Thursday, August 30, 2012

Jom BerDhuha

Sekadar berkongsi tentang tentang maksud Hadith dibawah.
"Dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi yang setiap satu daripadanya wajib mengeluarkan sedekah. Lantas para sahabat bertanya "Ya Rasullah, siapa yang mampu melakukan hal itu?" Nabi menjawab,'Sepercik kahak di dalam masjid yang kau bersihkan dan benda ditengah jalan yang menganggu laluan orang yang kamu singkirkan, adalh sedekah. Apabila kamu tidak mampu melakukannya, maka solat Dhuha dua rakat mencukupi kewajiban sedekahmu'.
(Hadis laporan Ahmad, Abu Daud, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hiban daripada Buraidah)

Saya kongsi hasil pembacaan dari Buku Magnet Rezeki Dengan Solat uha oleh Muhammad Mokhtar. Sedekah ini  boleh di anologikan jika kita menternak haiwan kita perlu menjaga dengan baik supaya ia dapat membiak dan bawa hasil yang lumayan. Caranya dengan memberikan makanan yang berkualiti secara teratur. Dengan demikian haiwan tidak mudah kena penyakit dan boleh beri hasil lumayan pada kita.

Begitu juga dengan sendi-sendi kita yang berjumlah 360 dalam tubuh kita. Semua memerlukan pernjagaan yang baik supaya berfungsi dengan baik. Bagaimana caranya, tak lain tak bukan dengan bersedekah setiap hari melalui perbuatan yang baik. Jika tidak mampu sebab itu kita digalakkan berDhuha.

Oleh itu jika kita melakukan Dhuha secara istiqamah, setiap sendi kita akan bekerja dengan baik bagi menghasilkan rezeki. Kerana sendi-sendi yang menerima sedekah itu akan mematuhi perintah yang datang dari fikiran dan bergerak sesuai dengan fikiran seseorang. 

Jika tiada sedekah diberikan kepadanya lama kelamaan ia pasti rosak kerana perlu bekerja setiap hari. Kerosakan yang dimaksudkan adalah kerosakan jiwa seperti purus asa, iri hati, dengki dan tidak bersyukur.

Jelaslah bahawa Solat Sunat Dhuha punya kekuatan spiritual dan fadilatnya.
  • Ia dapat menghindarkan diri dari kemiskinan
  • Dapat mengubah kesusahan menjadi kesenangan dalam mencari rezeki'Allah membina istana di syurga
  • Allah menghapuskan segala dosa
  • Allah mencukupkan semua keperluan
  • Allah memberikan pintu khusus untuk masuk syurga
Waallahualam.

Jika anda ingin mendapatkan vitamin yang bersesuai dengan anda, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...