Tuesday, September 18, 2012

Apa Yang Kita Doakan Setiap Hari ?

Saya tertarik dengan doa untuk kesihatan yang selalu kita baca dalam solat iaitu dalam bacaan duduk antara dua sujud begitu juga dalam Doa Qunut. Teringat kata seorang ustaz ketika zaman sekolah dulu, mengapa doa Qunut di baca pada Solat Subuh, sebab tidur malam yang panjang kadang-kadang buat kita rasa letih, selain pada awal hari kita perlukan doa khusus supaya lebih bersemangat untuk memulakan hari baru.

Dalam satu hadiis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang bermaksud: "Seorang Arab Badwi datang kepada Rasullah S.A.W lalu dia bertanya, "Apakah yang baik aku minta kepada Allah selepas selesai solat 5 waktu?"
Rasullah menjawab
"Mintalah kesihatan" 
Lalu orang Arab Badwi itu mengulangi soalannya,
Rasullah menjawab "Mintalah kesihatan". 
Orang Arab Badwi mengulangi soalan.
Lalu Rasullah menjawab "Mintalah kesihatan di dunia dan di akhirat"

Adalah tak munasah jika kita berdoa untuk murah rezeki tetapi malas bekerja begitu juga jika kita berdoa untuk sihat tapi malas untuk menjaga kesihatan. Sesungguhnya kesihatan itu satu anugerah tak ternilai sehingga ia akan ditanya dan dipersoalkan oleh Allah pada hari kemudian. Jadi kita sebagai manusia perlu berusaha menjaga kesihatan, kemudian barulah bertawakal dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik.

Waallahualam.
 
Jika anda mahu membeli suplemen hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...