Wednesday, September 19, 2012

Tambah Serat Untuk Cegah Penyakit ?


Sekadar berkongsi tentang apa yang saya baca mengenai tajuk di atas dari akhbar metro 13 sempember 2012. Menurut Panduan Diet Malaysia (MDG) dan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) menyarankan pengambilan 20g – 30g serat daripada diet setiap hari untuk mengekalkan kesihatan dan mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik yang berkaitan diet seperti kanser,diabetis dan penyakit jantung.

Menurut artikal itu, kebaikan diet berserat tinggi  dapat membantu melancarkan proses penghadaman di usus besar. Serat membantu mengurangkan sembelit dengan melancarkan proses penghadaman di usus besar dan ia dapat mengurangkan risiko kanser kolon.

Selain itu ia dapat merendahkan paras kolestrol. Serat seperti Beta-Glucan (terdapat pada oat dan sesetengah roti bijirin penuh) membantu menurunkan paras kolestrol terutama kolestrol ‘jahat’. Paras kolestrol yang rendah membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Serat juga dapat membantu menstabilkan paras gukosa darah. Makanan yang tinggi kandungan serat tidak larut dapat membantu melambatkan proses penyerapan gukosa dalam usus kecil, seterusnya menstabilkan paras glukosa darah. Paras kolestrol yang stabil dalam badan akan membantu mengurangkan risiko Diabetis Jenis 2.

Makanan berserat juga dapat membantu dalam pengurusan berat badan. Diet yang berserat tinggi membantu kita untuk rasa cepat kenyang selain kenyang lebih lama di samping mengelakkan kita makan dengan lebih banyak. Selain itu kebiasaannya makanan berserat tinggi mempunyai kalori yang lebih rendah.

Contoh makanan berserat tinggi seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh serta produk bijirin penuh seperti roti bijirin penuh.

Jika anda mahu mencuba vitamin saya boleh dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...