Wednesday, October 3, 2012

Kota Tak Ada Pesakit


Ketika zaman Rasullah SAW seorang tabib telah dikirimkan oleh pemerintah Mesir untuk melakukan khidmat di bumi Kota Madinah untuk merawat penduduk Madinah yang sakit. Sayangnya selepas 2 tahun berada di Madinah, tiada seorang pun penduduk Madinah bertemu dengannya untuk berubat. 

Lalu beliau menemui Rasullah SAW lalu bertanya,
"Adakah penduduk Madinah bimbang untuk bertemu denganku ?" Soal Si Tabib

"Tidak. Bahkan dengan musuh mereka tidak gentar. Masakan dengan engkau sebagai seorang perawat" Jawab Rasullah SAW lagi.
"Mereka tidak ada keerluan bertemu kerana mereka semua tidak pernah sakit"

"Bagaimana boleh jadi begitu ?" Tabib kehairanan.

Lalu beliau berjalan disekitar Kota Madinah untuk mencari pesakit. Tetapi tidak bertemu.

Rasullah SAW memberitahunya.
"Kami kaum yang tidak makan sekiranya tidak lapar. Sekiranya kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertakwa kepada Allah bukan sekadar memenuhi kehendak nafsu"

Itulah antara kisah dizaman Rasullah SAW yang saya baca dari Majalah Anis keluaran Oktober 2012 yang bertema kesihatan sebagai aset. Sesuai dengan pesan Hukama "Kesihatan adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan adalah kepala segala ubat-ubatan.

Mahu dapatkan vitamin ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...