Saturday, July 21, 2012

Tentang Istiqamah

Kita biasa dengar perkataan Istiqamah, adakah sama maksud antara Istiqamah dengan konsisten ? Pendapat saya ia sama pada dasarnya iaitu usaha berterusan tetapi Istiqamah lebih mendalam kerana ia menghubungkan antara usaha manusia dan perlunya keterbergantungan manusia itu dengan Allah. Sekadar perkongsian hasil bacaan dan perbincangan saya dengan beberapa orang rakan, di haapkan dapat memberi sedikit manfaat kepada anda yang sampai ke blog ini pada 1 Ramadhan ini.

Perbincangan saya dan rakan-akan berlegar mengenai apa yang dikatakan Istiqamah Perbuatan yang bermakna, tekun bekerja atau melakukan amalan atau apa sahaja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai.

Sebahagian Ciri-ciri Istiqamah Dalam Perbuatan

1. Mempunyai Matlamat yang unggul dalam setiap perbuatan yang dilakukan  iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
 
2. Tabah dalam menghadapi cabaran serta sentiasa bersemangat dan daya juang yang tinggi untuk mencapai serta tidak mudah mengalah, kecewa atau berputus asa.  
 
3. Sentiasa berusaha besungguh-sungguh dan berterusan dengan cara :-
  • Mempunyai ilmu dan maklumat yang cukup dalam perkara yang nak kita   capai. 
  • Strategi yang kemas dalam setiap perkara yang ingin dilakukan. 
  • Sentiasa berfikir untuk memastikan bagaimana mahu berjaya dalam apa yang diusahakan
4. Banyak bersolat, mengaji, berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.

5. Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala bahawa DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
6.Sentiasa berdoa,bertawakal dan bersyukur.

" Berdoalah dan mintalah kepada Allah dengan istiqamah dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada syirik. Mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh tanpa putus asa. Allah itu Maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha memperkenankan doa. Dia sentiasa dekat dan memberikan pertolongan kepada hamba-hambanya yang beriman. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)

Waallahualam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...