Wednesday, August 8, 2012

Susu Sikit Walau Dah Buat Macam-Macam


Beberapa kali saya menemui mereka yang mengatakan susunya sedikit walau dah pam mengikut jadual, memastikan keperluan air yang mencukupi, makan secara seimbang dan makan macam-macam suplemen. Saya juga bukan dari kumpulan yang punya satu peti beku penuh dengan susuibu, bila berjumpa dengan ibu yang menghadapi masalah yang sama dan sering disogokkan dengan gambar-gambar susuibu memenuhi ruang peti beku hati mana yang tak gundah, jiwa mana yang tak tenteram.
Memang tidak dinafikan sesetengah ibu mempunyai susuibu yang memang sedikit, saya teringat sumber bacaan saya yang menerangkan tentang anatomi payudara kita umpama gugusan-gugusan di mana keluarnya susu macam gugusan-gugusan anggur. Banyak gugusan maka banyaklah susuibu berkenaan. Tak sama setiap ibu. Paling penting usaha ibu mengepam dan direct feeding yang konsisten lagi berdisplin serta tenang-tenang selalu dalam itu jiwa.
Bercakap tentang tenang, carilah ketenangan dari Allah. Melalui solat, mengaji, berdoa dan berzikir. Tanyalah diri kita sendiri bagaimana dengan hubungan kita dengan Allah ? Tentang solat 5 waktu kita adakah tepat pada waktunya, lewatkah atau mungkin terbarai dek kesibukan kita dengan tugas atau sibuk mengejar jadual pam. Bagaimana dengan solat Sunat Dhuha, zikir kepadanya ? Punya waktukah kita ? Berdoalah agar perjalanan penyusuan kita dipermudahkan hendaknya, sebab hanya Dia yang tahu hikmah disebalik apa yang berlaku. Siapa tahu disebalik susu yang tidak banyak itu menjadikan kita lebih bersungguh, berdisplin mengepam dan sering menambah ilmu melalui pembacaan lalu dapat berkongsi dengan orang lain suatu hari nanti. Kita tak tahu!

Antara surah yang digalakkan adalah untuk di amalkan adalah Surah Waqiah, bukan untuk ibu yang menyusu tetapi untuk sesiapa sahaja yang bergelar Muslim. Juga bagi ibu yang menyusu adalah digalakkan berzikir Ya Matin sebanyak 70 kali sehari dengan dimulakan dengan Salawat sebanyak 100 kali sehari, Solawat ke atas Nabi 100 kali sehari. Lalu berdoalah :-
"Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"
Amin!


Jika anda mahu mendapatkan suplemen hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...