Monday, August 27, 2012

Perlu Ke Ambil Vitamin ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

VITAMIN. Nak tau tak dari mana perkataan itu muncul ? Perkataan itu muncul dari perkataan VITAlized MINerals lalu disingkatkan menjadi VITAMIN oleh Dr Forest C. Shaklee sendiri pada tahun 1915. Lalu sejak itu perkataan vitamin digunakan secara meluas. 

Perkembangan industri makanan tambahan atau vitamin ini juga telah mewujudkan pelbagai pendapat, perdebatan mengenai perlu atau tidak perlu kita ambil vitamin tanpa penyudah. Jawapannya terletak pada individu itu sendiri yang harus bertanya ke dalam diri, perlukah vitamin sebagai pelengkap kehidupan sehariannya. Mengambil vitamin bukan bererti anda tak perlukan kehidupan dan pemakanan yang sihat, tetapi ia membantu menampung pada 'kekurangan ketidakcukupan' pada kehidupan dan pemakanan yang sihat itu.

Bagi saya cara paling mudah untuk kita kita mengetahui perlu atau tidak vitamin itu dengan  melihat dimana saya tinggal, di mana saya bekerja. Walaupun tinggal dalam kawasan perkampungan yang manis cantik permandangan waktu paginya, sejuk pada waktu malamnya tanpa perlu pendingin hawa, tetapi kemodenan sedikit sebanyak telah mengubah persekitaran yang segar itu dengan asap kenderaan dari pelbagai pengangkutan yang bertali arus. Jika dulu masa saya kecil-kecil, jerebu pun saya tak pernah tau, yang tahu kabus pada awal pagi. Sekarang ? Macam kabus tapi berbau hangit maka ia adalah ......Jerebu.

Belum lagi kehidupan kita yang sering tertekan dengan pelbagai urusan kehidupan. Ingat lagi tak dialog dalam filem P. Ramlee "Selagi tak tutup mata, kerja ! Kerja! Kerja!"

Lagi satu sebab saya ambil vitamin adalah, walau ada sesetengah sayur dan buah-buahan yang ditanam disekeliling rumah tapi masih memerlukan sumber maknan dari luar. Sebab saya tak menternak lembu, kambing apalagi menanam padi atau gandum. Jika sesetengah sumber makanan itu didapati dari sekeliling rumah pun masih menggunakan baja yang bukan organik selain tanah yang tercemar dengan bahan bukan organik. Setahu saya sesuatu kawasan pertanian di klasifikasikan sebagai organik jika ia dibiarkan selama 5 hingga 7 tahun untuk kembali organik.

Lagi satu yang kita kena check-list, adakah kita jadikan senaman sebagai rutin ? Saya sendiri sejak bulan puasa hingga hari ini belum berbasikal lagi keliling kampung. Makan dan makan simpan tak jadikan tenaga.

Jadi anda perlu vitamin ke tidak ?

Jika anda perlukan vitamin hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...