Friday, October 5, 2012

Order Hari Ini Esok Boleh Sampai Tak ?

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membeli Shaklee dari saya. Mudah-mudahan anda mendapat manfaat dari segi kesihatan sesuai dengan wang yang dilaburkan.
Satu benda yang selalu orang bertanya, kalau order hari ini boleh dapat esok tak. Ada beberapa factor yang akan mentukan samada anda akan dapat barang yang dipesan esok atau tidak. Pertama sekali waktu bekerja saya, walau saya bekerja fleksibel iaitu tidak setiap hari dipejabat tetapi sekiranya anda memesan barangan yang tidak ada dalam simpanan saya ketika saya  sedang bekerja maka memang tiada penghantaran akan dilakukan pada hari tersebut kecuali anda memesan dan memasukan duit pada awal pagi sebelum saya ke pejabat. Maka soalan boleh sampai esok tak ? memang anda tidak akan dapat pada keesokan harinya.
Faktor kedua adalah bukan dalam kawalan saya. Kadang-kadang hingga seminggu barang yang dipesan tidak sampai ke tangan pelanggan walau koordinat pelanggan hanya disekitar Kuala Lumpur sahaja. Sampai saya sendiri naik hairan bin ajaib sebab dekat tapi jauh. LOL. Tapi bila dah menghadapi benda yang sama berulangkali maka tahu menanganinya bagaimana.
Walaubagaimanapun doa saya agar barang yang dipesan sampai secepat yang boleh dan dalam keadaan selamat tiba ditangan pelanggan. Dan saya percaya jika barang tiba lambat tidak seperti yang diduga ada pelajaran yang saya boleh ambil. Bukankah dalam kehidupan ini ada sesuatu benda baru yang akan kita pelajari walau kecil sahaja bendanya tapi akan kita ingat pada masa-masa mendatang.
Bagi anda yang mahu menyertai anggota keluarga Shaklee saya, adalah di alu-alukan. Hubungi aya ditalian yang tertera atau emailkan sahaja pertanyaan anda bagaimana mahu menjadi keluarga Shaklee . Hanya RM75 untuk pendaftaran seumur hidup atau membeli barang sekitar RM650. Mana yang sesuai dengan anda. Jika anda ada kawan-kawan yang sama berminat untuk membeli Shaklee ada baiknya sertai Shaklee dengan cara ke 2 tu, tapi bukan bermakna anda membeli banyak-banyak lalu disimpan dibawah katil.
Ketika saya menulis entry ini sambil menulis minum secawan ESP suam. Iyelah pagi-pagi adalah lebih sedap menikmati secawan ESP suam bukan ? Untuk setiap hidangan ESP mengandungi 14gram protein soya yang bukan GMO. Apaitu GMO ? Ia adalah organism tidak diubahsuai secara genetic dengan DNA asing menggunakan kaedah bioteknologi yang menyebabkan organisma itu tidak hidup secara semulajadi. Mengapa mesti bukan GMO ? Salah satu sebab mengapa GMO dilakukan tentulah bagi memastikan kacang soya kebal dari serangga perosak. Biasa tak kita dengar jika mahu membeli sayuran yang sihat untuk badan, kita perlu memilih sayur yang berlubang-lubang sebab dimakan ulat. Jadi jika makanan yang kita makan tiada serangan serangga, maka jadi apa dengan badan kita ?
Sempena tawaran menarik dari Shaklee pada Oktober 2012 ini iaitu beli 6 canister percuma 1 ambil peluang ini untuk membeli. Mungkin anda pakat-pakat dengan kawan sebelah kanan meja anda, kiri meja anda untuk share. Bagi yang selalu baca tentang ESP inilah masa untuk mencuba kebaikkannya.
Bagi yang tinggal separuh ESP mungkin inilah masa yang sesuai untuk membeli buat stok bulan depan. Walau nampak banyak kena beli tapi ada cara lain yang anda boleh beli sempena tawaran menarik ini yang bukan selalu datang. Hubungi saya untuk mengetahui.
Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my untuk mengetahui lebih lanjut. Apa tunggu lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...