Wednesday, August 1, 2012

Bagaimana Mahu Minum Air Yang Mencukupi Ketika Berpuasa

Ketika datangnya Ramadhan ramai antara kita tertanya-tanya dalam hati, macamana nak minum air masak secukupnya. Saya tertarik dengan anologi minum air ibarat menyiram air pada pokok bunga yang kelayuan. Jika kita siram air banyak-banyak maka pokok itu akan mati kelemasan. Tapi jika kita siram pokok itu secara berdikit-dikit maka ia akan segar semula. Begitu juga dengan tubuh badan kita, jika kita minum air sehingga kembung atau rasa seperti mahu nak termuntah ia sebenarnya tidak akan diserap sepenuhnya oleh tubuh sebaliknya ia akan keluar terus menjadi air kencing tanpa dimanfaatkan oleh organ-organ yang memerlukan.

Jadi ketika Ramadhan, sediakan botol sebagai indicator supaya senang kita nak tahu cukup atau tidak pengambilan air kita. Selepas itu tuanglah air itu dalam botol kecil-kecil, jika kita Solat Terawikh di surau atau masjid kita bawa dan selepas salam minumlah untuk 1 atau 2 teguk. Jangan bimbang anda tak akan kerap ke toilet jika minum air sedikit demi sedikit.

Kadang-kadang selepas berterawikh mungkin anda keluar untuk cari keperluan yang terlupa dibeli pada siang hari, boleh juga bawa air dalam botol kecil dan minum dalam perjalanan pergi dan pulang.

Paling penting adalah perlunya displin diri untuk minum air masak. Sebab kadang-kadang tubuh badan kita bukan lapar, tetapi haus. Saya nak kongsi hasil pembacaan di alam maya mengenai lapar air ini. Entry asal di sini http://maklongskitchen.wordpress.com/2011/01/16/anda-tidak-sakit-anda-hanya-kehausan/ 

Menurut Dr Batmanghelidj (Dr B), penulis  buku “Your Body’s Many  Cries For Water” , tanpa air yang cukup, tubuh kita boleh mengalami kemarau air (dehydration). Bagaimana kemarau air dalam tubuh boleh berlaku? Allah menganugerahkan tubuh kita dengan satu sistem yang benar-benar sofistikated. Sistem yang diciptakan Allah mempunyai beberapa lapisan back-up yang  saling menyokong antara satu sama lain.  Apabila tubuh kita mula kekurangan air, kita akan merasa haus. Bagaimana pun kebanyakan kita memilih untuk meminum minuman manis seperti kopi, teh, sirap atau minuman dalam tin atau botol dan bukannya minum air. Lebih teruk lagi ada juga mereka memilih untuk makan dan bukannya minum. Ini tidak akan mengatasi masalah kekurangan air dalam tubuh.  Apabila keadaan ini berlarutan,  tubuh kita akan secara otomatis bertindakbalas dengan mengaktifkan sistem back-up sedemikian hingga kita tak rasa haus lagi. Lambat laun kemarau air dalam tubuh akan berlaku. Kita tidak akan sedar yang tubuh kita kemarau air sehingga masalah kesihatan berlaku.

Maka, marilah kita cuba untuk minum air secukupnya !

Mahu dapatkan vitamin ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...