Monday, October 22, 2012

Petua Mengurangkan Kedutan Dan Garis Halus



Orang kata nak tengok seseorang kita cantik atau tidak, cuba tengok cermin sebaik sahaja bangun dari tidur. Adakah kita dapat melihat dengan jelas garis-garis halus kat wajah walau kita tak tersenyum pun. Atau biarpun kita tersenyum tapi tak nampak pun garis-garis halus terutama disekitar mulut. Kat bawah ini ada petua mudah yang saya petik dari suratkhabar Utusan bertarikh 12 Oktober 2012.

Elak berjemur bawah matahari
Kajian pernah dijalankan oleh seorang doctor pembedahan plastic, Darrick Antell dari New York, Amerika Syarikat terhadap 2 orang beradik kembar seiras. Kembar yang kurang didedahkan kepada matahari kurang kedut berbanding kenbar yang gemar berjemur bawah amatahari
Jadi solusinya  menurut American Academy of Dermatologi (ADD), menyarankan agar perlunya meng gunakan krim pelindung matahri jika terpaksa terdedah di bawah matahari. Selain ia dapat mengurangkan risiko kanser kulit.

Jangan merokok.
Walau banyak kontroversi akan kebenarannya, tetapi semakin banyak kajian yang mengiakan kebenrannya. Kajian mendapati individu merokok cenderung memiliki kulit lebih berkedut dan 40 peatus lebih nipis berbanding mereka yang tidak merokok.

Tidur mencukupi
Ahli dermatologi dari Universiti Yale,AS, Nicholas Perricone berkata apabila tidak cukup tidur badan akan mengahasilkan cortisol, hormone yang merosakkan sel kulit. Rehat dengan cukup dan tubuh akan mengeluarkan lebih banyak hormone HGH yang membantu kulit kekal anjal dan kurang berkedut.
Jangan kerap mengeyitkan mata. ADD menyebut sebarang pergerakkan berulang-ulang pada otot wajah contohnya mengeyit mata akan membentuk alur di bawah permukaaan kulit. Alur ini lama-kelamaan akan membentuk kedut.

Makan lebih banyak ikan salmon
Ikan adalah sumber protein yang baik untuk mendapatkan kulit yang cantik. Selain ia mengandungi fatty asid yang dikenali sebagai omega-3 yang membantu menyuburkan kulit dan menjadikan kulit gebu dan nampak muda sekaligus mengurangkan kedut.
Gantikan kopi dengan koko. 
Kajian menunjukkan koko mengandungi dua bahan penting dalam diet iaitu epicatchin dan cateching yang tinggi. 2 bahan ini melindungi kulit daripada kerosakan, meningkatkan edaran darah, berkesan untuk hidrasi dan membuatkan kulit nampak licin.

Saya tambah hasil pembacaan dari Majalah Cleo keluaran Januari 2002

Tambahkan daging dan makanan laut
Ia juga bagus untuk memperbaiki  kulit kerana mengandungi selenium juga kaya dengan protein untuk memperbaiki dan menjana sistem memperbaharui kulit.

Garlic dapat membantu menentang jerawat.

Buah oren dan semua buah-buahan yang kaya vitamin C.
Sebab vitamin C penting untuk melindungi kolagen untuk menjaga keanjalan kulit anda dan akan buat ia lebih berseri. 

 Offer menarik beli 6 CANISTER ESP +PERCUMA 1 CANISTER ESP masih berjalan. Hubungi saya untuk mendapatkannya di talian 012-6816979 atau emailkan saja di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...