Saturday, September 29, 2012

Vivix

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Saya share hasil ubahsuai dari penulisan asal dari MommyLyna dalam  http://vitaminsemulajadi.com/khasiat-vivix-shaklee-untuk-lambatkan-penuaan-sel/ mengenai menuaan sel.
Penuaan pada hari ini lebih digambarkan kepada penuaan sel. Jadi usia tidak lagi digambarkan sebagai tua. Sebab pada hari ini orang-orang muda pun dah macam orang tua bukan sahaja dari segi paras rupa  tapi kesihatan yang macam-macam.

Sebab apa penuaan sel berlaku ?
  • Sel yang mengalami penuaan ialah sel yang mula rosak kerana perkara2 seperti stress, diet yang malnutrisi (samada kurang atau terlebih!) dan toksin dari alam sekitar kira.
  • Kajian menunjukkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi meningkatkan tekanan biologi sekaligus menjadi salah satu faktor penuaan sel.
  • Tahukah anda bahawa semakin kita meningkat usia, bilangan dan fungsi mitochondria, yakni ‘kilang penghasilan tenaga’ dalam sel kita semakin menurun, menyebabkan tenaga sel semakin berkurangan. Ia menjadikan metabolisma kita semakin menurun.
  • Dan setiap hari, sel-sel tubuh kita diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang merosakkan DNA sel kita. Kerosakan sel juga boleh disebabkan oleh pengumpulan AGE (aadvance glycation end products) yakni hasil tindakbalas sel protein dengan gula.
  • Badan kita secara semulajadi menghasilkan radikal bebas, yakni ekzos dari tindakan metabolisma sel. dan tubuh kita juga ada antioksidan semulajadi. Namun disebabkan perkara2 di atas, badan kita dah tak cukup antioksidan semulajadinya bagi melawan radikal bebas yang merosakkan sel.
Oleh itu badan kita memerlukan lebih antioksida untuk melawan radikal bebas.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salah satu produk Shaklee yang berfungsi untuk membantu radikal bebas ini adalah Vivix. Keistimewaannya ia mengandungi  resevratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang telah menunjukkan 10 kali lebih berkesan dari pengambilan resevratrol semata-mata.

Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi!

Apa itu resevratrol ? Resveratrol adalah sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebt terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya. http://vitaminsemulajadi.com/resveratrol-vs-kanser-dan-penyakit-lain/

Apa lagi keistimewaan Vivix ?
  • - Ia adalah natural – tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa dan pengawet.
  • - Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali dari resevratrol semata2 dalam    memperlahankan penuaan sel.
  • - Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi
  • - Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee.
Mungkin ini produk yang sesuai untuk anda hadiahkan kepada ibu bapa, suami atau isteri anda. Walaubagaimanapun ia tidak boleh diambil oleh ibu yang hamil atau menyusukan bayi.

Anda berminat ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, September 28, 2012

Dunia Di Hujung Jari

Dunia di hujung jari. Sebab dengan satu 'klik' maka kita boleh sampai ke seluruh dunia walau pada hakikatnya kita sedang duduk di pejabat atau dirumah sambil membebel kat anak. Itulah hasil ciptaan teknologi internet. Dengan hujung jari juga kita boleh membeli belah. Apa sahaja. Saya juga antara mereka suka membeli belah di hujung jari. Paling kerap saya beli secara on-line di beli adalah buku.

Pembelian vitamin juga boleh dilakukan dengan hujung jari sahaja. Malah bagi yang punya kad kredit juga boleh membeli vitamin. Caranya dengan emailkan pada saya,
Nama:
No. telefon :
No. kad kredit :
Tarikh luput kad kredit :

Selebihnya pihak Shaklee sendiri yang akan menghubungi anda untuk pengesahan dan sebagainya. Begitu juga konsaltansi sebelum dan selepas pembelian vitamin semua mudah dengan adanya teknologi dihujung jari.
 
Akhir kalam, mudah-mudahan anda mendapat manfaat untuk jangkamasa panjang hasil pelaburan anda membeli vitamin, kerana kos mencegah adalah lebih baik dari kos mengubati.

Anda mahu beli vitamin ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau emailkan di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, September 27, 2012

Mana Yang Sesuai Untuk Anda ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
Mesti ada yang tertanya-tanya vitamin manakah yang sesuai untuk diri anda. Harapan saya list di bawah ini dapat membantu anda membuat pilihan.

Set A (Optimum)* – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.

Set B (Breastfeeding)* – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu).  Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.

Set B1* – set B1 adalah  set penyusuan namun ia mengandungi 330 biji alfalfa (biasa ialah 60 biji sahaja).

Set C (confinement)* – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.

Set C+Milk Booster *– set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan.

Set D (skincare)* – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.

Set E (breastfeeding & bones) *– set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium.

Set F (feminin)* – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.

Set G (5 serangkai)* - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.

Set H (immune booster) *– khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.

Set J1* – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.

Set J2* – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.

Triple M set *- set E+Energizing Soy Protein (ESP) sebagai set penyusuan optimum untuk memberikan kesihatan menyeluruh kepada ibu menyusu.

Kredit untuk Mommy Lyna 

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, September 25, 2012

KEPERLUAN ZAT PEMAKANAN & VITAMIN TAMBAHAN KETIKA HAMIL

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya kongsi dari artikel  Majalah Wanita keluaran September 2007 yang bertajuk Keperluan Zat Pemakanan dan Vitamin Tambahan Ketika Hamil. Keperluan ini meliputi :-

Karbohidrat yang berfungsi memberi tenaga. Apabila karbohidrat dicerna ia akan bertukar menjadi gula dalam darah. Gula akan dipecahkan menjadi molekul gula ringkas iaitu glukosa yang merupakan sumber utama kalori dalam tubuh manusia.
Sumber utama : Nasi, roti

Protein berfungsi untuk membina tubuh. Ia penting bagi pembentukan bayi.
Sumber utama : Susu, telur, kekacang, ikan dan daging.

Vitamin C
a) Meningkatkan penyerapan zat besi bagi pembentukan darah bayi dan ibu
b) Meningkatkan penyerapan asid folik dalam usus
c) Mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi semasa hamil
d) Meningkatkan paras antibodi dalam sistem imuniti
e) Mencantikkan kulit
f) Menambah jalinan kologen pada kulit
g) Mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan atau mengelakkan pembentukan kedutan.
h) Bersifat antioksida membantu mengurangkan serangan radikal bebas
Sumber utama : oren, brokoli, capsicum, tomata, bayam

Vitamin B6 membantu proses penghadaman dan pemecahan protein sekali gus membantu dalam membina tubuh. Dikatakan membantu mengurangkan loya da muntah dikalangan ibu hamil

Asid folik ini perlu di ambil setiap hari dan digabungkan ddengan vitamin C dan B12 bagi meningkatkan penyerapannya. Doktor akan mengesyorkan sekurang-kurangnya 600microgram asid folik.
Sumber utama : roti, ayam, hati, kekacang, buah-buahan.

Vitamin B2 fungsi pentingnya untuk mengeluarkan tenaga dari protein, lemak dan karbohidrat. Tanpanya pemecahan makanan dan penghasilan tenaga tidak akan terhasil. Ia dikatakan boleh membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi ketika hamil. Ia juga berperanan mengekalkan keadaan mata, kulit rambut dan kuku yang sihat.
Sumber utama : Hati, susu, telur, kacang badam, cendawan, kacang soya, susu dan badam

Kalsium fungsi pentingnya bagi pengecutan jantung, otot, fungsi saraf, pembekuan darah dan ia membantu meningkatkan kesan tindakan enzim dalam badan. Tulang manusia merupakan pusat himpunan kalsium dan kekurangan kalsium dalam darah akan menyebabkan kerapuhan tulang. Sekiranya ibu hamil tidak mengambil kalsium yang cukup bayi yang dikandung pasti akan menghadapi masalah pembentukan gigi dan tulang apabila dewasa nanti.
Sumber utama : susu, keju, sayuran berdaun, kacang peas dan ikan sardin

Formula Lain adalah makanan tambahan semulajadi tentulah lebih tinggi nilainya berbanding makanan yang diproses. Tetapi pengambilan makanan ini seringkali tidak mencukupi dengan keperluan sewaktu hamil. Jadi dengan adanya pil vitamin ia membantu ibu hamil mendapat zat makanan yang secekupnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Shaklee juga mempunyai suplemen untuk ibu hamil bagi mengisi apa yang kurang dari makanan harian ibu. Ia terdiri daripada :-

B Complex yang terdiri daripada lapan vitamin B beserta Folic Acid dan Biotin.

Vitamin C ia berbentuk sustained release atau pelepasan masa iaitu ia akan release sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Ia juga tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan kerana ianya tidak mendatangkan kesan yang baik untuk tubuh kita. bersifat sustanse yang akan 'lepas' ke dalam tubuh ketika diperlukan.

Multivitamin (Vitalea) Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian.

Kalsium (Ostematrix) Tidak mengandungi lemak dan ia sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.

Energizing Soy Protein (ESP)
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.


Mahu mencuba ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Friday, September 21, 2012

Mengatasi Hidung Tersumbat Ketika Selsema

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sekarang ni ramai betul kena batuk dan selsema. Dua penyakit dalam satu pakej. Bila kena salah satu, maka satu lagi akan menyusul. Biasa kalau selsema paling tak seronok bila hidung tersumbat. Biasa bernafas ikut hidung bila dah hidung tersumbat kena bernafas ikut mulut. Arghhh serba tak kena bukan ?

Sekitar pengalaman saya, bila selsema ambil sepeket Nutriferon selepas sarapan pagi dan pengambilan air masak yang secukupnya membantu mengurangkan masalah hidung tersumbat ketika selsema selain mempercepatkan tempoh selsema berkenaan. Jadi walaupun kena selsema hidung 'rasa nyaman' dan memudahkan kita untuk menghembus keluar hingus. Tetapi pada hari-hari anda sihat cukuplah ambil Nutriferon seminggu sekali. Walaupun bayi dan kanak-kanak tidak boleh ambil, tetapi ibu yang menyusukan boleh ambil.

Apa itu Nutriferon ? Saya ambil dari laman web Shaklee di http://www.shaklee.com.my/bm/prodview_body.asp?prodcode=10250
Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

Nanti saya sambung tentang kisah Nutriferon ini di lain entry.


Jika anda berminat sila hubungi saya di noorazrinnapalil@yahoo.com.my atau di nombor telefon 012-6816979

Wednesday, September 19, 2012

Tambah Serat Untuk Cegah Penyakit ?


Sekadar berkongsi tentang apa yang saya baca mengenai tajuk di atas dari akhbar metro 13 sempember 2012. Menurut Panduan Diet Malaysia (MDG) dan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) menyarankan pengambilan 20g – 30g serat daripada diet setiap hari untuk mengekalkan kesihatan dan mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik yang berkaitan diet seperti kanser,diabetis dan penyakit jantung.

Menurut artikal itu, kebaikan diet berserat tinggi  dapat membantu melancarkan proses penghadaman di usus besar. Serat membantu mengurangkan sembelit dengan melancarkan proses penghadaman di usus besar dan ia dapat mengurangkan risiko kanser kolon.

Selain itu ia dapat merendahkan paras kolestrol. Serat seperti Beta-Glucan (terdapat pada oat dan sesetengah roti bijirin penuh) membantu menurunkan paras kolestrol terutama kolestrol ‘jahat’. Paras kolestrol yang rendah membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Serat juga dapat membantu menstabilkan paras gukosa darah. Makanan yang tinggi kandungan serat tidak larut dapat membantu melambatkan proses penyerapan gukosa dalam usus kecil, seterusnya menstabilkan paras glukosa darah. Paras kolestrol yang stabil dalam badan akan membantu mengurangkan risiko Diabetis Jenis 2.

Makanan berserat juga dapat membantu dalam pengurusan berat badan. Diet yang berserat tinggi membantu kita untuk rasa cepat kenyang selain kenyang lebih lama di samping mengelakkan kita makan dengan lebih banyak. Selain itu kebiasaannya makanan berserat tinggi mempunyai kalori yang lebih rendah.

Contoh makanan berserat tinggi seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh serta produk bijirin penuh seperti roti bijirin penuh.

Jika anda mahu mencuba vitamin saya boleh dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, September 18, 2012

Apa Yang Kita Doakan Setiap Hari ?

Saya tertarik dengan doa untuk kesihatan yang selalu kita baca dalam solat iaitu dalam bacaan duduk antara dua sujud begitu juga dalam Doa Qunut. Teringat kata seorang ustaz ketika zaman sekolah dulu, mengapa doa Qunut di baca pada Solat Subuh, sebab tidur malam yang panjang kadang-kadang buat kita rasa letih, selain pada awal hari kita perlukan doa khusus supaya lebih bersemangat untuk memulakan hari baru.

Dalam satu hadiis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang bermaksud: "Seorang Arab Badwi datang kepada Rasullah S.A.W lalu dia bertanya, "Apakah yang baik aku minta kepada Allah selepas selesai solat 5 waktu?"
Rasullah menjawab
"Mintalah kesihatan" 
Lalu orang Arab Badwi itu mengulangi soalannya,
Rasullah menjawab "Mintalah kesihatan". 
Orang Arab Badwi mengulangi soalan.
Lalu Rasullah menjawab "Mintalah kesihatan di dunia dan di akhirat"

Adalah tak munasah jika kita berdoa untuk murah rezeki tetapi malas bekerja begitu juga jika kita berdoa untuk sihat tapi malas untuk menjaga kesihatan. Sesungguhnya kesihatan itu satu anugerah tak ternilai sehingga ia akan ditanya dan dipersoalkan oleh Allah pada hari kemudian. Jadi kita sebagai manusia perlu berusaha menjaga kesihatan, kemudian barulah bertawakal dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik.

Waallahualam.
 
Jika anda mahu membeli suplemen hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, September 13, 2012

Kalsium / Ostematrix

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

KALSIUM. Jika kita tengok pada sejarah, kalsium diambil dari perkataan Latin calcis, bermaksud "kapur". Malah sejarah awal menunjukkan seawal abad pertama apabila orang Rom kuno menyediakan kalsium dalam bentuk kalsium oksida .

Kalsium adalah mineral yang paling berlimpah dalam tubuh badan, akan tetapi juga merupakan satu daripada mineral yang paling berkemungkinan tidak dibekalkan dengan mencukupi dalam pemakanan manusia. Kalsium boleh diperolehi bukan sahaja dari susu, tetapi dari rumpai laut, biji-bijian, kekacang, makanan laut seperti tiram, ikan bertulang lembut, bayam, gandum lengkap dan jus oren.

 Hampir semua orang tahu ia berfungsi untuk tulang dan gigi yang kuat. Tetapi ia juga berfungsi untuk pengecutan otot, pembekuan darah, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung, dan keseimbangan bendalir dalam sel.

Bagaimana pula tentang pengambilan suplemen kalsium. Apakah yang biasa terkandung dalam suplemen kalsium :-
  • Kekurangan kalsium boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh mengakibatkan karang ginjal. Vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium.
  • Kalsium karbonat adalah bahan tambahan yang paling biasa dan yang kurang mahal. Akan tetapi, ia amat sukar untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sebahagian orang. Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Pengambilan bersama makanan dapat membantu penyerapan. (Maka ada baiknya mengambil suplemen kalsium dengan susu)
  • Kalsium sitrat lebih mudah diserap dan dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.
  • Kalsium fosfat adalah lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat. Ia mudah diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan sendawa berbanding kedua-dua di atas.
  • Kalsium laktat dan kalsium aspartat kedua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium karbonat.
                                                                                  Diambil dan ubahsuai dari :

Kat bawah ni juga saya petik dari buku Dr. Bruce yang bertajuk Osteoprosis mengenai apa yang perlu ada dalam suplemen kalsium dan kepentingannya.


  • Kalsium -Tujuan untuk memastikan kehilangan kalsium tidak melebihi keperluannya dalam diet kita. 
  • Vitamin D - Ia berfungsi untuk memudahkan penyerapan kalsium disamping mengelakkan lebihan kalsium yang tidak diperlukan disimpan dalam badan melalui urine
  • Magnesium -Mencegah pembentukan tulang yang tidak normal dan membantu menyeimbangkan penggunaan kalsium dan magnesium dalam badan kita
  • Zink -Meningkatkan penyerapan vitamin D dan ia diperlukan untuk membantu protein berfungsi dengan optima dalam pembentukan tulang
  • Mangan -Diperlukan untuk membantu menguatkan, membentukan tulang dan sel-sel kologen dapat bertindak secara optima untuk membentuk, memperbaiki tulang
  • Kuprum -Ia membantu tulang yang sihat dan penganjalkan kulit.
  • Boron -Membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan kalsium secara optima
___________________________________________________________________________________
Shaklee juga mempunyai suplemen daripada kalsium yang diberi nama Ostematrix. Kandungan dalam Ostematrix adalah :-



Mahu cuba ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, September 12, 2012

Pengajaran Disebalik Telefon Rosak

Pada hujung minggu yang sudah tiba-tiba telefon saya tidak berfungsi. Lalu saya bawa ke kedai telefon dengan harapan dan penuh keyakinan dalam hati ia masih boleh diperbaiki. Bila tauke kedai telefon tu buka bateri dan masukan bateri baru, ternyata ia berfungsi kembali. Maka kos menukar bateri baru hanya RM25 sahaja.

Alhamdulillah!

Biarpun hanya kisah telefon, satu yang saya belajar ialah menanamkan sepenuh keyakinan tanpa teragak-agak dan doa yang lahir dari hati dan fikiran bahawa telefon itu masih boleh dibaiki tanpa perlu menukar telefon baru, kerana tidak berhajat untuk menukar telefon buat masa ini.

Begitu juga dalam setiap apa yang kita mahukan. Jika kita sakit, yakinlah dan berdoalah agar disembuhkan. Jika kita ibu yang menyusukan yakin dan berdoalah agar perjalanan itu mudah.
 
Kesimpulannya, dalam setiap apa yang kita mahukan perlukan keyakinan dan doa yang lahir dari mulut dan hati. Biar seiring.

Saya untuk dihubungi di  012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, September 11, 2012

Pentingnya Jaga Kesihatan Mulut

Bila sebut jaga kesihatan, secara automatik dalam fikiran kita terbayang  mengamalkan pengambilan makanan seimbang, bersenam, kurangkan rasa stress, jaga kebersihan diri. Apa yang termasuk dalam word "jaga kebersihan diri" tu ? Bersihkan diri selalu, memakai pakaian yang bersih dan sebagainya. Bagaimana dengan menjaga kebersihan gigi ? Ramai tak antara kita ambil peduli ? Berapa kali gosok gigi sehari ? Sebelum tidur sempatkah gosok gigi?

Gigi yang rosak boleh jadi penyebab penyakit kronik. Saya petik dari sebuah petikan artikel dari surat khabar tak ingat surat khabar apa tapi saya selitkan petikan ini dalam blog peribadi di http://memoirrienn.blogspot.com

Penyelidik juga berpendapat bahawa periodontitis (keradangan gusi) mempunyai kaitan dengan penyakit sistemik seperti penyakit kardiovaskular, strok, diabetes dan pneumonia.
Menurut Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Datuk Doktor How Kim Chuan, kebanyakan penyakit kronik dan berbahaya boleh berpunca daripada masalah kuman yang membiak di dalam mulut.

Mengapa boleh berlaku ? Contohnya bila kita sakit gigi yang tidak dirawat, kuman yang bersarang pada gigi yang berlubang boleh menembusi saluran darah dan berkumpul di jantung maka mudah untuk kita mendapat sakit jantung. 

Selain itu, gigi yang rosak teruk juga boleh mengganggu sistem imun tubuh. Ini kerana sistem imun yang rosak akibat serangan berterusan akan merembeskan protein, cytohines. Ini menyebabkan kerosakan sel pankreas yang menghasilkan insulin, hormon yang menyebabkan serangan diabetis.

Maka, jagalah kesihatan gigi juga sebagai amalan kesihatan.

Mahu cuba vitamin ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, September 10, 2012

Protein

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Perkataan protein berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'PROTOS' yang bermaksud 'pertma muncul atau mengambil tempat pertama' kerana tubuh badan kita terdiri daripada protein. Contohnya tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ dan plasma diperbuat daripada protein manakala antibodi, enzim dan hormon terbentuk daripada protein.

Peranan penting protein adalah :-
  • Menggantikan sel-sel dan tisu yang rosak
  • Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein)
  • Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan
  • Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan
  • Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.

Salah satu sumber protein adalah kacang soya. Ia adalah legume berprotein tinggi (keluarga Fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).
Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran, oat {Avena sativa} dan kemungkinannya kuinoa.

Protein terdiri daripada blok-blok binaan yang dinamakan asid-asid amino. Ada 22 jenis kesemuanya samada asid amino perlu atau tidak perlu, dan ia perlu bercantum dalam pelbagai cara untuk membentuk protein. Asid amino perlu ada 9 jenis badan tidak boleh membuatnya , maka kita perlu ambil daripada pemakanan kita. Manakala asid Amino tidak perlu mempunyai 13 jenis dan badan boleh membuatnya berdasarkan  9 asid asid amino perlu itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Shaklee juga mempunyai protein yang diberi nama ESP. Ia mengandungi 9 asid amino perlu itu yang terdiri daripada :-


Selain itu ia juga tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet. ESP juga mengandungi kalsium, 5 jenis vitamin B, iron dan karbohidrat untuk buat kita rasa bertenaga.

Nikmati kebaikkan dengan pelbagai versi, samada bersam minuman kegemaran kita yang sejuk atau suam tetapi tidak untuk teh dan kopi.
Mahu mencuba kebaikan ESP ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Friday, September 7, 2012

Apa Itu Family Wellness Programme

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Anda tercari-cari suplemen untuk seisi keluarga ?
Dari kanak-kanak sampai dewasa boleh ambil suplemen yang sama?
Mudahkan untuk anda baget keperluan suplemen keluarga anda dalam sebulan ?

Mengapa tidak ambil suplemen bawah Family Wellness Programme atau Program Kesejahteraan Shaklee yang memberikan nutrien yang diperlukan lagi berkhasiat untuk seisi keluarga. Ia adalah suplemen asas bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan. Malah ia boleh dikongsi oleh siisi keluarga dari kanak-kanak sampai ke usia warga emas.

Suplemen yang saya maksudkan adalah :
ESP
Vita-Lea @ multivitamin
Vitamin C
Vitamin B


ESP
Paling utama ialah protein atau ESP kerana fungsi utamanya adalah untuk menggantikan sel-sel yang telah mati atau rosak tepat pada waktunya iaitu bagi sel muka adalah 21 hari dan sel lain adalah 90 hari hingga 120 hari. Tujuan sel yang sihat adalah untuk memudahkan ia dapat menyerap vitamin dan mineral yang kita ambil. Penyerapan yang bagus sudah pasti untuk melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan dan menguatkan sistem imun badan. Selain itu ia juga berperanan untuk mengawal proses badan bagi sesetengah hormon, mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.

Untuk siapa ?
Ia boleh diambil dari bayi yang berumur setahun ke atas hingga usia emas, tetapi sukatan pengambilan adalah berbeza. 

Cara menyediakan
ESP ini boleh dicampurkan dengan minuman kegemaran kita samada sejuk atau suam kecuali kopi dan teh.

VITA-LEA
Sel-sel ini juga memerlukan 'makanan' bagi memastikan ia kekal sihat untuk menjalankan fungsinya. Lantaran itu Vita-Lea diperlukan bagi menampung akibat kekurangan dari diet pemakanan kita selain ia bertindak untuk seimbangkan kekimiaan badan. Vita-lea mengandungi 12 vitamin dan 7 jenis mineral yang diperlukan oleh badan seperti yang disarankan oleh USRDA.

Untuk siapa ?
Sesuai juga untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas. Jika anak-anak 'takut' nak telan sebab Vitalea ni saiznya besar, kita bancuh selama 6 hingga 7 minit dengan jus buah-buahan atau minuman kegemarannya kecuali yang bersusu, kopi dan teh. Ia tidak tidak boleh dibancuh bersama minuman bersusu kerana ia akan menyebabkan kandungan iron dalam Vitalea tidak dapat diserap oleh badan. 

VITAMIN C
Setelah mendapat 'makanan' sel-sel badan kita memerlukan 'perlindungan' dari radikal bebas. Salah satu suplemen asas yang punya antioksidan bagi menentang radikal bebas adalah Vitamin C. Pada hakikatnya memang tidak boleh dinafikan kepentingan memakan buah-buahan sebagai sumber vitamin C dan serat yang amat bagus untuk kesihatan kita, tetapi Vitamin C mudah rosak. Ia musnah akibat pencemaran, asap rokok apatah lagi jika tinggal bersama-sama mereka yang menghisap rokok.

Selain itu ia penting untuk meningkatkan sistem imun, membantu penyerapan zat besi serta membina kologen atau 'gam' bagi memastikan sel-sel dapat melekat antara satu sama lain.

Sebab itu perlunya Vitamin C dalam bentuk pelepasan masa, kerana ia meresap secara perlahan-lahan dan berterusan mengikut keperluan tubuh. Selain ia mengandungi bioflavonoid yang menghampiri oren sebenar tetapi tidak berserat.
Untuk Siapa ?
Seisi keluarga boleh ambil vitamin C dan sesuai juga untuk anak-anak kita yang berusia 7 tahun ke atas.

VITAMIN B
Vitamin B Complex dalam Family Wellness Programme boleh diibaratkan sebagai 'penggerak sel' kerana tanpa Vitamin B Complex glukos tidak dapat ditukar kepada tenaga untuk kita lebih kekal aktif dan bertenaga. Ia juga penting sebagai penggerak kerana terlibat dalam perjalanan oksigen ke tisu malah pembentukan sel darah merah juga dengan bantuan B Complex.Kekurangan vitamin B buat kita cepat letih, pemarah dan sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara yang ingin kita lakukan. 
Untuk Siapa ?
Boleh diambil seisi keluarga dan bagi kanak-kanak boleh diambil bila berusia 7 tahun ke atas.
Jika anda mahu sertai  Family Wellness Programme hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Thursday, September 6, 2012

    Antara Semulajadi dan Organik

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Bila kita membeli sesuatu vitamin kebanyakan kita memilih untuk membeli produk yang tertera perkataan SEMULAJADI atau ORGANIK demi kesihatan kita pada masa panjang. Tahu tak kita sebenarnya proses penghasilan vitamin di antara SEMULAJADI dan ORGANIK adalah berbeza ? Ketika mula-mula mengenali Shaklee dulu, antara yang saya belajar adalah mengenai proses penghasilan suplemen. Bagi yang telah membaca blog ini dari mula saya pasti ada membaca mengenainya. Jika belum, kita ulangkaji semula.

    Pemprosesan suplemen yang berteraskan SEMULAJADI dilakukan seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam sekitar. Contohnya dalam penghasilan vitamin C, ia diperolehi dari eksra bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Oleh sebab itu ia memerlukan pelaburan yang tinggi kerana memerlukan bahan mentah yang berkualiti. Oleh kerana ia 'dekat' dengan alam sekitar maka ia mudah disimpan dalam tisu badan dan lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya. 

    Pemprosesan suplemen berteraskan ORGANIK pula dengan cara nutrien yang khusus dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya dengan menggunakan haba, tekanan tinggi atau pelarut kimia yang keras. Proses ini yang melibatkan haba yang berlebihan serta biasanya produk petroleum digunakan akan menyebabkan kemungkinan besar Ko-faktor seperti "boaflavinoids" atau "biodegradable" yang ada pada nutrian lesap atau rosak tanpa ganti. 

    Jadi apa pilihan kita ? Jadi jika anda rasa memerlukan vitamin yang menghampiri alam sekitar, hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

    Wednesday, September 5, 2012

    Mengawal Stress Melalui Makanan

    Apa kita buat bila stress selanda ? Tak lain tak bukan adalah dengan MAKAN dan MAKAN. Betul atau salah ? JAWAPANNYA betul dan salah. Salah jika kita mengambil makanan yang kaya dengan gula, masin dan berlemak. Ramai yang tahu apa kesan mengambil 3jenis makanan di atas secara berlebihan. Betul kerana stress akan mengundang kerap rasa lapar kerana ia mempercepatkan proses kehilangan tenaga dan daya tumpuan dan kita memilih untuk makan walau masih rasa kenyang, jadi pilihan makanan yang tepat mampu mengawal stress.

    Saya tertarik dengan tips daripada Per Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) untuk mengawal stress melalui pemakanan yang di ambil.

    Makanan yang mengandungi banyak vitamin C. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C dapat membantu menurunkan kadar hormon penyebab stress yang dihasilkan oleh otak. Vitamin C banyak terkandung dalam buah-buahan seperti limau, jambu batu dan sebagainya.

    Buah-buahan bukan sahaja mengandungi  vitamin C tapi ia juga seperti sayuran-sayuran yang mengandungi kandungan serat yang tinggi untuk rasa kenyang yang lebih lama.

    Serat yang terkandung dalam makanan dari keluarga karbohidrat kompleks juga membantu mengawal stress kerana ia akan menggalakkan pengeluaran hormon serotonin yang buat kita rasa tenang. Makanan dalam keluarga ini adalah oatmeal, sandwich roti gandum, biskut gandum dan kekacang.

    Selain itu menikmati teh panas apatah lagi yang dicampur vanilla atau pudina telah terbukti dalam beberapa kajian dibarat dapat membantu anda mengatasi kecemasan dan meningkatkan daya tumpuan. Walaubagaimanapun teh tersebut mestilah kurang gula.

    Selain dari tip PKPKL ini, senaman juga dapat membantu menangani stress kerana ia membantu meningkatkan perasaan menghargai diri sendiri dan menjadikan seseorang itu leih positif dan tenang dalam apa jua masalah yang mendatang.

    Sebagai seorang yang beragama Islam, kita digalakkan menunaikan solat sunat, mengaji, berzikir bukan hanya ketika stress tapi jadikan ia sebagai amalan seharian dalam mendepani kehidupan.

    Mahu daptkan vitamin ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...