Thursday, August 23, 2012

Memperbaiki Kualiti Solat


Hari ini adalah hari pertama saya bekerja selepas cuti Aidilfitri begitu juga dengan tugas-tugas menghantar suplemen kepada customer yang tak sempat saya pos pada hari-hari terakhir Ramadhan lalu. Sambil-sambil tu saya membelek-belek sebuah buku bertajuk Magnet Rezeki Dengan Solat Duha karya Muhammad Mokhtar yang saya rasa menarik dengan topikdi atas untuk dikongsi diblog ini, sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sebagai perkongsian kepada mereka yang sampai ke blog ini. 

Menurut buku yang saya baca ini mengatakan bahawa nilai ibadah selalu memberi kesan pada kehidupan manusia, jika kita hendak mengetahui sama ada solat seseorang itu baik atau tidak, cukup kita lihat sikap dan peribadinya sehari-hari.

Berdasarkan ayat " ... iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenteram" (Surah ar-Rad, ayat 28) orang yang solatnya baik, perilaku dan sikapnya baik. Jika seseorang itu dekat dengan sifat keji dan mungkar maka semakin buruk solatnya.

Ibadah solat yang baik adalah solat yang dapat melahirkan sifat tertib, kuat bersih, berani, rendah hati, jujur, sihat dan ikhlas. Maka jika solat kita yang belum mampu melahirkan sifat-sifat tersebut, ia perlu terus diperbaiki.

Antara yang perlu dalam memperbaiki kualiti solat baik yang wajib atau sunat kita perlu melakukan dengan hati yang ikhlas dan pasrah sepenuhnya kepada Allah. Ertinya semua amalan solat itu hanya kita lakukan demi Allah. Ertinya semua amalan solat itu hanya kita lakukan demi Allah, tiada tujuan lain kecuali mengharapkan reda, rahmat dan hidayahnya. Saya tertarik dengan maksud hati yang ikhlas dalam buku ini, menurut  Ayid Sabiq menegas ikhlas dan pasrah itu bermakna tiada rasa malas,terpaksa dan sebagainya ketika dalam solat.

Begitu juga yang dikatakan khusyuk dalam solat, menurut Al-Qadhi jika ingin ke buang air besar ketika dalam solat hingga menghilangkan rasa khusyuk dalam solat, maka solatnya tidak sah. Malah menurut Imam al-Haramain menyatakan orang sakit tidak wajib bersolat dengan berdiri jika ia akan menghilangkan khusyuk solat.

Waallahualam.


Jika anda mahu dapatkan suplemen Shaklee hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...