Thursday, July 12, 2012

Teknik Power Pumping

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya kongsi salah satu teknik yang dapat membantu meningkatkan penghasilan susu adalah
Power Pumping. Ia merupakan cara biasa yang semua ibu tahu iaitu mengepam tetapi dengan cara yang lebih unik kerana meniru cara bayi menyusu. Di bawah ini saya kongsikan hasil pembacaan saya dan pengalaman ketika menyusukan bayi tak lama dulu.

Macamana nak buat teknik ini ?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri pula 10 minit, tukar pula ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Bagaimana mahu mengurangkan kebosanan ketika melakukan teknik ini ? 

Terpulang mana yang anda selesa. Cuma pada saya, jika anda bangun tengah malam apa kata hidupkan malam anda dengan solat-solat sunat, mengaji dan berzikir sebelum melakukan sesi mengepam. Saya kongsi sebahagian pengalaman saya dan mereka.
  • Mengepam sambil makan - Itu yang saya lakukan ! Roti dan bancuhan susu dengan ESP
  • Ada sesetengah orang set masa. Selepas pam 10 minit, mereka akan set jam untuk tidur 10 minit hingga tamat tempoh 1 jam
  • Ada sesetengah orang sambil mengepam sambil menulis entry di blog
Bila nak lakukan?
Terpulang kepada ibu, pilih waktu yang tenang dan relax mungkin pada hujung minggu, dan ada baiknya dilakukan pada waktu tengah malam hingga ke Subuh kerana pada waktu itu hormon penyusuan adalah sangat tinggi. 

Bagaimana jika sedang melakukan teknik ini bayi bangun ?
Berhenti seketika, susuilah bayi anda sebelum sambung semula.


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Biasanya ia mengambil masa sekurang-kurangnya 1 minggu. Mungkin pada permulaan anda hanya pam angin atau cuma dapat setitik dua susu. Tapi setelah beberapa kali dilakukan anda akan dapat hasil yang di mahukan.

Siapa 'Paling' Perlu Teknik Ini ?
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk merangsang   penghasilan susu selain perlu dengan doktor bagi mendapatkan rujukan dan nasihat dalam pengambilan pil hormon untuk memastikan diri ibu itu bersesuaian dengan pil hormon dan tiada komplikasi yang akan timbul.
  • Ibu yang ingin relaktasi iaitu menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu akibat daripada perubahan hormon, period, kurang waktu mengepam kerana kekekangan kerja atau sebagainya.
  • Ibu yang bayi telah berusia lebih setahun. Kadang-kadang susu semakin berkurang sebab bayi semakin kurang menyusu kerana telah menikmati solid food dan ibu tidak meningkatkan frekuensi mengepam atau masih dalam frekuensi yang sama atau semakin kurang frekuensi mengepam.
Cukupkah Sekadar Power Pumping ?
  • Selain dari Power Pumping ibu perlu meningkatkan frekuensi mengepam, sekurang-kurangnya tambahan 1 sesi. Tak kira waktu bila yang punya kesempatan. Contohnya, mengepam pada awal pagi atau mengepam sambil menyusukan anak
  • Lebihkan waktu direct feeding sebab walau secanggih mana pam dan teknik tidak dapat menandingi cara hisapan bayi untuk merangsang pengeluaran susuibu
  • Ibu juga jangan lupa untuk memasti diri mendapat makanan yang seimbang setiap hari. Contohnya pada waktu makan tengahari dan malam perlu mengambil buah-buahan,nasi, sayur dan lauk.
  • Minum banyak air masak
  • Belajar menangani stress dalam kehidupan, dekatkan diri pada Allah, mintalah kepada Dia melalui Solat, mengaji dan zikir dengan istiqamah.
Bagaimana dengan pengambilan suplemen penyusuan ?
Terpulang kepada individu, jika mereka yakin pengambilan makanan seharian menepati piramid makanan seperti dibawah :-
dan, yakin pengambilan makanan mencukupi dengan keperluan ibu yang menyusukan seperti di bawah, anda tak perlukan suplemen.
Sumber :Kementerian kesihatan Malaysia
Anda mahu cuba suplemen, hubungi saya ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...