Monday, October 15, 2012

Menyusukan bayi buat badan jadi gemuk, benarkah ?


"Awak penyusukan anak, patut badan gemuk!"

Pernah dengar ayat di atas tak ? Saya percaya ramai ibu yang menyusukan anak biasa dengan ayat di atas. Hati mana yang tak gundah, bagai di siat-siat. Mengapa tiada perasaan si penuturnya. Benarkah menyusukan bayi buat ibu jadi gemuk ?

Saya tertarik nak kongsi isi penting dari satu penulisan berbentuk soal jawab dalam Akhbar Mingguan Malaysia 14 Oktober 2012 yang bertajuk Menyusukan Bayi Bantu Kuruskan Badan oleh Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain.

Menurut beliau secara asasnya menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari.

Penulisan tersebut juga menggariskan beberapa tip untuk ibu yang masih menyusukan bayi dan mahu menurunkan berat badan.
Tip pertama adalah minum air masak secukupnya. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya hanya minum setengah jam selepas makan.


Tip kedua adalah mengikut wasiat Rasullah SAW ketika makan iaitu :-
  • "Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang".
  • Begitu juga dengan mengunyah makanan sebanyak 44 kali kerana ia membantu mengurangkan beban penghadaman. Selain itu otak akan menerima isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat. Sebab kalau makan laju sangat, otak tidak semapt memberi memberi isyarat yang kita dah terlebih kenyang.
  • Kurangkan percakapan semasa makan untuk mengelakkan tidak perasan yang kita sudah terlebih makan.

Tip ketiga adalah setiap ibu juga memerlukan makanan seimbang, kerana menurut kajian, ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi.
  • Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim yang terbina daripada asid amino yang mencukupi untuk mencerna makanan.
  • Selain itu orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein juga membantu untuk kita merasa kenyang dalam jangkamasa panjang.
  • Selain dari protein, vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.
  • Ibu juga perlu mengurangkan makanan bergula. Sebab makanan bergula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Gula yang berlebihan akan menhyebakan seseorang mudah diserang diabetis.
  • Begitu juga dengan makanan rapu pula bukan sahaja mengandungi kandungan garam yang tinggi yang boleh mengudang hipertensi atau darah tinggi ia juga akan menyebabkan nafsu makan sukar dikawal.

Tip keempat adalah perlunya aktiviti fizikal juga perlu bagi seorang ibu, paling mudah berjalan kaki lebih jauh untuk sampai kesesuatu tempat. Sambil berjalan hayunkan tangan, buat kerja rumah, lebih banyak gunakan tangga daripada lif.

Tip Kelima, adalah perlu ada kesabaran kerana ibu yang menyusukan dan mahu mengurangkan berat badan perlu memasti penurunan berat badan yang tidak terlalu drastik iaitu lebih kurang 2kg sebulan. Diet yang drastik apatah lagi mengambil produk pelangsingan adalah kurang digalakan kerana dikhuatiri akan menjejaskn pengeluaran susuibu dan membahayakan bayi.

**********************************************************
Bila saya baca artikel di atas semalam, saya teringat dulu apa saya buat untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Memang benar, makanan seimbang amat membantu untuk mengurangkan berat badan. 

Sekadar berkongsi sedikit pengalaman, ketika akhir kehamilan dulu berat badan hampir mencecah 80kg. Selepas bersalin saya cuma berjaya turunkan 10kg sahaja. Bagaimana nak buang yang lebih-lebih lagi tu ? Macamana nak dapatkan berat 55kg atau paling tidak 57kg sesuai dengan ketinggian saya?

Mungkin cara saya ini dapat beri idea dan membantu ibu-ibu lain. Benda pertama yang saya buat adalah saya 'cut' semua minuman manis, setiap hari hanya minum air kosong sahaja, kecuali ESP, PD dan Shaklee Mealshake (itu kan tak manis!) selain suplemen asas. Saya juga 'cut' makanan kegemaran saya iaitu roti canai. Oleh kerana masih menyusukan bayi, nasi masih saya makan macam biasa, cuma tak ada istilah 'nasi tambah'.

'Bersenam' yang memang setiap hari saya buat adalah turun tangga naik tangga, dan cuba untuk main skipping setiap hari (tapi selalu tak sempat) hanya dapat buat 3-4 kali seminggu. Serius, hanya itu cara pemakanan dan senaman yang saya buat, selepas sebulan berat turun 2kg. Dan akhirnya dapat berat badan 57kg bila bayi genap umur setahun. (Masih berharap untuk dapat 55kg). Tapi sekarang saya seronok berbasikal atau ber'jogging' sebab bayi saya dah jadi kanak-kanak dan jadi teman saya beriadah jika saya tidak ke pejabat.

Sebagai permulaan pendapat saya jika sukar mahu meninggalkan minuman manis, kita cuba kurangkan pengambilan. contohnya kalau minum dikedai, boleh cuba minum separuh gelas. Nampak macam membazir, tapi itu lebih baik demi kesihatan kita. Atau mungkin boleh berkongsi kot dengan kawan-kawan. Begitu juga dengan makanan kegemaran kita contohnya kek, aiskrim. Itu cara kawal pemakanan paling mudah, pada saya. Saya tak galakan ibu yang menyusukan bayi 'cut' makan nasi dan sebagainya, cuma berpada-pada. Dan tidak menjadikan alasan menyusukan bayi boleh bantai 2-3 pinggan nasi sekali makan.

Jika anda perlukan vitamin, atau mahu membeli ESP yang sedang offer ini, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...