Friday, August 24, 2012

Vitamin Juga Untuk Kesihatan Kognitif


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ketika Ramadhan dan awal Syawal lalu jadual pengambilan suplemen kerap saya kerap jadi macam 'teori biskut', bezanya bukan kejap ada kejap tak ada, tetapi kejap makan kejap lupa nak makan. LOL! Kerana ketika Ramadhan vitamin yang biasa diambil pada waktu tengahari perlu di anjakkan ke waktu malam. Maka selalulah terlupa. Ketika awal Syawal saya menjadi sangat sibuk dengan perniagaan keluarga hingga terlupa ambil vitamin. Tapi ada 3 vitamin asas yang memang tak lupa walau vitamin lain 'jadi biskut', iaitu Vitalea, Vitamin B dan Vitamin C. Selepas makan sahur atau bersarapan di pagi raya cepat-cepat capai supaya ia tak menjadi 'teori biskut' juga.

Nampak 3 vitamin ini hanya vitamin asas, bukan spesifik untuk kecantikan kulit seperti yang didambakan oleh wanita, tetapi sebenarnya ia sangat berharga untuk kesihatan kita. 'Jalan-jalan' di blog rakan bisnes lain menemukan saya dengan kepentingan 3 vitamin di atas untuk kesihatan kognitif. Maksud kognitif Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s 691 kognitif telah didifinisikan sebagai segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran , pemahaman dan pemerolehan pengetahuan. Sudah pasti kesihatan kognitif melibatkan semua pancaindera kita. Saya kongsi hasil ubahsuai dari blog MommyLyna di  http://vitaminsemulajadi.com/kenali-peranan-vitamin-a-d/.

Vitamin A - Vitamin A popular sebagai vitamin untuk mata. Kekurangan vitamin A berkait rapat dengan rabun malam serta masalah pengelihatan seperti glaukoma dan katarak. Vitamin A sebaiknya diambil dalam bentuk pro-Vitamin A yang hanya akan ditukarkan menjadi vitamin A apabila diperlukan.

Vitamin B1 - membantu dalam menghasilkan acetylcholine, yakni transmitter yang diperlukan oleh otak untuk daya ingatan. Orang nyanyuk dan alzheimer mengalami masalah kekurangan acetylchone dalam otak mereka.

Vitamin B6 - adalah vitamin anti-tekanan. Ia adalah sebagai kofaktor untuk enzim yang menukarkan L-tryptophan kepada serotonin dan L-tyrosine kepada norepinephrine. Kekurangan vitamin B6 menyebabkan proses tersebut terganggu lalu membuatkan seseorang menjadi tertekan.

Vitamin B12 - lebih kurang vitamin B6 – membantu mereka yang mempunyai masalah tidur, kurang daya ingatan, nyanyuk, depresi serta masalah psikiatri. kekurangan vitamin B12 menjadikan seseorang itu mengalami masalah kognitif dan masalah personaliti.

Asid folik - penting untuk fungsi otak dan emosi. Kekurangan asid folik menyebabkan seseorang mudah marah, sukar tidur, senang lupa, gemuruh dan sebagainya.

Vitamin C - terlibat dalam metabolisma tyrosine kepada dopamine, serta kofaktor utama untuk sintesis norepinephrine, dopamine dan trypophan. Vitamin C (asid askorbik) diperlukan oleh mereka yang mengalami masalah psikiatri seperti depresi, mania dan paranoia. 
Vitamin D - Vitamin D berkait rapat dengan masalah kognitif terutama di kalangan warga emas

Anda mahu mendapatkan vitamin ini ?
Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...