Thursday, August 30, 2012

Jom BerDhuha

Sekadar berkongsi tentang tentang maksud Hadith dibawah.
"Dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi yang setiap satu daripadanya wajib mengeluarkan sedekah. Lantas para sahabat bertanya "Ya Rasullah, siapa yang mampu melakukan hal itu?" Nabi menjawab,'Sepercik kahak di dalam masjid yang kau bersihkan dan benda ditengah jalan yang menganggu laluan orang yang kamu singkirkan, adalh sedekah. Apabila kamu tidak mampu melakukannya, maka solat Dhuha dua rakat mencukupi kewajiban sedekahmu'.
(Hadis laporan Ahmad, Abu Daud, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hiban daripada Buraidah)

Saya kongsi hasil pembacaan dari Buku Magnet Rezeki Dengan Solat uha oleh Muhammad Mokhtar. Sedekah ini  boleh di anologikan jika kita menternak haiwan kita perlu menjaga dengan baik supaya ia dapat membiak dan bawa hasil yang lumayan. Caranya dengan memberikan makanan yang berkualiti secara teratur. Dengan demikian haiwan tidak mudah kena penyakit dan boleh beri hasil lumayan pada kita.

Begitu juga dengan sendi-sendi kita yang berjumlah 360 dalam tubuh kita. Semua memerlukan pernjagaan yang baik supaya berfungsi dengan baik. Bagaimana caranya, tak lain tak bukan dengan bersedekah setiap hari melalui perbuatan yang baik. Jika tidak mampu sebab itu kita digalakkan berDhuha.

Oleh itu jika kita melakukan Dhuha secara istiqamah, setiap sendi kita akan bekerja dengan baik bagi menghasilkan rezeki. Kerana sendi-sendi yang menerima sedekah itu akan mematuhi perintah yang datang dari fikiran dan bergerak sesuai dengan fikiran seseorang. 

Jika tiada sedekah diberikan kepadanya lama kelamaan ia pasti rosak kerana perlu bekerja setiap hari. Kerosakan yang dimaksudkan adalah kerosakan jiwa seperti purus asa, iri hati, dengki dan tidak bersyukur.

Jelaslah bahawa Solat Sunat Dhuha punya kekuatan spiritual dan fadilatnya.
  • Ia dapat menghindarkan diri dari kemiskinan
  • Dapat mengubah kesusahan menjadi kesenangan dalam mencari rezeki'Allah membina istana di syurga
  • Allah menghapuskan segala dosa
  • Allah mencukupkan semua keperluan
  • Allah memberikan pintu khusus untuk masuk syurga
Waallahualam.

Jika anda ingin mendapatkan vitamin yang bersesuai dengan anda, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, August 29, 2012

Vitamin E Tetap Jadi Pujaan

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Vitamin E adalah antara vitamin terawal yang saya ambil. Pada saya yang punya kulit berminyak, ia membantu mengurangkan kesan-kesan minyak dikulit wajah. Bagi yang tiba-tiba dikunjungi jerawat, gunting sedikit vitamin E dan sapu pada jerawat, vitamin yang lebih itu jangan dibuang atau simpan untuk esok dalam peti sejuk kerana ia akan mengurangkan kemujarabannya sebaliknya telan sahaja dengan segelas air.

Bagi yang mahu penambahbaikkan krim malam anda, boleh titiskan sedikit vitamin E pada secolek pelembab. Tepuk-tepuk supaya sebati sebelum sapu pada kulit. Pada mulanya ia kelihatan agak berminyak tapi setelah beberapa minit tiada lagi kesan berminyak. Dan bila kita cuci muka pada keesokan harinya memang tak rasa kulit berminyak malah rasa lebih lembut. Tapi pastikan kulit anda telah serasi dengan pelembab malam itu terlebih dahulu!
Jika ESP membantu mengurangkan parut pada kulit dari dalam, vitamin E juga sesuai di sapu pada parut yang masih baru pada permukaan kulit. Malah pengamalan vitamin E secara konsistan memabantu memudarkan dan menghilangkan kehitaman di celah-celah pelipat badan.

Vitamin E adalah salah satu antara vitamin yang bersifat antioksida, apatah lagi ia turut mengandungi selenium yang sinergi pada vitamin E selain membantu penyerapan vitamin E dengan lebih baik. Salah satu fungsi vitamin E untuk kisihatan adalah menghalang sebarang pertumbuhan abnormal sel dalam tubuh badan kita. Dengan Izin Allah ia mengurangkan risiko dari kita menghadapi masalah kesihatan yang berkaitan dengan pertumbuhan abnormal tersebut.

Mahu mencuba ? Hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, August 27, 2012

Perlu Ke Ambil Vitamin ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

VITAMIN. Nak tau tak dari mana perkataan itu muncul ? Perkataan itu muncul dari perkataan VITAlized MINerals lalu disingkatkan menjadi VITAMIN oleh Dr Forest C. Shaklee sendiri pada tahun 1915. Lalu sejak itu perkataan vitamin digunakan secara meluas. 

Perkembangan industri makanan tambahan atau vitamin ini juga telah mewujudkan pelbagai pendapat, perdebatan mengenai perlu atau tidak perlu kita ambil vitamin tanpa penyudah. Jawapannya terletak pada individu itu sendiri yang harus bertanya ke dalam diri, perlukah vitamin sebagai pelengkap kehidupan sehariannya. Mengambil vitamin bukan bererti anda tak perlukan kehidupan dan pemakanan yang sihat, tetapi ia membantu menampung pada 'kekurangan ketidakcukupan' pada kehidupan dan pemakanan yang sihat itu.

Bagi saya cara paling mudah untuk kita kita mengetahui perlu atau tidak vitamin itu dengan  melihat dimana saya tinggal, di mana saya bekerja. Walaupun tinggal dalam kawasan perkampungan yang manis cantik permandangan waktu paginya, sejuk pada waktu malamnya tanpa perlu pendingin hawa, tetapi kemodenan sedikit sebanyak telah mengubah persekitaran yang segar itu dengan asap kenderaan dari pelbagai pengangkutan yang bertali arus. Jika dulu masa saya kecil-kecil, jerebu pun saya tak pernah tau, yang tahu kabus pada awal pagi. Sekarang ? Macam kabus tapi berbau hangit maka ia adalah ......Jerebu.

Belum lagi kehidupan kita yang sering tertekan dengan pelbagai urusan kehidupan. Ingat lagi tak dialog dalam filem P. Ramlee "Selagi tak tutup mata, kerja ! Kerja! Kerja!"

Lagi satu sebab saya ambil vitamin adalah, walau ada sesetengah sayur dan buah-buahan yang ditanam disekeliling rumah tapi masih memerlukan sumber maknan dari luar. Sebab saya tak menternak lembu, kambing apalagi menanam padi atau gandum. Jika sesetengah sumber makanan itu didapati dari sekeliling rumah pun masih menggunakan baja yang bukan organik selain tanah yang tercemar dengan bahan bukan organik. Setahu saya sesuatu kawasan pertanian di klasifikasikan sebagai organik jika ia dibiarkan selama 5 hingga 7 tahun untuk kembali organik.

Lagi satu yang kita kena check-list, adakah kita jadikan senaman sebagai rutin ? Saya sendiri sejak bulan puasa hingga hari ini belum berbasikal lagi keliling kampung. Makan dan makan simpan tak jadikan tenaga.

Jadi anda perlu vitamin ke tidak ?

Jika anda perlukan vitamin hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my 


Friday, August 24, 2012

Vitamin Juga Untuk Kesihatan Kognitif


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ketika Ramadhan dan awal Syawal lalu jadual pengambilan suplemen kerap saya kerap jadi macam 'teori biskut', bezanya bukan kejap ada kejap tak ada, tetapi kejap makan kejap lupa nak makan. LOL! Kerana ketika Ramadhan vitamin yang biasa diambil pada waktu tengahari perlu di anjakkan ke waktu malam. Maka selalulah terlupa. Ketika awal Syawal saya menjadi sangat sibuk dengan perniagaan keluarga hingga terlupa ambil vitamin. Tapi ada 3 vitamin asas yang memang tak lupa walau vitamin lain 'jadi biskut', iaitu Vitalea, Vitamin B dan Vitamin C. Selepas makan sahur atau bersarapan di pagi raya cepat-cepat capai supaya ia tak menjadi 'teori biskut' juga.

Nampak 3 vitamin ini hanya vitamin asas, bukan spesifik untuk kecantikan kulit seperti yang didambakan oleh wanita, tetapi sebenarnya ia sangat berharga untuk kesihatan kita. 'Jalan-jalan' di blog rakan bisnes lain menemukan saya dengan kepentingan 3 vitamin di atas untuk kesihatan kognitif. Maksud kognitif Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s 691 kognitif telah didifinisikan sebagai segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran , pemahaman dan pemerolehan pengetahuan. Sudah pasti kesihatan kognitif melibatkan semua pancaindera kita. Saya kongsi hasil ubahsuai dari blog MommyLyna di  http://vitaminsemulajadi.com/kenali-peranan-vitamin-a-d/.

Vitamin A - Vitamin A popular sebagai vitamin untuk mata. Kekurangan vitamin A berkait rapat dengan rabun malam serta masalah pengelihatan seperti glaukoma dan katarak. Vitamin A sebaiknya diambil dalam bentuk pro-Vitamin A yang hanya akan ditukarkan menjadi vitamin A apabila diperlukan.

Vitamin B1 - membantu dalam menghasilkan acetylcholine, yakni transmitter yang diperlukan oleh otak untuk daya ingatan. Orang nyanyuk dan alzheimer mengalami masalah kekurangan acetylchone dalam otak mereka.

Vitamin B6 - adalah vitamin anti-tekanan. Ia adalah sebagai kofaktor untuk enzim yang menukarkan L-tryptophan kepada serotonin dan L-tyrosine kepada norepinephrine. Kekurangan vitamin B6 menyebabkan proses tersebut terganggu lalu membuatkan seseorang menjadi tertekan.

Vitamin B12 - lebih kurang vitamin B6 – membantu mereka yang mempunyai masalah tidur, kurang daya ingatan, nyanyuk, depresi serta masalah psikiatri. kekurangan vitamin B12 menjadikan seseorang itu mengalami masalah kognitif dan masalah personaliti.

Asid folik - penting untuk fungsi otak dan emosi. Kekurangan asid folik menyebabkan seseorang mudah marah, sukar tidur, senang lupa, gemuruh dan sebagainya.

Vitamin C - terlibat dalam metabolisma tyrosine kepada dopamine, serta kofaktor utama untuk sintesis norepinephrine, dopamine dan trypophan. Vitamin C (asid askorbik) diperlukan oleh mereka yang mengalami masalah psikiatri seperti depresi, mania dan paranoia. 
Vitamin D - Vitamin D berkait rapat dengan masalah kognitif terutama di kalangan warga emas

Anda mahu mendapatkan vitamin ini ?
Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Thursday, August 23, 2012

Memperbaiki Kualiti Solat


Hari ini adalah hari pertama saya bekerja selepas cuti Aidilfitri begitu juga dengan tugas-tugas menghantar suplemen kepada customer yang tak sempat saya pos pada hari-hari terakhir Ramadhan lalu. Sambil-sambil tu saya membelek-belek sebuah buku bertajuk Magnet Rezeki Dengan Solat Duha karya Muhammad Mokhtar yang saya rasa menarik dengan topikdi atas untuk dikongsi diblog ini, sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sebagai perkongsian kepada mereka yang sampai ke blog ini. 

Menurut buku yang saya baca ini mengatakan bahawa nilai ibadah selalu memberi kesan pada kehidupan manusia, jika kita hendak mengetahui sama ada solat seseorang itu baik atau tidak, cukup kita lihat sikap dan peribadinya sehari-hari.

Berdasarkan ayat " ... iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenteram" (Surah ar-Rad, ayat 28) orang yang solatnya baik, perilaku dan sikapnya baik. Jika seseorang itu dekat dengan sifat keji dan mungkar maka semakin buruk solatnya.

Ibadah solat yang baik adalah solat yang dapat melahirkan sifat tertib, kuat bersih, berani, rendah hati, jujur, sihat dan ikhlas. Maka jika solat kita yang belum mampu melahirkan sifat-sifat tersebut, ia perlu terus diperbaiki.

Antara yang perlu dalam memperbaiki kualiti solat baik yang wajib atau sunat kita perlu melakukan dengan hati yang ikhlas dan pasrah sepenuhnya kepada Allah. Ertinya semua amalan solat itu hanya kita lakukan demi Allah. Ertinya semua amalan solat itu hanya kita lakukan demi Allah, tiada tujuan lain kecuali mengharapkan reda, rahmat dan hidayahnya. Saya tertarik dengan maksud hati yang ikhlas dalam buku ini, menurut  Ayid Sabiq menegas ikhlas dan pasrah itu bermakna tiada rasa malas,terpaksa dan sebagainya ketika dalam solat.

Begitu juga yang dikatakan khusyuk dalam solat, menurut Al-Qadhi jika ingin ke buang air besar ketika dalam solat hingga menghilangkan rasa khusyuk dalam solat, maka solatnya tidak sah. Malah menurut Imam al-Haramain menyatakan orang sakit tidak wajib bersolat dengan berdiri jika ia akan menghilangkan khusyuk solat.

Waallahualam.


Jika anda mahu dapatkan suplemen Shaklee hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Tuesday, August 14, 2012

Shaklee Collogen Powder

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

"Shaklee ada kologen tak ? Takkan sana sini sibuk dengan kologen, Shaklee tak ada". 
Jawapannya, "Ada, dan antara produk yang baru dilancarkan". Tetapi saya belum mahu menulis sebab belum pernah mencuba, tetapi semalam saya telah mencuba maka baru best nak menulis.Apatah lagi semakin menghampiri Aidilfitri sebahagian wanita yang amat mementingkan penampilan mahu kelihatan sesuatu yang berbeza bila berkumpul sesama ahli keluarga, tanpa melibatkan prosedur estetik. Maka pemakanan tambahan seperti kologen mampu menjadikan penampilan sedikit berbeza berbanding usia.

Pertama kali mencuba, saya rasa kulit lebih lembut dan lembab sebaik sahaja bangun dari tidur. Jika semalam disekeliling mulut terasa 'ketat' bila mahu tersenyum kerana ada sedikit penggelupasan akibat kehilangan air, cuaca yang panas terik, duduk pula dalam penghawa dingin jadi hari ini  boleh senyum dan sengeh lebar-lebar.

Istimewanya Shaklee Collogen ini mengandungi 4000mg proprietary RSS(Red Snapper Scale) kologen. Ia asli dan sangat bermutu tinggi dan diekstrak dari sisik ikan merah dan sangat ringan dengan 1000 Dalton bagi memudahkan ia diserap oleh tubuh. Selain itu ia juga mengandungi ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.

Secara dasarnya hampir semua orang tahu kologen berfungsi mengembalikan ketegangan kulit, mengurangkan kedutan, melembabkan kulit. Tetapi tahukan anda kologen juga punya peranan untuk membantu menguatkan rambut dan kuku selain ia juga membantu menguatkan tulang. 

Melalui ujian klinikal penggunaan secara konsisten selama 8 minggu terbukti berkesan untuk :-
  • Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
  • Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
  • Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
  • Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
  • Meningkatkan pengekalan mekap (jika bermekap) sehingga 60%
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti sehingga 55%
  • Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
  • Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit sehingga 50%
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%
Walaubagaimanapun ia tidak sesuai diambil oleh ibu hamil dan ibu yang sedang menyusukan, tetapi jangan anggap anda ketinggalan keretapi untuk cantik kerana ada banyak lagi suplemen yang boleh anda amalkan dengan Istiqamah, malah  cologen tetap anda boleh cuba tetapi hanya sebagai masker sahaja.

Antara di makan dan sebagai masker mana lebih berkesan ? Tentulah lebih berkesan jika di makan kerana ia akan memberi kesan pada seluruh tubuh badan, tetapi bagi ibu yang jadikan ia masker ia tetap beri kesan positif pada kulit muka. Bukankah kita biasa dengar ibu hamil tetap nampak berseri, begitu juga dengan ibu menyusu, satu tugas mulia dan bukan semua mampu melakukan. Hanya untuk mereka yang berjiwa waja sahaja mampu menyusukan paling tidak sehingga 2 tahun, selain bergelut dengan kerja, ditambah dengan kerja rumah aptah lagi dengan isu dunia penyusuan yang tak kurang 'kepololitikannya' - tentang kisah susu merudum, pam paling mahal, isu tak sempat pam dan sebagainya!.

Mahu mencuba ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Wednesday, August 8, 2012

Susu Sikit Walau Dah Buat Macam-Macam


Beberapa kali saya menemui mereka yang mengatakan susunya sedikit walau dah pam mengikut jadual, memastikan keperluan air yang mencukupi, makan secara seimbang dan makan macam-macam suplemen. Saya juga bukan dari kumpulan yang punya satu peti beku penuh dengan susuibu, bila berjumpa dengan ibu yang menghadapi masalah yang sama dan sering disogokkan dengan gambar-gambar susuibu memenuhi ruang peti beku hati mana yang tak gundah, jiwa mana yang tak tenteram.
Memang tidak dinafikan sesetengah ibu mempunyai susuibu yang memang sedikit, saya teringat sumber bacaan saya yang menerangkan tentang anatomi payudara kita umpama gugusan-gugusan di mana keluarnya susu macam gugusan-gugusan anggur. Banyak gugusan maka banyaklah susuibu berkenaan. Tak sama setiap ibu. Paling penting usaha ibu mengepam dan direct feeding yang konsisten lagi berdisplin serta tenang-tenang selalu dalam itu jiwa.
Bercakap tentang tenang, carilah ketenangan dari Allah. Melalui solat, mengaji, berdoa dan berzikir. Tanyalah diri kita sendiri bagaimana dengan hubungan kita dengan Allah ? Tentang solat 5 waktu kita adakah tepat pada waktunya, lewatkah atau mungkin terbarai dek kesibukan kita dengan tugas atau sibuk mengejar jadual pam. Bagaimana dengan solat Sunat Dhuha, zikir kepadanya ? Punya waktukah kita ? Berdoalah agar perjalanan penyusuan kita dipermudahkan hendaknya, sebab hanya Dia yang tahu hikmah disebalik apa yang berlaku. Siapa tahu disebalik susu yang tidak banyak itu menjadikan kita lebih bersungguh, berdisplin mengepam dan sering menambah ilmu melalui pembacaan lalu dapat berkongsi dengan orang lain suatu hari nanti. Kita tak tahu!

Antara surah yang digalakkan adalah untuk di amalkan adalah Surah Waqiah, bukan untuk ibu yang menyusu tetapi untuk sesiapa sahaja yang bergelar Muslim. Juga bagi ibu yang menyusu adalah digalakkan berzikir Ya Matin sebanyak 70 kali sehari dengan dimulakan dengan Salawat sebanyak 100 kali sehari, Solawat ke atas Nabi 100 kali sehari. Lalu berdoalah :-
"Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"
Amin!


Jika anda mahu mendapatkan suplemen hubungi saya di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my


Monday, August 6, 2012

Bagaimana Reaksi Anak Ketika Mula Berpuasa ?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Umur berapa anda mengajar anak berpuasa ? Saya belum ada pengalaman mengajar anak berpuasa lagi. Cuma selalu bila keluar mesti dia minta singgah di mana-mana tempat makan, tetapi ketika Ramadhan saya bawakan bekal makanan dan minuman dalam kereta dan katakan pada dia bahawa ketika Ramadhan tiada kedai makan dibuka pada siang hari (walaupun dah sahlah restoren makanan segera dibuka). 

Dan apakah makanan dan minuman kesukaan anak anda ketika bersahur dan berbuka puasa ? Sudah semestinya kita sebagai ibu menyediakan sendiri atau membeli juadah kesukaannya digabungkan dengan makanan yang memenuhi keperluan zat tubuh badannya untuk aktif dan membesar dengan sihat. Ada sesetengah anak yang sukar untuk makan sayur dan memilih makanan. Lalu timbul pertanyaan oleh si ibu perlukah beri anak pemakanan tambahan lantaran anak yang sukar untuk makan dan memilih makanan kecuali apabila mereka mula berpuasa (itupun tak makan sayur). 

Terpulang kepada ibu, jika punya kemampuan untuk mendapatkan pemakanan tambahan bagi mengisi kekurangan zat yang diperlukan akibat habit anak-anak yang suka memilih makanan serta akibat kehilangan sebahagian kecil zat dalam makanan akibat proses memasak dan sebagainya. Pengambilan suplemen untuk anak ketika berpuasa atau hari biasa bukan bermakna menidakkan pengambilan makanan berzat untuk anak, tetapi ia lebih bersifat mengisi kekurangan zat dan membuka selera makan (bagi anak-anak yang sukar untuk makan) dan kita sebagai ibu perlu sentiasa mendidik dan menggalak anak untuk menerima kepelbagaian makanan yang baik untuk tubuh badannya.

Tertarik dengan testimoni ini, saya share di bawah.

Anda sebagai ibu yang mahu mencuba ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Wednesday, August 1, 2012

Bagaimana Mahu Minum Air Yang Mencukupi Ketika Berpuasa

Ketika datangnya Ramadhan ramai antara kita tertanya-tanya dalam hati, macamana nak minum air masak secukupnya. Saya tertarik dengan anologi minum air ibarat menyiram air pada pokok bunga yang kelayuan. Jika kita siram air banyak-banyak maka pokok itu akan mati kelemasan. Tapi jika kita siram pokok itu secara berdikit-dikit maka ia akan segar semula. Begitu juga dengan tubuh badan kita, jika kita minum air sehingga kembung atau rasa seperti mahu nak termuntah ia sebenarnya tidak akan diserap sepenuhnya oleh tubuh sebaliknya ia akan keluar terus menjadi air kencing tanpa dimanfaatkan oleh organ-organ yang memerlukan.

Jadi ketika Ramadhan, sediakan botol sebagai indicator supaya senang kita nak tahu cukup atau tidak pengambilan air kita. Selepas itu tuanglah air itu dalam botol kecil-kecil, jika kita Solat Terawikh di surau atau masjid kita bawa dan selepas salam minumlah untuk 1 atau 2 teguk. Jangan bimbang anda tak akan kerap ke toilet jika minum air sedikit demi sedikit.

Kadang-kadang selepas berterawikh mungkin anda keluar untuk cari keperluan yang terlupa dibeli pada siang hari, boleh juga bawa air dalam botol kecil dan minum dalam perjalanan pergi dan pulang.

Paling penting adalah perlunya displin diri untuk minum air masak. Sebab kadang-kadang tubuh badan kita bukan lapar, tetapi haus. Saya nak kongsi hasil pembacaan di alam maya mengenai lapar air ini. Entry asal di sini http://maklongskitchen.wordpress.com/2011/01/16/anda-tidak-sakit-anda-hanya-kehausan/ 

Menurut Dr Batmanghelidj (Dr B), penulis  buku “Your Body’s Many  Cries For Water” , tanpa air yang cukup, tubuh kita boleh mengalami kemarau air (dehydration). Bagaimana kemarau air dalam tubuh boleh berlaku? Allah menganugerahkan tubuh kita dengan satu sistem yang benar-benar sofistikated. Sistem yang diciptakan Allah mempunyai beberapa lapisan back-up yang  saling menyokong antara satu sama lain.  Apabila tubuh kita mula kekurangan air, kita akan merasa haus. Bagaimana pun kebanyakan kita memilih untuk meminum minuman manis seperti kopi, teh, sirap atau minuman dalam tin atau botol dan bukannya minum air. Lebih teruk lagi ada juga mereka memilih untuk makan dan bukannya minum. Ini tidak akan mengatasi masalah kekurangan air dalam tubuh.  Apabila keadaan ini berlarutan,  tubuh kita akan secara otomatis bertindakbalas dengan mengaktifkan sistem back-up sedemikian hingga kita tak rasa haus lagi. Lambat laun kemarau air dalam tubuh akan berlaku. Kita tidak akan sedar yang tubuh kita kemarau air sehingga masalah kesihatan berlaku.

Maka, marilah kita cuba untuk minum air secukupnya !

Mahu dapatkan vitamin ? Hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...