Wednesday, October 24, 2012

3 Dimensi Cara Menentang Jeragat

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Jeragat  atau juga dikenali dengan nama tompok hitam, pigmentasi atau biji hitam seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok di beberapa bahagian badan, muka dan leher. Ia tidak merbahaya tetapi ia akan mengurangkan keyakinan kita untuk berdepan dengan orang apatah lagi jika umur masih dalam lingkungan 20an tapi sudah bejeragat di sana sini. Walaubagaimanapun sekiranya jeragat yang menyerang terlalu teruk ada baiknya mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia mungkin simptom kepada kanser kulit.




Secara umum, terdapat beberapa punca yang menyebabkan kehadiran jeragat ini. Sebab yang biasa kita dengar adalah :
  • Kesan cahaya matahari, mereka yang sering terdedah kepada matahari risiko berdepan dengan jeragat adalah lebih tinggi
  • Faktor genetik, kebiasaannya jeragat menyerang wanita yang berumur 40 tahun keatas, tetapi tidak mustahil golongan awal 20an juga berdepan dengan jeragat kerana faktor genetik
  • Pengambilan pil perancang
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotic dan banyak lagi
  • Penggunaan alat mekap dan skin care yang tidak berkualiti dan bermutu rendah. Sebahagian kita lebih gemar menggunakan alat mekap dan skin care yang punya jenama tapi bukan yang asli, Orang kata asal ada jenama.
  • Faktor hormon juga memainkan peranan, contohnya sebahagian wanita akan berdepan dengan jeragat ketika hamil dan ia kekal disitu walau telah bersalin.
Cara menentang Jeragat ini saya bahagikan kepada 3 bahagian, terpulang kepada kita nak pilih mana satu yang berkenan dihati. Semesti keselesaan dan baget menjadi taruhan.

Dimensi Pertama
Kecanggihan teknologi estetik turut membantu menyelesaikan masalah jeragat ini dengan pelbagai kaedah antaranya pengelupan kimia, laser, mikrodermabrasion dan HV lantosphoresis. Rawatan ini boleh diperolehi di klinik estetik.

Dimensi Kedua
Walaubagaimanapun saya tertarik dengan petua tradisional yang dipaparkan dalam Majalah rapi keluaran 15 Oktober 2012. Walaubagaimanapun, petua ini hanya sesuai untuk mereka yang punya masalah jeragat yang ringan sahaja.
  • Sediakan beberapa helai daun sirih muda dalam peti sejuk, setiap pagi ambil sehelai dan gosok disekitar tempat berjeragat.
  • Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu kering. Buang tisu dan cuci muka anda dengan air bersih
  • Gosokkan hampas kelapa di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu.
  • Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, 1 inci kayu manis. Rendam beras semalaman dan dikisar atau tumbuk setelah kembang dengan sedikit air bersama daun betik dan kayu manis. Setelah siap. sapukan diseluruh wajah dan biarkan kering lebih kurang 20 hingga 30 minit. Kemudian lembabkan wajah anda dan gosok kulit wajah seperti scrub dan cuci. Kemudian gunakan air suam untuk menyegarkan wajah.
Dimensi Ketiga
Dalam majalah tersebut juga turut menyelitkan pengambilan beberapa suplemen tertentu untuk membantu mengurangkan jeragat. Vitamin yang di maksudkan adalah :

Vitamin C
Penting dalam pembentukan kologen kerana pengambilan vitamin C yang tinggi membantu pembentukan kologen

Vitamin E
Terkenal sebagai vitamin awet muda. ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Ia juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang roma. Selain membantu mengurangkan kesan kulit berjeragat
Pengambilan beta carotene juga membantu mengurangkan kesan jeragat

Protein
Protein membantu mengurangkan kesan kulit berjeragat, kerana ia sukar dihilangkan jika tubuh tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, pengambilan makanan yang bersumberkan protein yang baik adalah perlu.

Lagi satu yang tak kurang penting adalah air. Ia bukan suplemen tapi sangat penting dalam pengaliran darah, kerana ia berperanan membantu penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. Kekurangan air akan menyebabkan kulit kita kering dan bermasalah.

Jadi mana satu pilihan kita?

**********************************

Bagi yang belum punya jeragat, ada baiknya mencegah dari awal. Bagi saya mencegah adalah lebih baik dari merawat. Cara mencegah yang paling utama adalah mengurangkan sengatan pancaran matahari dengan memakai sun block yang bersesuaian. Begitu juga pemakaian pakaian yang menutupi seperti yang disyariatkan oleh Islam dapat membantu mengurangkan pancaran matahari terus ke kulit. Indahnya Islam.

Bagi yang telah punya tanda-tanda jeragat, buat pilihan cara macamana nak hilangkan. Lagi sekali saya nak tekankan ia tidak merbahaya kecuali jeragat yang terlalu banyak, cuma mungkin buat kita rasa malu.Saya juga mempunyai sedikit jeragat ditepi mata yang hadir ketika hamil dulu. Walau dan semakin pudar saya masih mendisplinkan diri mengambil suplemen tertentu. Pertama nak bagi hilang terus jeragat ini, kedua mencegah dari ia tumbuh dengan lebih banyak. Maklumlah umur pun dah 34 tahun.

Apa pilihan anda ? Anda mahu mencuba ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my. Tawaran menarik ESP masih berlangsung sepanjang Oktober ini iaitu Beli 6 Percuma 1. Anda mahu beli 6 sekaligus untuk dikongsi dengan kawan-kawan ?Atau nak beli 1 sahaja ? Hubungi saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...