Wednesday, October 10, 2012

Kemaruk Pada Makanan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kemaruk untuk makan, food craving dalam Bahasa Inggeris, dalam bahasa perubatan disebut pica atau mengidam dikalangan ibu hamil merujuk kepada perbuatan seseorang yang punya perasaan memuncak terhadap makanan walaupun tidak lapar sebenarnya.

Melalui 2 artikel dibawah menyatakan bahawa salah satu punca kemaruk makan ini disebabkan oleh keperluan nutrisi tubuh yang tidak mencukupi. Jika kurang potassium kita nak makan pisang dan kerepek kentang.

Tapi jika seseorang itu yang memang obes tetapi amat menyukai makanan manis berkarbohidrat tinggi adakah dia juga bermakna kekurangan karbohidrat ? Menurut Doktor Rushimini Maris bt Ismail iaitu seorang doktor estetik dalam Majalah Wanita 28 Oktober - 3 Novembet 2011 ia disebabkan kegagalan fungsi hormon atau kerosakan signal hormon tubuh. Terdapat dua jenis hormon yang mengawal paras gula dalam darah iaitu hormon insulin dan glukargon. Kedua-dua hormon ini saling berinteraksi antara satu sama lain bagi memastikan paras gula dalam darah stabil.

Hormon insulin ini akan keluar dengan banyak apabila paras gula tinggi selepas makan bagi membolehkan gula digunakan dalam sel sebagai tenaga. Ia bertindak sebagai pintu masuk gula dalam sel. Tanpa insulin gula hanya kekal dalam darah dan tidak dapat masuk dalam sel jika terus tak dapat masuk seseorang akan menghidap diabetis

Hormon insulin ini yang keluar dikenalpasti oleh sel tubuh dan sel-sel ini akan membuka pintunya bagi membolehkan glukosa diambil dari sel. Apabila hormon insulin rosak akibat keluar terlalu banyak, maka sel menjadi tidak sensitif kepadanya, ini menyebabkan insulin keluar dari tubuh dan wujud fenomena gula terlalu rendah dalam darah. Akibatnya jika gula sering turun naik secara mendadak kita akan rasa letih dan keinginan untuk makan manis akan memuncak. Itu yang digelar kemaruk makan.

Melalui artikal berkenaan Dr. Rusmini memberikan 2 cara mengawal kemaruk makan agar ia tidak merubah menjadi penyakit yang ditakuti. Cara pertama yang disarankan adalah minum air masak dengan banyak selepas mengambil minuman manis. Sebab air masak akan melarutkan kepekatan gula dan mendorong kepada kurangnya rembesan insulin berlaku.

Cara kedua adalah dengan pengambilan protein berkualiti boleh mengurangkan masalah ini
Sebab protein berkualiti dapat membantu meningkatkan paras glukargon dalam darah ia membolehkan glukargon menukarkan lemak kepada gula dan digunakan sebagai tenaga.

Satu lagi artikal yang saya jumpa mengenai kemaruk pada makanan adalah dalam majalah Rapi keluaran 1 September 2012. Saya kongsi isi kandungan artikal berkenaan. Rasa lapar itu datang dari perut, ketika kita memerlukan tenaga perut akan mengirim ghrelin (hormon lapar) ke hipotolamus(pusat arahan di otak untuk metabolisme hasilnya kita akan tercari-cari makanan apabila lapar.

Ketagihan pada makanan berlaku apabila kita terlihat atau terbau makanan lalu otak kita mula berinteraksi dan zat-zat kimia seperti dopamine dan serotonin mengiakan. Maka selera untuk makan dan makan telah memenuhi otak. Lalu kita rasa ingin makan dan makan lagi walau perut tidak memberi isyarat lapar.

Melalui artikal ini turut disertakan cara menangani kemaruk makan ini, saya sertakan 4 cara mengatasinya. Pertama dengan mengurangkan makanan manis, samada menggantikan makanan manis kepada makanan yang tidak manis atau mengurangkan saiz makanan manis berkenaan. Jika lidah sudah terbiasa dengan makanan tidak manis lama kelamaan makanan manis sudah tidak menarik perhatian lagi.

Kedua, lakukan aktiviti yang sihat contohnya bersenam, kerana ia dapat mengubah biokimia badan dalam membantu memperbaiki ketidakseimbangan psikologi yang mengarah kepada ketagihan makanan.

Ketiga, mengurangkan minuman berkafein, kerana ia adalah stimulasi semulajadi yang mempengaruhi pengeluaran hormon dopamine yang boleh mendorong kegemukan.

Keempat, sentiasa memastikan perut tidak terlalu lapar walau sedang berdiet, kerana jika diet dilakukan secara berlebihan seseorang itu akan makan berlebihan pada suatu masa yang lain.

Kelima, mengurangkan rasa stress bila dilanda masalah, kerana bila seseorang itu mengalami stress, otak memerlukan zat yang memberikan rasa tenang dan nyaman dengan cepat. Contohnya jika wanita berada dalam keadaan tertekan, maka coklat akan menjadi teman sejati. Kalau setakat makan satu atau dua petak tiada masalah, tetapi jika telan satu papan coklat ?

Keenam satu lagi cara pada saya agak menarik juga untuk dikongsi iaitu dengan mengurangkan makanan pedas. Sebab gabungan makanan yang punya rasa pedas dan digabungkan dengan lemak dan kalori tinggi memberoi ancaman lain. Menurut Profesor John Prescott dari Australia's National Research Organization mengatakan makan pedas dapat merangsang hormon dopamine yang mendorong kepada ketagihan makanan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi mereka yang beragama Islam, Rasullah SAW sendiri telah mengajar umatnya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang kerana perut adalah rumah penyakit.

Jika kita merasakan ada nutrisi zat yang kurang dari pemakanan kita yang menyebabkan kemaruk makan, mungkin pengambilan suplemen boleh difikirkan. Salah satunya adalah dari Family Wellness Programme atau Program Kesejahteraan Shaklee yang memberikan nutrien yang diperlukan lagi berkhasiat untuk seisi keluarga. Ia adalah suplemen asas bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan. Malah ia boleh dikongsi oleh siisi keluarga dari kanak-kanak sampai ke usia warga emas. Ia juga mengandungi protein atau ESP berkualiti protein berkualiti dapat membantu meningkatkan paras glukargon dalam darah ia membolehkan glukargon menukarkan lemak kepada gula dan digunakan sebagai tenaga.

Paling penting, hanya kita yang tahu tentang diri kita apa sebab kita kemaruk makan tu. Adakah kerana kita kekurangan nutrisi tertentu atau memang pantang tengok makanan apabila lapar. Sebab kita sendiri tahu tentang risiko jika kita meneruskan kemaruk makan itu pada kesihatan pada jangkamasa panjang atau pendek.

Bagaimana mahu berubah ?

Jika anda rasa anda memerlukan suplemen, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...