susu. Terlintas dalam fikiran ibu, adakah bayi saya tak kenyang-kenyang. Kalau macam ni macamana dan bila nak mengepam ?

Bagi ibu bekerjaya dan akan kembali bekerja usai cuti bersalin ramai yang menghadapi situasi di atas.

Salah satu caranya adalah dengan memastikan bayi tidur kekenyangan dan tidak 'mengempeng' lama-lama supaya ibu ada masa untuk mengepam. Tapi tak perlulah menyuapkan bayi dengan bubur atau sebagainya semata-mata nak bagi bayi tidur kekenyangan. Cukuplah susuibu yang cukup kandungan protein, kalsium dan segala nurisi yang diperlukan oleh bayi.

Lantaran itu SET 3M amat dicadangkan untuk ibu yang memang mahu kumpul stok susuibu. Di beri nama Set 3M kerana mengandungi 3 jenis 'milk booster' iaitu alfalfa, kalsium dan ESP. Ia juga mengandungi multivitamin/Vitalea, Vitamin B dan Vitamin C.

Melalui pengalaman diri sendiri sepanjang menyusukan bayi ia membantu membuatkan susuibu lebih pekat dari biasa dan bayi akan merasa kenyang lebih lama, tidur pun lebih nyenyak. 

Selain itu, ia juga membantu mempercepatkan pengeluaran susuibu. Suplemen ini secara teorinya tidak membanyakkan susu kecuali ia membantu proses penghasilan susu yang lebih cepat kerana suplemen ini mengandungi protein, kalsium dan segala nutrisi yang sama dalam susuibu, maka ia akan menjadikan 'letusan' pengeluaran susu lebih cepat dari biasa apatah lagi bila ibu dapat mengepam mengikut jadual.

Pengambilan suplemen yang konsisten dan mengikut aturan yang diberi disamping perlu diikuti dengan sesi kerap menyusukan bayi jika bayi ada disisi, mengepam dipejabat mengikut jadual yang ibu sediakan sendiri, pemakanan ibu harus seimbang, pengambilan air mesti mencukupi selain ibu mesti bertenang selalu dan sentiasa berdoa memohon kemudahan dari Allah.



Usahalah dengan cara yang terbaik dan doa yang lahir dari dalam hati mudah-mudahan perjalanan penyusuan ini sentiasa dipermudahkan. 
Jika ibu mahu tahu lebih lanjut hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, November 15, 2012

Ke Toilet Itu Satu Nikmat

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya pernah di tanya oleh seseorang kerana kerap menulis di wall FB tentang suplemen untuk mudahkan ke toilet ? Tak ada topik lain ke yang lebih best ? Selain isu ke toilet. 

Hei..... Cuba bayangkan anda tak dapat buang air besar 2 hari ? Apatah lagi jika seminggu tak dapat buang air besar, bukan muka pun jadi kusam dan berjerawat, boleh jadi migrain berhari-hari. Ke toilet itu satu nikmat yang perlu di syukuri.

Suplemen yang di maksudkan ada 2 kumpulan
1) Osteomatrix/kalsium
2) Gabungan antara Lecithin, Alfalfa dan Herbalax

Mahu tahu lebih lanjut hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my. Konsaltansi akan diberi bersama belian, kerana ia adalah tanggungjawab penjual.

Wednesday, November 14, 2012

Benarkah ESP Membantu Pudarkan Parut ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Soalan yang biasa saya terima. ESP adalah sebahagian usaha untuk membantu mengurangkan kesan parut secara perlahan-lahan tetapi ia perlu di ambil mengikut sukatan. Selain perlu konsisten tanpa ada lompang disana sini. Maksud lompang tu, jika mahu makan, makan, jika tidak simpan sahaja.

Selain itu, faktor tahap kesihatan keseluruhan kita juga diambil kira untuk menentukan cepat atau lambat parut pudar seperti dalam artikel di http://www.livestrong.com/article/149536-vitamins-for-healing-scars . Oleh itu beberapa vitamin di syorkan untuk menyokong kesihatan tubuh badan bagi mempercepatkan pemulihan.

Vitamin C adalah vitamin antioksida dan membantu badan kita menghasilkan protein kolagen yang diperlukan oleh kulit untuk membentuk tisu pada parut dan menyembuhkan.

Vitamin E juga adalah vitamin antioksida yang membantu mengurangkan keradangan pada kulit yang luka  dan baik untuk penyembuhan parut.

Vitamin B yang mengandungi B3 berfungsi untuk meningkatkan asid lemak pada kulit, merangsang eksfoliasi atau pengelupasan kulit mati dan buat kulit anjal. Selain kandungan B9 dalamnya baik untuk mengatasi jerawat.

Jika anda belum pernah mencuba ESP yang selama ini hanya terdengar-dengar khabarnya, apa kata dapatkan dan cuba selama 3-4 bulan untuk melihat keberkesanan pada kulit anda. Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com

Monday, November 12, 2012

Mengapa Perlu Makanan Berkhasiat Ketika Hamil ?


Ibu hamil perlu jaga pemakanan dan jangan takut dengan istilah nanti baby besar bila dibekalkan dengan vitamin oleh klinik. Jika berkemampuan tak salah anda mencuba suplemen Shaklee. Tak cuba tak tahu!

Jika anda mahu vitamin hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com

Saturday, November 10, 2012

Cara Memanaskan Susuibu

Saya berkongsi pengalaman bagaimana saya memanaskan susu perahan (EBM) ketika saya menyusukan bayi secara ekslusif dan melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun (lebih dari 2 tahun sebenarnya) suatu masa dulu.

Terlebih dulu EBM yang beku harus diletakkan diruang bawah peti sejuk supaya cair. Ataupun merendamkan dulu EBM yang beku itu dalam air paip sehingga ia cair baru melalui proses seterusnya iaitu memanasan EBM.
 
Cara saya mudah sahaja dengan menggunakan mug aluminum dan air panas yang disimpan dalam tarmos. Asalkan jangan memanaskan EBM dengan air panas yang baru mendidih.

Image from google




Selain itu penggunaan warmer boleh digunakan. Kaedah yang memang popular dikalangan ibu dewasa ini. Memang mudah. Yang ini saya tak pernah cuba lain. Maybe coming soon. He! He! He!


Image from Google

Semalam saya baru belajar satu lagi kaedah baru. Iaitu 'ala-ala teknik double boiler'. Iaitu dengan menggunakan periuk yang berisi air. Kemudian hidupkan api dan EBM di letakkan dalam periuk tersebut. Walaubagaimanapun pastikan air tidak mendidih dan tidak terlalu lama supaya EBM itu tidak rosak.

Image from google
Jadi siapa kata penyusuan susuibu menyusahkan ? Asal kreatif dalam mencipta ruang kemahuan.


Jika anda mahu dapatkan vitamin, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, November 8, 2012

Agen Pelawasan Hebat

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pernah tak kita melalui pada suatu malam perut sudah kenyang tapi dijemput ke rumah teman lama. Kita pun sekeluarga datang. Bila sampai kita dijamu dengan macam-macam hidangan. Bila dijemput kita kenalah makan walau sedikit. Tak makan adalah tidak elok dan manis sebab menolak pelawaan orang. Sudahnya kita pulang dengan kekenyangan yang amat. Sebu pula rasa perut. Kadang-kadang membawa hingga ke pagi.

Atau kita memang suka makan-makan sebelum tidur. Bila terlebih makan, maka sebu lah rasa perut. Sukar melelapkan mata.

Bila keadaan ini berlaku, amalkan Lecithin, Alfalfa dan herbalax diikuti air 1 hingga 2 liter untuk proses pelawasan hebat pada awal pagi.*

Mahu dapatkan 3 agen pelawasan ini ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my




Wednesday, November 7, 2012

Betul Ke Shaklee Ada Produk Hilangkan Parut ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Itu adalah persoalan yang selalu saya terima melalui sms atau email. Produk utama yang dimaksudkan adalah protein ESP*.  Menurut satu artikel di sesawang http://www.livestrong.com/article/149536-vitamins-for-healing-scars secara umum parut adalah sebahagian daripada proses penyembuhan luka, jerawat atau kudis. Penyembuhan parut adalah berbeza mengikut tahap keseluruhan anda kesihatan, saiz parut dan keturunan. Tiada parut yang boleh dipadamkan sepenuhnya dan berlaku secara ajaib dalam sekelip mata. Semua berlaku secara perlahan-lahan.

Secara peribadi saya sejak saya amalkan protein ESP* secara konsisten ia membantu saya memudarkan parut jerawat yang bermaharaja di wajah sejak usia penghujung remaja. Walau jerawat telah hilang beberapa tahun lepas tetapi bekas jerawat memaksa saya sering menggunakan fondation dalam bentuk cecair dan padat untuk menutupinya. Memang seksa bila mahu mencuci muka untuk bersolat, dalam handbag perlu ada make-up remove dan pencuci muka juga.

Namun, sejak amal protein ESP dan beberapa suplemen lain selama beberapa bulan secara konsisten baru nampak hasilnya. Walaupun parut tidak pudar lagi sepenuhnya, kini saya tidak perlu memakai fondation yang berlapis-lapis lagi. Malah memang tidak berbedak pun. Hanya memakai krim yang mengandungi SPF 20 sahaja.Maklumlah bila usia telah memasuki angka 3series perlu lebihkan penjagaan kulit berbanding mekap bagai.

Mungkin ada yang bertanya-tanya apa kaitannya protein ESP dan suplemen lain dalam proses menghilangkan parut. Sedikit pembacaan saya kongsikan. 

Protein yang memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit dan penyembuhan parut kerana parut yang sukar dipulihkan kerana kekurangan protein dalam tubuh untuk memperbaharui sel yang telah mati atau rosak.

Vitamin C adalah vitamin antioksida dan membantu badan kita menghasilkan protein kolagen yang diperlukan oleh kulit untuk membentuk tisu pada parut dan menyembuhkan.

Vitamin E juga adalah vitamin antioksida yang membantu mengurangkan keradangan pada kulit yang luka  dan baik untuk penyembuhan parut.

Vitamin B yang mengandungi B3 berfungsi untuk meningkatkan asid lemak pada kulit, merangsang eksfoliasi atau pengelupasan kulit mati dan buat kulit anjal. Selain kandungan B9 dalamnya baik untuk mengatasi jerawat.

Tapi secara keseluruhannya vitamin ini bukan sahaja bagus untuk penyembuhan parut, tetapi ia juga membantu peningkatkan tahap kesihatan kita. Bukankah seperti artikel diatas salah satu yang mempercepatkan penyembuhan parut adalah mengikut tahap keseluruhan kesihatan kita ?

Walaupun ESP (sehingga artikel ini saya tulis) habis dalam pasaran Malaysia selepas offer hebat bulan lepas, anda jangan bimbang sebab saya masih menyimpan beberapa canister untuk pelanggan saya. Offer bulan ini adalah alfalfa. Apa kebaikkannya ? Saya kongsi pada entry akan datang.

Mahu cuba ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, November 6, 2012

Cara Mempertingkatkan Pengeluaran Susuibu Ketika Dalam Pantang

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Secara teori saya percaya ramai ibu tahu cara mempertingkatkan pengeluaran susuibu iaitu dengan memahami konsep asas penyusuan iaitu pemberian susuibu mengikut kemahuan bayi atau supply and demand. Jadi payu dara perlu lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu.

Biasa bayi yang baru lahir lebih banyak tidur bukan ? Jadi, kita pastikan akan kejutkan bayi untuk menyusu setiap 3 jam sekali pada waktu siang dan 4 jam sekali pada waktu malam. Jika bayi sedang tidur pada waktu itu kejutkan bayi untuk menyusu. 

image from google
Melalui pembacaan saya, kita kena kejutkan bayi dalam tempoh waktu seperti yang tersebut di atas kerana, penyusuan 10 hingga 12 kali sehari dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin atau hormon susu menghasilkan lebih banyak susu. Ketika bayi menyusu, rangsangan sensori itu akan dikirim ke otak. Otak kemudian memberi reaksi mengeluarkan hormon prolaktin atau hormon susu yang amsuk ke dalam aliran darah menuju kembali ke payu dara. Hormon prolaktin merangsang sel-sel pembuat susu untuk bekerja dengan lebih kuat bagi mengeluarkan susu.

Hormon prolaktin akan lebih banyak dihasilkan pada waktu awal pagi, jadi ibu yang mahu buat stok digalakan untuk mengepam pada waktu ini. Jika bayi bangun atau telah sampai waktu bayi perlu disusukan, berhenti seketika untuk menyusukan bayi, setelah keperluan bayi mencukupi ibu boleh sambung mengepam. ia bertujuan untuk meningkatkan hormon prolaktin supaya ia merangsang sel-sel pembuat susu untuk bekerja lebih kuat menghasilkan banyak susu. Jangan pula rasa give up bila lihat hasil penyusuan sedikit bila mengepam selepas menyusu, setkan dalam minda pada next sesi susu akan dapat lebih banyak.

Mengepam ketika dalam pantang boleh dilakukan seawal 2 minggu selepas kelahiran. Namun ia bukan soal berapa banyak kena pam atau berapa ratus botol susuibu kena kumpul, tetapi paling penting yang perlu diberi tumpuan adalah penyembuhan ibu itu sendiri dan lebih kepada kekerapan bayi menyusu. Mengikut pengalaman saya sendiri, oleh kerana bayi kerap bangun untuk menyusu, saya hanya berjaya mengumpul satu botol susuibu yang berkuantiti 4 oz setiap hari ketika tempoh berpantang. Itu pun saya lakukan hanya dua minggu sebelum kembali bekarja kerana ketika itu agak sukar mendapatkan maklumat tentang penyusuan susuibu ini. Apa lagi selalu disogokkan dengan soalan "bila mahu ajar anak minum susu tepung?". Namun Alhamdulillah kedegilan itu mengatasi soalan tersebut.

image from google
Ibu yang menyusukan bayi ini mudah rasa lapar bukan ? Terasa mahu makan sahaja. Ladenilah rasa itu kerana ia adalah normal dan pendapat saya susu akan lebih banyak dihasilkan jika saya kenyang. Lagi satu, kadang-kadang kurang minum air buat kita turut rasa lapar, jadi minumlah banyak air masak mengikut berat badan kita. Setiap 25 kg berat badan, kita perlukan 1 litter air masak. Minumlah berdikit-dikit tetapi kerap supaya air itu serap dalam badan dan tidak sia-sia keluar menjadi urin selain selalu kita dengar pantang orang-orang lama bahawa ibu berpantang tidak boleh minum air banyak-banyak bukan ? Jadi rahsianya minum sedikit-sedikit.

Selain itu, ibu menyusu amat perlu mengambil makanan yang seimbang walaupun ketika pantang. Jika rasa tak kenyang setelah makan sepinggan nasi, tambah lauk dan sayur bukan tambah nasi. Makan juga secara kerap tetapi sedikit demi sedikit. Ia bukan sahaja membantu pengeluaran susuibu tetapi ia membantu ibu dalam usaha mengurangkan berat badan. Makanan setiap orang ketika dalam pantang selepas bersalin tak sama mengikut adat dan budaya. Dan bagi saya antara makanan yang saya tak boleh makan ketika dalam pantang adalah roti dan biskut. Aik ? Kan setiap orang tak sama. He! He! He!

Dan jika ditanya apa peranan suplemen kepada ibu dalam pantang dan menyusukan ? Ia membantu ibu lebih bertenaga dan mempercepatkan penyembuhan. Rasa lebih bertenaga itu membolehkan ibu berdaya untuk bangun tengah malam atau awal pagi untuk mengejutkan bayi supaya menyusu atau mengepam. Walaubagaimanapun harus diingat akan konsep supply and demand bahawa pengambilan suplemen tanpa usaha menyusukan secara kerap dan mengepam tidak akan membantu meningkatkan pengeluaran susuibu.

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Monday, November 5, 2012

Bila Kuku Mudah Patah


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bila ada seorang teman bertanya kepada saya mengapa kukunya mudah patah dihujung walau tidak berkuku panjang ? 

Terdapat 2 faktor yang menyebabkan kuku mudah patah.
Faktor Pertama kena tahu bahawa kuku dihasilkan dari segumpalan protein yang dipanggil keratin. Keratin ini pula perlu disokong oleh  beberapa vitamin dan mineral antaranya vitamin A, vitamin D dan kalsium, zink, vitamin C. Malah ada sesetengah kajian yang mengatakan omega baik untuk kesihatan kuku. Jadi mungkin kuku patah akibat kekurangan protein, sumber vitamin serta mineral.

Faktor Kedua disebabkan jangkitan kuman. Terutama kuku kaki. Jangkitan ini akibat memakai kasut dan stokin yang terlalu ketat atau kasut dan stokin yang kotor.

Jadi, pastikan makanan kita seimbang memenuhi keperluan badan dan jaga kebersihan.

Mahu dapatkan vitamin, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Sunday, November 4, 2012

Set B Bukan Untuk Ibu Menyusu Sahaja

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika disebut Set B ramai yang tergambar di minda suplemen asas untuk penyusuan bayi. Tetapi ia hanya hanya relevan untuk ibu yang menyusukan bayi kerana konsep asas penyusuan adalah supply and demand. Oleh kerana itu ibu menyusu yang mengambil set ini kena memahami konsep supply and demand untuk mendapat hasil yang diharapkan. Jadi ia sesuai diamalkan untuk semua golongan samada lelaki atau wanita kerana ia adalah set vitamin kesihatan optima.

Apa ada dalam Set B itu ? Ia mengandungi Vitalea/ multivitamin, Vitamin C, Vitamin B dan Alfalfa.

Ia sesuai di ambil untuk mereka yang menghadapi masalah bau badan selain sudah tentu turut menjaga kebersihan luaran seperti kerap mandi, menukar pakaian, memakai pakaian yang menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas.

Set ini juga menjadi set asas untuk mereka yang menghadapi masalah alahan pada sesuatu. Contohnya kerap bersin dan selsema pada awal pagi.

Set ini juga adalah set asas untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan selain vitamin lain seperti omega/lecithin dan herbalax.

Ia juga membantu masalah keputihan yang dialami oleh wanita dan bagus untuk suami isteri. Bagi bakal pengantin, pengambilan 90 hari sebelum majlis perkahwinan dapat memberi impak wajah berseri.

Mahu untuk kesan yang lebih baik, tambahkan ESP kerana protein penting unruk bina sel. Sel yang sihat akan membantu menyerap vitamin dengan sangat baik.

Jadi, Set B bukan untuk wanita yang menyusukan sahaja. Tetapi ia tidak sesuai diambil oleh mereka yang menghidap SLE, sebab alfalfa TIDAK untuk SLE.

Mahu dapatkannya ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Saturday, November 3, 2012

Tip Rambut Sihat


Rambut yang sihat bukan bererti hanya rambut yang lurus seperti yang diimaginasikan dalam iklan shampoo dalam televisyen. Tak kira apa jenis rambut, samada lurus, kerinting, rambut yang sihat sebenarnya jauh dari masalah rambut yang gugur, berbiji, berkelengmumur atau beruban sebelum waktunya.

Sedikit info melalui pembacaan saya masalah rambut beruban sebelum waktunya salah satunya, berpunca dari tekanan kehidupan selain faktor genetik dan belum ada penawarnya selain mewarnakannya. Jadi adalah lebih baik mencegah dari merawat.

Begitu juga rambut berkelengmumur, tekanan juga adalah antara puncanya. Ingat lagi tak ketika mahu menghadapi peperiksaan dulu, penuh kepala dengan kelengmumur ? Lepas habis peperiksaan entah mana hilangnya kelengmumur.

Tentang rambut gugur pula adalah normal. Menurut Wendy Roberts, seorang pakar dermatology di Rango Mirage, California, biasanya kita akan kehilangan rambut 50 hingga 100 helai sehari dan jika disikat, ia akan kehilangan 250 helai. Tapi bagaimana jika anda bangun dari tidur kelihatan kat bantal penuh dengan rambut gugur atau ketika mandi bersepah rambut gugur ? Adakah rambut gugur itu hanya berjumlah maksima 250 helai sahaja.

Jadi penting untuk kita menjauhi tekanan melalui cara kita berfikir, bersenam selalu dan bagi yang beragama Islam solat, berzikir dan berdoa dapat meredakan tekanan. Selain itu menjagaan luaran rambut seperti memilih shampoo dan perapi yang berkualiti dan bersesuaian. 

Bagi yang berkemampuan boleh mendapatkan khidmat rawatan rambut di saloon. Bagi yang kurang berkemampuan boleh cuba tip-tip orang lama dalam menjaga rambut. Saya suka dengan tip mudah untuk menjaga rambut ni, dulu-dulu selalu buat, iaitu dengan menggunakan daun bunga raya yang diramas dengan sedikit air. Sekarang ni tak sempat saja.

Selain itu apa yang kita makan juga mempengaruhi rambut. Makanan ringan, segera, makanan yang kaya dengan bahan perasa yang berlebihan bukan sahaja tidak bagus untuk sistem dalam badan kita tetapi rambut juga. Sebab sekarang ni makan kat luar menjadi trend terutama ibu bekerjaya. Oooooh bertuahnya saya balik dari kerja mak dah siap masak. Tapi hujung minggu memang turn saya masak.

Saya kongsi hasil pembacaan saya dalam Majalah Rapi keluaran 1 november 2012, jika anda rasa apa yang kita makan kurang nutrisinya di sana sini dan memikirkan mahu mengambil suplemen penting untuk rambut. Paling penting pengambilan air harus dititikberatkan, kerana 1/4 berat setiap helaian rambut mengandungi air. Minum air yang secukupnya untuk menjaga kelembapan rambut anda. Selain untuk mengelakkan hidrasi pada rambut dan tentunya pada tubuh kita, minum air yang secukupnya membantu membuatkan rambut anda menjadi lembut dan berkilau.

Selepas itu baru fikirkan pengambilan vitamin dan mineral yang mengandungi : A, B, C dan zat besi. Sebab vitamin A akan menjaga rambut, Vitamin B dan C berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan pertumbuhan rambut. Zat besi pula akan membawa oksigen yang secukupnya untuk rambut.

Selain itu, protein diperlukan untuk membuat rambut tumbuh dengan lebih cepat dan lebat. Selain itu, ia akan menjadikan rambut lebih kuat. Protein yang terbaik adalah dari kacang soya organik. Pengambilan protein yang cukup juga dapat mengelakkan hujung rambut dari bercabang.

Tahu tak anda bahawa penyebab rambut mudah gugur adalah kekurangan protein dalam diet seharian ?

****************************

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Bagaimana jika anda yang baru berjinak-jinak dengan suplemen mencuba Family Wellness Programme ? Ia mengandungi :-
a) Protein
b)Vitamin B
c) Vitamin C
d) Vitalea / multivitamin
 Ia bukan sahaja baik untuk rambut tapi kesihatan keseluruhan. Ia juga boleh dikongsi oleh seisi keluarga.

Jika anda berminat, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 





Friday, November 2, 2012

Al-Fal-Fa

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Orang Arab menamakan tumbuhan ini dengan nama Al-fal-fa, yang bermakna "raja kepada segala makanan" kerana ia sumber tumbuhan yang terkaya bagi kebanyakan vitamin dan mineral. Iaitu dengan 15 mineral,10 vitamin, protein dan fiber.

Mengapa alfalfa raja segala makanan ? Kerana akarnya yang panjang boleh menjalar sejauh 20-30 kaki dalam tanah untuk mencari zat galian dalam tanah.

Image from google

Paling banyak kandungan vitamin, mineral, protein dan fiber adalah daun alfalfa. Ia kaya dengan protein, kalsium, fosforus, magnesium dan mineral surih seperti zat besi, boron, kromium, molibdenum, mangan dan kalium. Ia juga adalah sumber beta karotena,vitamin E dan K serta kumpulan vitamin C dan B yang larut air. Malah ia juga membekalkan 8 enzim yang membantu penghadaman lemak karbohidrat dan protein.

Image from google

Secara umum ia membantu :
* Melawaskan usus
* Mengurangkan sembab
* Kelesuan
* Masalah pencernaan
* Membantu proses pengurusan berat badan
* Mengatasi masalah badan berbau
* Keputihan
*Memperbanyakkan susuibu (dengan mengepam mengikut jadual)

************************************
Shaklee juga mempunyai alfalfa yang didatangkan daripada sumber terbaik alfalfa iaitu hanya dari daun alfalfa tanpa akar dan batang. Ia juga ditanam tanpa semburan bahan kimia.

 Mahu dapatkan alfalfa ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...