Wednesday, September 12, 2012

Pengajaran Disebalik Telefon Rosak

Pada hujung minggu yang sudah tiba-tiba telefon saya tidak berfungsi. Lalu saya bawa ke kedai telefon dengan harapan dan penuh keyakinan dalam hati ia masih boleh diperbaiki. Bila tauke kedai telefon tu buka bateri dan masukan bateri baru, ternyata ia berfungsi kembali. Maka kos menukar bateri baru hanya RM25 sahaja.

Alhamdulillah!

Biarpun hanya kisah telefon, satu yang saya belajar ialah menanamkan sepenuh keyakinan tanpa teragak-agak dan doa yang lahir dari hati dan fikiran bahawa telefon itu masih boleh dibaiki tanpa perlu menukar telefon baru, kerana tidak berhajat untuk menukar telefon buat masa ini.

Begitu juga dalam setiap apa yang kita mahukan. Jika kita sakit, yakinlah dan berdoalah agar disembuhkan. Jika kita ibu yang menyusukan yakin dan berdoalah agar perjalanan itu mudah.
 
Kesimpulannya, dalam setiap apa yang kita mahukan perlukan keyakinan dan doa yang lahir dari mulut dan hati. Biar seiring.

Saya untuk dihubungi di  012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...