Wednesday, October 31, 2012

Mahu Baca Testimoni Yang Umpp !?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 

Betul ke protein ESP membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik lagi berbanding protein lain ? Saya share satu testimoni yang berasaskan penyelidikan untuk menjawab persoalan ini.

In November 2004, Dr. Nasr (see credentials below) spoke in Milwaukee, Wisconsin on the benefits of soy. If you want please feel free to pass this along to your acquaintances. He uses Shaklee Soy exclusively because it has the very best and most complete soy protein and isoflavone content. You can feel so very good about Shaklee’s soy protein, and how we can help so many people who are looking for ways to improve their health.

Dr. Nasr has a B.S. in Agronomy; M.S. in Biochemistry of anti-oxidants and a PHD. in Pharmacognosy (science of bio-active products). He received his M.D. from Rush Medical College in Chicago, followed by Internal Medicine and Cardiology fellowships from Chicago Medical School. He is a member of the American College of Nutraceuticals and the American College of Preventive Medicine and is Director of the Medical Care & Diagnostic Center, Lake Villa, Il.

1. Optiflora and Soy Protein increase the absorption of protein, decrease gas and discomfort and decrease cholesterol by 23% 

2. Sixty (60) studies have been conducted showing soy protein increases bone density more than just Calcium Magnesium does. 

3. Two studies show that soy and vitamin E, together, decrease LDL (bad cholesterol) by 40% and that is 17% greater decrease than Zocor and Lipitor

4. Four studies show that soy protein inhibits oxidation of LDL (bad cholesterol) by 40%. When cholesterol oxidizes, it becomes “sticky” and builds up on the arterial walls, which leads to clogged arteries. 

5. Soy prevents gall stones. It doesn’t dissolve them but it prevents them. 

6. Soy prevents kidneys from damage. Lots of animal protein may be hard on the kidneys, but soy protein protects the kidneys 

7. French fries at major fast food establishments are crispy. That is a value for the store. Some french fries are coated with a protein substance that when combined with the sugar in the potato and then heated, gives them added crispness. Unfortunately that combination of sugar, protein and high heated fat produces a carcinogen. Probably a good idea to avoid all French fries. 

8. Shaklee’s protein includes valuable protein and isoflavones that are not present in other soy proteins produced with heat or chemicals. Shaklee’s low heat – water wash process keeps the isoflavones in the protein. Isoflavones are natural cancer fighting ingredients that occur naturally in soy. 

9. Soy’s protein and Isoflavones inhibit the mutated cell’s ability to make an enzyme that would cause the cell to continue reproducing and form a tumor. 

10. Soy inhibits the cancer cell from making blood vessels that invade arteries and zap nutrients (this process is called angiogenesis). 

11. Soy increases the killing effect of the white blood cells (phagocytosis). 

12. Soy’s amino acid Lysine when combined with Vitamin C decreases Colon Cancer by 90%. 

13. The flavanoids (like those in Shaklee’s Flavomax) when combined with Soy Protein are synergistic (they work even better together) and decrease breast cancer 10 fold. 

14. Beta carotene (like those in Shaklee’s CarotoMax) when combined with Soy Protein and Calcium with Vitamin D are 10 times as effective at preventing cancer cells from getting an addition blood supply. 

15. Women in the Orient get about 80mg of Isoflavones a day women in US and Europe get about 1.0 mg. That is an 80% negative difference for US and Europe

16. Soy protein helps the differentiated cell (bad cell) convert back to a normal cell.


Mahu mencuba ESP ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, October 30, 2012

Nak Tip Kempiskan Perut ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Perut buncit amat memalukan. Kadang-kadang badan kurus tapi perut buncit. Mungkin juga disebabkan ada masalah dengan penghadaman kita. Bagi ibu pula, kehamilan akan menyebabkan otot perut menjadi lemah. Senaman abdomen dengan cara yang betul mampu anjalkan kembali otot.

Saya petik sedikit nota cara nak kempiskan perut dari Majalah Rapi keluaran 1 November 2012.
  1. Kualiti senaman untuk perut lebih penting dari kualiti. Jadi tak usah memaksa diri buat beratus kali sit up dan sebagainya setiap hari. Memadai satu atau dua sesi dalam seminggu tapi konsisten.
  2. Pelbagaikan lagi latihan perut anda. Tidak terhad kepada satu senaman sahaja. Sebab bila dah terlalu biasa dengan satu latihan sahaja otot pun dah imun jadi kurang berkesan.
  3. Semasa latihan, fokuskan kepada otot perut. Pastikan bahagian itu yang digerakkan dan bukannya otot bahagian lain.
  4. Latihan perut yang baik tidak akan membantu kita mengempiskan perut selagi ada lemak antara kulit dan otot.
  5. Pemakanan paling penting untuk memastikan keberkesanan latihan anda. Elak makanan berminyak dan bergaram. Minum banyak air untuk melancarkan usus kita.

Selain itu ada cara mudah yang boleh di buat secara 'sambil-sambil'. Sambil masak barangkali. Saya ambil dari blog upline saya di http://www.anakkuwiraku.com/2012/10/tips-mudah-kempiskan-perut.html


'Setiap kali teringat tentang perut atau apabila melihat cermin kelihatan perut buncit cuba amalkan kempiskan perut dalam 60 saat sambil menahan nafas. Amalkan banyak kali dalam sehari. Percayalah dengan amalan ini, otot dibahagian perut akan bekerja dan anda akan dapati perut anda makin mengempis.'
Jika nak lebih baik amalkan makan lecithin/ omega, alfalfa dan herb lax*

  
Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my untuk mendapatkan produk Shaklee anda. Jangan lupa offer BELI 6 CANISTER ESP PERCUMA 1 CANISTER ESP sepanjang Oktober ini.

Monday, October 29, 2012

Berpantang Dengan Vitamin

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Berpantang dengan vitamin adalah bukan sesuatu yang janggal dewasa ini. Apa yang terkandung dalam Set Bersalin Shaklee dan apa fungsinya ? 

a) Vita-Lea Iron Formula/ Multivitamin
  • Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 galian penting termasuk iron yang diperlukan untuk membina darah.
  • Membantu proses metabolisme yang dilakukan oleh vitamin B yang membuatkan tubuh sentiasa berada dalam keadaan hangat. 
  • Sesetengah doktor menggalkan pengambilan zat besi bagi ibu yang menyusukan bayi bagi menggelak dari mudah pitam.
b) B Complex
  • Fungsi utama b complex adalah 'memetabolismekan' atau dalam erti kata lain menukarkan karbohidrat, lemak dan protein kepada tenaga - kesannya badan akan sentiasa rasa hangat kerana proses tersebut. Bukankah ibu-ibu dalam pantang memerlukan keadaan yang sentiasa hangat?
  • Selain itu kesan dari metabolisme ini akan menyebabkan ibu merasa lebih bertenaga bagi menghindari kemurungan yang kerap berlaku kepada ibu yang baru lepas bersalin.
  • Rasa bertenaga ini mampu memudahkan proses penyusuan ibu kerana ada sesetengah bayi yang ketika baru lahir tidak pandai menyusu dan ia menuntut kesungguhan ibu untuk mengajar bayi menyusu.
  • Vitamin b compleks juga akan membuatkan wajah ibu nampak cantik berseri dan tidak kusam.
  • Selain itu sesetengah ibu baru lepas bersalin menghadapi masalah rambut gugur, vitamin B ini mampu menjadi penawar sebagai sebahagian usaha untuk mengelak dan mengatasi rambut gugur kerana 5 daripada 8 kandungan vitamin B ini adalah untuk rambut.
c) Vitamin C
  • Penting sebagai antioksidan dan meningkatkan kandungan antibodi dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu.
  • Selain itu ia juga membantu untuk menyelesaikan masalah puting melecet, luka berdarah teruma bayi yang baru lahir kerana ketidakbolehan bayi untu menyusu dengan betul.
  • Vitamin C juga dapat membantu pembentukan kolagen yang lebih baik seperti yang kita tahu ia berfungsi untuk memastikan kulit tidak mengelabir.
  • Selain memberi kesan kulit semakin berih, cerah dan cantik.

d) Zink
  • Ia berfungsi untuk mempercepatkan baiknya luka bersalin.
  • Tahukah anda, 'gabungan padu' di antara zink dan B compleks membantu menggelakkan dari keguguran rambut selepas bersalin? 
e) ESP
  • Membantu memulihkan luka dan memulihkan ibu dari dalam kerana fungsi ESP adalah memperbaiki sel yang rosak dan mengganti sel yang telah mati akibat proses hamil dan melahirkan.
  • Mencantikkan dan menegangkan kembali kulit
  • Mempercepatkan proses pengeluaran susuibu. 
Mahu dapatkan, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my. Jangan lupa tawaran menarik ESP beli 6 canister percuma 1 canister masih berjalan. Mahu tahu lebih lanjut sila hubungi saya.


Wednesday, October 24, 2012

3 Dimensi Cara Menentang Jeragat

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Jeragat  atau juga dikenali dengan nama tompok hitam, pigmentasi atau biji hitam seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok di beberapa bahagian badan, muka dan leher. Ia tidak merbahaya tetapi ia akan mengurangkan keyakinan kita untuk berdepan dengan orang apatah lagi jika umur masih dalam lingkungan 20an tapi sudah bejeragat di sana sini. Walaubagaimanapun sekiranya jeragat yang menyerang terlalu teruk ada baiknya mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia mungkin simptom kepada kanser kulit.




Secara umum, terdapat beberapa punca yang menyebabkan kehadiran jeragat ini. Sebab yang biasa kita dengar adalah :
  • Kesan cahaya matahari, mereka yang sering terdedah kepada matahari risiko berdepan dengan jeragat adalah lebih tinggi
  • Faktor genetik, kebiasaannya jeragat menyerang wanita yang berumur 40 tahun keatas, tetapi tidak mustahil golongan awal 20an juga berdepan dengan jeragat kerana faktor genetik
  • Pengambilan pil perancang
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotic dan banyak lagi
  • Penggunaan alat mekap dan skin care yang tidak berkualiti dan bermutu rendah. Sebahagian kita lebih gemar menggunakan alat mekap dan skin care yang punya jenama tapi bukan yang asli, Orang kata asal ada jenama.
  • Faktor hormon juga memainkan peranan, contohnya sebahagian wanita akan berdepan dengan jeragat ketika hamil dan ia kekal disitu walau telah bersalin.
Cara menentang Jeragat ini saya bahagikan kepada 3 bahagian, terpulang kepada kita nak pilih mana satu yang berkenan dihati. Semesti keselesaan dan baget menjadi taruhan.

Dimensi Pertama
Kecanggihan teknologi estetik turut membantu menyelesaikan masalah jeragat ini dengan pelbagai kaedah antaranya pengelupan kimia, laser, mikrodermabrasion dan HV lantosphoresis. Rawatan ini boleh diperolehi di klinik estetik.

Dimensi Kedua
Walaubagaimanapun saya tertarik dengan petua tradisional yang dipaparkan dalam Majalah rapi keluaran 15 Oktober 2012. Walaubagaimanapun, petua ini hanya sesuai untuk mereka yang punya masalah jeragat yang ringan sahaja.
  • Sediakan beberapa helai daun sirih muda dalam peti sejuk, setiap pagi ambil sehelai dan gosok disekitar tempat berjeragat.
  • Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu kering. Buang tisu dan cuci muka anda dengan air bersih
  • Gosokkan hampas kelapa di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu.
  • Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, 1 inci kayu manis. Rendam beras semalaman dan dikisar atau tumbuk setelah kembang dengan sedikit air bersama daun betik dan kayu manis. Setelah siap. sapukan diseluruh wajah dan biarkan kering lebih kurang 20 hingga 30 minit. Kemudian lembabkan wajah anda dan gosok kulit wajah seperti scrub dan cuci. Kemudian gunakan air suam untuk menyegarkan wajah.
Dimensi Ketiga
Dalam majalah tersebut juga turut menyelitkan pengambilan beberapa suplemen tertentu untuk membantu mengurangkan jeragat. Vitamin yang di maksudkan adalah :

Vitamin C
Penting dalam pembentukan kologen kerana pengambilan vitamin C yang tinggi membantu pembentukan kologen

Vitamin E
Terkenal sebagai vitamin awet muda. ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Ia juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang roma. Selain membantu mengurangkan kesan kulit berjeragat
Pengambilan beta carotene juga membantu mengurangkan kesan jeragat

Protein
Protein membantu mengurangkan kesan kulit berjeragat, kerana ia sukar dihilangkan jika tubuh tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, pengambilan makanan yang bersumberkan protein yang baik adalah perlu.

Lagi satu yang tak kurang penting adalah air. Ia bukan suplemen tapi sangat penting dalam pengaliran darah, kerana ia berperanan membantu penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. Kekurangan air akan menyebabkan kulit kita kering dan bermasalah.

Jadi mana satu pilihan kita?

**********************************

Bagi yang belum punya jeragat, ada baiknya mencegah dari awal. Bagi saya mencegah adalah lebih baik dari merawat. Cara mencegah yang paling utama adalah mengurangkan sengatan pancaran matahari dengan memakai sun block yang bersesuaian. Begitu juga pemakaian pakaian yang menutupi seperti yang disyariatkan oleh Islam dapat membantu mengurangkan pancaran matahari terus ke kulit. Indahnya Islam.

Bagi yang telah punya tanda-tanda jeragat, buat pilihan cara macamana nak hilangkan. Lagi sekali saya nak tekankan ia tidak merbahaya kecuali jeragat yang terlalu banyak, cuma mungkin buat kita rasa malu.Saya juga mempunyai sedikit jeragat ditepi mata yang hadir ketika hamil dulu. Walau dan semakin pudar saya masih mendisplinkan diri mengambil suplemen tertentu. Pertama nak bagi hilang terus jeragat ini, kedua mencegah dari ia tumbuh dengan lebih banyak. Maklumlah umur pun dah 34 tahun.

Apa pilihan anda ? Anda mahu mencuba ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my. Tawaran menarik ESP masih berlangsung sepanjang Oktober ini iaitu Beli 6 Percuma 1. Anda mahu beli 6 sekaligus untuk dikongsi dengan kawan-kawan ?Atau nak beli 1 sahaja ? Hubungi saya.

Monday, October 22, 2012

Petua Mengurangkan Kedutan Dan Garis Halus



Orang kata nak tengok seseorang kita cantik atau tidak, cuba tengok cermin sebaik sahaja bangun dari tidur. Adakah kita dapat melihat dengan jelas garis-garis halus kat wajah walau kita tak tersenyum pun. Atau biarpun kita tersenyum tapi tak nampak pun garis-garis halus terutama disekitar mulut. Kat bawah ini ada petua mudah yang saya petik dari suratkhabar Utusan bertarikh 12 Oktober 2012.

Elak berjemur bawah matahari
Kajian pernah dijalankan oleh seorang doctor pembedahan plastic, Darrick Antell dari New York, Amerika Syarikat terhadap 2 orang beradik kembar seiras. Kembar yang kurang didedahkan kepada matahari kurang kedut berbanding kenbar yang gemar berjemur bawah amatahari
Jadi solusinya  menurut American Academy of Dermatologi (ADD), menyarankan agar perlunya meng gunakan krim pelindung matahri jika terpaksa terdedah di bawah matahari. Selain ia dapat mengurangkan risiko kanser kulit.

Jangan merokok.
Walau banyak kontroversi akan kebenarannya, tetapi semakin banyak kajian yang mengiakan kebenrannya. Kajian mendapati individu merokok cenderung memiliki kulit lebih berkedut dan 40 peatus lebih nipis berbanding mereka yang tidak merokok.

Tidur mencukupi
Ahli dermatologi dari Universiti Yale,AS, Nicholas Perricone berkata apabila tidak cukup tidur badan akan mengahasilkan cortisol, hormone yang merosakkan sel kulit. Rehat dengan cukup dan tubuh akan mengeluarkan lebih banyak hormone HGH yang membantu kulit kekal anjal dan kurang berkedut.
Jangan kerap mengeyitkan mata. ADD menyebut sebarang pergerakkan berulang-ulang pada otot wajah contohnya mengeyit mata akan membentuk alur di bawah permukaaan kulit. Alur ini lama-kelamaan akan membentuk kedut.

Makan lebih banyak ikan salmon
Ikan adalah sumber protein yang baik untuk mendapatkan kulit yang cantik. Selain ia mengandungi fatty asid yang dikenali sebagai omega-3 yang membantu menyuburkan kulit dan menjadikan kulit gebu dan nampak muda sekaligus mengurangkan kedut.
Gantikan kopi dengan koko. 
Kajian menunjukkan koko mengandungi dua bahan penting dalam diet iaitu epicatchin dan cateching yang tinggi. 2 bahan ini melindungi kulit daripada kerosakan, meningkatkan edaran darah, berkesan untuk hidrasi dan membuatkan kulit nampak licin.

Saya tambah hasil pembacaan dari Majalah Cleo keluaran Januari 2002

Tambahkan daging dan makanan laut
Ia juga bagus untuk memperbaiki  kulit kerana mengandungi selenium juga kaya dengan protein untuk memperbaiki dan menjana sistem memperbaharui kulit.

Garlic dapat membantu menentang jerawat.

Buah oren dan semua buah-buahan yang kaya vitamin C.
Sebab vitamin C penting untuk melindungi kolagen untuk menjaga keanjalan kulit anda dan akan buat ia lebih berseri. 

 Offer menarik beli 6 CANISTER ESP +PERCUMA 1 CANISTER ESP masih berjalan. Hubungi saya untuk mendapatkannya di talian 012-6816979 atau emailkan saja di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, October 19, 2012

Saya Ada Migrain


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Migrain. Sakit kepala yang amat sangat dan biasanya menyerang pada sebahagian kepala. Kadang-kadang sebelah kanan dan kadang-kadang sebelah kiri. Bila dah terlalu sakit kerapkali sampai termuntah baru rasa lega. Tapi migraine akan muncul kembali. Sesetengah orang akan diserang migrain sehingga 4 kali seminggu.

Suatu tika dahalu saya adalah orang yang kerap kena migraine. Terutama ketika zaman kampus. Cuaca panas sikit mulalah dating migraine. Balik training Taekwondo kena migraine. Balik berkawat kena migraine. Minum air berais kena migraine dan diikuti selsama. Begitu juga dengan makanan lain contohnya coklat. Sepanjang menghabiskan empat tahun pengajian di kampus kawan-kawan dah faham saya dan migrain tak dapat dipisahkan. Saya dan air berais harus dipisahkan . Sebab saya cuba mengelak sedaya mungkin menjauhkan dari perkara atau makanan yang akan menyebabkan kebarangkalian dari kena migrain.

Sesuatu yang saya bimbangkan adalah bagaimana bila menghadapi zaman pekerjaan nanti ? Bagaimana kalau kena migraine hamper setiap hari ? Ternyata telahan saya benar. Ketika hari pertama berada dalam dunia pekerjaan saya diserang migraine. Memang amat tertekan. Sudahlah serba serbi tak tahu, kepala pula buat hal.

Migrain yang berlarutan menyebabkan saya dan ubat tahan sakit tak boleh dipisahkan sehingga saya berkenalan dengan Shaklee ketika menyusukan bayi disebuah forum. Setelah mengamalkan beberapa jenis vitamin ini berterusan untuk beberapa bulan serangan migraine semakin berkurangan, walau sesekali masih ada serangan. Maklumlah penyakit datang macam ribut tapi mahu sembuh, macam semut. Tapi Alhamdulillah sekurang-kurang jarang kena migrain buat rasa lebih sihat, apalagi bila punya keluarga dan anak yang memang aktif ajak kita bermain itu ini.

Berada dalam dunia perniagaan bersama Shaklee saya mula mempelajari beberapa suplemen penting yang saya makan bukan sahaja untuk kesihatan dan kecantikan kulit, tapi untuk mengawal migraine. Antaranya
Ostematrix ini mengandungi kalsium yang berfungsi untuk mengawal degupan jantung sebab biasanya bila migrain menyerang degupan jantung menjadi terlalu cepat. Ia juga membantu saraf berfungsi dengan baik sebab bila migrain menyerang kita kerap rasa saraf jadi tegang. Kajian ke atas Magnesium dalam Ostematrix dikatakan dapat membantu mengurangkan frekuensi kesakitan migrain. Vitamin D dalam Ostematrix juga dapat membantu penyerapan kalsium, sebab kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh tertinggal sebagai batu dalam atau pundi kencing.

Vitamin B Complex yang mengandungi Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya

Jika anda punya baget lebih, apa kata tambahkan juga ESP selain Ostematrix dan vitamin B sebab ia membantu memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim yang kebiasaanya rosak akibat dari tekanan migrain dan ubat tahan sakit.

Selain itu bagi mereka yang kerap kena migraine saya kongsi petua mandi ini yang saya dapat dari senior ketika zaman study dulu. Mandi awal pagi kalau boleh sebelum Azan Subuh (bagi yang beragama Islam) dengan air sejuk. Kemudian siram air dari kaki ke kepala barulah ikut mana anda mahu bermandi. Mengikut ilmu aura dengan mulakan mandi dari kaki ke atas membantu membetulkan aura tubuh badan yang bercelaru. Selain dikatakan mampu mengurangkan risiko dari mengidap pelbagai jenis penyakit antaranya penyakit sendi dan petua awet muda. Tak salah mencuba! Kerana mencegah lebih baik dari merawat.

Jika anda dikalangan mereka yang menghidap migraine ingin mendapatkan konsaltansi atau membeli vitamin , hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, October 18, 2012

Gastrik : 10 benda yang perlu tahu !

Nota untuk mereka yang menghidap gastrik yang saya baca dalam Majalah Rapi 1 September 2012.
  • Waktu makan adalah perlu mengikut displin. Pastikan makan tengahari dan malam dengan nasi. Minum air suam bukan air manis atau air batu. Minum sesudah makan bukan berulam makan. 
  • Elak kopi, teh, minuman bergas, kordial dalam botol, oran dan air limau
  • Elakkan junk food atau jeruk-jeruk masam
  • Jika gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yis seperti roti, donat, pau dan sewaktu dengannya
  • Elakkan makan terlalu kenyang
  • Ekakkan cuka, makanan yang pedas
  • Kurangkan pengambilan ayam dan daging
  • Elakkan atau kurangkan makan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, cempedak/ nangka atau apa sahaja makanan yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa
  • Minum susu segar atau susu tepung penuh krim
Jika anda mahu membeli vitamin atau mendapatkan konsaltansi sila hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, October 17, 2012

Anda Bakal Pengantin 3 Bulan Lagi ?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 "Saya nak kahwin lagi 3 bulan, ada tak vitamin yang membantu menaikkan seri wajah dan bagus untuk pasangan pengantin?"


Jawapan :

Bagus amalkan Set B dan jika mampu tambahkan ESP. Protien penting untuk bina sel. Sel yang sihat akan membantu menyerap vitamin dengan sangat baik.
Dalam set B ada 4 jenis vitamin iaitu Vitalea, B com, Vitamin C dan Alfalfa. 3 yang utama adalah vitamin kesihatan optimum. Manakala Alfalfa bagus untuk kebersihan dalaman wanita, bebas dari keputihan serta bagus untuk suami isteri.
Amalkan sekurang-kurangnya 90 hari sebelum majlis persandingan, pasti kelihatan wajah berseri dan cerah.
Diinspirasikan dari : Norita Idris dari www.anakkuwiraku.com

Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, October 15, 2012

Menyusukan bayi buat badan jadi gemuk, benarkah ?


"Awak penyusukan anak, patut badan gemuk!"

Pernah dengar ayat di atas tak ? Saya percaya ramai ibu yang menyusukan anak biasa dengan ayat di atas. Hati mana yang tak gundah, bagai di siat-siat. Mengapa tiada perasaan si penuturnya. Benarkah menyusukan bayi buat ibu jadi gemuk ?

Saya tertarik nak kongsi isi penting dari satu penulisan berbentuk soal jawab dalam Akhbar Mingguan Malaysia 14 Oktober 2012 yang bertajuk Menyusukan Bayi Bantu Kuruskan Badan oleh Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain.

Menurut beliau secara asasnya menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari.

Penulisan tersebut juga menggariskan beberapa tip untuk ibu yang masih menyusukan bayi dan mahu menurunkan berat badan.
Tip pertama adalah minum air masak secukupnya. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya hanya minum setengah jam selepas makan.


Tip kedua adalah mengikut wasiat Rasullah SAW ketika makan iaitu :-
  • "Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang".
  • Begitu juga dengan mengunyah makanan sebanyak 44 kali kerana ia membantu mengurangkan beban penghadaman. Selain itu otak akan menerima isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat. Sebab kalau makan laju sangat, otak tidak semapt memberi memberi isyarat yang kita dah terlebih kenyang.
  • Kurangkan percakapan semasa makan untuk mengelakkan tidak perasan yang kita sudah terlebih makan.

Tip ketiga adalah setiap ibu juga memerlukan makanan seimbang, kerana menurut kajian, ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi.
  • Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim yang terbina daripada asid amino yang mencukupi untuk mencerna makanan.
  • Selain itu orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein juga membantu untuk kita merasa kenyang dalam jangkamasa panjang.
  • Selain dari protein, vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.
  • Ibu juga perlu mengurangkan makanan bergula. Sebab makanan bergula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Gula yang berlebihan akan menhyebakan seseorang mudah diserang diabetis.
  • Begitu juga dengan makanan rapu pula bukan sahaja mengandungi kandungan garam yang tinggi yang boleh mengudang hipertensi atau darah tinggi ia juga akan menyebabkan nafsu makan sukar dikawal.

Tip keempat adalah perlunya aktiviti fizikal juga perlu bagi seorang ibu, paling mudah berjalan kaki lebih jauh untuk sampai kesesuatu tempat. Sambil berjalan hayunkan tangan, buat kerja rumah, lebih banyak gunakan tangga daripada lif.

Tip Kelima, adalah perlu ada kesabaran kerana ibu yang menyusukan dan mahu mengurangkan berat badan perlu memasti penurunan berat badan yang tidak terlalu drastik iaitu lebih kurang 2kg sebulan. Diet yang drastik apatah lagi mengambil produk pelangsingan adalah kurang digalakan kerana dikhuatiri akan menjejaskn pengeluaran susuibu dan membahayakan bayi.

**********************************************************
Bila saya baca artikel di atas semalam, saya teringat dulu apa saya buat untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Memang benar, makanan seimbang amat membantu untuk mengurangkan berat badan. 

Sekadar berkongsi sedikit pengalaman, ketika akhir kehamilan dulu berat badan hampir mencecah 80kg. Selepas bersalin saya cuma berjaya turunkan 10kg sahaja. Bagaimana nak buang yang lebih-lebih lagi tu ? Macamana nak dapatkan berat 55kg atau paling tidak 57kg sesuai dengan ketinggian saya?

Mungkin cara saya ini dapat beri idea dan membantu ibu-ibu lain. Benda pertama yang saya buat adalah saya 'cut' semua minuman manis, setiap hari hanya minum air kosong sahaja, kecuali ESP, PD dan Shaklee Mealshake (itu kan tak manis!) selain suplemen asas. Saya juga 'cut' makanan kegemaran saya iaitu roti canai. Oleh kerana masih menyusukan bayi, nasi masih saya makan macam biasa, cuma tak ada istilah 'nasi tambah'.

'Bersenam' yang memang setiap hari saya buat adalah turun tangga naik tangga, dan cuba untuk main skipping setiap hari (tapi selalu tak sempat) hanya dapat buat 3-4 kali seminggu. Serius, hanya itu cara pemakanan dan senaman yang saya buat, selepas sebulan berat turun 2kg. Dan akhirnya dapat berat badan 57kg bila bayi genap umur setahun. (Masih berharap untuk dapat 55kg). Tapi sekarang saya seronok berbasikal atau ber'jogging' sebab bayi saya dah jadi kanak-kanak dan jadi teman saya beriadah jika saya tidak ke pejabat.

Sebagai permulaan pendapat saya jika sukar mahu meninggalkan minuman manis, kita cuba kurangkan pengambilan. contohnya kalau minum dikedai, boleh cuba minum separuh gelas. Nampak macam membazir, tapi itu lebih baik demi kesihatan kita. Atau mungkin boleh berkongsi kot dengan kawan-kawan. Begitu juga dengan makanan kegemaran kita contohnya kek, aiskrim. Itu cara kawal pemakanan paling mudah, pada saya. Saya tak galakan ibu yang menyusukan bayi 'cut' makan nasi dan sebagainya, cuma berpada-pada. Dan tidak menjadikan alasan menyusukan bayi boleh bantai 2-3 pinggan nasi sekali makan.

Jika anda perlukan vitamin, atau mahu membeli ESP yang sedang offer ini, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, October 12, 2012

Terima kasih

Terima kasih kepada pembeli melalui blog ini. mudah-mudahan anda akan mendapat kesihatan yang baik sesuai dengan wang yang dilaburkan.

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, October 11, 2012

Bagaimana Cara Dan Apa Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee
Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM700) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan uru
san pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 819447 [sila masukkan ID kita] sebagai sponsor/upline.

Yuran keahlian Shaklee
Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee
Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?
Benar, tak perlu maintain point atau wajib membuat ada pembelian.

Apa kelebihan menjadi ahli?
1) Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.

2) Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.

3) Jika berminat untuk berbiz, ada kelas tertutup disediakan oleh saya melalui blog / fb tertutup khas untuk ini.

4) Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).


Anda berminat? Boleh emailkan kepada saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau telefon saya di nombor 012-6816979 bagi membolehkan anda didaftarkan dalam kumpulan kami. 

Wednesday, October 10, 2012

Kemaruk Pada Makanan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kemaruk untuk makan, food craving dalam Bahasa Inggeris, dalam bahasa perubatan disebut pica atau mengidam dikalangan ibu hamil merujuk kepada perbuatan seseorang yang punya perasaan memuncak terhadap makanan walaupun tidak lapar sebenarnya.

Melalui 2 artikel dibawah menyatakan bahawa salah satu punca kemaruk makan ini disebabkan oleh keperluan nutrisi tubuh yang tidak mencukupi. Jika kurang potassium kita nak makan pisang dan kerepek kentang.

Tapi jika seseorang itu yang memang obes tetapi amat menyukai makanan manis berkarbohidrat tinggi adakah dia juga bermakna kekurangan karbohidrat ? Menurut Doktor Rushimini Maris bt Ismail iaitu seorang doktor estetik dalam Majalah Wanita 28 Oktober - 3 Novembet 2011 ia disebabkan kegagalan fungsi hormon atau kerosakan signal hormon tubuh. Terdapat dua jenis hormon yang mengawal paras gula dalam darah iaitu hormon insulin dan glukargon. Kedua-dua hormon ini saling berinteraksi antara satu sama lain bagi memastikan paras gula dalam darah stabil.

Hormon insulin ini akan keluar dengan banyak apabila paras gula tinggi selepas makan bagi membolehkan gula digunakan dalam sel sebagai tenaga. Ia bertindak sebagai pintu masuk gula dalam sel. Tanpa insulin gula hanya kekal dalam darah dan tidak dapat masuk dalam sel jika terus tak dapat masuk seseorang akan menghidap diabetis

Hormon insulin ini yang keluar dikenalpasti oleh sel tubuh dan sel-sel ini akan membuka pintunya bagi membolehkan glukosa diambil dari sel. Apabila hormon insulin rosak akibat keluar terlalu banyak, maka sel menjadi tidak sensitif kepadanya, ini menyebabkan insulin keluar dari tubuh dan wujud fenomena gula terlalu rendah dalam darah. Akibatnya jika gula sering turun naik secara mendadak kita akan rasa letih dan keinginan untuk makan manis akan memuncak. Itu yang digelar kemaruk makan.

Melalui artikal berkenaan Dr. Rusmini memberikan 2 cara mengawal kemaruk makan agar ia tidak merubah menjadi penyakit yang ditakuti. Cara pertama yang disarankan adalah minum air masak dengan banyak selepas mengambil minuman manis. Sebab air masak akan melarutkan kepekatan gula dan mendorong kepada kurangnya rembesan insulin berlaku.

Cara kedua adalah dengan pengambilan protein berkualiti boleh mengurangkan masalah ini
Sebab protein berkualiti dapat membantu meningkatkan paras glukargon dalam darah ia membolehkan glukargon menukarkan lemak kepada gula dan digunakan sebagai tenaga.

Satu lagi artikal yang saya jumpa mengenai kemaruk pada makanan adalah dalam majalah Rapi keluaran 1 September 2012. Saya kongsi isi kandungan artikal berkenaan. Rasa lapar itu datang dari perut, ketika kita memerlukan tenaga perut akan mengirim ghrelin (hormon lapar) ke hipotolamus(pusat arahan di otak untuk metabolisme hasilnya kita akan tercari-cari makanan apabila lapar.

Ketagihan pada makanan berlaku apabila kita terlihat atau terbau makanan lalu otak kita mula berinteraksi dan zat-zat kimia seperti dopamine dan serotonin mengiakan. Maka selera untuk makan dan makan telah memenuhi otak. Lalu kita rasa ingin makan dan makan lagi walau perut tidak memberi isyarat lapar.

Melalui artikal ini turut disertakan cara menangani kemaruk makan ini, saya sertakan 4 cara mengatasinya. Pertama dengan mengurangkan makanan manis, samada menggantikan makanan manis kepada makanan yang tidak manis atau mengurangkan saiz makanan manis berkenaan. Jika lidah sudah terbiasa dengan makanan tidak manis lama kelamaan makanan manis sudah tidak menarik perhatian lagi.

Kedua, lakukan aktiviti yang sihat contohnya bersenam, kerana ia dapat mengubah biokimia badan dalam membantu memperbaiki ketidakseimbangan psikologi yang mengarah kepada ketagihan makanan.

Ketiga, mengurangkan minuman berkafein, kerana ia adalah stimulasi semulajadi yang mempengaruhi pengeluaran hormon dopamine yang boleh mendorong kegemukan.

Keempat, sentiasa memastikan perut tidak terlalu lapar walau sedang berdiet, kerana jika diet dilakukan secara berlebihan seseorang itu akan makan berlebihan pada suatu masa yang lain.

Kelima, mengurangkan rasa stress bila dilanda masalah, kerana bila seseorang itu mengalami stress, otak memerlukan zat yang memberikan rasa tenang dan nyaman dengan cepat. Contohnya jika wanita berada dalam keadaan tertekan, maka coklat akan menjadi teman sejati. Kalau setakat makan satu atau dua petak tiada masalah, tetapi jika telan satu papan coklat ?

Keenam satu lagi cara pada saya agak menarik juga untuk dikongsi iaitu dengan mengurangkan makanan pedas. Sebab gabungan makanan yang punya rasa pedas dan digabungkan dengan lemak dan kalori tinggi memberoi ancaman lain. Menurut Profesor John Prescott dari Australia's National Research Organization mengatakan makan pedas dapat merangsang hormon dopamine yang mendorong kepada ketagihan makanan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi mereka yang beragama Islam, Rasullah SAW sendiri telah mengajar umatnya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang kerana perut adalah rumah penyakit.

Jika kita merasakan ada nutrisi zat yang kurang dari pemakanan kita yang menyebabkan kemaruk makan, mungkin pengambilan suplemen boleh difikirkan. Salah satunya adalah dari Family Wellness Programme atau Program Kesejahteraan Shaklee yang memberikan nutrien yang diperlukan lagi berkhasiat untuk seisi keluarga. Ia adalah suplemen asas bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan. Malah ia boleh dikongsi oleh siisi keluarga dari kanak-kanak sampai ke usia warga emas. Ia juga mengandungi protein atau ESP berkualiti protein berkualiti dapat membantu meningkatkan paras glukargon dalam darah ia membolehkan glukargon menukarkan lemak kepada gula dan digunakan sebagai tenaga.

Paling penting, hanya kita yang tahu tentang diri kita apa sebab kita kemaruk makan tu. Adakah kerana kita kekurangan nutrisi tertentu atau memang pantang tengok makanan apabila lapar. Sebab kita sendiri tahu tentang risiko jika kita meneruskan kemaruk makan itu pada kesihatan pada jangkamasa panjang atau pendek.

Bagaimana mahu berubah ?

Jika anda rasa anda memerlukan suplemen, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, October 8, 2012

Tanda-Tanda Tubuh Anda Kekurangan Protein


Adakah anda mengalami simptom-simptom berikut :
# Kulit wajah yang kusam?
# Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
# Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
# Rambut sering gugur?
# Lemah dan tidak bertenaga?

Risiko Kekurangan Protein (umumnya):
# Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
# Kidney disease (penyakit buah pinggang)
# Liver (penyakit hati)
# High Cholesterol (kolesterol tinggi)
# Low blood pressure (tekanan darah rendah)
# Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
# Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
# Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
# Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
# Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
# Poor vision (Penglihatan kurang baik)
# Irritability (Badan menggeletar)
# Fatigue (Letih lesu)
# Weakness (Lemah)
# Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
# Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
# Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

Hanya kita yang tahu diri kita. Jika berminat nak dapatkan ESP promo bulan ni, sila hubungi saya.

Nama : Noor Azrinna Palil
Email : noorazrinnapalil@yahoo.com.my
No tel : 012-6816979

Friday, October 5, 2012

Order Hari Ini Esok Boleh Sampai Tak ?

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membeli Shaklee dari saya. Mudah-mudahan anda mendapat manfaat dari segi kesihatan sesuai dengan wang yang dilaburkan.
Satu benda yang selalu orang bertanya, kalau order hari ini boleh dapat esok tak. Ada beberapa factor yang akan mentukan samada anda akan dapat barang yang dipesan esok atau tidak. Pertama sekali waktu bekerja saya, walau saya bekerja fleksibel iaitu tidak setiap hari dipejabat tetapi sekiranya anda memesan barangan yang tidak ada dalam simpanan saya ketika saya  sedang bekerja maka memang tiada penghantaran akan dilakukan pada hari tersebut kecuali anda memesan dan memasukan duit pada awal pagi sebelum saya ke pejabat. Maka soalan boleh sampai esok tak ? memang anda tidak akan dapat pada keesokan harinya.
Faktor kedua adalah bukan dalam kawalan saya. Kadang-kadang hingga seminggu barang yang dipesan tidak sampai ke tangan pelanggan walau koordinat pelanggan hanya disekitar Kuala Lumpur sahaja. Sampai saya sendiri naik hairan bin ajaib sebab dekat tapi jauh. LOL. Tapi bila dah menghadapi benda yang sama berulangkali maka tahu menanganinya bagaimana.
Walaubagaimanapun doa saya agar barang yang dipesan sampai secepat yang boleh dan dalam keadaan selamat tiba ditangan pelanggan. Dan saya percaya jika barang tiba lambat tidak seperti yang diduga ada pelajaran yang saya boleh ambil. Bukankah dalam kehidupan ini ada sesuatu benda baru yang akan kita pelajari walau kecil sahaja bendanya tapi akan kita ingat pada masa-masa mendatang.
Bagi anda yang mahu menyertai anggota keluarga Shaklee saya, adalah di alu-alukan. Hubungi aya ditalian yang tertera atau emailkan sahaja pertanyaan anda bagaimana mahu menjadi keluarga Shaklee . Hanya RM75 untuk pendaftaran seumur hidup atau membeli barang sekitar RM650. Mana yang sesuai dengan anda. Jika anda ada kawan-kawan yang sama berminat untuk membeli Shaklee ada baiknya sertai Shaklee dengan cara ke 2 tu, tapi bukan bermakna anda membeli banyak-banyak lalu disimpan dibawah katil.
Ketika saya menulis entry ini sambil menulis minum secawan ESP suam. Iyelah pagi-pagi adalah lebih sedap menikmati secawan ESP suam bukan ? Untuk setiap hidangan ESP mengandungi 14gram protein soya yang bukan GMO. Apaitu GMO ? Ia adalah organism tidak diubahsuai secara genetic dengan DNA asing menggunakan kaedah bioteknologi yang menyebabkan organisma itu tidak hidup secara semulajadi. Mengapa mesti bukan GMO ? Salah satu sebab mengapa GMO dilakukan tentulah bagi memastikan kacang soya kebal dari serangga perosak. Biasa tak kita dengar jika mahu membeli sayuran yang sihat untuk badan, kita perlu memilih sayur yang berlubang-lubang sebab dimakan ulat. Jadi jika makanan yang kita makan tiada serangan serangga, maka jadi apa dengan badan kita ?
Sempena tawaran menarik dari Shaklee pada Oktober 2012 ini iaitu beli 6 canister percuma 1 ambil peluang ini untuk membeli. Mungkin anda pakat-pakat dengan kawan sebelah kanan meja anda, kiri meja anda untuk share. Bagi yang selalu baca tentang ESP inilah masa untuk mencuba kebaikkannya.
Bagi yang tinggal separuh ESP mungkin inilah masa yang sesuai untuk membeli buat stok bulan depan. Walau nampak banyak kena beli tapi ada cara lain yang anda boleh beli sempena tawaran menarik ini yang bukan selalu datang. Hubungi saya untuk mengetahui.
Saya untuk dihubungi ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my untuk mengetahui lebih lanjut. Apa tunggu lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...