Tuesday, September 11, 2012

Pentingnya Jaga Kesihatan Mulut

Bila sebut jaga kesihatan, secara automatik dalam fikiran kita terbayang  mengamalkan pengambilan makanan seimbang, bersenam, kurangkan rasa stress, jaga kebersihan diri. Apa yang termasuk dalam word "jaga kebersihan diri" tu ? Bersihkan diri selalu, memakai pakaian yang bersih dan sebagainya. Bagaimana dengan menjaga kebersihan gigi ? Ramai tak antara kita ambil peduli ? Berapa kali gosok gigi sehari ? Sebelum tidur sempatkah gosok gigi?

Gigi yang rosak boleh jadi penyebab penyakit kronik. Saya petik dari sebuah petikan artikel dari surat khabar tak ingat surat khabar apa tapi saya selitkan petikan ini dalam blog peribadi di http://memoirrienn.blogspot.com

Penyelidik juga berpendapat bahawa periodontitis (keradangan gusi) mempunyai kaitan dengan penyakit sistemik seperti penyakit kardiovaskular, strok, diabetes dan pneumonia.
Menurut Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Datuk Doktor How Kim Chuan, kebanyakan penyakit kronik dan berbahaya boleh berpunca daripada masalah kuman yang membiak di dalam mulut.

Mengapa boleh berlaku ? Contohnya bila kita sakit gigi yang tidak dirawat, kuman yang bersarang pada gigi yang berlubang boleh menembusi saluran darah dan berkumpul di jantung maka mudah untuk kita mendapat sakit jantung. 

Selain itu, gigi yang rosak teruk juga boleh mengganggu sistem imun tubuh. Ini kerana sistem imun yang rosak akibat serangan berterusan akan merembeskan protein, cytohines. Ini menyebabkan kerosakan sel pankreas yang menghasilkan insulin, hormon yang menyebabkan serangan diabetis.

Maka, jagalah kesihatan gigi juga sebagai amalan kesihatan.

Mahu cuba vitamin ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...