Wednesday, September 5, 2012

Mengawal Stress Melalui Makanan

Apa kita buat bila stress selanda ? Tak lain tak bukan adalah dengan MAKAN dan MAKAN. Betul atau salah ? JAWAPANNYA betul dan salah. Salah jika kita mengambil makanan yang kaya dengan gula, masin dan berlemak. Ramai yang tahu apa kesan mengambil 3jenis makanan di atas secara berlebihan. Betul kerana stress akan mengundang kerap rasa lapar kerana ia mempercepatkan proses kehilangan tenaga dan daya tumpuan dan kita memilih untuk makan walau masih rasa kenyang, jadi pilihan makanan yang tepat mampu mengawal stress.

Saya tertarik dengan tips daripada Per Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) untuk mengawal stress melalui pemakanan yang di ambil.

Makanan yang mengandungi banyak vitamin C. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C dapat membantu menurunkan kadar hormon penyebab stress yang dihasilkan oleh otak. Vitamin C banyak terkandung dalam buah-buahan seperti limau, jambu batu dan sebagainya.

Buah-buahan bukan sahaja mengandungi  vitamin C tapi ia juga seperti sayuran-sayuran yang mengandungi kandungan serat yang tinggi untuk rasa kenyang yang lebih lama.

Serat yang terkandung dalam makanan dari keluarga karbohidrat kompleks juga membantu mengawal stress kerana ia akan menggalakkan pengeluaran hormon serotonin yang buat kita rasa tenang. Makanan dalam keluarga ini adalah oatmeal, sandwich roti gandum, biskut gandum dan kekacang.

Selain itu menikmati teh panas apatah lagi yang dicampur vanilla atau pudina telah terbukti dalam beberapa kajian dibarat dapat membantu anda mengatasi kecemasan dan meningkatkan daya tumpuan. Walaubagaimanapun teh tersebut mestilah kurang gula.

Selain dari tip PKPKL ini, senaman juga dapat membantu menangani stress kerana ia membantu meningkatkan perasaan menghargai diri sendiri dan menjadikan seseorang itu leih positif dan tenang dalam apa jua masalah yang mendatang.

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita digalakkan menunaikan solat sunat, mengaji, berzikir bukan hanya ketika stress tapi jadikan ia sebagai amalan seharian dalam mendepani kehidupan.

Mahu daptkan vitamin ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...